Sunday, January 10, 2016

Diari Bakal Cikgu #DBC 1

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamagdiratu waridhwanu

Sekian lama, aNA biarkan blog aNA bersawang, aNA benar-benar merasakan, aNA perlu kembali menulis.

Cerita 1

Selain berkongsi, #DBC (Diari Bakal Cikgu) lebih berbentuk refleksi aNA bagi diri sendiri. Sekiranya kita hanya duduk dan berfikir (itu salahsatu refleksi yang baik), sekiranya tindakan hasil refleksi tidak terus dijalankan, barangkali penyelesaian yang cuba dirangka, tanpa ditulis, tidak dapat memberikan impak yang baik. Sedangkan, kita telah memerah otak, namun akhirnya, apa yang dirangka dalam awan pemikiran (baca: angan-angan) hilang. Rugi kan?

aNA sedar, antara kekuatan yang mendominasi diri aNA adalah lebih kepada afektif (rasnya :P). Kenapa? Sebab aNA mudah terasa, aNA bersifat resposif dan sebagainya yang tak perlu aNA ceritakan semuanya.

Menulis memberi ruang untuk diri kita berkomunikasi dengan diri sendiri. Lebih jujur mungkin.

Selain itu, kelak, musim praktikum (bermula 25 Januari 2016 insya-Allah) aNA akan lebih banyak menulis sesuatu lebih kepada ilmiah (hopefully :P) bagi  penulisan refleksi dan jurnal mingguan. Allahul musta'an.

Maka ruang yang aNA ada dalam platform Midori No Happa inilah ruang untuk aNA membebel dan "berdrama" lebih sikit kan :P

*************************************************************

Drama1

aNA sedang dalam usaha menulis CV dan cover letter untuk hantarkan ke sebuah sekolah swasta di ibu kota. Mana tahu rezeki aNA di situ. Mudah-mudahan, dapat tambah pengalaman aNA dalam dunia pendidikan ini insya-Allah.

Sehingga saat aNA menulis post kali ini, aNA masih belum pasti apa yang perlu aNA tulis dalam cover letter aNA. aNA harap pihak sekolah tak anggap aNA tidak bersunggu atas peluang yang diberikn.

aNA seperti tidak jumpa apa kekuatan aNA sebenarnya yang aNA nak "jual" kepada pihak sekolah. Apa yang aNA mampu sumbangkan sebenarnya? aNA tahu apa yang aNA nak, tapi cukup kuatkah keinginan itu untuk membantu pihak sekolah membaca cover letter dan sekurang-kurangnya membaca CV aNA?

Macam-macam contoh surat aNA baca. Kalau aNA ceritakan kepada dua orang sahabat bekas pelajar UniKL, habis aNA kena sembur. Bakal guru tapi tak yakin dengan diri sendiri, kemampuan diri?! Ya, aNA tak yakin! Cakap bukan main bersungguh, imemberikan hgh expectation which I might, could not meet. (Bahasa terabuq! kata belajaq UK!)

Haish

************************************************

Drama 2

Terus terang, aNA seorang yang competitive. Tapi tak pernah mengaku walaupun tahu (dan aNA percaya keluarga dan sahabat-sahabat rapat aNA sedar. Cuma bila dah besar-besar ni, aNA tak tunjuk sangat. Dalam hati ja)

Walau bagaimanapun, nak dijadikan cerita, aNA mengumpulkan keputusan rakan-rakan sekelas aNA sepanjang DPLI. Maka aNA mendapat maklumat markah kawan-kawan. Apabila aNA semak keputusan rakan-rakan, dalam hati, kecewa ada, sempat bermonolog "agaknya, dalam kelas aku yang nombor 18, nombor akhir". Sedar silap sendiri.... Haish!

Banyak main sangat, kan. Maka, nah, ambik ko! Ini adalah salah satu azam aNA untuk tahun 2016.

"BEST PRACTICUM in IPGM!" ameen.

Ada beran?!!

Buktikan!


