Monday, December 9, 2013

Pada dakapan yang sangat aku rindu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu










Sunday, September 8, 2013

Koleksi cuti

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

Cuti berbaki 12 hari hari. (kurang 2 minggu sahaja lagi -_-")  Allah cepat betul masa berlalu. inshaallah aNA bakal menyambung pelajaran ke tahun 3. Bermakna inshaAllah tahun terakhir aNA di Sheffield sebagai pelajar undergraduate. Doakan mudah-mudahan aNA dan sahabat-sahabat cemerlang di tahun akhir. Allahu musta'aan. Tinggal kurang setahun lagi untuk kami capai, apa yang kami boleh capai, genggam apa yang boleh kami genggam, dan bawa pulang apa yang kami boleh bawa pulang. In sha Allah kalau diikutkan perancangan seterusnya adalah untuk menyambung pelajaran dalam KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) sebagaimana yang telah tertulis dalam kontrak perjanjian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Current issue in Malaysia, about the increment of the diesel and petrol RON 95 by 20 sen (oops beg your pardon, not increment of price, it's the reduce of their subsidy. Would that be alright? OK? I am sorry) has given the citizens different kind of emotions. Well, some are against and just emotionally reactive, some are just observe and listen, not to support nor protest, some are just, "well guys, why can't you just be grateful of everything you've got. This is the time, to get on your bike and ride to offices etc". Well Malaysians, be patient  and do things by heart, not just by your feelings.

Bagi aNA sendiri, perasaan bercampur baur, respon apakah yang terbaik, menolak ataupun menerima seadanya, melihatkan kapasiti diri sendiri, dengai pelbagai luahan di alam maya dan nyata. Tak tertinggal segala doktrain yang ada, dengan kadar ILMU ekonomi yang boleh aNA kata hampir kosong, Allah, sukarnya. Dengan keserabutan sekarang, I choose to stay abstain of this crisis. Keep updates with issue and... well, I admit, there's a feeling of inferiority to see many of my friends could engage with this stuff very well. Indeed, it's their field of study. But not everyone. -_-"

ps: Reading suggestion for meself (mungkin ada mungkin tiadakaitan dengan apa yang dibincangkan tadi)
 etc

Diri sendiri sedia maklum terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan. Saban hari dibuai lena, lena mimpi, mahupun lena duniawi. Cukuplah.. Cukuplah. Sambil-sambil sidai kain (not worth to mention, LOL!) , sempat aNA bermonolog,  pantaskah untuk aNA yang golongan 'marhaen' keluar daripada dilema ini. Apa kata aNA cipta sesuatu yang dapat menggantikan petroleum. Like recently, water as 'lubricant'. Why not? Why not me? Bila fkir-fikirkan semula, status sebenar petrol sekarang pun aNA tak tahu. Semua sedia maklum ia adalah non-renewable source. Banyak lagikah untuk generasiku dan seterusnya, atau cukup-cukup makan nak tampung yang sedia ada?
Beberapa hari lepas, sempat bersembang dengan sahabat aNA. Antara keluahan dan persoalan yang terkeluar adalah apakah tindakan yang perlu kami lakukan sebenarnya secara intelektual, rasional, professional dan segala 'nal' yang lain. Kagum dengan sahabat-sahabat yang sama-sama belajar seperti kami, namun masanya boleh juga terbahagi untuk mengkaji, membaca, berbincang dsb untuk menghadam ilmu luar daripada subjeknya. Di samping itu, untuk sebuah gerakan Islam apa yang dapat kami sumbangkan dalam kapasiti kami. aNA cukup terkesan. Berkali-kali diketuk, tapi seperti kanak-kanak. Hilang benjol, berlari lagi, jatuh lagi, nangis lagi, buat semula, tak-kapok-kapok. Allah. Keadaan sekarang ini pula benar terasa ketandusan tunjuk ajar, panduan untuk menghadam, memahami semuanya dari 'dalam'. (risau pula menjadi orang yang hanya disudu) Sengaja aNA mahu quote kata-kata sahabat aNA. (hope if you read this, let me know if they are wrongly quoted ).

