Wednesday, May 11, 2011

WARKAH A LEVEL #2

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

part 1


sekian lama aku mengenalimu
saat umurku hampir mencecah 20 tahun
aku benar-benar mengagumimu
kerap aku mendengar orang-orang berbicara mengenaimu
kau bukan sahaja seorang contoh tauladan
yang boleh dicontohi ketabahannya
semangat juang kau begitu tinggi
derita tak pernah menghalang kau untuk melangkah
walau setapak
walaupun yang menghalangmu itu kebencian manusia
hidupmu berwarna-warni
suka duka sudah pasti
lumrah insani
aku hanya mampu mengagumimu secara senyap
kerana aku tahu ramai yang mengangkat kau di hati mereka
semalam.... aku mengetahui makanan kegemaranmu
adakah aku punya peluang menghidangkan kepadamu
air tanganku sendiri
atau mungkin aku hanya mampu menyukai apa yang kau suka
kerana kata orang seseorang itu akan meniru
seseorang yang dicintainya
ya hidup kau penuh cabaran
namun siapa sangka kau juga seorang yang sangat ceria
dan kau juga pandai bergurau
patutlah sahabat-sahabat kau begitu menyayangi kau
aduh... bisakah aku bertentang mata denganmu
walau sekali...
kau bukan sahaja pujaan di hati-hati manusia
kau juga begitu disanjungi oleh mereka di langit
namun aku tetap berharap putik suka berbunga menjadi cinta
Ya Allah, biarlah aku mencintai
kekasihMU.....

part 2

buat sahabat-sahabat yang setia
terima kasih atas kasih yang kau curah
luluh hati saat kau menitiskan air mata
keranan mengenangkan saat perpisahan yang hampir tiba
jangan begitu sahabatku
pertemuan perpisahan itu sudah pasti
itulah lumrah kehidupan
percayalah... teraskanlah persahabatan ini atas akidah
ikatan itu takkan terputus walau ke mana melangkah
bersama teruskan perjuangan....
inshaAllah andai punya jodoh lagi
kita akan bertemu lagi
berdoalah agar jodoh itu dipanjangkkan lagi
moga bertemu di jannah ILAHI... ameen...

bisikku buat insan bergelar sahabat
inshaAllah, aku mencintaimu kerana Allah, kerana kamu mencintaiku kerana Allah


"duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini
meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih
biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yang terjalin
teruskanlah perjuangan hinnga ke titisan darah terakhir"~ DEeVOTES ~Sahabat


wallahua'lam

p/s: ^_^


1 comment:

Anonymous said...

nad,npe entri ni menyentuh perasaan sgt?aishh~