************************************************************


Allahu a'lam. Allahul musta'an

Ke arah murabbi versatail

-Ustazah Kimia (?)-

Sunday, December 20, 2015

Rindu

Janji terpateri
Walau cinta belum bertemu
Dalam tadahan doa
Mengharap kelak ia kan terus mekar
Saat lafaz mithaqan ghalizha
Meluncur dari hati ke bibirmu
Atas nama Tuhan yang menyatukan

Namun rindu tetap menyentuh lembut bahuku
Menyapa dalam mimpi-mimpiku
Tanpa bicara
Langsung tidak dikau menegurku
Hanya pandangan ku yang kau balas
Tetapi tetap juga bisu seperti kalammu

Fatihah kuhadiahkan untukmu
Agar tetap dalam perlindungan al-Hafiz, As-Salam
Ditetapkan keimanan
Menjadi qurratu ain
Menjadi imam al-muttaqin

Bimbang dalam bisikan
Kerap mempersoalan ikatan
Kita jarang bertukar cereka
Gurau dan tawa
Saat air mata mengalir pantas
Padamu tidak aku mengadu
Nasihatnya
“Beruntunglah dalam kalangan mereka yang sedikit”

Alhamdulillah Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahim
Kau anugerahkan hadirnya di sisi
Bagai Kau menguji habibMu
Tegasnya tidak menghirau ku
Agar aku berterus mencariMu
Menengejar cintaMu
MengasihiMu
Bergantung , hanya mengadu padaMu

Kadang lemah melangkah
Terus kau kuatkan dengan dinding
Mengukuhkan benteng yang hampir roboh
Ya Tuhan, moga rinduku
PadaMu dan pada kekasihMu
Melebihi rindu dan kasihku padanya
Alangkah rindu ku bawa tidur
Biarlah berlebih kepada kekasih alam

Saturday, November 21, 2015

Tinta Buat Petani

Tentang tanah yang kau rebutkan
Tentang hasul yang kau busukkan
Satu tandan habis ternila
Bagai kau belum pernah
Mencangkul batas bersama

Konon ladang itu telah terbagi dua
Kini sebelah menghantar perang
Sebelah menghantar belalang
Menjahanamkan cili dan kesum
Tegak, namun tanpa hijau tersisa
Tersia

Apa gejadahnya!
Andai labu masih berkudrat untuk menjalar
Barangkali ekar lain perlu ku tebas sendiri
Melawan lalang dan cendawan
Sesak dalam kabut
Agar diri berguna lagi
Menjadi hamba Ilahi...

3 Oktober 2015

Wednesday, December 31, 2014

Refleksi Kem Budi: Biarkan aku bersama orang yang engkau JEBONkan itu


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

Penulisan ini pada asalnya terdorong oleh perasaan kecewa yang tidak terbendung. Biarkan sahaja ini menjadi warkah terbuka meluah rasa. Mereka cukup dewasa untuk tidak melakukan hal sedemikian rupa. Mungkin sahaja mereka terlupa atau sebagai salah satu ‘strategi’ siasah. Sepenuh harapan agar orang seperti mereka sebenarnya berhikmah atau tersalah. Bukan gunting dalam lipatan. Bukan musuh dalam selimut.

Ah, aku terlalu mentah untuk menilai baik buruk tindakan mereka. Bila difikirkan semula, jalan perjuangan memang sedia terbentang dengan duri. Bukan karpet merah. Dan yang paling utama, semuanya dalam perancangan Allah, dengan izin Allah, dalam kekuasaan Allah.  Ya aku masih lagi merangkak, masih lagi di tahap pemerhati. Belum lagi menjadi penggerak sejati. InshaAllah semoga tidak lama lagi, aku dapat turut serta menjadi pahlawan di medan ini.

Sebagaimana yang semua sedia maklum, premis penulisan ini adalah sebagai simbol ekspresi diri. Bukan makalah akademik.  Selain  daripada kehampaan, aku telah dirangsang melalui penyertaanku dalam Akademi Politik Budiman anjuran Pemuda PAS baru-baru ini. Ini semua kuasa Allah al-Bari’. Hampir sahaja aku ‘menguzurkan’ diri daripada hadir.

Pengenalan Akademi Budiman




Menurut kamus dewan, kata “budi” bermaksud akal, kebijaksanaan; ~pekerti: perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak; sifat baik, perbuatan baik, kebajikan dan bicara, daya upaya. Manakala “budiman” bermaksud berbudi, berakal, bijaksana.  Secara amnya, wawasan “politik budiman” yang dibawa oleh Jabatan Pendidikan Politik Dewan Pemuda PAS Pusat adalah agar politik dilaksanakan berasaskan fakta bukan sekadar sentimen dan emosi semata-mata dan mengekalkan adab dan akhlak dalam menjalaninya.

