Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu.
Travelog Selakan tertangguh untuk hari ini. Bajet penat rewang hari ini.
Banyak benda yang nak kena catch up. Esok cukup sebulan aku berada di Malaysia. Apa yang aNA dah buat sebulan ini
Aku bimbang futur....
Bimbang jauh dari Tuhan...
Posting di FB dan Instagram aNA risau tersasar daripada matlamat. Cita-cita aNA memiliki akaun laman sosial terutamanya fb adalah untuk berkongsi.
Allahu.. tajdid niat, tajdid niat, tajdid niat.
Walaupun Insta memang untuk 'leisure' tapi takkan nak biarkan setiap posting tu sia-sia.
Cukuplah. Lets get prepared! For future life, for future world...
Baru-baru ini membaca status sahabat di Sheffield, Marwa Saeed. Adeiknya Farah menghidapi kanser. Dan baru-baru ini juga mengahadapi masalah pernafasan. Ya Allah yang Maha Menyembuhkan, sembuhkanlah penyakit Farah Saeed adik Marwa. Pada cabaran yang telah kau turunkan pada mereka sekeluarga anugerahkanlah pada setiap satunya pahala. Pada setiap penyakit itu KAu turunkan bersamanya penawar. Wahai Yang Maha Menyembuhkan, sembuhkanlah. Wahai Yang Maha MEnyembuhkan, sembuhkanlah... Ameen Ya Rabbal 'alameen.
Allahu a'lam.
Doakan aNA dapat selesaikan travelog Selakan cepat
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan bayaran syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar. (surah at-Taubah ayat 111)
Saturday, August 30, 2014
Tuesday, August 5, 2014
Turki, (ada rezeki inshaAllah) aku datang!
Tengah malam
2 Ogos 2014, hape ku yang masih menggunakan nombor UK berdering. Aku menerima
panggilan daripada sahabatku, Bel.
Penuh tanda Tanya.
Penuh tanda Tanya.
Ku angkat
telefon, perempuan, namun bukan berbahasa Melayu. Ah sejak kapan?
"May I know who are you? Why is it my friend's phone with you?" (Dengan nada yang agak tinggi)
"No English. No English"
Talian diputuskan.
Langsung aku mengutus mesej kepada sahabatku di Pulau Pinang, Wani melalui 'whatsapp group' kami bertiga.
"May I know who are you? Why is it my friend's phone with you?" (Dengan nada yang agak tinggi)
"No English. No English"
Talian diputuskan.
Langsung aku mengutus mesej kepada sahabatku di Pulau Pinang, Wani melalui 'whatsapp group' kami bertiga.
"Bel bukan kat Turki?"
"Haah, lah..." Baru aku teringat.
Aku meminta Wani untuk terus berbahasa
Inggeris. Mudah-mudahan difahami oleh yang mendail sebentar tadi.
Mesej masuk.
"Bu telefonun sahibi turkey istanbulda taksiye binerken dusurmus aramiyorda sahibi ulasabirmisiniz kendi telefonunu arasin"
Haa????
Dengan meletakkan harapan kepada 'google translate', perkhidmatannya kugunakan untuk mengalih bahasa tersebut ke dalam bahasa Inggeris.
Mesej masuk.
"Bu telefonun sahibi turkey istanbulda taksiye binerken dusurmus aramiyorda sahibi ulasabirmisiniz kendi telefonunu arasin"
Haa????
Dengan meletakkan harapan kepada 'google translate', perkhidmatannya kugunakan untuk mengalih bahasa tersebut ke dalam bahasa Inggeris.
Ah, masih
banyak perkataan yang aku tak dapat fahami.
Menggunakan laman
sesawang yang sama, aku cuba berbasa-basi untuk mendapatkan lebih maklumat.
Akhirnya
maka terjadilah pertuturan antara ayam dan itik yang masuk ke reban ayam.
Entah betul
entah tidak apa yang dialihbahasakan oleh ‘google translate’.
Apa yang aku
dapat simpulkan, Bel tertinggal telefon di Turki di dalam teksi. Itu sahaja.
Ps: Alhamdulillah,
ini rupanya hikmah kredit telefonku masih berbaki walaupun aku telah selamat
sampai di Malaysia.
