Tuesday, June 14, 2011

nak marah?!!! marahlah!!!! ada kisah????!!!!

bismillahirrahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

apahal pulak aNA kali ini... hari tu APA HAK KORANG????!!!!! lah, HANGPA DOK KATA ORANG HANGPA PIKIR LU TAK???!!! tak sudah-sudah lepas geram, meluah perasaan di blog. sampai pembaca yang tak pernah2 cecah 30 satu-satu masa, sampai seratus lebih pembaca untuk tempoh 24 jam. suka timbulkan isu "control" versi(hehehehehe)... aNA perempuan. fitrah perempuan kan suka meluah perasaan. tak dapat me'luah'kan(membebel) di alam nyata, dapat kat alam maya pun jadilah.

jangan risau inshaAllah kali ini, seperti dua post lepas kalau aNA tak silap, aNA ingin berkongsi mengenai motivasi pagi di IKIM setiap hari bekerja jam 7.30 pagi. motivasi pagi tadi disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi(siapa tak kenal, penulis buku tentang cinta, beduk diketuk, dsb~boleh dapatkan di pasaran ya~aNA tak ambil sebarang commission). berbalik kepada topik.

aNA dengar tadi sambil berjogging.. huhuhu.. so line clear tak clear. inshaAllah sekadar yang aNA ingat dan dapat tangkap aNA kongsikan. walaupun sikit aNA harap walau sebesar zarah pun berguna untuk diri aNA dan para pembaca sekalian.

menurut ustaz,

MARAH
JANGAN TERLALU NANTI HANGUS
JANGAN TIADA NANTI DAYUS

menarikkan?

marah merupakan fitrah setiap manusia
marah memang Allah bagi pakej dengan perasaan-perasaan lain dalam diri manusia

marah perlu dikawal. kerana marah itu api. syaitan juga daripada api. apabila kita marah, tanpa pengawalan yang sepatutnya, mudah untuk syaitan mencucuk-cucuk, menambahkann MSG, membawa kita melampaui batas. sebab itu dianjurkan cara mengawal kemarahan, seperti berwuduk, duduk jika sedang berdiri, baring jika sedang duduk dan sebagainya

marah juga perlu. marahlah menjadi penggerak kepada seseorang untuk membela, mempertahankan sesuatu esp diri sendiri. contoh mudah, sekiranya kita diejek dan sebagainya, tanpa marah, adakah kita akan ejek semula orang yang mengejek kita atau memukulnya. tidak bukan.(jangan mencontohi contoh ini~tak bagus untuk kesihatan, mudah marah, senang dapat darah tinggi, cepat mati(gurau2, jangan marah)

tapi marah yang melampaui batas, usik sikit dah bagi penumbuk kat muka, ejek nama kita, kita ejek nama ayah dia(apa kes?). jangan mudah melatah. terutamanya bila kena kritik.

apabila menerima kritikan terutamanya daripada musuh, jangan cepat menidakkan. fikir baik-baik. jangan mudah melatah. mungkin sekali kritikan itu ada kebenarannya. mungkin kritikan itu merupakan perkara yang sudah lama ingin ditegur oleh sahabat kita, namun tak terkata. masa inilah untuk kita memperbaiki kelemahan diri. bersyukurlah. apa mungkin kita tahu, kritikan itu merupakan medium Allah untuk menegur kita supa memperbetulkan kesalahan yang telah kita lakukan. siapa tahu(gaya Haaziq Huzaili(sahabat sekelas aNA).. heheheh jangan marah)

jika kritikan yang kita terima itu tidak adil terhadap diri kita.. jangan risau, bersabarlah. bak kata ustaz tadi, menurut buku apa aNA tak ingat, musuh mengkritik secara tak adil merupakan satu pujian tak rasmi. barangkali musuh telah nampak kelebihan kita cuma tak mahu mengakui. tidak mengapa. lek lu(macam dina farhana..)