Melalui penerangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Suhaizan Kayat semasa program, berikut adalah gagasan yang ingin dibawa dalam politik budiman;
  1. Politik berdasarkan hujah dan ilmu
  2. Membudayakan adab berikhtilaf. Dalam perbezaan ada kasih sayang. Yang penting ikhlas
  3. Berpolitik antara akhlak dan etika (jauhi fitrah dan caci maki)
  4. Budaya syura sebagai kunci muafakat
  5. Inklusi dengan membina jaringan masyarakat
  6.  Jujur dan berana selesaikan konflik
  7. Integriti dan akauntibiliti

Penganjur meletakkan harapan kepada kami, para peserta agar menjadi sebahagian dariapada perintis yang menyebarkan, menggerakkan budaya politik politik terbuka dan bukan partisan semata-mata bahkan menjadi penjejak kebenaran. Langkah aku dalam medan politik Islam baru sahaja bermula (walaupun sebenarnya sendiri tak pasti dah mula ke belum).  Maka aku terpanggil untuk mengambil semangat tersebut . Maka fokus aku pada penulisan ini adalah pada perkara dua, membudayakan adab berikhtilaf.

Budaya Melabel

Aku sangat kecewa dengan label-label seperti ‘jebon’, erbakan vs erdogan, tak wala, fikrah bercelaru diberikan kepada mereka yang tidak sehaluan. Tidak se’fikrah’. Bagi aku selagi seseorang itu bergerak atas landasan ilmu dan kebenaran setiap orang berhak percaya dan bergerak atas apa yang dia percaya (selagi dalam kerangka syariat).Apabila bergerak sebgai sebuah organisasi terutamanya perlu ada pertimbangan dan perbincangan serta kesepakatan walaupun ada perbezaan pendapat, bagi memperoleh kemaslahtan secara maksimum.

Aku ambil contoh untuk isu perbezaan. Andy sepanjang hidupnya tinggal di Ladang Kuala Ketil, Kedah. Rahim pula tinggal di tengah kota di Jalan Taman Semarak, Kuala Lumpur.
Andy mungkin selesa dengan kehidupan serba sederhana di kampung. Udara yang segar. Cukup menunggang motosikal sahaja untuk bergerak ke sana ke mari. Hidup pun cukup sederhana.
Rahim pula senang dengan kehidupan di bandar, yang mempunyai pelbagai kemudahan baik pengangkutan mahupun perkhidmatan.

Tiba suatu masa, Andy dan Rahim tinggal di sebuah universiti separa bandar seperti di…. Rahim asyik merungut dengan kehadiran nyamuk, kemudahan awam kurang, line tak jelas, kemudahan 3G pun hidup segan mati tak mahu. Padahal itu benda kecil pada Andy. “Ah, dasar budak Bandar, manja, tak reti nak hidup susah”

Andy pula kekok menggunakan sistem dan teknologi di universiti yang tak pernah dia gunakan di kampung terutamanya dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. “Benda kecil pun tak tahu.”

Di sebalik semua persepsi, Andy dan Rahim mungkin boleh menjadikan fikiran keadaan mereka lebih positif. Sebagai contoh, Andy berkongsi kemahiran-kemahiran hidup mandiri. Begitu juga Rahim berkongsi kebolehannya mengendalikan perkara-perkara yang “asing” pada Andy.
Ini baru perbezaan tempat tinggal dah menghasilkan macam-macam perbezaan bagi pembentukan diri seseorang itu. Apa lagi, belajar di tempat berbeza, kos yang berbeza, bergaul dengan orang berrbeza, baca buku berbeza genre, sumber.

Enta liberal! Hang syadid! Enta sekular! Hang jumud! Enta tak wala! Hang membabi buta! Futur!

Serba sedikit melalui Kem Budi, yang aku kaitkan dengan hidup aku sendiri, aku dapat simpulkan, isu label melabel, memandang orang rendah dan sebagainya berpunca daripada beberapa perkara.
Selain daripada perbezaan latar belakang kegagalan memahami teks dan konteks menjadi salah satu punca perkara ini berlaku. Maksud aku tentang perkara yang berlaku adalah hasil daripada suatu perjalan, sejarah yang berlaku sebelumnya. Setiap seorang mempunyai sisi pandang yang berbeza. Cara memahami sesuatu perkara yang berbeza. Apabila kurang sumber maka akan berlaku kepincangan pada pendirian yang cuba dibentuk. Macam aku sendiri. Sudahlah buta politik buta ekonomi. Aku benar-benar terkesan dengan pengisian Saudara Hazman Baharom (pengasas Universiti Terbuka Anak Muda) di bawah tajuk kesenjangan. Aku melihat kapitalis itu adalah buruk semata-mata. Itu sistem kafir. Sistem yang menindas, tidak berasaskan Islam. Padahal hakikat kapitalis itu ada sejarahnya, bahawa manusia cuba datangkan sesuatu untuk mencapai kehidupan yang lebih baik. Walaupun hakikatnya sekarang kita dapat lihat sistem kapitalis itu sememangnya semakin menekan kini. Manusia cuba untuk berfikir dan membina kehidupan yang ideal. Tidak sekadar itu memprovok kami bahawasanya sistem ekonomi Islam itu tidak wujud bagi menangani masalah sistem yang ada SEKARANG. Yang ada cuma garis panduan halal dan haram yang pula. Bukan satu SISTEM LENGKAP.

