Showing posts with label a-level. Show all posts
Showing posts with label a-level. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

WARKAH A LEVEL #14

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah.. selesai lagi satu kertas.. mathematics C3.. inshaAllah ada lagi 4 paper. physics unit 4 & unit 5, chemistry unit 5 dan core math C4

overall paper alhamdulillah.. bersyukur sangat dipermudahkan... tadi ada satu soalan.. last minute.. aNA cuba check balik pakai calculator.. 2-3 kali tekan jawapan lain2.. adus.. habis masa redha je lah.. tutup kertas hantar.. YEAY!!!!

~tawakkalna 'alallah...~

DON'T LOOK BACK, DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK!!!YOSH!!!!!

selingan
~teringat dekat 2 orang sahabat.. satu hari datang kat aNA lepas solat jemaah isyak... mereka quote balik kata-kata aNA kat atas ni serentak...bila teringat buatkan aNA tersenyum sendiri.. tapi dah lama mereka dah tak quote....lagi satu kejadian sebelum exam tadi.. 3 orang sahabat, salah seorang sahabat panggil aNA "nanad," aNA toleh... lepas tu tiga2 secara serentak.-.genggam tangan kanan... naik kan paras bahu... lepas tu, shout YOSH!!!!(sambil tangan kanan ditarik~ penuh semangat!!!)-~(ni aNA quote drpd komen aNA di status sahabat aNA... tp lebih kurang macam tulah mereka buat.. hu...)

itu sahaja rasanya ulasan hari ini..

maghrib tadi alhamdulillah berpeluang mendengar kuliah ustaz ridha....

wallahua'lam

p/s:
~ tika kita rasa sedih dan perit, terluka kerana cemuhan dan tipuan dunia, carilah titik kebahagiaan pada tuhan, bukan pada manusia ~ - tazkirah U. Ridha~ quoted from MARIAH SAIDI's facebook status
can't wait to experiencing maybe last moment all of us together this weekend... may Allah ease...


feel want to cry since, i noticed, realised, and knew that the time is almost come.. for us.. all of us here in INTEC... to separate... to continue fighting in our own way... to fulfill our own ambition... may this ukhwah last forever till jannah... Ya Allah do give us YOUR blessing....
gonna miss all of you.inshaAllah.. u know what, there's no much time left.. only few days... do enjoy the last moments... inshaAllah

Wednesday, June 15, 2011

WARKAH A LEVEL #13

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah, selesai lagi satu paper. chemistry unit 4

alhamdulillah.. urusan dipermudahkan... smooth.. don't have much time left to review and recheck.... alhamdulillah, rezeki Allah, sebelum exam sahabat aNA Alia Adilah, ada mengajak aNA untuk berjumpa dengan lecturer kami Mr Allan.. alhamdulillah, what we've been discussed in the last minute did work. you know why? the question that we'd discussed really came out.. not exactly.. but the pattern.. some of the questions, skills, and point that he focused on really came out... Ya Allah jadikanlah kami dalam kalangan hamba-hambaMu yang bersyukur. mudah-mudahan kami diberikan kekuatan untuk terus berusaha dan berjuang menmpuh imtihan dan ikhtibar yang mendatang.. mudah-mudahan kami beroleh kejayaan yang cemerlang... ameen ya rabbal 'alamin..

hasbiyallahu 'alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul 'arshil 'azim

tawakkalna 'alallah.. la haula wala quwwata illa billahil 'alyyil 'azim

p/s:semoga Allah permudahkan paper akan datang.. ameen...


DON'T LOOK BACK, DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK!!!! YOSH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

esok paper math unit 3

p/s: p/s: cemburu tatkala memerhatikan betapa akrabnya mereka denganMU.. Ya Allah tuntunlah kami.. bawalah hati kami ke dalam CINTAMU YA RABB

Tuesday, June 7, 2011

WARKAH A LEVEL #12 + ekstra mengapa warkah a level

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

alhamdulillah satu lagi kertas selesai
Justify Full
kertas chemistry unit 6b...

overall apa yang boleh aNA simpulkan... agak tough....3 soalan untuk 50 markah.. solan pertama pasal unknown substance.. as usual.. tapi kali ni agak tough. memerlukan pemikiran kreatif, kritis lagi pantas dan cekap... second pasal rate of reaction.. trend soalan macam ni tak silap aNA mula paper Jan 2011 yang lepas.. wallahua'lam.. soalan ketiga, organic.. alhamdulillah, setakat ni, soalan ni yang aNA betul2 confident... cumanya, betul ke salah kita tak tahu.. aNA serahkan segalanya padaNYA...

tambahan, ada sahabat aNA(bukan a-level) comment yang post aNA berkenaan exam ada sahaja yang tak kena.. aNA hanya mampu tersenyum.. hakikat sebuah peperiksaan ada susah dan ada mudah.... tawakkalna 'alallah.. mudah-mudahan dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang... bantulah kami Ya Allah.. hanya dengan izinMu.. segalanya hanya dengan izinMu.. hanya dengan izinMu kami berjaya.. maka Ya Allah kurniakanlah kami kecemerlangan dunia dan akhirat ameen...