di sini juga aNA ingin bawakan satu kisah yang dikongsikan oleh ustaz pagi tadi contoh marah yang terpuji

diceritakan, pada suatu hari Saidina Ali RA ingin memenggal kepala seorang musyrikin. ketika diangkatnya pedang untuk memenggal lalu musrikin itu meludah kepada Ali. tiba-tiba Ali meletakkan pedangnya semula.(tak jadi memenggal). apabila ditanya kepada beliau mengapa, ali menjawab bahawa(mafhum, not the exact words of Ali) Ali ingin memenggal kepala musrikin tebabit kerana marahnya kerana membela agama Islam. namun tatkala musyrikin itu meludah kepada Ali, Ali risau, bahawa marahnya itu kerana ludahan terbabit(kira sebab diri sendiri) bukan lagi kerana Islam.

contoh dah ada, tinggal kita untuk mengambil pengajarannya. itu baru contoh yang dibawakan oleh sahabat nabi. belum lagi batang tubuh baginda sendiri, HABIBALLAH....

orang sering kali mengatakan "iyalah, sabar2. sabar pun ada batasnya". duhai aNA dan sahabat2, sabar nabi, unlimited.... "iyalah, baginda nabi".. mengapa kita kita mencontohi baginda.. sekurang-kurangnya mencuba. kenapa tidak?,

ALLAH SWT berfirman maksudnya
:

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

SURAH AS-SHURA AYAT 36-43


dalam ayat di atas, Allah membenarkan untuk kita membalas setiap perbuatan zalim. tapi sebaik sahaja ayat kebenaran tersebut, Allah susuli dengan kemaafan lebih baik, kan? balasan Allah jauh lebih hebat, sebab itulah adanya akhirat....

buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali aNA... setiap perkara aNa, kena pandai buat pertimbangan sebaiknya. contoh dalam berbaik sangka. begitu juga halnya dengan kemarahan dan kemaafan. berpada-padalah. tak semua perkara kita boleh biarkan seperti yang melibatkan perkara-perkara crucial seperti isu yang melibatkan nyawa, agama, akal, maruah dan harta. takkan perkara-perkara seperti isu palestin kita hanya berdiam diri. masih lagi ada senjata yang kita ada selain M-16. senjata yang paling berbahaya. ya kita mungkin tak mampu untuk turut berjuang bersama dengan mujahid-mujahidah di sana. ingat, kita masih ada doa. senjata umat islam yang paling berbisa. selain itu, pelbagai usaha lagi yang kita boleh lakukan. kalau isu palestin ni adalah seperti memboikot barang-barang keluaran palestin. aNA sedih dan benar-benar marah(tapi tak terluah)bila ada yang masih mengatakan,"tak apa beli, ikut niat masing-masing.." perkara macam ni tak semudah itu.. bayangkan kita keluarkan duit, dapat makanan sebagai contoh. kerajaan Israel dapat duit kita buat apa. untuk beli peluru. bayangkan satu peluru mewakili satu nya. andai kata every meal yang kita beli mewakili satu peluru, dah berapa banyak meal kita ambil. dah berapa banyak peluru dapat dibeli, dan berapa banyak nyawa yang dah kita gunakan untuk membunuh saudara seakidah dengan kita. begitu juga dengan kemarahan. harus tanganinya dengan bijaksana. jangan cepat melatah.ambil masa untuk berfikir. pertahankan pada yang haq! kalau setakat kena ejek, pukul biasa2 tak perlu rasanya untuk membalas semula. jadilah pemaaf seperti nabi..inshaAllah hati tenang selalu. PEACE NO WAR

wallahua'lam

p/s:seperti biasa. point daripada ustaz. olah daripada aNA. salah silap atau berlainan pendapat mohon teguran, pandangan dsb