Selalunya perkara yang dikhilafkan ini tiada yang salah tiada yang betul secara hakiki. Selagi mana kita punya reasoning yang kuat untuk mewajarkan sesuatu, just go for it. Tetapi hakikatnya, kita manusia yang lemah senang bersifat skeptikal terhadap sesuatu. Sebagai contoh aku sendiri, aku skeptik terhadap sistem pendidikan sedia ada. Dilema antara mendidik dan mengajar terus menerus berlaku tanpa solusi. Sekali lagi aku sebagai (bakal) guru cuba bersikap ideal. Sepatutnya macam ini sepatutnya macam itu. Apa lagi yang dibangunkan oleh PAS sendiri yang tak pernah memerintah negara, mengurustadbir kementerian pendidikan. Sayang, aku tidak sempat mengikuti pengisian oleh Dr Riduan Mohd Nor tentang ini. Terus terang, seperti sebelum ini awal-awal aku dah block diri aku daripada mencerna penjelasan yang diberikan. Padan muka ke hang lah.

Cabaran seterusnya adalah untuk bersikap adil. Adil dalam menjadi penyokong atau pendokong kebenaran, dan menolak kebatilan. Aku gembira, dipertemukan dengan Dr Dzulkefli Ahmad. Beliau merupakan Penyarah Pusat Pernyelidikan PAS Pusat. Dalam slot pengisiannya iaitu bedah buku Dasar Ekonomi Era Mahathir, pengisiannya aku rasakan seimbang. Mana yang perlu dipuji beliau puji, sebagaimana yang beliau kritik seperti middle-income trap, beliau kritik. Walaupun sukar untuk aku garap semua yang diceritakannya tetang ekonomi, aku bersyukur, Allah bagi aku kefahaman untuk memahami nilai yang ditunjukkan oleh Dr Dzul. Mudah-mudahan aku dapat mencontohi nilai itu. Bukan bermakna membangkang perlu terus membangkang segala yang diusulkan dan yang menyokong membabi buta mendokong.

Apa yang boleh aku simpulkan, perkara ini (buat orang seperti aku lah) isu ini takkan pernah berhenti selagi masalah akar umbi tidak dirawat. Selagi masih ada yang EGOIS, BODOH SOMBONG, dan rasa HANYA DIRI SENDIRI YANG BETUL. Padahal dunia bukan hanya ada A dan B. Perkara akar umbi yang paling utama adalah KERAPUHAN AKHLAK.

Aku Gembira Bersama Jebon

Aku sedar apa yang berlaku tak semudah seperti yang aku nukilkan.

Pengisian dua ke tiga hari di Kem Budi yang aku sertai benar-benar menyegarkan. Menyegarkan minda yang layu, akal yang berasa cukup dengan berteori semata-mata, badan kerap membangau.
Mungkin seribu satu cara boleh disenaraikan untuk menyelesaikan perkara ini. Bahasa penulisan aku, mungkin terlalu romantis, idealis. Mungkin juga cliché dan terlalu common. Namun kerana  common sense itu semakin pudar aku tuliskan juga penulisan ini.

Belajarlah untuk saling menghargai. Kerana apa? Pertama, kerana kita tahu,kita tidak akan pernah mampu untuk buat semua benda sendirian tanpa bantuan orang lain kerana pelbagai limitasi dan kelemahan yang setiap daripada kita ada. Setiap orang ada kepakaran dan peranan masing-masing dalam mentadbir memakmurkan bumi Allah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalidahKedua kerana dunia ini bukan hanya hitam dan putih. Bagaimana? Luaskan rangkaian perhubungan kita,. Berkawanlah dengan orang pelbagai latar belakang. Kemudian, seek first to understand than to be understood. Berkasih sayanglah. Bila kasih sudah ada,biarpun ada pertembungan, inshaAllah kita akan mudah untuk berlapang dada dan agree to disagree. Seperkara lagi gunakan peluang yang ada untuk bertemu mata ke mata, berdiskusi, mengadakan wacana, debat dan sebagainya sebagai tanda professionalisme. Penyataan dalam akhbar dan media sosial secara umum mungkin membantu, namun bahasa tulisan kerap kali akan timbul salah faham pada kandungannya pada nadanya. Salah faham yang akan terus menyebabkan kita menarik muka .
Sering bermain dalam fikiran, buat para pemikir yang tidak sehaluan dengan mainstream, seringkali mendapat kecaman. Padahal sebagai orang luar, aku sendiri nampak mereka turut berusaha berfikir untuk mencari solusi yang terbaik, untuk sama-sama menyumbang yang terbaik kepada perjuangan menegakkan syariat Islam dan untuk memajukan serta meletakkan keadilan sebainya dalam negara kita Malaysia. 