"...Bila kita diperlukan nanti, tapi masa itu kita tidak bersedia, kita yang rugi."

Dush

Murabbina, macam-macam pesanannya. Antaranya yang paling aNA ingat

"Hanya orang sibuk sahaja yang ada masa"

Baru-barru ini pesanannya,


aNA tak mahu kata-kata seorang sahabat terhadap aNA suatu ketika dahulu dilemparkan semula kepada aNA

"Sesungguhnya engkau kerugian, Nad" 

Zappp!

Mungkin cukup sekadar ini untuk isu minya, yang pasti, dua perkara. Mantapkan ilmu fardhu ain dan bak kata UStaz Zulkifli semasa DAMSAS13 tempoh hari,

"tumpu kepada fardhu kifayah (apa yang aNA faham, bidang kami masing-masing sekarang) dan bantu Islam."

Alhamdulillah, dimurahkan rezeki aNA untuk cuti kali ini, berbekalkan duit Pound yang aNA bawa pulang dan duit raya yang aNA terima, aNA dapat belanja diri aNA dengan berbelas buah buku, termasuklah dua daripadanya hadiah daripada sahabat terCHENTA Syazwani Razali (pelajar University of Leeds jurusan yang sama dengan aNA, Chemistry) semasa pertemuan di WOW 13 :P

Seperti yang dikongsikan di laman facebook oleh seorang lagi sahabat yang diCHENTAI adik Feezo(Putri Nurfariza),


Alhamdulillah, sudah beberapa tahun ini, bermula di INTEC, masih aNA ingat lagi, sejak aNA mula menyertai usrah, dan dikelilingi sahabat-sahabat yang suka membaca, dan tanpa disedari sokongan yang amat menggalakkan dalam keluarga (Ayah suka membawa kami sekeluarga ke kedai buku dan koleksi buku di rumah yang semakin hari semakin banyak) , aNA mula meminati buku. Pantang ada cadangan bahan bacaan, pantang sahaja ke kedai mahupun ke pesta buku, pasti ada sahaja yang akan di-grab. :P Alhamdulillah Allah izinkan aNA menyambung pengajian ke UK, dan membeli buku itu hanyalah di hujung jari, semudah ABC, makin bertambah-tambahlah mudah dan cintanya untuk aNA membeli buku. Sampaikan teman-teman serumah aNA perasan, saban minggu/bulan pasti ada sahaja bungkusan dari Amazon dsb untuk aNA. Hadiah yang aNA terima daripada seorang daripada housemate aNA adalah buku. Katanya, "Kak Di tahu Nad suka buku" (hehehe thank you Kak Di. Tapi minta maaf belum habis baca lagi)

Quote daripada adik Feezo

"1 motivasi nk bagi kita rajin membaca, kita kena lepak dgn org yg kaki buku. pastu biasakn pi/dgr wacana ilmiah. iA akan rasa down sebab ilmu ciput dan akan mendorong diri utk bykkan membaca.
nak quote Confucius. katanya;
"No matter how busy you think you are, you must find time for reading, or surrender yourself to self-chosen ignorance."
harapnya membantu."

Nah, buku-buku yang sudah dibeli, namun belum sempat dihadam semuanya, kebanyakannya, (BARU) Bab 1 telah aNA selesaikan. :P (punya perlahan baca, dan suka baca lompat-lompat buku dan sebab masih banyak masa yang aNA terleka T_T sobs)




Event/ perkara yang dah aNA sertai/lakukan semasa cuti kali ini
  1. Bakti kepada Ibu Ayah (???)  kaum keluarga(???)
  2. Konvensyen Aku Cinta Allah dan Rasul
  3. Wonderful Overseas Weekend (WOW) 2013
  4. Daurah Musim Panas(DAMSAS) 13
  5. Meziarahi saudara dan berjalan-jalan di Melaka
  6. Ziarah Madrasah Miftahul Ulum, Parit Lapis Kadir
  7. Jaga adik-adik sepupu (??)
  8. Baca buku(???)
  9. Bersama masyarakat(?)
Namun semuanya masih perlu dimuhasabahkan. Sejauh mana signifikannya bakti itu kalau ia berupa bakti, sejauh mana ilmu itu aNA hadam dan amal kalau berupa ilmu, fokusnya bagaimana... Allah... Bagaimana benar masa yang aNA guna. Target-target yang diletakkan, selesaikah?