Saturday, June 11, 2011

sayangku

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullhi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

kau kian membesar
menuju kedewasaan sayang
kadang aku hampir tak percaya
bagai baru semalam aku melihat kau
berlari-lari ke sana ke mari
dengan sikap kau yang keanak-anakkan
kau kerap aku sakat
dek kenakalanku
terkadang aku terkasar dengan kau
itulah aku sayang
ketahuilah jauh di sudut hatiku
aku benar-benar mengambil berat akan mu
apa bisa aku luahkan kasih sayangku

maafkan aku sayang
andai pernah membuat kau terkilan
andai aku pernah bersikap tidak adil pada kau
andai aku menyakiti dirimu
itulah kelemahan aku
inshaAllah
aku sedang berusaha memperbaikinya

kadang-kadang sayangku
aku tak dapat membayangkan
apa mungkin kau berubah
atau tidak
hanya Dia Maha Mengetahui
mudah-mudahan perubahan
yang kita semua lalui
merupakan perubahan
menuju redha Ilahi

saat melihat kau kian menuju kedewasaan
mengapa harus aku bersedih hati
itulah kitaran hidup yang harus dilalui
setiap insan

aku terkenang saat aku mengkendongmu
apa mungkin kau akan memintaku mengkendongmu lagi
ketahuilah, aku seronok sekali dapat mengkendongmu

di mataku sayang
kau masih lagi kanak-kanak
mengapa tidak aku sedar
kau sudah remaja

pesananku padamu sayang
jadilah insan yang mulia
taatilah perintahNYA
ikutilah sunnah rasulNYA
hormatilah dan kasihilah
ibu ayah
berhati-hatilah sayang
jagalah perilakumu
awasi tutur bicaramu
peliharalah kehormatanmu
sayang
jauh lagi perjalanan kita sayang
andai maut belum menjemput
dan dunia belum berakhir
banyak lagi perkara yang harus
kita semua tempuh
banyak pengalaman sedang menanti
untuk kita timba

inshaAllah selagi yang termampu
akan kubimbingmu sayang
andai juga aku tersilap langkahku
tegurlah aku sayang

Ya Allah,
jadikanlah kami berempat
puteri-puteri yang solehah
buat kedua ibu ayah kami
jadikanlah kami pengubat hati mereka
jadikanlah kehadiran kami
benar-benar menggembirakan mereka
jadikanlah kami anak-anak yang berjaya
dan membuatkan mereka berbangga dengan kami
jadikanlah kami anak-anak yang mengenang jasa
pembela mereka di hari tua
Ya Allah,
kukuhkanlah ikatan ini
berkatilah keluarga kami
penuhilah rumahtangga ini
dengan mawaddah dah rahmah
juga dengan cahaya keimanan
sehingga ke syurgaMu
ameen....



p/s: saat ini air mataku seperti ingin mengalir, namun entah mengapa, sikit pun tak terkeluar dari kelopak mata... aku bermohon itu bukanlah petanda, air mata itu sedang membeku di hati ini....

Thursday, June 9, 2011

keperluan atau tujuan hidup mana lebih aula

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

niat nak mengemaskini dan memuat naik blog dengan entri baru sentiasa tergendala... aNA di rumah sekarang ni... alhamdulillah di samping keluarga tercinta.. sebenarnya exam belum habis lagi ni... ada selang seminggu sebelum kertas seterusnyaa minggu depan. tapi kalau tolak hari ini aNA ada lebih kurang lagi 5 hari lagi untuk persediaan untuk kertas terdekat. semalam hari aNA kurang produktif. hu. menonton televisyen, tidur awal. kalau kerja rumah tu belakang cerita. tanggujawab aNA. sahabat-sahabat di kolej awal-awal dah bagi amaran pada aNA, balik rumah boleh belajar ke? aNA seperti biasa hanya tersenyum. aNA katakan, andai aNA tak boleh nak 'study' di rumah, aNA akan 'cabut' balik Shah Alam nanti.