Aku pernah terbaca hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud 

“Orang yang berfikir sesaat lebih baik daripada mereka yang solat seribu rakaat (yang tidak khusyuk)”. 

Bagaimana pula orang yang kerjanya asyik memperlagakan dan merendahkan orang lain. Asyik berfikir orang mana yang mereka nak jadikan “jebon”. “Jebon-jebon” inilah yang sibuk membuat pelbagai penyelidikan, mencari solusi terbaik menerangkan kekaburan ayat “solusi terbaik adalah kembali kepada Islam” yang sering dicanangkan. Mereka inilah yang cuba hadir dengan pelbagai alternatif bagi menggantikan sistem yang bobrok yang asyik kita bangkangkan tanpa memberikan penyelesaian yang nyata. Tidak mampu untuk berfikir, maka jangan bazirkan masa dan buang tenaga untuk saling menjatuhkan yang hakikatnya langsung tidak bermanfaat dan sangat merugikan. Aku ingin mencadangkan untuk kita yang tidak mampu berfikir untuk menjadi tenaga yang menjalankan hasil-hasil kajian.

Kesimpulannya,berlapang dadalah dan uruskan perbezaan dengan bijaksana. Aku teringat akan tulisan Ustaz Mohamad Ridhauddin di laman sesawangnya ridhauddin.com bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila isu-isu perselisihan pendapat ini lebih panas daripada isu umat. Selain daripada itu, harus kita jernihkan kembali fikrah kita, bahawa hidup ini ada dua. Hablul minallah dan hamblul minannas. Kedua-duanya adalah arahan agama. Jagalah akhlak kita, pada Tuhan dan sesame manusia. Setakat pengalaman dan pengetahuan yang aku ada, bumi Malaysia terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu sejak dari dahulu lagi terkenal dengan adat dan adabnya penuh sopan santun. Tetapi segala-galanya seolah terhakis dibawa peralihan zaman. Kita semakin hilang malu untuk mencerca dan memaki orang. Meletakkan dengan panggilan yang bukan-bukan. Islam tidak pernah mengajar begitu. Kata-kata kesat tidak lagi menjadi taboo dalam masyarakat.

Bagi yang masih ingin meneruskan juga mainan saraf dan memecahkan (menurut aku yang mentah ni) ikatan yang ada dan membelakangkan IMAN, UKHUWWAH dan KASIH SAYANG, falyatafaddhol mashkuura.

Namun kuncinya, hang nak bercakap ka, hang nak menulis ka, hang nak buat apa hang nak, tolong berilmu. (cakap dengan cermin)Yang orang hang duk panggil jebon tu lagi banyak berfikir, daripada hangpa yang asyik menjebonkan orang. Dia dapat pahala, dia penat menyumbang kat dunia. Hang sumbang apa? Hang dah PECAH BELAHKAN orang!

Ya,  aku gembira bersama jebon itu. Gembira disajikan dengan fakta dan perbincangan ilmiah. Bukan mainan sentimen ataupun doktrin semata-mata!

El Amor No Es Como Lo Pintan. (tajuk cerita yang bermaksud “cinta itu bukan sesuatu yang mereka ciptakan”)

Bagi yang baru selesai “latihan awal”, memasuki medan sekarang mungkin cabaran besar dan bukan pilihan yang terbaik. Polemik yang berlaku sekarang benar-benar merimaskan, melemaskan dan boleh sampai menjengkelkan. Namun usah lari. Perkara ini mengingatkan aku akan pesan Ustaz Nasaie. Dalam zon konflik ini, tidak perlu terjun terus ke medan. Ambil peluang untuk menuntut ilmu sebanyaknya. Jika tidak lebih ramai yang akan tercedera dalam kemelut serang-menyerang sekarang ini.

p/s: ilmu itu aku kirakan kedua-dua ilmu menjadi hamba dan ilmu mengendalikan dunia