Allahu A'lam

Ps: untuk pos kali ini aNA ambil masa hampir seminggu nak selesaikan. -_-"" sigh!

Tuesday, August 6, 2013

Ibah dan Akhir Ramadhan

Bissmillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum wbt

Di hujung Ramadhan, Ibah rasa teruji.

InshaAllah doakan Ibah. InshaAllah nanti kita selidiki bagaimana Ibah mengatasinya

-Nyaie-

Thursday, July 25, 2013

Berfikiran Kritikal

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

Sekadar perkongsian daripada seorang sahabat. aNA tak mahu biarkan ia berada hanya di dalam thread message. Biarlah, moga sama-sama beroleh manfaat, dan mudah-mudahan senang juga aNA nak trace semula nanti. Masa itu, (sehingga sekarang, masih lagi) tercari-cari, bagaimana harus aNA lakukan agar dapat berfikir secara kritikal. Bukan sekadar pada permukaan dan hanya melihat secara tekstual. aNA ingin sekli belajar melihat sesuatu secara kontekstual.

Kadang-kadang, dalam perbincangan dengan sahabat-sahabat, secara berhadapan mahupun di laman sosial, aNA perasan, selalunya, aNA akan hanya nampak apa  yang dah terbentang dekat depan mata. Apa yang ada di sebaliknya, susah untuk aNA rungkaikan. Terasa rendah diri setiap kali berada dalam perbincangan. 

(baru dapat ilham)
 Kalau diikutkan, aNA seorang pelajar jurusan Kimia. Apa yang kami belajar, sebagai contoh apabila di hadapan kami terdapat kristal cantik berwarna hijau bersinar, bukan itu sahaja yang perlu kami fikirkan. Kami perlu tahu (baca: fikirkan) mengapa kristal itu berwarna hijau, apa puncanya dia membentuk kristal, bukannya cecair bla, bla, bla...

Nak katanya, sebagai seorang ahli Kimia, kami dididik untuk menjadi cukup kritikal dalam menganalisa bahan (walaupun aNA belum lagi menjadi sekritikal itu, mungkin kerana masih belum kuat dari segi teorinya -_-! ). 

Di dalam al-Quran sendiri, terlalu banyak kalam-kalam Allah yang menyeru manusia berfikir, termasuklah dalam perjalanan, ketika melihat alam, pada kejadian manusia, langit dan bumi dan sebagainya, agar manusia itu, dapat mencari hikmah dan ibrah, dan yang paling utama, mengenal Tuhan dan menjadi hamba yang taat dan bersyukur.


 "Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
(6:32)

Berikut merupakan cadangan yang diberikan
 
"Asas pada critikal thinking, bukan pada lantangnya org itu bersuara, tetapi pada isi ucapannya yang betul-betul kena dengan sesuatu perkara yang dibincangkan, jadi critical di sini, kita menjadi antara penentu bicara, kita yang menguasai pemikiran, dan kita juga yang menjadi sandaran pada kemelut yang melanda.