apa yang penting sahabat2??!!!!! PULUN!!!!! DON'T LOOK BACK. DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK!!!! inshaAllah.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan YOSH!!!!! GIVE IT ALL OUT!!! JANGAN TINGGALKAN SIKIT PUN!!!HURS!

wallahua'lam....

p/s: kenapa aNA merekodkan ini semua untuk tatapan pembaca??? bukan untuk menunjuk kehebatan atau memberitahu kelemahan aNA dalam exam.... bagi aNA sekadar perkongsian...

kalau2 yang terbaca itu yang bakal menduduki exam esp A LEVEL, aNA nak berkongsi serba sikit untuk persediaan kalian.. biar antum ambil feel dulu macam mana exam, jangan lupa terus berusaha..

andai yang baca sahabat2 seangkatan yang ambil A LEVEL sedikit review, walaupun aNA kata DON'T LOOK BACK.... bak kata seorang akh pada aNA, kita kena tgk ke belakang juga supaya tak mengulangi kesilapan yang sama.... (DON'T LOOK BACK yang aNA maksudkan adalah tidak meratapi paper yang lepas tu, kalau2 ada silap sana sini, kurang markahlah.. takut hilang semangat nak exam)... plus...bukan juga membuatkan antum rasa rendah diri dsb ...akita rasa benda yang sama kan??? ni macam sharing moment gitu.. wlaupun aNA jer yang duk membebel...aNA harap sikit sebanyak dapat berkongsi n sama2 memberi galakkan antara satu sama lain... whatever it is.. TERUSKAN PERJUANGAN!!!!

buat yang dah menduduki A LEVEL.. mungkin kalian boleh tersenyum.... kalau boleh serba sikit bagilah tips dekat kami ni.. huuuuuuuuuuuu


bagi yang tiada kaitan dengan A-LEVEL, juga perkongsian yang tak seberapa.. mungkin pengisiannya kurang... mohon maaf atas kekurangan

mohon doa bersama untuk kejayaan kami semua yang masih di medan perjuangan... mudah-mudahan momentum yang ada berterusan... dan dipertingkatkan lagi... nak2 dah nak akhir2 exam ni..... Ya Allah permudahkanlah jalan kami ini.... berilah kami petunjukMu ameen...

Monday, June 6, 2011

WARKAH A LEVEL #11

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah dua papaer lagi telah berlalu

physics unit 6b dan physics unit2

overall ok.. alhamdulillah dipermudahkan... macam biasa, susah senang exam, adatlah kan ^_^

meh aNA cerita sikit pasal paper tadi

unit 6B
  1. soalan pertama. kira density metre rule without length given.. pelikkan.. tapi yang aNA fikir, metre rule kat lab tu saiznyer 1m.. then i considered the length as one metre. betul salah wallahua'lam. i've tried my best
  2. soalan kedua, measuring alpha particle. menarik soalan ni, dia dah bagi procedure.. lepas dia minta kita untuk bg details lagi procedure tu.. hu....
  3. soalan ketiga, berkenaan denagn pressure law.. supposely ok...
  4. soalan keempat, discharging capacitor... ok inshaAllah
kesimpulan.. ok cuma biasalah takut careless ke apa... total marks 40

unit 2
  • sepertiunit 1.. banyak-banyak-banyak-banyak explanation.... agak kelam kabut sebab masa tak cukuo( diri sendiri yang rasa). bak kata sahabat, soalannya betul2 menguji tahap keyakinan kita terhadap jawapan yang diberikan. dengan markah yang diberikan, cukup ke tak explanation kita.. dsb... contoh soalan explanation, zinc plate n uv light intensity increase(photoelectric), how to mesure angle of the polarisation(based on sugar concentration), kenapa guna peralatan itu ini, kenapa distance kena kept constant.. dan bermacam lagi kenapa
  • overall.. mencabar.. seperti biasa sebab explanation n masa-eh wave tak banyak,kan macam jan 2011??? baru prasan
huhuhu.. officially hari ni dah habis AS.. esok kertas Chemistry unit 6b... officially dah 11 kertas menjadi past year paper... berusaha lagi NADZIRAH!!!! inshaAllah..

sahabat2..........
DON'T LOOK BACK!
DON'T GIVE UP!
STAY ON TRACK!
YOSH!!!
GANBATTE NE!!!!!
SEMANGAT MEMBARA!!!!!!!
JIA YOU!!!!
ALL THE BEST!!



p/s:
alhamdulillah...tawakkalna 'alallah.. la haula wala quwwata illa billahil 'alyyil 'azhim.... ameen...

