bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu
aNA dah pernah post kat FB aNA lu.. sekadar mengingatkan diri semula.. n buat perkongsian sahabat.. aNA ingat.. masa tu aNA betul2 emosi...
ni link notes tersebut bertarikh 15 may 2010.. dah setahun pun...
http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=119976451365960&comments
bismillahirraahmanirrahim
salam alayk~
buat saudara-saudaraku sekalian,
aku tak tujukan hal ini untuk korang semata-mata juga untuk diriku...
macam-macam aku dengar sekarang ni. aku ingat benda-benda macam ni hanya berlaku masa sekolah je dulu.. rupa-rupanya dah besar-besar, dah nak cecah(mungkin ada yang cecah atau dah berlebih-lebih) 20 tahun pun perangai macam budak-budak.. tolonglah.. ape korang dapat dok condemn orang lain... duduk berkumpul, sembang2, sepatutnya elok dah tu merapatkan ukhwah... tp lain jd... rupenyer mengalahkan sembang mak cik kiah, mak cik senah & markonah kat tepi jalan sebelah pokok rambutan yang baru balik dari kedai(sekadar contoh,tiada kene mengena antara hidup & yang meninggal dunia) kutuk orang bagai nak rak.. ingat diri tu perfect sangat ke??!!! apa hak korang nak kutuk2 orang tak tentu pasal.. org lain tak menyusahkan hidup korang, korang lak dok menyusahkan orang lain...
firman Allah SWT dalam surah alHujarat ayat 12 yang bermaksud,
012. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu,patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Nabi SAW pun pesan,
Dari Abi Hurairah r.a katanya : “Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.
Riwayat Muslim
mungkin korang hebat.. tapi sempurnakah kita??????.. yang peliknya orang yang korang condemn tu ade yg bukan member korang..bertegur sapa pun tak pernah,cakap pe lagi??? korang kenal betul2 tak org yg korang dok mengata tu??? if member korang pun, sanggup ea korang... kawan mende...kalau betul pun diorang yg korang dok condemn tu buat salah.. kita ade tanggungjawab lebih besar & jauh lebih mulia daripada mengumpat& meng'condemn'
069. Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingat (larangan Allah itu) supaya mereka bertakwa.
(surah al-An'am ayat 69)
ada panduan yang digariskan, tinggal ikut jer,
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.
tak faham ke ape k, tak tahu camne tanya yang pakar,
surah al-Anbiya' ayat 7
"..., maka tanyakanlah orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui."
lagi satu yang dok mendengar tu pun satu hal.. bukan nak berhentikan tp menambah perasa & garam....(aku dok ngata orang diri sendiri macam mane)
011. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
012. Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.
(surah an-Nur ayat 11 & 12)
Allah berfirman lagi yang bermaksud,
014. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.
015. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
016. Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah
Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan.
017. Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
018. Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksan
019. Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
020. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).
(surah an-Nur ayat 14 hingga 20)
diriku, kawanku, sahabatku, temanku, saudaraku
ingatlah Allah berfirman yang bermaksud
021. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah!) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
(surah an-NUR ayat 21)
ALLAHUAKBAR... jauhilah kami daripada mengikut jejak langkah syaitanirrajim..
aku memohon maaf atas segala kekasaran bahasaku yang disengajakan dgn niat agar mudah difahami...straight to the point.. andai ada salah silap, yang aku lakukan dalam artikel ini mahupun dalam realiti...aku juga bukan insan yang kamil.. aku juga tak luput daripada dosa... ingatkanlah aku.. nasihatilah aku...perbetulkanlah aku.... wassini
firman Allah SWT dalam surah albaqarah ayat 44, bermaksud,
044. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
hadith Nabi SAW yang bermaksud,
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”
(Bukhari & Muslim)
akhir kalam,
firman Allah dalam surah adzZariat
056. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH LA ILAHA ILLALLAH
ALLAHUAKBAR
wassalam
No comments:
Post a Comment