Wednesday, December 15, 2010

PUASA HARI 'ASYURA

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

sekian lama tak menulis... biar tersadai blog ni

aNA rasa tidaklah terlalu lewat untuk aNA mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1432H buat semua.

hari ini nak berkongsi apa yang aNA baru pelajari.. mungkin aNA dah belajar, cuma aNA manusia biasa, mungkin juga aNA terlupa..

mulanya aNA baca status di page facebook Ustaz Zaharuddin.net. begini bunyinya

"Semoga kita semua mendapat kekuatan untuk berpuasa pada hari tasu'a dan asyura ( 9 dan 10 Muharram 1423 = Rabu & Khamis 15-16 Dismber 2010). Kalau tak mampu, puasalah 10 dan 11 Muharram. Jika tak mampu, puasalah 10 Muharram sahaja. Pahalanya, diampunkan dosa tahun lepas."


begitu juga status sahabat aNA.... kemudian aNA mohon penerangan daripada sahabat aNA berkenaan puasa tersebut.. penerangan beliau:

"Alasan Rasulullah saw memerintahkan puasa tanggal 10 Muharram adalah karena pada hari itu Allah 'azza wa jalla menyelamatkan Nabi Musa 'alaihissalam dan umatnya, serta menenggelamkan Fir'aun dan bala tentaranya. Sebagai ungkapan syukur kepa...da-Nya, Nabi Musa 'alaihissalam berpuasa pada hari itu. Dan ketika Rasulullah mendengar Yahudi berpuasa pada hari 'Asyuraa' karena alasan itu, maka beliau saw bersabda: “Kita lebih berhak (untuk mengikut) Musa 'alaihissalam dari pada mereka”. Kemudian untuk menyelisih perbuatan orang-orang Yahudi, beliau menganjurkan untuk berpuasa tanggal 9 dan 10 Muharram."

selamat beramal... ^_^V insyaAllah...

wallahu a'lam


p/s: syukran sudi berkongsi sahabat




link
http://hidupterpuji.blogspot.com/2010/12/keutamaan-puasa-pada-bulan-muharram.html

Saturday, December 4, 2010

nafsu membelenggu, jasad menurut tekanan nafsu, hati menjadi mangsa... terus kesakitan, merintih dalam rindu....

ampunkanlah aku, bantulah aku, berikanlah petunjukMU, bukakanlah hatiku menerima petunjukMU

ameeen ya rabbal 'alamin

Friday, December 3, 2010

CINTAKU

Ya Allah kurniakannlah aku cintaMU
kurniakanlah aku cinta org yg mencintaiMu
kurniakanlah cinta apa sahaja yg menghampirkan cintaku padaMU
semoga cintaMu lebih aku dambakan daripada seteguk air