Saturday, May 28, 2011

WARKAH A LEVEL #10

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah, sujud syukur padaMU atas segala kemudahan yang telah kau berikan

alhamdulillah.. selesai separuh paper... maknanya ada lagi 9 'ketul' paper lagi... inshaAllah... AYUH TERUS BERUSAHA!!!!! sedikit komen mengenai paper unit 2 chem... so far ok.. boleh dijawab... kalau nak bandingkan dengan unit 1, aNA rasa unit 1 lebih mencabar.... bukan aNA kata yang ni senang.. tapi alhamdulillah boleh dijawab.. nama exam.. susah senang, adat... yang penting.. inshaAllah SEMANGAT MEMBARA!!!! TERUSKAN PERJUANGAN!!! JIA YOU!! till the last piece of erythrocyte

wallahua'lam

Ya Allah jadikanlah kami hamba yang bersyukur dan redha di atas segala yang telah kau berikan, atas segala yang telah kau jadikan... Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan hambaMu yang berserah diri.. Tawakkalna 'alallah, la haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim...

inshaAllah.. biiznillah..


p/s: unit 2 physics tak settle lg

chem AS, statistics, bungkus... KAK BEL, nak kitar semula...
p/s: p/s: chem bungkus jer.. habis exam kena buka semula.. inshaAllah untuk rujukan sebelum memulakan kursus F100 BSc Chemistry di... S_E_F_E_D... ameen.. Ya Allah bantulah kami Ya Allah... hanya dengan izinMu.. hanya padaMu kami berserah...mohon doa semua

Thursday, May 26, 2011

WARKAH A LEVEL #9

bismillahirrahmanirrahim

assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghforatu waridhwanu

~kali ni tak terus update blog after exam~

alhamdulillah

dua lagi kertas telah menjadi "past year papers"

core math C2.. so far alhamdulillah Allah permudahkan
cuma sedikit perkongsian.. bayangkan kami hanya diberikan satu rajah "sector" yang mempunya "circle" yang menyentuh kedua-dua "radius" sector terbabit dan torut menyentuh "arc" sector itu... maklumat yang diberikan hanyalah radius sector=6cm dan sudut sector=60 darjah... macam2 soalan boleh keluar daripada rajah simple n maklumat yang sikit itu.. alhamdulillah... Allah izinkan aNA menjawab C2 dengan lancar

next 20 minit selesai kertas C2, kertas statistics, S2... macam yang aNA bagi dekat chemistry unit 1... aNA bagi PERGH jugak untuk kertas ni.... fweeuuh.... aNA dan sahabat2 nampak bahasanya, trend kertas S2 ditukar untuk mereka yang menduduki peperiksaan Edexcel A Level SUMMER 2011.. tahu tak siapa... KAMILAH..... terus terang, soalan aplikasi amat ketara di situ.... padan pun final exam masa sem 3 n trial a-level haritu soalan aplikasi semua.. mingkin lecturer dah menjangkakan perubahan trend soalan kali ini... soalan macam2 species.. banyak sekali test hypothesis.. benar2 menguji kami... lagi satu.. kelebihan kertas kali ini adalah dari segi gaya bahasa.. satu perkataan baru aNA belajar hari ni "refurbishment" aka renovation... adus... tu lah.. alhamdulillah boleh dapat maksud berdasarkan ayat...nasihat buat mereka yang nak ambil exam a level akan datang, make sure that really master or at least know variety of vocabs..no just good in english(speaking, grammar).exam is about to understand question, then answer the question... although u are really good in subjects, you memorize all the facts and steps. by then if you can't get what are being demanded by the question.... hurm..... selain itu juga soalan kali ini menggunakan ayat dan penerangan yang panjang melebar..... huh banyak kelebihan S2 ni... walau apa pun... dah menjadi past year paper.. seriously pandangan aNA memang lain nak banding dengan past year yang kami buat... 13 sets of past years.. still not enough... walauapapun.. alhamdulillah... aNA dah buat sebaik mungkin.. inshaallah ALL OUT.. selebihnya, aNA serah kat Allah.. segalanya berlaku dengan izinNYA

teringat pagi2 sebelum bersiap2 untuk pergi ke INTEC, seorang sahabat aNA kata, (aNA tak berapa ingat ayat sebenar beliau camne tapi mafhum ayat beliau,).. aku tak sabar nak bungkus statistics!.. heeeeeee.... memangdangkan statistics dah habis, memang patut bungkus kan?? (mashaAllah, budak2 ni memang belajar untuk exam apa~inclusive aNA~)

satu lagi perkara yang aNA realized, mungkin kebetulan... kalau sebelum masuk dewan, aNA banyak gelak, or tak banyak pun adalah gelak-gelak, setiap kali tu paper 'agak' tough... bukan nak percaya ke apa... macam aNA cakap tadi, sekadar kebetulan mungkin.. atau peringatan untuk aNA wallahua'lam.... sekadar perkongsian....

buat diri aNA dan sahabat2, yang dah lepas tu biarlah, macam biasa, DON'T LOOK BACK, DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK... inshaAllah TERUSKAN USAHA!!!!!

wallahua'lam

p/s: time aNA tengah menaip ni, sahbat2 lain tengah exam BIOLOGY UNIT2, Ya Allah permudahkanlah urusan mereka... permudahkanlah, permudahkanlah Ya Allah.. kurniakanlah mereka ilhamMU Ya Allah... ameen.. semoga semua berjalan lancar... inshaAllah.. SELAMAT BERJUANG!!!!!


dear sahabah, i'm sorry that you aren't comfortable or feel relief although i did gave my shoulder for you to cry on.. i'm just ordinary human being... really... maybe i'm not yet good.. hope that you'll find someone better than me... but i want you to know, deep in my heart, i really want to help you..... what ever it is, one thing, please, never forget, that we have a very loyal and the BEST LISTENER EVER... HE always with us.. do rely everything to HIM... He's the only one who really can cure us.. in whatever situation... yes maybe others did help us.. they were just the mediums.... Oh Lord, do make us strong.. in struggling in YOUR WAY, never let us astray, until the time when YOU call our name... or until when we reach the MEETING DAY.. do guide us.... Ya Rabb.. ameen