Antara tips yang boleh diberi,

  1. Cuba untuk berfikir dari sudut pandang kedua, iaitu si tertuduh, macam kita argue dengan kerajaan, maka cuba lihat dari POV (point of view) of kerajaan, cuba cari baik dalam mereka, kita akan lebih menhargai perbezaan yang telah kita buat.
  2. Sentiasa cari alternatif pada setiap perkara yang kita lihat, dan cuba bandingkan dengan realiti, kat situ kita boleh nilai kelemahan dan kebaikan dalam setiap pandangan kita. mudah untuk rasa selesa sekiranya org tidak faham dan tidak setuju dengan kita. let them think, that's the point.
  3. Membaca buku refleksi diri, sedikit sebanyak membantu dalam mengenali dunia ini dengan lebih baik, rasanya nad pun dh buat yang ni.
  4. Try to keep up to date with world news, rajin2 la download apps news, mcm flipboard, cnn, al jazeera, rasanya nad pun ada buat yang ni, cuma try fokuskan pada berita yang ada isi, macam rencana, artikel orang...
  5. Banyakkan mendengar orang lain, mereka suka sekiranya kita dengar idea mereka, rasa dihargai itu perlu, jadi kita boleh banyakkan lagi idea kita juga....
  6. Selebihnya, pembacaan dan self thinking kena kuat, ana bukan seorang pembaca yang kuat, tapi ana kuat membaca bila perlukan sesuatu....."
Jazakallahu khair buat sahabat aNA atas tips
Titipan Murabbi, Ustaz Ridhauddin suatu ketika dahulu
  1. Mohon untuk berobjektif apabila memberikan isi. Kerana itulah sifat orang yang bijak
  2. Apabila memberikan argumentasi pastikan kesahihannya, bukan sumber cerita yang tidak pasti.Islam tidak memberikan keizinan mencaci pada perkara yang tidak pasti
  3. SANGAT PENTING UNTUK BERLAKU ADIL WALAUPUN TERHADAP MUSUH
Entah berapa kali titpan ini telah aNA kongsikan.. Mudah-mudahan tesemat dalam hati aNA dan dapat aNA praktikkan

Juga yang pernah aNA kongsikan dalam entri yang lepas, dalam menghadapi dunia penuh fitnah, penuh pancaroba, cadangan oleh salah seorang yang sangat aNA hormati, Abg Q dalam post ini
  1. Perlukan kajian, dan bersifat adillah.
  2. Sesuatu yang tak pasti usah sebarkan, cukuplah sekadar notis buat diri. Apa- apa perkembangan cuba kaitkan.
  3. Hindari sifat bangga atau terlalu berkeinginan menjadi orang pertama yang tahu.
  4. Rujuklah pada orang yang sepatutnya, sumber yang selayaknya. Yang authentic kata orang putih.
  5. Yakin benar maka sebarkanlah 
Wallahua'lam bissawab. aNA berkongsi, adalah berlebih-lebih lagi untuk diri aNA. Mudah-mudahan mudah untuk aNA rujuk semula atau mungkin, buat sahabat-sahabat yang ingin menegur, tulisan ini boleh dijadikan peringatan inshaAllah.

"Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah..."

Salam Lailatul Qadar

-rindu WOW! ^_^\/~ random

Wednesday, July 3, 2013

Random#3

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim

salah satu tempat di Malaysia yang ingin sangat aNA ke sana dan bertemu dengannya

Kelantan. Tuan Guru Nik Aziz

Link

Thursday, June 27, 2013

Setelah sekian lama, inshaAllah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

InshaAllah setelah sekian lama, terperuk 'mengurung' diri, moga Allah izinkan aNA untuk membasahkan hati yang kian gersang, mengisi jiwa yang terasa kosong

Mudah-mudahan Allah izinkan dan permudahkan aNA dan sahabat untuk menghadiri, fokus, dan mengambil sebanyak mungkin ibrah daripada pembelajaran ini.





Mari kita tengok tentatif, inshaAllah

Kalau perasan, 2 hari yang penuh dengan kasih sayang. Ya Allah beri kami kekuatan dan hidayahMu.

Kami pilih wasilah ini, untuk mendekatkan diri kami padaMu, untuk terus mencari ma'rifatMu, untuk menggapai redhaMu, maghfirahMu. Berkati usaha kami Ya Allah. Dekatkanlah hati-hati kami denganMu.


Wallahua'lam


Ps: bukan tempatnya untuk aNA meluah rasa, (assuming i have no reader), setelah sekian lama tidak bertemu mahupun berhubung dengan murabbi2 aNA, dalam pada tidak sabar, namun ada juga segan dan malu untuk bertemu. Mungkin kerana, aNA risau, aNA masih aNA yang dulu. Sama sahaja

Baru murabbi, kalau jumpa Nabi SAW, aNA mungkin terduduk, tersungkur

T_T






Sunday, June 2, 2013

Alkisah seorang yang selalu menanguh kerja…

Alkisah seorang yang selalu menanguh kerja…

“Salam ustaz… ana ada masalah.. ana selalu kerja tak menjadi. Apa yang dirancang tak pernah jadi…,” rungut Maslan.