Maka tanpa
segan silu dan yakinnya aku, menulis ‘status’ di dinding muka bukuku.
“siapa ada kawan kat turkey la ni?? please urgent”
Juga aku cuba untuk mesej sahabat-sahabat yang aku rasakan
ada ‘kabel’ untuk memohon bantuan.
Alhamdulillah beberapa komen kuterima daripada
sahabat-sahabat tercinta. Maka, dengan tidak sengaja Allah mempertemukan aku
secara maya dengan Nur.
Nur seorang pelajar Malaysia di Turki. Aku terlupa pula untuk
bertanya Nur mengambil jurusan apa. Haha.
Dipendekkan cerita, Nur telah mengalihbahasa semua mesej
antara ayam dan itik tadi.
Benar, Bel telah tertinggal telefonnya di dalam teksi dan perempuan
yang mengubungiku merupakan isteri kepada pemandu teksi tersebut dan
bersama-sama meseje tersebut, dititipkan nombor telefonnya juga nombor telefon
suaminya. Mereka tidak akan mengambil telefon itu kerana mereka tahu hukumnya
haram.
Subhanallah.
Juga di laman muka buku, Hannan, juga sahabatku, memaklumkan
bahawa sahabtnyanya di Turki telah beberapa kali kehilangan telefon, namun
sentiasa menemukan semula telefonnya itu, yang seterusnya memeberikan jaminan kepadaku
bahawa orang Turki sememangnya jujur dan amanah dan inshaAllah Bel akan
mendapatkan semula telefonnya.
Maaf, bukan ingin bersikap ‘double standard’. Sekiranya
pengalaman di Malaysia pula, sebaliknya akan berlaku. Jika hilang sesuatu kerana
tertinggal atau sebagainya, lebih baik cari yang baru. Melainkan satu kes yang
aku dengar daripada Amirah, bekas sahabat serumahku di Sheffield, telefonnya
ditemui semula, walaupun telah bertukar tangan kepada pencuri yang telah
menjualkan telefon itu ke sebuah kedai.
Berbalik kepada kisah Bel.
Dalam masa yang sama, aku berhubung dengan kakak Bel di
Malaysia, Kak Natra, untuk mengesan lokasi Bel di Turki dan juga mendapatkan
nombor perhubungan Mama Bel.
Aku memohon bantuan Nur untuk mendapatkan semula telefon
tersebut dan menyerahkannya kepada Bel sekembalinya dia ke Capadia untuk Bel
terbang kembali ke UK.
Alhamdulillah, Nur telah Berjaya mememulangkan telefon kepada
Bel yang diambilnya daripada suami isteri tadi, hari ini 5 Ogos 2014.
Jazakumullahu khairan katheera kepada semua yang telah
membantu. Juga semua watak yang tertulis dalam cerita ini.
Alhamdulillah, Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Allah Ya
Fattah, Ya Bari’, Ya ‘Alim telah membuka jalan memudahkan urusan Bel berkat bantuan sahabat-sahabat bermula daripada Wani sampailah kepada Nur, juga memberikan
ruang untukku menjadi orang tengah yang membantu Bel, juga memperkenalkan aku
kepada Nur, sahabat Malaysia pertamaku yang belajar di Turki. Semoga ketemu di
Malaysia, ya?
Pengajaran kisah ini aku kirakan kalian lebih bijak membuat
kesimpulan. Setiap orang mempunya sisi pandang dan kekuatan berbeza dalam
membuat penilaian. Namun untukku, pengajaran yang aku perolehi adalah, ‘Google
Translate’ bukan selalu boleh diharap. Hehehe Ampun….
Tamam
Sekian. Wallahu a’lam bissawab
ps: Kak Bel yang penuh dengan drama.
Friday, July 4, 2014
RIS#1 : Jama3 atau tidak
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu
RIS- Ramadhan di Sheffield
Alhamdulillahi rabbil 'alameen. Telah Allah berikan kita sekali lagi kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadhan al Mubarak. Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah.
Tahun ini Allah rezekikan aNA dan sahabat-sahabat tahun akhir yang lain berpuasa di Bumi Inggeris. Pengalaman buat pertama kalinya.