Tuesday, May 24, 2011

WARKAH A LEVEL #8

bismillahirrahmanirrahim



assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu



alhamdulillah baru sahaja selesai physics unit 1... berjalan lancar.. walaupun kadang2 laminar flow, kadang2 tubulent.. hehehehehheheh.... aNA habis paper terus solat zuhur.. lepas tu terus ke library. konon2 nak study Statistics 2.. tapi tangan gatal nak menaip dulu



overall alhamdulillah OK.. tapi seriously... aNA rasa habis exam macam baru habis sprint 200 m(errr~gaya tuz~... macam tu lah lebih kurang) rasa mengah nya...


mula-mula aNA jawab dengan steady... relax... sekali.. bila tengok masa tak berapa nak banyak, tapi soalan yang tak settle lagi agak banyak.. tu yang berlari tak ingat dunia..... memerang RUSH HOUR.. FAST AND FURIOUS kalah... tapi mungkin tak boleh lawan NEED for SPEED... ataupun INITIAL D... hah ni namanya orang baru lepas habis exam~tangan ke dada mata ke atas gaya keli~... mengarut berlebihan.. nadzirah.. nadzirah....



soalan... explaination agak la ada.. kena plan experiment young modulus. kira projectile penembak lalat... work done by vacuum yang di push ulang alik 20 kali dalam bilik selebar 5.5 m, turbulent dan laminar flow... apa lagi... argh tak boleh nak brain storm balik... huhu solan bocor ~ngeeee( tak bocor mana, dah jadi past year paper)0..... tak silap aNA objektif ada dalam 10 soalan... subjektif ada 9 solan yang mempunyai anak yang ramai... total markah untuk subjektif 70 markah... total keseluruhan untuk unit 1 physics 80 markah...



apa lagi yang nak dibebelkan.. erm.. takde agaknye~gaya kak bel~



inshaAllah khamis ni ada dua kertas, statistics 2 plus, core math 2... jumaat unit 2 chemistry...



mohon doa sahabat2 sekalian agar aNA dan sahabat2 dipermudahkan segaa urusan dalam paper yang akan datang..mudah-mudahan kami semua berjaya dalam exam A Level.. aNA titipkan juga doa buat kakak aNA yang sedang final exam, adik2 aNA sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun (mereka pun exam besar tahun ni, PMR & UPSR). juga buat sahabat2 di Mesir, Jordan, senior2 di UK.. juga sahabta2 perjuangan di kolej2 persediaan seluruh negara.. esp INTEC ~no offense~^_^



YOSH SAHABAT2!!!!!!!! BERUSAHALAH!!!!!! ~gaya aNA ngeee~



DON'T LOOK BACK! DON'T GIVE UP! STAY ON TRACK!



last but not least..pesanan daripada pihak penaja ~SMALL DEED NEVER OVERLOOK~


wallahua'lam



Allah, do make us strong... do ease everry single thing that we do in our life.. do guide us... never let us astray...



my prayers my breathe my life ang my death are all for you.. none but you.. only you....

Monday, May 23, 2011

WARKAH A LEVEL #7

bismillahirrahmairrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhJustify Full

alhamdulillah, hari ni selesai lagi 2 kertas.. chemistry unit 3b dan chemistry unit 1

overall, i found them ok...

well as usual... mesti ada benda je tak kena

3b alhamdulillah... lancar sekali menjwabnya

unit 1... senang kata.. unexpected... soalan ok rasanya.. tp entahlah.. most of us found it quite hard... habis sahaja exam, bila dapat arah keluar dari dewan (dewan??? dewanlah kot), seorang sahabat kata pada aNA"soalan KBKK" (kemahiran berfikir secara kreatif dan kreatif).... memang aNA bagi status "PERGH" untuk kertas tu... soalan yang keluar macam fuel(jarang keluar), dan.. tak berapa nak ingat... solan tricky dan byk explanation.. hmmmm .....

macam yang aNA pesan sebelum ni...(untuk diri sendiri) do not expect anything, if you want to, do expect the worst.... aNA merasakan soalan agak lain(mungkin tak ketara- ni yg aNA rasa) dengan pattern past years.. exam.. jadi pengajaran nya.. ya, past memang kena buat, tapi jangan expect style
soalan (or apa-apa common things- macam tajuk yang akan dicover) akan jadi sama... memang tak boleh nak expect, macam yg berlaku pada C1, n 3b physics....

walau apapun, satu pesanan buat diri aNA, C1, 3b(chem n physics), unit 1 chem, statistics 1... dah berlalu.... bertawakallah... berdoalah... segalanya berlaku hanya dengan izin Allah... pandanglah ke hadapan... ada lagi 13 kertas lagi menanti... JIA YOU!!! GANBATTE NE!!!!... teruskan usaha... ALL THE BEST untuk physics unit 1 esok...