“Ada contoh tak?” tanya Ustaz Rosli…

“Contohnya, ana cadang nak tukar bumbung rumah, tapi sampai sekarang ada hal saja yang menyebabkan ia tak jalan. Ana cadang nak tukar kerja, keluarga pula ada masalah. Ana cadang nak melancong, ada saja hal di pejabat yang mengganggu… Ana cadang nak kuruskan badan, tapi badan makin bertambah naik… semua tak jadi ustaz… tak tahu mengapa Allah buat begitu,” terang Maslan…

Ustaz Rosli membawa sekeping kertas dan melukis sesuatu untuk Maslan.

Maslan melihat ustaz Rosli melukis lima ekor burung camar yang berdiri di atas kayu…

“Ana nak tanya enta, jika satu daripada burung camar ini mengambil keputusan untuk terbang ke tempat lain, berapa lagi burung camar yang tinggal?” tanya ustaz Rosli.

Maslan melihat dengan pelik – soalan mudah ini pun nak tanya… tapi beliau tetap menjawab… “Er… empat” – seolah-olah merasakan ada udang di sebalik batu soalan tersebut…

“Tidak,” kata ustaz Rosli.

“Masih ada lima. Mengambil keputusan untuk terbang ke tempat lain dan terbang ke tempat lain adalah dua perkara berbeza? Faham maksud ustaz?” sambung ustaz Rosli.

Maslan tersenyum lebar – kerana mendapat jawapan kepada semua masalah yang dirungutnya.

Itulah realitinya – Maslan selama ini hanya bercakap nak berbuat sesuatu, tapi tidak melakukannya.

Berapa ramai yang mengalami masalah seperti Maslan? Seperti beliau, kita juga sama.

Berapa antara kita yang sudah membuat keputusan untuk berkorban, tapi akhirnya tidak dilakukan?
Berapa antara kita yang sudah membuat keputusan untuk bersuara pada sesuatu isu penting, tapi akhirnya tidak dilakukan?
Berapa antara kita yang sudah membuat keputusan untuk memperbanyakkan solat, bersenam, mengawal pemakanan, tapi akhirnya tidak dilakukan?
Berapakah antara kita yang sudah membuat keputusan untuk berubah, tapi akhirnya tidak dilakukan?

Ingatkan, membuat keputusan untuk terbang dengan sudah terbang adalah dua perkara berbeza.

Sudah buat keputusan untuk terbang? Maka terbanglah!

Senyum.

-via Ustaz Tuan Ibrahim Bin Tuan Man-

Tuesday, May 28, 2013

Today's Short Reminder



While we are talking about the wolf, it arrives at our doorstep

A proverb. 

It means people who talks a lot about a problem without taking an action, will experience the problem itself


p/s  It might be okay if it is just Cayote who is only chasing for Road Runner
 

Wednesday, May 22, 2013

Random#2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

1. Kenapa banyak nasihat tak lekat, seperti berlalu pergi macam itu sahaja. Orang lain bukan setakat boleh quote semula , tapi jadi pegangan

2. Maaf kadang-kadang kata- kata nasihat, cabaran yang sepatutnya menjadi pembakar semangat, namun buatku bahkan menjadi fire extinguisher... Pessimist Year?... -_-"


Quote of the week

"Bukan cari alasan, cari jalan"

"Belajar di luar negara perlu jadi yang luar biasa. Bukan yang biasa-biasa. Kalau biasa-biasa baik belajar di Malaysia"

Nusaybah #1- Kuatkan Hatimu, Ibah

Bismillahirrahmanirrahim.....

Srup. Ah leganya.. Kopi hidangan cucuku, besar panjang sudah Ibah.