Terlalu lama tidak menulis, (dan mungkin juga kadar membaca yang agak rendah sekarang ini, argh!) aNA kehilangan kata untuk ditaip.
Walau apa pun Ramadhan Kareem. InshaAllah aNA kongsikan video tujuan kita sebagai seorang Muslim berpuasa. Di peringkat awal Ramadhan semoga niat selalu dapat diperbaharui. Mudah-mudahan di penghujung Ramadhan nanti kita beroleh taqwa inshaAllah.
Alhamdulillah, walaupun tanpa keluarga di sisi untuk puasa kali ini, (sobs T_T ), Allah izinkan seorang sahabat aNA, Nabilah (pelajar Southampton, sama kos, sama tahun) untuk tinggal bersama aNA untuk beberapa ketika, juga kehadiran ahli-ahli rumah (seperti biasa) yang memeriahkan dan menceriakan suasana, Puteri, Kak Azah, Kak Damia, Kak Ika dan anaknya, Baby Zubair, serta Pak Cik Zulkifli dan Mak Cik Azlah (mertua kak Ika). Tidak lupa tetamu lain yang berkunjung ke rumah juga menambah seri. Wani, Fizah, Tuz, Keli, Kak Kuyan etc. Berkat ada anak kecil di rumah juga. Alhamdulillah
aNA ada berbincang dengan sahabat, adakah kami akan menunaikan solat dengan menggabungkan maghrib dan isyak dan terus solat tarawikh.
aNA membuat keputusan untuk solat seperti mana kebiasaan aNA iaitu solat mengikut waktu.
Buat yang berada di tanah air, mungkin tertanya-tanya mengapa kami solat jama3 pula tanpa sebab. Sebagaimana yang kita tahu, dalam Mazhab Shafiee ada 3 sebab untuk menjama3kan solat
- Hujan
- Musafir
- Sakit (pandangan seorang ulama dalam mazhab, bukan pandangan mazhab)
yang mana ketiga-tiganya ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi.
Di sini, setiap kali musim panas tiba, waktu siang akan menjadi lebih panjang daripada waktu malam. aNA berikan contoh waktu solat di Sheffield 1 Julai 2014
subuh: 2.36
Zohor: 13:11
asar: 17:37
maghrib: 21:40
isyak 11.34
Pihak masjid tempatan (central mosque) di kebanyakan tempat di UK akan menggabungkan solat dalam tempoh tertentu (bukan sepanjang musim) untuk
- Membolehkan solat jamaah dilakukan
- memberi kemudahan kepada mereka yang kebiasaannya tidur awal boleh tidur awal(elak terlepas Subuh)
- Waktu Isyak tidak ditemui (waktu maghrib langit merah tidak hilang sehingga ke subuh terutamanya di kawasan Scotland ke atas).
Melalui perbincangan dengan ustaz, dan pembacaan, tidak digalakkan untuk menjama3kan solat terutamanya jika kita akan berjaga sepanjang malam dan tiada kekangan ketika itu. Dalam kalangan pelajar seperti kami, masjid mula menjama3kan waktu solat apabila musim peperiksaan tiba ( Spring Exam- tapi buat ketika musim panas), kebanyakan daripada kami akan tidak tidur malam untuk mengulangkaji pelajaran. Maka tiada sebab untuk kami menjama3kan solat.
Maaf atas kelemahan aNA membincangkan bab hukum. Tanpa ada rujukan kepada mana-mana dalil, mahupun kitab, ulama mazhab. Hasrat aNA menulis adalah sekadar untuk memberikan gambaran kasar suasana kehidupan kami di UK. Memandangkan ini bukan bidang aNA, untuk penjelasan lanjut, aNA mohon rujuk kepada mereka yang layak(ahli) inshaAllah.
Berbalik kepada menjama3kan solat untuk bertaraweeh. Alhamdulillah, Allah izinkan aNA untuk menyertai kelas Fiqh yang membincangkan berkenaan kitab Fiqh Mazhab Shafiee seperti Safinatun Najah dan juga kitab Matan Abi Syuja3. (Oleh kerana pelbagai kekangan yang aNA hadapi, aNA tidak dapat mengadiri kelas sepenuhnya. sobs). Maka aNA ada bertanyakan kepada guru aNA berkenaan permasalahan terbabit kerana cuba membayangkan sekiranya masuk waktu Isyak adalah pada pukul 11.35 malam, maka, solat taraweeh dan witir barangkali akan tamat pada pukul 12.30-1 pagi.