wallahua'lam



dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
(94:1-8)

p/s: fikir-fikir balik soalan tu macam ok jer sepatutnya... I'm confuse

Sunday, May 22, 2011

WARKAH A LEVEL #6

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

tinggal 24jam lagi for tomorrow's paper.. berdebar2 rasanya.. serius.. walaupun dah nak masuk paper yang keempat.. entahlah.. mungkin sebab paper kimia yang pertama.. dan minggu ni minggu yang amat pack..hectic... semua lah.. kerana aNA ada 6 kertas bakal aNA duduki untuk minggu ini... fweeuuh...

ayat biasa terdetik dalam hati steleh 3 kertas:
OK this the real A- Level exam
(selama ni, reka bentuk kertas yang sama, tapi past year... skang ni depan mata tu bukan lagi past year... memang pergh... ~poyo semata-mata =.=)

Ya Allah permudahkanlah urusan aNA dan sahabat-sahabat aNA Ya Allah... berikanlah kami ketenangan menghadapinya.... kurniakanlah kami kefahaman umpama kefahaman para nabi, kekuatan ingatan umpama ingatan para rasul, dan kurniakan juga Ya Allah ilham umpama ilham para malaikat yang hampir denganMU... Kau berkatilah segala usaha kami.. letakkanlah dalam diri kami, bahawa segala yang kami lakukan hanya keranaMU, Ya Rabb...Ya Allah kurniakanlah kami kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang sedang kami duduki ini Ya Allah, dan kurniakanlah Ya Allah kecemerlangan dalam semua peringkat peperiksaan di dunia dan di akhirat.. istajib du'aana Ya Allah.... ameen

rabbi yassir wala tu'assir, rabbi yassir wala tua'ssir

wallahua'lam

p/s: senarai paper exam minggu ni, chem 3b, chem unit 1, phy unit 1, core math2, statistics 2, chem unit 2...


INGAT NADZIRAH!!!

TILL THE LAST PIECE OF YOUR ERYTHROCYTE!!!


buat sahabat2,

GANBATTE NE!!!! don't look back! don't give up! stay on track!

Saturday, May 21, 2011

WARKAH A LEVEL #5

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanun sama..

baru pukul 10.30 pagi, dah rasa nak mengantuk.. nafsu2.. mana taknya.. main badminton.. lepas tu jalan kat taman(wah begitu aktif, -_-") leppas tu pergi melantak roti canai 2 keping... mana tak ngantuk.. kalori hilang 5 tambah balik 20... bukan compensate... sikit pun tiada effect... huh....

pesanan untuk aNA, bukan aNA sorang tengah berjuang... sahabat-sahabat aNA pun.. yang di INTEC, (ALM, ALUK, ALG) Taylor's, KYuEM, KTT, KMS, KMB(sepupu dah habis exam IB -_-"), KTJ semua pusat2 persediaan,... even Kak Long di IPG Sultan Abd Halim, senior2 di UK, sahabat-sahabat di Mesir dan Jordan... semua dengan exam masing2.

BERUSAHALAH!!!!!!!!!!!!! don't look back, don't give up, stay on track!!!!!

TERUSKAN!!! SEMANGAT MEMBARA!!!!

wallahua'lam

p/s: hati berasa bahagia bila melihat orang yang disyangi gembira... indahnya sebuah ikatan yang disulami dengan kasih sayang... lillahi ta'ala... tak kiralah ikatan keluarga, mahupun persahabatan...walau hati sendiri tengah gundah gulana... dah ter'outweigh' dengan melihat senyuman di muka kalian.... ku kirimkan jutaan 'photon' rindu buat yang jauh berbatu-batu... salam sayang buat yang jauh sedepa... Ya Allah eratkanlah ikatan ini, kasih sayang ini hanya keranaMU. mudah-mudahan kasih sayang ini turut dibawa menuju jannahMU... ~indahnya kasih berlandaskan akidah~

Wednesday, May 18, 2011

WARKAH A LEVEL #4

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakutuh

alhamdulillah selesai 2 kertas.. CORE MATH 1 dan PHYSICS UNIT 3B

banyak aNa nak kongsikan... inshaAllah untuk those yang baca... andai bermakna sebar2kanlah... pengajaran buat semua

C1
soalan a bit tricky.... well... during the examination... alhamdulillah... really He helped me a lot... sekadar perkongsian peringatan untuk diri sendiri.. MUST ALL OUT.. even until the last second...

PHYSICS UNIT 3B
memang mengejutkan.. tiba2, printed on the cover of the exam booklet... you need: ruler(ok i have it), protractor... erm... respon aNA... ok tengok soalan dulu... alhamdulillah masih bertenang sepanjang menjawab.. walaupun tanpa protractor.... bersyukur sangat, alhamdulillah masih ada ilham yang KAU kurniakan.... sebanarnya dah banyak kali Allah gerakkan hati aNA untuk cari protractor.... bukan sekali.. aNA usaha.. ya, usaha... tapi macam tak.. aNA tanya roomate... tiada... mengapa tidak aNA pergi beli.. satu pengajaran aNA dapat hari ini.... dah tergerak tu... tak reti-reti nak menggerakkan diri... hish.. tiba-tiba seorang sahabat aNA mengingatkan aNA tentang satu perkara... berlaku dulu... dalam kelas physics... lecturer tanya ada graph paper tak... haram(gaya org kedah- bukan haram lawan halal~ ngeee) tiada seorang pun yang bawa...lalu beliau berkata.... mafhum kata- kata beliau " you are science students.. you suppose to have it"... pergh sahabat aNA memang mengingatkan tepat and sesuai dengan makan(tempat) dan zaman(masa)... kali ni kata kat diri sendiri, aik SCIENCE STUDENT takde protractor???!! dong.... debush... batu( besr punya!) jatuh atas kepala
~hampir satu pusat tu tak bwk protractor~~ =.="