baiklah beralik kepada tajuk post kali ini. pagi tadi seperti biasa pada jan 7.30 pagi adalah rancangan motivasi pagi di IKIM. kali ini bersama siapa aNA tak ingat. sebab seminggu sekali penceramah akan bertukar.

sekadar perkongsian apa yang aNA dengar. pengolahan daripada aNA. 'point' adalah daripada penceramah berkenaan. mkemandangkan bakat belum berapa nak mendalam lagi, aNA akan cuba sampaikan secara mudah dan padat(mingkin tak berapa nak padat hehe. sekurang-kurang aNA berharap tak dapat banyak, sekurang-kurangnya satu point pun sudah memadai. inshaAllah aNA dalam usaha menerapkan prinsip 'baligha 'anni walau ayah'.

baiklah,kitamulakan dengan keperluan hidup. perlu dalam Kamus Dewan edisi keempat bermaksud:
  1. keharusan (yang tidak dapat dielakkan), kemestian
  2. menjadi kemestian (utk mendapatkan sesuatu dll), harus, terpaksa
  3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting
  4. =~ akan(dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan)
  5. sesuatu yang dikehendaki(dipentingkan), hajat, kepentingan
  6. -~utk untuk, bagi, buat, guna
keperluan pula bermaksud
  1. perihal perlu
  2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian
  3. sesuatu yang diperlukan(dikehendaki), sesuatu yang berguna. kepentingan
  4. hajat, maksud, tujuan
kesimpulan yang aNA boleh buat adalah keperluan hidup merupakan sesuatu yang berupa perkara-perkara penting yang diperlukan bagi meneruskan kehidupan dan sekadar pemahaman aNA kebanyakannya berupa material. sebagai contoh tempat tinggal(rumah), pakaian, makanan, minuman, kenderaan dan duit ^_^(tanpa duit mana nak dapat semua keperluan yang tersenarai tadi). by hook or by crook kena ada.

tujuan menurut kamus dewan
  1. arah, hala, haluan
  2. yang dituju, maksud, matlamat, tuntutan
tujuan hidup merupakan matlamat, objektif, kehidupan. tujuan inilah yang menjaawab persoalan why. kita sebagai sorang Islam inshaAllah sama-sama sudah sedia maklum tujuan di atas muka bumi adalah sebagai seorang hamba, untuk beribadah kepada yang Maha Esa, Maha Pencipta.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
surah ad-Dzariyat ayat 56

persoalannya mana yang lebih aula(utama),yang mana satu perlu kita tumpu?

keperluan, jika dimiliki, kita akan memperoleh kesenangan dan kemudahan

tujuan hidup, jika benar-benar bekerja mencapainya inshaAllah yang akan kita miliki adalah ketenangan

persoalan kedua kesenangan dan ketenangan, bagaimana pula keutamaan antara keduanya? tepuk dada tanya iman

kita tak boleh melupakan keperluan hidup. hakikat kehidupan, untuk diteruskan memang memerluakan tempat berlindung, perlu mengalas perut, kesihatan perlu dijaga, dsb. tidak boleh dipandang enteng

tujuan hidup, andai ditinggalkan, harta setinggi gunung everest takkan pernah mampu untuk memberikan ketenangan. harta berkodi-kodi, tanah luas terbentang, rumah mewah, kereta besar tetapi hidup masih dirasakan sempit, terhimpit, gelisah dan resah.

tujuan hidup ibarat buah di atas pokok. keperluan hidup ibarat galah. kita nak apa sebenarnya, buah atau galah? pilihlah.. apa mungkin keduanya.

cantiknya islam, keperluan dan tujuan boleh berjalan seiringan. contoh bekerja mencari rezeki diniatkan kerana Allah. kewajipan kepadaNYA tidak ditinggalkan ketika mencari rezeki.. Allahuakar. subhanallah.. indahnya Islam... pilihlah kualiti hidup mahupun kuantiti harta yang kita kejarkan....