Berikut merupakan penjelasan Ustaz Jamili berkenaan hal ini:
Sebagai seorang pelajar, aNA kirakan ini yang terbaik kerana aNA sendiri tidak mempelajari fiqh dalam mazhab-mazhab yang lain terutama dalam isu ini. aNA juga risau, sekiranya aNA sendiri berusaha mencari pandangan-pandangan mazhab yang lebih mudah, mungkin aNA hanya mengikut hawa nafsu, hanya memilih yang mudah-mudah. Islam itu mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan sesuka hati. (mohon tegur sekiranya terdapat kesilapan bahasa aNA).
ps: Ini untuk diri aNA, bukan aNA memberi fatwa kepada sesiapa. Setiap orang mempunyai pegangan, rujukan dan hujah masing-masing. Mudah-mudahan semuanya tidak dilaksanakan tanpa panduan dan mengikut nafsu.
Tambahan pula inshaAllah tiada kekangan untuk aNA stay up memandang jarak waktu Magrib, Isyak dan Subuh yang terlalu dekat. Ya, macam yang aNA katakan, pengalaman pertama, bukan mudah, terus terang agak penat. Alhamdulillah, kemudahan itu ada, dan permulaan Ramadhan ini Allah datangkan dengan pelbagai sokongan dari pelbagai arah. Kami saling kejut mengejutkan sekiranya tertidur, bersama-sama ke masjid, masak berbuka bersama-sama dan sebagainya.
Allahumma Ya Bari, Ya Fattahu Ya 3aleem mudah-mudahan Ramadhan kami kali ini lebih baik daripada yang sebelum ini. Tetapkanlah kami apabila melangkah keluar daripada bulan tarbiyyah ini, menjadi seorang yang lebih bertaqwa. Ameen
Allahu a'lam bissawab
Tuesday, June 10, 2014
Post Graduate Journal #1
Ya Allah, Kau Maha Mengetahui. Aku belum sanggup melepaskan semuanya pergi lagi. Tidak aku yang pergi, mereka satu persatu meninggalkan aku pergi. Perpisahan di dunia, ah, sampai bila harus aku tangiskan. Usah diucap selamat tinggal, tetapi ucapkalah semoga bertemu kembali. Bertemu dan berpisah kerana Ilahi. InshaAllah. Selepas ini, mungkin kami dah berbeza haluan. Jangan lupa akan dunia yang lain yang masih menanti. Mudah-mudahan pertemuan abadi itu dalam syurga firdausi. Ameen
Friday, March 7, 2014
Sebelum Sheffield ku tinggal pergi #1
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu
Kalau nak diikutkan aNA memang sepatutnya sedang sibuk sekarang ini. Minggu hadapan aNA ada submission final year report and as well as presentation, on the same day.
Banyak perkara yang telah terjadi, sedikit sebanyak melemahkan diri. Tetapi entahlah, apa yang berlaku dalam diri aNA, aNA simpan sendiri.
Menghargai Sheffield
1. Menghargai ilmu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu
Kalau nak diikutkan aNA memang sepatutnya sedang sibuk sekarang ini. Minggu hadapan aNA ada submission final year report and as well as presentation, on the same day.
Banyak perkara yang telah terjadi, sedikit sebanyak melemahkan diri. Tetapi entahlah, apa yang berlaku dalam diri aNA, aNA simpan sendiri.
Menghargai Sheffield
1. Menghargai ilmu
Baru hari ini aNA sedar kewujudan journal yang berlambak di salah satu perpustakaan di Universiti. Sebagai salah seorang yang PENCINTA BUKU (jangan baca: SUKA BACA BUKU), satu perasaan yang tak tergambar mahu aNA lakarkan, yang mahu aNA coretkan. ps: punyalah berhempas pulas nak meng'google' journal
Ya, benda-benda ini, access yang sangat mudah ini hanya dapat aNA peroleh sebagai seorang pelajar universiti. Namun satu perkara, setelah lebih dua tahun setengah .... Fabiayyi aalaa-i rabbikuma tukadzdziban...