sedikit coretan untuk yang bakal menduduki A-LEVEl n untuk aNA sendiri yang masih lagi dalam musim peperiksaan...
  1. untuk past year setiap subjek asing siap-siap ikut unit... ok??
  2. siapa ambil physics... sediakan peralatan sepatutnya....
  3. marilah semua kita pulun habis2an.... berdoalah, bertawakallah kepadaNYA
  4. don't expect too much... if you are willing to expect.. expect the worst, the toughest.... i mean it....
  5. nasihat seorang sahabat.. kalau tergerak... terus buat......
  6. nasihat sorang lg sahabat....bersedih bukan kerana tidak redha tapi sebagai tanda lemahnya kita disisiNya..iringi kesedihan bersama tawakkal kepadaNya..cukuplah Dia sebagai tempat penggantungan..Yakinlah...
i have 5 papers more for physics, 5 papers for math, 6 papers for chemistry... Ya Allah permudahkanlah, berilah kami ketenangan dalam mengahadapai peperiksaan ini... kurniakanlah kami ilhamMU... mudah-mudahan kami berjaya dengan cemerlang dalam peperikasaan A-Level, dan semua peringkat pepriksaan di dunia dan akhirat ... Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan hambaMU yang menerima ketentuanMU, namun tetap berusaha yang terbaik sehabisnya... tanpa mengenal penat jemu.. hanya keranaMU... rabbi yassir wala tu'assir... rabbi yassir wala tu'assir...
ameen

wallahua'alam

p/s: sahabat-sahabat, mari terus berusaha... yang dah lepas tu, serahkan sepenuhnya pada Allah.... mari sama-sama terus berusaha untuk yang akan datang.. kita ada 16 kertas lagi(siapa yang ambil bio ada 14 lagi... yang ambil mechanics 15 lagi!!!)... inshaAllah may Allah ease... tiada doktor yang boleh merawat diriinya sendiri.. memang mudah mulut berbicara.. melaksanakannya???? namun.. mengapa tidak kita berusaha???!!! JIA YOU!!! GANBATTE NE!!!! BERUSAHALAH!!! SEMANGAT MEMBARA!!!!!

Don't look back
Don't give up
Just stay on track~noor :)

~aNA, tolong orang selagi mampu, ya, inshaAllah~

Tuesday, May 17, 2011

WARKAH A LEVEL #3

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh

inshaAllah kurang daripada 15 jam lagi aNA akan menduduki peperiksaan akademik terbesar sepanjang hidup aNA yang mencecah 20 tahun ni, A LEVEL-(tahu tinggal beberapa jam lagi boleh lagi update blog)

bukan apa sekadar ingin berkongsi apa yang aNA rasa dua hari ni... semalam sahabat-sahabat yang mengambil subjek biologi telah pun memulakan langkah mereka... kertas biologi unit 1.. pukul 1.30 tengah hari hingga 3 petang... pagi-pagi tu aNA dah rasa aura... macam2 gelombang... pergh... aNA tengok muka roomate aNA yang nak exam tu.. aNA dah berdebar2 tahap apa.... alhamdulillah.. mereka dah selesai 1 paper.. thus another 15 papers for them.. as for me.. still with the 18 papers

preparation hari ni.. memang berdebar2.. semua lah.. tapi buat2 macam biasa... sampai satu tahap petang tadi... aNA sampai.... tak tahu nak buat apa... esok math dengan physics.. tp dok fikir pasal kimia... habis buat past year physics.. saja.. buka buku kimia.. dok fikir pulak pasal physics.. last2.. untuk menenangkan diri bukak buku 'English FAST and EASY" relaks skit.. berhenti bukak blog... sat lagi ulang balik baca physics... huuuuuu


para pembaca, doakan aNA dan sahabat2 ya.... mudah2an semua berjalan lancar dan dipermudahkan.mudah-mudahan kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan A LEVEL ni. inshaAllah... ameen

buat sahabat2 seperjuangan walau di mana anda berada... GANBATTE NE!!!! FIGHTING!!! TILL THE LAST DROP OF OUR BLOOD~ maybe like this better~ TILL THE LAST PIECE OF OUR ERYTHROCYTE huhu


"...and despair not of relief from Allah . Indeed, no one despairs of relief from Allah except the disbelieving people."