mungkin pengisian yang diberikan terlalu ringkas. aNA harap sedikit sebanyak kita sama-sama dapat ambil pengajaran. tajuk yang amat common dibincangkan namun sering dipandang enteng. bila memandang tau mendengar tajuk perbincangan ini, reaksi yang sering dirterima kerap kali, ah, pasti isinya juga sama. aNA berpendapat tajuk ini begitu luas untuk diperbahaskan. buat masa ini biarlah pengisian ringkas yang aNA kongsikan terlebih dahulu..

wallahua'lam,

p/s: salah silap, mohon diperbetulkan. aNA budak baru belajar(budak??) mohon cadangan untuk membaik pulih dan menaik taraf blog dan pengisiannya.. inshaAllah
=_=' dah lama tak buka kamus dewan. kekok rasanya bila membukanya untuk dirujuk. sampai lupa kena cari root word terlebih dahulu









Tuesday, June 7, 2011

WARKAH A LEVEL #12 + ekstra mengapa warkah a level

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

alhamdulillah satu lagi kertas selesai
Justify Full
kertas chemistry unit 6b...

overall apa yang boleh aNA simpulkan... agak tough....3 soalan untuk 50 markah.. solan pertama pasal unknown substance.. as usual.. tapi kali ni agak tough. memerlukan pemikiran kreatif, kritis lagi pantas dan cekap... second pasal rate of reaction.. trend soalan macam ni tak silap aNA mula paper Jan 2011 yang lepas.. wallahua'lam.. soalan ketiga, organic.. alhamdulillah, setakat ni, soalan ni yang aNA betul2 confident... cumanya, betul ke salah kita tak tahu.. aNA serahkan segalanya padaNYA...

tambahan, ada sahabat aNA(bukan a-level) comment yang post aNA berkenaan exam ada sahaja yang tak kena.. aNA hanya mampu tersenyum.. hakikat sebuah peperiksaan ada susah dan ada mudah.... tawakkalna 'alallah.. mudah-mudahan dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang... bantulah kami Ya Allah.. hanya dengan izinMu.. segalanya hanya dengan izinMu.. hanya dengan izinMu kami berjaya.. maka Ya Allah kurniakanlah kami kecemerlangan dunia dan akhirat ameen...

apa yang penting sahabat2??!!!!! PULUN!!!!! DON'T LOOK BACK. DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK!!!! inshaAllah.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan YOSH!!!!! GIVE IT ALL OUT!!! JANGAN TINGGALKAN SIKIT PUN!!!HURS!

wallahua'lam....

p/s: kenapa aNA merekodkan ini semua untuk tatapan pembaca??? bukan untuk menunjuk kehebatan atau memberitahu kelemahan aNA dalam exam.... bagi aNA sekadar perkongsian...

kalau2 yang terbaca itu yang bakal menduduki exam esp A LEVEL, aNA nak berkongsi serba sikit untuk persediaan kalian.. biar antum ambil feel dulu macam mana exam, jangan lupa terus berusaha..

andai yang baca sahabat2 seangkatan yang ambil A LEVEL sedikit review, walaupun aNA kata DON'T LOOK BACK.... bak kata seorang akh pada aNA, kita kena tgk ke belakang juga supaya tak mengulangi kesilapan yang sama.... (DON'T LOOK BACK yang aNA maksudkan adalah tidak meratapi paper yang lepas tu, kalau2 ada silap sana sini, kurang markahlah.. takut hilang semangat nak exam)... plus...bukan juga membuatkan antum rasa rendah diri dsb ...akita rasa benda yang sama kan??? ni macam sharing moment gitu.. wlaupun aNA jer yang duk membebel...aNA harap sikit sebanyak dapat berkongsi n sama2 memberi galakkan antara satu sama lain... whatever it is.. TERUSKAN PERJUANGAN!!!!