Selain tercedera, yang akan terhasil hanyalah ekstrimis ataupun orang yang terus lari daripada perjuangan. Jika betul ada “parasit” yang sedang merosakkan Jemaah dari dalam, biarkan mereka yang lebih “matang” dan berpengalaman membuat perhitungan. Untuk dirawat, dineutralkan atau dihapuskan. Aku tak ingat kata-kata siapa. "Jemaah ini milik Allah". Kita harus meruskan gerakan di peringkat akan umbi. Tetapkan diri. Kita barisan pelapis, perlu mempersiapkan diri, rohani, akal dan jasmani untuk meneruskan perjuangan, mencipta legasi politik matang, politik budiman.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."
(Surah al-Hujarat 49:11)



p/s: aku semakin SEBEL (jawa = geram, tak puas hati) dengan dalam keaadaan bencana sebegini masih tak sudah-sudah dengan adu domba! Cukuplah. Pergilah tolong depa. Saudara-saudara kita dah hilang rumah. Yang mungkin ada HANYA sisa tangga. Hang masih nak buat perangai!

Aku juga sayang ulama,

Nusaybah

Nusaybah SPN

Friday, September 5, 2014

10 Book Which Affected My Life (Friends' Lists)

Kak Farah Haseenah

1. The Cather in the Rye, J.D.Salinger
2. To Kill a Mockingbird, Harper Lee
3. The Talisman, Stephen King & Peter Straub
4. In the Footsteps of the Prophet, Tariq Ramadhan
5. Muhammad, as if you can see him, Aid Ibn Abdullah al-Qarni
6. Saiyuki, Kazuya Minekura
7. The Lord of the Rings, J.R.R. Tolkien
8. The Book Thief, Markus Zusak
9. Jane Eyre, Charlotte Bronte
10. The Road, Cormac McCarthy

Em, can I put in a special mention to 'The Autobiography of Malcolm X, Malcolm X & Alex Haley'. And 'Indignation, Philip Roth'. And 'Giggs: The Autobiography, Ryan Giggs & Joe Lovejoy '. And 'Pride and Prejudice, Jane Austen'.

This is injustice because 10 is nowhere near enough -___-.



Suddiq Hysainy



1. Enid Blyton Books :- Buku-buku Enid Blyton ini yang banyak membantu aku dalam penguasaan bahasa Inggeris pada zaman sekolah rendah. Banyak juga penulisan beliau yang apabila aku lihat kembali, banyak mempengaruhi cara fikir aku dahulu: Contoh: The Naughtiest Girl series, kisahnya berkisar tentang kehidupan pelajar yang masuk sekolah berasrama penuh. Antara sebab kenapa aku impikan belajar di SBP dan antara sebab kenapa pada awalnya aku ingin mengambil bahasa perancis sebagai bahasa asing.
2. John Grisham Books :- Masuk zaman sekolah menengah, untuk menambahkan kota kasa bahasa, buku-buku yang lebih rumit dibaca. Selain untuk memperelok penguasaan bahasa, buku-buku John Grishams yang genre-nya berkisar tentang undang-undang (lawyers dan judges di USA) juga antara sebab kenapa aku berminat juga untuk memilih jurusan undang-undang semasa pemilihan asasi (asasi undang-undang di UIA)
3. The 7 Habits of Highly Effective People -Stephen Covey - Well. Title buku ini sudah cukup untuk menerangkan kenapa buku ini beri kesan kepada diri. Mencuba untuk menjadi seorang yang efektif. Berjaya atau tidak, hmm that's subjective
Buku Zaman Kolej: buku zaman kolej majoritinya non-fiction. Berbeza dengan buku-buku yang dibaca zaman sekolah.
4. Raheeq Al-Makhtum - Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy. :- Antara sebab kenapa sekarang mula-mula mencari buku sejarah yang lengkap selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Masih belum jumpa buku tersebut.
5. Breakout Nations, Ruchir Sharma :- Antara sebab kenapa minat kepada ekonomi semakin menebal. Membuka mata kepada potensi ekonomi negara-negara.
6. Jangan Berhenti Berlari - UZAR - Autobiografi mengenai kehidupan dan perjalanan hidup Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Memberikan inspirasi untuk Jangan Berhenti Berlari dalam apa-apa yang dilakukan.
7. Indahnya Politik Islam -UZAR - Memberi perspektif keseluruhan politik Islam melalui hadis dan Al-Quran.
8 Fiqh Kewangan Islam, UZAR - Buku ini baru sahaja dibaca, tetapi impaknya mendalam dan juga menjadi rentetan daripada minat terhadap ekonomi. Kerana insyaAllah perancangan masa hadapan ingin telibat dalam dunia kewangan Islam juga.
9. Menalar Makna Diri, UHAJ - Satu lagi buku yang baru sahaja dibaca tetapi memberikan impak yang besar dengan cepat. Hal ini mungkin kesinambungan idea dan fikiran UHAJ yang sesuai dengan moto kehidupan.
10. Terjemahan Ihya' Ulumuddin, :- Masih belum habis. Baca dengan kelajuan minimum.