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

(Surah Yusuf 12:87)


wallahua'lam....

p/s: exam2 jugak.teruskan juga usaha memelihara hati dan perihatin pada santapan rohani..inshaALLAH huuuu 3 in 1... tak kisah berapa in 1 pun.. inshaAllah...
USAHA DOA TAWAKAL

Wednesday, May 11, 2011

WARKAH A LEVEL #2

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

part 1


sekian lama aku mengenalimu
saat umurku hampir mencecah 20 tahun
aku benar-benar mengagumimu
kerap aku mendengar orang-orang berbicara mengenaimu
kau bukan sahaja seorang contoh tauladan
yang boleh dicontohi ketabahannya
semangat juang kau begitu tinggi
derita tak pernah menghalang kau untuk melangkah
walau setapak
walaupun yang menghalangmu itu kebencian manusia
hidupmu berwarna-warni
suka duka sudah pasti
lumrah insani
aku hanya mampu mengagumimu secara senyap
kerana aku tahu ramai yang mengangkat kau di hati mereka
semalam.... aku mengetahui makanan kegemaranmu
adakah aku punya peluang menghidangkan kepadamu
air tanganku sendiri
atau mungkin aku hanya mampu menyukai apa yang kau suka
kerana kata orang seseorang itu akan meniru
seseorang yang dicintainya
ya hidup kau penuh cabaran
namun siapa sangka kau juga seorang yang sangat ceria
dan kau juga pandai bergurau
patutlah sahabat-sahabat kau begitu menyayangi kau
aduh... bisakah aku bertentang mata denganmu
walau sekali...
kau bukan sahaja pujaan di hati-hati manusia
kau juga begitu disanjungi oleh mereka di langit
namun aku tetap berharap putik suka berbunga menjadi cinta
Ya Allah, biarlah aku mencintai
kekasihMU.....

part 2

buat sahabat-sahabat yang setia
terima kasih atas kasih yang kau curah
luluh hati saat kau menitiskan air mata
keranan mengenangkan saat perpisahan yang hampir tiba
jangan begitu sahabatku
pertemuan perpisahan itu sudah pasti
itulah lumrah kehidupan
percayalah... teraskanlah persahabatan ini atas akidah
ikatan itu takkan terputus walau ke mana melangkah
bersama teruskan perjuangan....
inshaAllah andai punya jodoh lagi
kita akan bertemu lagi
berdoalah agar jodoh itu dipanjangkkan lagi
moga bertemu di jannah ILAHI... ameen...

bisikku buat insan bergelar sahabat
inshaAllah, aku mencintaimu kerana Allah, kerana kamu mencintaiku kerana Allah


"duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini
meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih
biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yang terjalin
teruskanlah perjuangan hinnga ke titisan darah terakhir"~ DEeVOTES ~Sahabat


wallahua'lam

p/s: ^_^


Saturday, May 7, 2011

WARKAH A-LEVEL #1

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

gementar menanti hari..
10 hari lagi menjelang kertas pertama.....

18 MEI2011
core math 1
physics unit 3b

20 MEI 2011
statistics 1

23 MEI 2011
chemistry unit 6b
chemistry unit 1

24 MEI 2011
physics unit 1

26 MEI 2011
core math 2
statistics 2

27 MEI 2011
chemistry unit 2

6 JUN 2011
physics unit 6b
physics unit 2

7 JUN 2011
chemistry unit 6b

15 JUN 2011
chemistry unit 4

16 JUN 2011
core math 3

20 JUN 2011
core math 4

21 JUN 2011
physics unit 4

24 JUN 2011
chemistry unit 5

27 JUN 2011
physics unit 5

17 OGOS 2011
~result~

terima kasih atas doa, tunjuk ajar, bantuan, sokongan dan dorongan
family tercinta, para lecturer, murabbi, rakan seperjuangan,
sahabat handai, dan semua

jangan pernah serik ya....
moga doa kalian sentiasa mengiringi langkah kami
mudah-mudahan dengan izinNYA
kami semua berjaya dengan cemerlang

wallahua'lam

p/s:
KPI
need to be somebody
inshaAllah

~kami menggalas harapan~

Tuesday, April 26, 2011

exam tips daripada KaK NAD YORK

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

kali ni tips daripada Nurul Nadiah Mohamed Fauzi

kak nad yang pakai spect tu.. beliau pun salah seorang daripada fasilitator aNA n sahabat2 aNA time MINGGU MESRA SISWA~khusus untuk kanak-kanak ribena yang baru masuk INTEC


1) sepanjang exam nanti, choose baju yang adik2 semua paling suka pakai. maybe baju which your parents gave it to you, or maybe baju yang from someone special ( kawan karib ke, adik ke, kakak ke, etc2 ), or maybe baju yang bila adik2 pakai, u'll feel very energetic, very confident. kenapa? kerana, ia memberikan kita mood. mood sangat penting dalam menjawab exam. jangan stress2. :)

2) call mak ayah. minta restu serta doa dari mereka. your parents will definitely pray the best for you. believe me :)
3) senyum. ha. ni penting. senyum selalu. even banyak lagi tak cover. tak apa. yang penting, senyum. kita dah cuba sedaya upaya. so, now let's just work on it! yeah! :p

4) minta restu cikgu. ha, this one penting also. if you ever make cikgu marah, find them, say sorry. :)
5) last but not least, DOA. no matter if u r muslim or not, say your doa. :)

*mahu dapat lebih banyak tips? add la FB saya. haha [ok, jika meluat, sila abaikan :p]*
~yang ni Kak Nad yang cakap bukan aNa~ hehhehehe



p/s: kak nad sorry copy tak gtau n aNA cilok gambar akak dari FB.. hehehheh


wallahua'lam

nasihat EXAM versi akh Naufal

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

post kali ini aNA nak berkongsi tips-tips exam yang dikongsikan oleh seorang senior dari UK... beliau bernama NAufal Jailani... tips ini di post one by one, jadi aNA akan update bawah post yang sama untuk latest tips, tau?! ^_^



Tips A-Level #1 - Keputusan tu Allah yang bagi.. Thus, make up to Him!!