buat yang dah menduduki A LEVEL.. mungkin kalian boleh tersenyum.... kalau boleh serba sikit bagilah tips dekat kami ni.. huuuuuuuuuuuu


bagi yang tiada kaitan dengan A-LEVEL, juga perkongsian yang tak seberapa.. mungkin pengisiannya kurang... mohon maaf atas kekurangan

mohon doa bersama untuk kejayaan kami semua yang masih di medan perjuangan... mudah-mudahan momentum yang ada berterusan... dan dipertingkatkan lagi... nak2 dah nak akhir2 exam ni..... Ya Allah permudahkanlah jalan kami ini.... berilah kami petunjukMu ameen...

Monday, June 6, 2011

WARKAH A LEVEL #11

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah dua papaer lagi telah berlalu

physics unit 6b dan physics unit2

overall ok.. alhamdulillah dipermudahkan... macam biasa, susah senang exam, adatlah kan ^_^

meh aNA cerita sikit pasal paper tadi

unit 6B
  1. soalan pertama. kira density metre rule without length given.. pelikkan.. tapi yang aNA fikir, metre rule kat lab tu saiznyer 1m.. then i considered the length as one metre. betul salah wallahua'lam. i've tried my best
  2. soalan kedua, measuring alpha particle. menarik soalan ni, dia dah bagi procedure.. lepas dia minta kita untuk bg details lagi procedure tu.. hu....
  3. soalan ketiga, berkenaan denagn pressure law.. supposely ok...
  4. soalan keempat, discharging capacitor... ok inshaAllah
kesimpulan.. ok cuma biasalah takut careless ke apa... total marks 40

unit 2
  • sepertiunit 1.. banyak-banyak-banyak-banyak explanation.... agak kelam kabut sebab masa tak cukuo( diri sendiri yang rasa). bak kata sahabat, soalannya betul2 menguji tahap keyakinan kita terhadap jawapan yang diberikan. dengan markah yang diberikan, cukup ke tak explanation kita.. dsb... contoh soalan explanation, zinc plate n uv light intensity increase(photoelectric), how to mesure angle of the polarisation(based on sugar concentration), kenapa guna peralatan itu ini, kenapa distance kena kept constant.. dan bermacam lagi kenapa
  • overall.. mencabar.. seperti biasa sebab explanation n masa-eh wave tak banyak,kan macam jan 2011??? baru prasan
huhuhu.. officially hari ni dah habis AS.. esok kertas Chemistry unit 6b... officially dah 11 kertas menjadi past year paper... berusaha lagi NADZIRAH!!!! inshaAllah..

sahabat2..........
DON'T LOOK BACK!
DON'T GIVE UP!
STAY ON TRACK!
YOSH!!!
GANBATTE NE!!!!!
SEMANGAT MEMBARA!!!!!!!
JIA YOU!!!!
ALL THE BEST!!



p/s:
alhamdulillah...tawakkalna 'alallah.. la haula wala quwwata illa billahil 'alyyil 'azhim.... ameen...

Thursday, June 2, 2011

UNDERSTANDING HIJAB FOR DUMMIES

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

santai-santai.. tapi inshaAllah sama-sama ambil pengajaran

wallahua'lam

p/s: credit tu afiq fadhil, jiwa kembara dan fullwhitemoon.deviantart

Wednesday, June 1, 2011

duhai pemimpin

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

peringatan untuk diri aNA sendiri, juga buat para sahabat

Surah al-Baqarah ayat 165-169

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.

Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).

Surah al-Ahzab ayat 66-68

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"


seseorang itu bergelar pemimpin tidak hanya tertumpu kepada kepimpinan sesebuah negara.. jangan dilupakan sekecil-kecil organisasi di atas muka bumi adalah sebuah keluarga.... apatah pula yang memimpin negara ataupun dunia

beratnya amanah itu


"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."~33:72

wallahua'lam

mulut berbicara paling dekat jaraknya adalah telinga pemilik mulut itu