Kak Noor Afidah

1) Endangered minds - Jane Healy
2) Pendidikan Anak2 Dalam Islam - Abdullah Nasih Ulwan
3) Pedagogy of the Oppressed - Paolo Freire
4) How to teach your baby to read - Glenn Doman books
5) Thinking in Education - Matthew Lipman
6) The Sealed Nectar - Saifur Rahman Al Mubarakpuri
7) Frames of minds- Edward Gardner
8) I shop with my daddy - Scholastic
9) Toxic Childhood -Sue Palmer
10) Misteri (Lima Sekawan) - Enid Blyton


 
Abang Qhaireel Khalib
 
1. Gila-gila 78-91 - I learned to read reading this and for more than 10 years I never missed an edition.
2. Apa ertinya saya menganut Islam - when I realised that being born a Muslim does not mean I am living my life as one and more importantly, will die as one.
3. 7 habits of highly effective people - a gift and helped me during my pre-Uni years
4. Leadership engine - what I believe leadership is all about
5. Calvin and Hobbes - a philosopher cum cynic in a body of a child with a real tiger for a friend
6. Making money made simple - oh money need to be managed.... The realisation and skills development
7. Taipan - I read this cover to cover every year for five straight years
8. A brief history of time - my passion and dream in plain language
9. The Noble Quran English translation - favourite translation of live manual
10. Ar-Raheeq al-Makhtum - I cried a few times reading this. So much I didn't know about him SAW 

Saturday, August 30, 2014

Masa untuk diri sendiri, mungkin menyendiri

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu.

Travelog Selakan tertangguh untuk hari ini. Bajet penat rewang hari ini.

Banyak benda yang nak kena catch up. Esok cukup sebulan aku berada di Malaysia. Apa yang aNA dah buat sebulan ini

Aku bimbang futur....

Bimbang jauh dari Tuhan...

Posting di FB dan Instagram aNA risau tersasar daripada matlamat. Cita-cita aNA memiliki akaun laman sosial  terutamanya fb adalah untuk berkongsi.

Allahu.. tajdid niat, tajdid niat, tajdid niat.

Walaupun Insta memang untuk 'leisure' tapi takkan nak biarkan setiap posting tu sia-sia.

Cukuplah. Lets get prepared! For future life, for future world...

Baru-baru ini membaca status sahabat di Sheffield, Marwa Saeed. Adeiknya Farah menghidapi kanser. Dan baru-baru ini juga mengahadapi masalah pernafasan. Ya Allah yang Maha Menyembuhkan, sembuhkanlah penyakit Farah Saeed adik Marwa. Pada cabaran yang telah kau turunkan pada mereka sekeluarga anugerahkanlah pada setiap satunya pahala. Pada setiap penyakit itu KAu turunkan bersamanya penawar. Wahai Yang Maha Menyembuhkan, sembuhkanlah. Wahai Yang Maha MEnyembuhkan, sembuhkanlah... Ameen Ya Rabbal 'alameen.

Allahu a'lam.

Doakan aNA dapat selesaikan travelog Selakan cepat

Tuesday, August 5, 2014

Turki, (ada rezeki inshaAllah) aku datang!



Tengah malam 2 Ogos 2014, hape ku yang masih menggunakan nombor UK berdering. Aku menerima panggilan daripada sahabatku, Bel.

Penuh tanda Tanya.
Ku angkat telefon, perempuan, namun bukan berbahasa Melayu. Ah sejak kapan?

"May I know who are you? Why is it my friend's phone with you?" (Dengan nada yang agak tinggi)

"No English. No English"

Talian diputuskan.

Langsung aku mengutus mesej kepada sahabatku di Pulau Pinang, Wani melalui 'whatsapp group' kami bertiga.

"Bel bukan kat Turki?"

"Haah, lah..." Baru aku teringat.

Aku meminta Wani untuk terus berbahasa Inggeris. Mudah-mudahan difahami oleh yang mendail sebentar tadi.

Mesej masuk.

