Monday, March 26, 2012

Du'a feat Ustaz Amal

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

sekian lama tak update.. 

bismillah ana mulakan,

untuk kali ini aNA ingin berkongsi satu video


allahua'lam


 p/s

pesanan beberapa orang sahabat
"nasyid bukanlah hiburan yang didengar sebagai halwa telinga, yang diulang-ulang dengar sehingga lalai dan lupa kepadaNya, tetapi nasyid ialah hiburan santai yang diperdengarkan untuk tercetus rasa bertuhan, sebagai hamba" quoted from ODC
Kalo lyn nasyid smpai lengah solat pon dikira perkara lagho

Wednesday, February 1, 2012

Kau insan istimewa

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu 

Terkesan dengan beberapa kejadian seminggu ini. Dilhabarkan dua orang sahabat telah kehilangan ahli keluarga mereka.... Seorang secara mengejut. Allah... 

Kullu nafsin zaiqatul maut" 

Kau berilah kekuatan kepada kedua orang sahabatku ini dan kau tempatkan arwah dalam kalangan mereka yang beramal soleh. 

Memetik kata seorang sahabat buat salah seorang drpd mereka berdua : 

"....walaupun they said sabar mudah diungkap dengan kata sukar berhadapan, i still want to say it because you aint them, you are special.... "

Memetik pula kata2 seorang murabbi kpd sahabat yang lagi seorang: 
Semoga ALLAH menempatkan ibunda bersama para solihin. Besar ganjaran mempunyai anak seperti _______. 

benar Kau berikan sesuatu mengikut kemampuan hambaMu 

Yakin bahawa dugaan besar yang diberikan kpd dua org sahabat ini, mampu mereka depani. InshaAllah.. Mudahan2n Allah sentiasa mengurniakan kalian kekuatan. 
Allahu Allah..... Kerana kalian insan istimewa... Sepanjang aNA mengenali kalian. InshaAllah... Kalian kuat... 

Allahua'lam 
Wassalam....

mencari masa

bismillahirahmanirahim

asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

apa khabar aNA? apa khabar imannya? inshaAllah mudah-mudahan baik dan bertambah baik.. ameen

banyak yang aNA ingin tulis, yang aNA ngin konsikan.. dalam tempoh beberapa bulan ni, (sejak di bumi sheffield) macam-macam yang jadi. subhanallah.. semuanya dalam kekuasaanMU..pahit manis masam pahit kelat...

sekarang ini masih dalam tempoh peperiksaan. ada dua kertas lagi. inshaAllah mofga2 dipermudahkan segala urusan.

dengan harapan, habis exam semester satu, dan bermulanya semsester2 (inshaAllah minggu depan), dan menjalani hidup dengan lebih baik dan tersusun... inshaAllah

akhir kalam

DON'T LOOK BACK, DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK

"Sungguh orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajkan, kelak (Allah) akan menanamkan rasa kasih sayang( dalam hati mereka)." (20:96)

allahua'lam
wassalam

Sunday, January 22, 2012

Kisah Rasulullah dengan Buah Limau

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

p/s: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.
 copy and paste from syahirul.com through Budax Medic
~kerana dirimu terlalu mulia~ 
Ya Allah, izinkan kami untuk mencintai lelaki mulia ini
gambar hiasan


Wednesday, January 18, 2012

Kerana Mahalnya Mahar Syurga (copy paste)


Mahalnya sebuah kebahagiaan haqiqi,
Maharnya bukan harta duniawi,
Tapi pada ikhlasnya pengorbanan diri,
Demi dan hanya untuk cinta Illahi.

Menangis hati seorang hamba,
Memilih simpang sulit kerana sebuah redha,
Demi melakar cinta agung di mahligai syurga,
Pada pasaknya tiang mujahadah rasa.

Kerana yakinnya pada sebuah janji,
Menjauhlah kerana mencari yang pasti,
Menguntumlah malu perisai hati,
Meski nada melankolik kumandang emosi,
Cukuplah Allah penghibur hati.

Menghijablah sebuah nama,
Kerana takut mengukir bait zina,
Kerana gerun pada pemilik segala cinta,
Kerana resah pada kesepian rahmatNya.

Bersabarlah jiwa pengharap redha,
Cinta halal itu berduri ranjaunya,
Maka berpautlah pada ayat-ayat cinta,
Bersujudlah pada Pemilik segala cinta,
Bertasbihlah pada perjuangan agama,
Bertautlah pada panji tarbiyyah anbiya'.

Wahai sang pendamba cinta, dambalah cinta Illahi sepenuh hatimu...

" Allah berfirman, ' Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih apa-apa yang belum dilihat mata dan didengar telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia, tidak seperti yang kalian pernah lihat. "
(Hadis al-Bukhari, Muslim dan Tarmidzi)

-Hamba Faqir Illallah-
-Pengemis Redha Illahi-
-12:44 p.m-
sumber:http://zinnirahhumaira.blogspot.com/2012/01/kerana-mahalnya-mahar-syurga.html

Saturday, January 14, 2012

Mencari diri

Ku mencari diri yang hilang
Mencari kekuatan
Mencari semangat yang kian pudar
Mencari dalam lorong hati
Mencari ketenangan

Adakah kerana aku jauh dariMu Tuhan
Adakah kerana aku kian alpa dan leka
Membuang masa?
Hati yang entah ke mana kala takbir ku angkat

Jangan biarkan aku sendiri Tuhan
jangan biar hati ini tanpa hadirMu
PadaMu tempatku bergantung
PadaMu tempatku bermohon
PadaMu aku meminta kekuatan
PadaMu tempatku mencari kasih,
Mencari cahaya
Mencari cinta
Hanya padaMu Tuhanku
Ku damba CINTAMU