Allahu... rasanya selama dua tahun ini telah aNA sia-siakan kemudahan mengaccess maklumat yang telah disediakan untuk aNA belajar. Bukan setakat buku yang beratus (mungkin beribu (untuk kursus yang aNA ambil)), bahkan dalam mengaksess journal atas talian dengan PERCUMA merupakan salah satu lagi kelebihan menjadi pelajar universiti. aNA sendiri tak pasti di MAlaysia bagaimana.
Satu harapan yang aNA letakkan, aNA mahu kembali ke sini, menyambung pengajian aNA inshaAllah. Rasanya masih banyak yang belum aNA gali, belum aNA capai, belum aNA GARAP mutiara-mutiara daripada pensyarah-pensyarah yang ada, juga daripada alam sekeliling. Ya Allah izinkanlah. Setelah apa yang telah aku sia-siakan selama 2 tahun setengah ini , bantulah aku dalam menghargai benda yang aku 'terlepas pandang' ini Ya Allah terutamanya dalam masa yang berbaki beberapa bulan ini Ya Allah.
Gambar dia atas aNA kirakan belum tentu 1/10 daripada 'khazanah-khazanah' yang ada di bumi Sheffield ini.
2. Menghormati guru
Hampir-hampir aNA menitiskan air mata di dalam kelas terakhir 'molecular modelling' oleh Madam Natalia. Punca daripada apa perasaan itu, aNA kurang pasti, yang pasti semuanya ilham daripada Ilahi. Dalam kelas, bila aNA menoleh ke sebelah aNA, aNA lihat rakan-rakan sekelas aNA sedang scroll telefon pinta/ipad/ dsb masing-masing. Ada juga yang bising (baca: berbual dengan suara kuat).Ya kelas itu boleh dikatakan kurang menarik perhatian. Namun satu perkara. Mungkin teguran buat aNA. MANA ADAB KAMU KEPADA GURU?! aNA tak meletakkan kesalahan terhadap sahabat-sahabat aNA dalam kelas. Mana hakikatnya, itu juga yang pernah aNA lakukan, ditambah dengan pelbagai 'dosa' dan 'jenayah' lain dalam kelas sama ada aNA sedar atau tidak. Mungkin dalam pemahaman pendayarah-pensyarah aNA, tiada istilah 'keberkatan' dalam kamus hidup mereka. Tapi ya, jangan lupa 'respect' adalah nilai fitrah yang tertanam dalam diri manusia, waima apa pun bangsa, apa pun agama. Apa PUN! Bahkan seorang athiest juga! Teringat di Baitul Qura dahulu, Ustaz Zulkifli Ismail, mengingatkan kami semula di awal daurah kamu berkenaan adab belajar. Rujukan mudah salah satunya dalam hadith kedua dalam Matan arba'in karangan Imam Nawawi. Nabi Muhammad SAW ajar secara terus. Nastaghfirullahal 'azim. (Bahkan sejak kecil lagi sudah diajar tentang ini)
Mungkinkah perlu untuk aNA menulis surat buat setiap orang pensyarah aNA memohon 'redha' dan 'halalkan ilmu' daripada mereka (mudah-mudahan beroleh keberkatan dalam erti kata sebenar) (mudah-mudahan beroleh keberkatan dalam erti kata sebenar) . Mungkin juga mereka tidak kisah, kerana selalunya pembelajaran diperingkat universiti, lebih kepada hidup berdikari. Kamu nak belajar atau tidak, urusan kamu, yang penting aku telah menyampaikan. Tapi pada aNA sendiri....... Allahu
Buat yang dropby, baca pos aNA, mohon didoakan aNA dan sahabat-sahabat diberi kekuatan, kesabaran, kemudahan dan bantuan oleh Allah menjalani semester akhir kami di sini, dan mudah-mudahan kami beroleh kecemerlangan. Ameen Ya rabbal 'alameen.
ps: catatan di Jordan telah banyak di draft, namun belum sempat di finalinse. Inshaallah, akan aNa usahakan selepas submission nanti
Allahu 'alam
Tuesday, February 4, 2014
Impianku#2
Bisillahirrahmanirrahim
Assalamualakum warahmatullahiwabarakatuhwamghfiratu waridhwanu
Susulan pos lepas, Impianku, inshaAllah aNA akan kongsikan serba sedikit berenaan beberapa impian aNA. Ikut mana dan.