Tips A-Level #2 - Have enough sleep + rest.. means not over and not less. Optimise it!! So that you can think well during the exa
m ^_^

Tips A-Level #3 - There's huge difference in understanding and remembering something. Thus, take your time to learn and not to memorise the answer scheme given.

Tips A-Level #4 - If you fail to plan, you plan to fail. Try to plan your time or your daily schedule.. When to study, when to read AQ, when to clean your room etc.. It makes a huge difference, believe me!!

Tips A-Level #5 - We all are human. Human do make mistakes. Thus, forgiveness is the cure. ^_^ Maaf ya semua atas salah + perselisihan.

Tips A-Level #6 - Upgrade your strength and improve your weakness.

tips A-Level #7 - A level tidak memberikan kita kata putus untuk mengabaikan orang disekeliling kita. Appreciate those around us ^_^ !!

tips A-Level #8 - A-Level is just an exam. So treat it like an exam ^_^

tips A-Level #9 - Start with du'a.. end with du'a. Fill between it with du'a.
You got what I mean, rite?

tips A-Level #10 - Don't ever think of quitting.. Because the thing that matter is the efforts..
Allah lebih melihat kepada usaha yang dilakukan berbanding natijahnya..

tips A-Level #11 - Get rid of the "unimportant" thing.. Perhaps your facebook for a while?

p/s : I didn't have my laptop with me during my A-Level. Laptop is not the only source of revising your pass paper.. >_< I spent about RM2 for an hour of internet at CC each week.. better than addicted or glued to your laptop.

komen2 lain yang memberangsangkan daripada senior di bawah post tips ke 11

Maryam Sairi a laptop without internet is fine i think. :) well, basically it depends on u. sometimes we need to stop for a while from a student life and 'recharge' your energy before continue to fight again. :) There comes the use of laptops. pictures, musics, and movies. :P Dont push yourself too hard or you'll get exhausted before the very last steps. Give some time for yourself. :) and personally I dont use laptop for revising past paper because i prefer holding real papers! the feeling is different. hihi

Asyraf Razif Agree with che yam cute. Aku pon bukan boleh study all the time. Kne ada rehat gak kdg2 tengok movie jap dgn roomate. Dr pagi smpai malam study je, then ptg2 ak release tension pegi main kat taman. Kalu rase diri addicted to internet, jgn la pkai broadband ke, wifi mane2 ke. Tp internet penting utk ak nk download past year buat latihan hihihi

Naufal Jailani Yup2.. Good argument. But I believe kalau berehat tengok laptop juga sebenarnya indirectly memenatkan minda. Try to do something.. more on calming or soothing yourself. Yet again, everybody have their own style or method of enjoying their times and rewarding themselves.. For me, ice-cream is the best ^_^!!!

Wazna Abdul Hadi taman sebelah cemara n hadapan akasia tu pun ade kan..petang2 waktu nk dekat exam selalu gak jalan2 kt situ petang2 amek angin:) tgk kanak2 riang ria bersama roomate..waahh best nye kenangan itu..insyaAllah worth:)

tips A-Level #12 - How's your room eh?? clean?? tidy?? or in a big mess??

Try to keep your room at the best condition you can. Realize it or not, it does affect your study and revision.

p/s: Maybe it's a bit odd for me to say this but I can't really study when my room is in mess X(. I'll clean it first before I start my revision.

Syaitan suka tempat2 serabut + kotor nih.

tips A-Level #13 - Drink a lot of water and be sure to take your breakfast(yum2). Don't want to have a grumpy stomach and be dehydrated during the exams.. ^_^


and last words from akhi.......

salaam alayk~ Well.. No more tips to be given. Just a very brief words or thought of mine to MYSELF personally and you guys..

All da best for the exam.. "Ihfazillaha yahfazuk".. Bittaufiq wan najah~

dari diri yang sentiasa kekurangan..




akh naufal mestilah yang kene point tu.. beliau juga adalah antara fasilitatorku semasa
MINGGU MESRA SISWA jun 2009.
selain beliau, kak mardhiah ghani, kak mariam, kak athirah, abg asyandi, abg fikri, kak nad dan lain2..
hehehhe thanks guys... you are the one whom built our first impression on INTEC..
don't worry it was a great impression..~ape yg aku merapu ni~



p/s: harap akh tak kisah aNA copy.... hihihi benda baik... sharing is caring......
pandainyer aNA ni tak minta izin lu... ~adus



wallahua'lam


p/s: thank you akhi naufal for letting let me copy all your words... barakallahufik