"Bu telefonun sahibi turkey istanbulda taksiye binerken dusurmus aramiyorda sahibi ulasabirmisiniz kendi telefonunu arasin"

Haa????

Dengan meletakkan harapan kepada 'google translate', perkhidmatannya kugunakan untuk mengalih bahasa tersebut ke dalam bahasa Inggeris.

Ah, masih banyak perkataan yang aku tak dapat fahami.

Menggunakan laman sesawang yang sama, aku cuba berbasa-basi untuk mendapatkan lebih maklumat. 

Akhirnya maka terjadilah pertuturan antara ayam dan itik yang masuk ke reban ayam.

Entah betul entah tidak apa yang dialihbahasakan oleh ‘google translate’.

Apa yang aku dapat simpulkan, Bel tertinggal telefon di Turki di dalam teksi. Itu sahaja.

Ps: Alhamdulillah, ini rupanya hikmah kredit telefonku masih berbaki walaupun aku telah selamat sampai di Malaysia.

Maka tanpa segan silu dan yakinnya aku, menulis ‘status’ di dinding muka bukuku.
siapa ada kawan kat turkey la ni?? please urgent

Juga aku cuba untuk mesej sahabat-sahabat yang aku rasakan ada ‘kabel’ untuk memohon bantuan.
Alhamdulillah beberapa komen kuterima daripada sahabat-sahabat tercinta. Maka, dengan tidak sengaja Allah mempertemukan aku secara  maya dengan Nur.

Nur seorang pelajar Malaysia di Turki. Aku terlupa pula untuk bertanya Nur mengambil jurusan apa. Haha.

Dipendekkan cerita, Nur telah mengalihbahasa semua mesej antara ayam dan itik tadi.

Benar, Bel telah tertinggal telefonnya di dalam teksi dan perempuan yang mengubungiku merupakan isteri kepada pemandu teksi tersebut dan bersama-sama meseje tersebut, dititipkan nombor telefonnya juga nombor telefon suaminya. Mereka tidak akan mengambil telefon itu kerana mereka tahu hukumnya haram.

Subhanallah.

Juga di laman muka buku, Hannan, juga sahabatku, memaklumkan bahawa sahabtnyanya di Turki telah beberapa kali kehilangan telefon, namun sentiasa menemukan semula telefonnya itu, yang seterusnya memeberikan jaminan kepadaku bahawa orang Turki sememangnya jujur dan amanah dan inshaAllah Bel akan mendapatkan semula telefonnya.

Maaf, bukan ingin bersikap ‘double standard’. Sekiranya pengalaman di Malaysia pula, sebaliknya akan berlaku. Jika hilang sesuatu kerana tertinggal atau sebagainya, lebih baik cari yang baru. Melainkan satu kes yang aku dengar daripada Amirah, bekas sahabat serumahku di Sheffield, telefonnya ditemui semula, walaupun telah bertukar tangan kepada pencuri yang telah menjualkan telefon itu ke sebuah kedai.

Berbalik kepada kisah Bel.

Dalam masa yang sama, aku berhubung dengan kakak Bel di Malaysia, Kak Natra, untuk mengesan lokasi Bel di Turki dan juga mendapatkan nombor perhubungan Mama Bel.

Aku memohon bantuan Nur untuk mendapatkan semula telefon tersebut dan menyerahkannya kepada Bel sekembalinya dia ke Capadia untuk Bel terbang kembali ke UK.

Alhamdulillah, Nur telah Berjaya mememulangkan telefon kepada Bel yang diambilnya daripada suami isteri tadi, hari ini 5 Ogos 2014.

Jazakumullahu khairan katheera kepada semua yang telah membantu. Juga semua watak yang tertulis dalam cerita ini.

Alhamdulillah, Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Allah Ya Fattah, Ya Bari’, Ya ‘Alim telah membuka jalan memudahkan urusan Bel berkat bantuan sahabat-sahabat bermula daripada Wani sampailah kepada Nur, juga memberikan ruang untukku menjadi orang tengah yang membantu Bel, juga memperkenalkan aku kepada Nur, sahabat Malaysia pertamaku yang belajar di Turki. Semoga ketemu di Malaysia, ya?

Pengajaran kisah ini aku kirakan kalian lebih bijak membuat kesimpulan. Setiap orang mempunya sisi pandang dan kekuatan berbeza dalam membuat penilaian. Namun untukku, pengajaran yang aku perolehi adalah, ‘Google Translate’ bukan selalu boleh diharap. Hehehe Ampun….

Tamam 

Sekian. Wallahu a’lam bissawab

ps: Kak Bel yang penuh dengan drama.