InshaAllah hari ini aNA akan kongsikan berkenaan tempat-tempat impian yang ingin aNA jejaki. Sebelum ini mungkin aNA mengatakan, sepanjang belajar di Sheffield belum pernah aNA keluar dari UK (berjaulah) selain daripada Ireland. Alhaduillah, Allah Azza wa Jala telah merezekikan aNA untuk berada di salah satu bumi Anbiya. Ana bil Urdun (dialek bahasa arab 'ami yang bermaksud saya di Jordan). InshaAllah akan aNA kongsikan dalam post selepas ini.a
Tempat Impian
Sungguh pun, banyak ayat-ayat provokasi dan ketidakpercayaan berkenaan status aNA yang tak pernah bermusafir selain ke Ireland dan tempat-tempat dalam UK, walaupun sudah di tahun 3(tahun akhir inshaAllah) ,inshaAllah aNA tahu kenapa aNAtak gunakan peluang yang ada ini.
Allahu a'lam
Assalamualakum warahmatullahiwabarakatuhwamghfiratu waridhwanu
Susulan pos lepas, Impianku, inshaAllah aNA akan kongsikan serba sedikit berenaan beberapa impian aNA. Ikut mana dan.
InshaAllah hari ini aNA akan kongsikan berkenaan tempat-tempat impian yang ingin aNA jejaki. Sebelum ini mungkin aNA mengatakan, sepanjang belajar di Sheffield belum pernah aNA keluar dari UK (berjaulah) selain daripada Ireland. Alhaduillah, Allah Azza wa Jala telah merezekikan aNA untuk berada di salah satu bumi Anbiya. Ana bil Urdun (dialek bahasa arab 'ami yang bermaksud saya di Jordan). InshaAllah akan aNA kongsikan dalam post selepas ini.a
Tempat Impian
- Haramain (Makkah dan Madinah. Umrah dan Haji dan menziarahi Nabi SAW + Arab)
- Bumi Anbiya ( Mesir, Jordan, Palestin, Syria)
- Tempat Sejarah Ketamadunan Islam (Turki, Sepanyol)
- Bosnia
- Tanah Jawa (Dunia Pesantren dan mendalami bahasa Jawa)
- Kelantan
- Pondok Bantan, Thailand
Sungguh pun, banyak ayat-ayat provokasi dan ketidakpercayaan berkenaan status aNA yang tak pernah bermusafir selain ke Ireland dan tempat-tempat dalam UK, walaupun sudah di tahun 3(tahun akhir inshaAllah) ,inshaAllah aNA tahu kenapa aNAtak gunakan peluang yang ada ini.
Allahu a'lam
Impianku
Bukan aku tak punya keinginan
Mungkin kerana takdir Tuhan
InshaAllah aku tak keberatan
Kalau kau kata aku tak punya ikhtiar
Ketahuilah aku memiliki impian menjulang
Andai kau kata aku terlalu banyak alasan
Sedarilah aku tahu ertinya kesempatan
Dan letaknya kemampuan
Sampai satu tahap
Aku membayangkan segalanya pasti ada di syurga Tuhan
Tidak! Bahkan aku perlu yakin
Melangkah menongkah kesoronokan
Kau kata aku tak gunakan peluang
Ah, pengorbanan,
Datangkah bersama kecemburuan?
Maka kupulangkan pada hati
Ya Allah,
Pada setiap yang aku putuskan
Dengan namaMu
Maka dengan namaMu juga aku bertawakal
Andai itu petunjukMu
Jangan pernah kau biarkan badai
meruntuhkan tebingnya
memukul pantai sukma
Duhai diri
Dengarlah suara
Kerana ada yang lebih utama
30.11.13 8.45pm
Subscribe to:
Posts (Atom)