"Ubi, Nyaie" 

(baca: nya-ie, dalam bahasa Jawa bermaksud nenek. Juga "Embah" ("embah lanang"=datuk dan "embah wedok"= nenek)

Asbabul nuzul di tangan ku letakkan di atas meja. Ah enaknya. Ubi rebus dicecah sambal tumis ikin bilis. Aduh, di petang hari, bermalas-malasan di berandah. Angin bertiup lembut, dedaun di pohon kelapa melambai tenang.

Bush. Rasanya pelepah kering jatuh.

"Nyaie, Ibah nak cerita dengan nyaie boleh?"

Ku lihat wajah redup Ibah. Sedikit muncung. Aku tahu pasti ada yang tak kena. 

"Kenapa Ibah? Ceritalah, Nyaie dengar, inshaAllah"

"Nyaie, Ibah sedih sangat. Ibah rasa tertekan. Baru-baru ini macam-macam jadi pada Ibah. Ibah tak tahu nak cerita dengan siapa. Ada kawan-kawan pun, Ibah tak mampu nak cerita. Ibah, fikir, kalau boleh, Ibah nak cerita masalah Ibah ini kepada orang di luar permasalahan Ibah sekarang."

Tersenyum

Ibah, atau namanya Nusaybah binti Khalid. Peramah orangnya. Merupakan pelajar universiti di sebuah universiti terkemuka di Malaysia, salah sebuah "Research University", Universiti Malaya. Pelajar Tahun Dua jurusan Sains Kimia. Seminggu dua lagi, inshaAllah Ibah akan menduduki peperiksaan akhir semester dua. Namun 'lari' sekejap ke kampung, katanya merindui aku.

"Nyaie, nyaie tahu kan Ibah dah nak exam? Tapi Nyaie, Ibah rasa risau sangat. Ibah rasa Ibah tak punya masa untuk study. Banyak sangat nak baca. Exam 10 hari lagi"

"Ibah sibuk ke?"

"Erm... adalah sikit kerja Nyaie."

Aku tahu cucuku banyak tanggungjawab. Selain daripada tanggungjawab sebagai anak, sebagai pelajar, dia juga ada memegang satu, dua jawatan dalam persatuan di universiti. Apa yang lebih membahagiakan aku, Ibah merupakan salah seorang mereka yang terlibat dalam gerak kerja dakwah. Kalaupun dia bukanlah orang yang mengepalai program, atau penceramah jemputan, Ibah aktif bergerak di belakang tabir dalam melaksanakan program-program berbentuk ilmiah dan Islamik. Ya, sama seperti Abi dan Umminya juga.

" Tapi Nyaie, bukan sebab kerja itu Ibah sibuk. Ibah banyak ja masa, tapi Ibah yang dari dulu lagi ada masalah uruskan masa. Sekarang ni, Ibah yang terkesan. Bila exam nak dekat, tapi Ibah tak prepare lagi. Nyaie tahukan dari dulu Ibah ni last minute sahaja. Sekarang ini, Ibah rasa hukuman, mungkin pelajaran untuk Ibah.

Bila Ibah jumpa kawan-kawan, sibuk mereka memberitahu Ibah, yang mereka sudah study itu, study ini. Ibah..? Padan muka Ibah kan Nyaie.

Kalaupun sekarang ini nak berubah, Ibah rasa macam tak sempat. Ibah punya impian. Harapan Ummi dengan Abi lagi. Ibah taknak kecewakan mereka Nyaie. Ibah target tinggi, tapi dalam keadaan preparation macam ni...... Ibah hampir-hampir putus asa. Ibah taknak cerita dekat Ummi dan Abi. Ibah taknak mereka risaukan Ibah. Ibah cuba tanya cikgu Ibah kat sekolah dulu. Ibah harap sangat cikgu Ibah dapat tolong bagi cadangan kat Ibah. Buat masa sekarang ini Ibah tak nak dengar sebarang komen ke apa-apa. Cuma solusi. Tapi cikgu Ibah senyap sahaja. Kawan-kawan, yet, they are not thre right person. Ibah rasa meronta-ronta Nyaie. Sampai satu tahap, Ibah taknak jumpa sesiapa. Tapi tak adalah Ibah nak bagitahu kat orang Ibah tak nak jumpa, kalau jumpa kat rumah, kelas tu takkan nak menyorok pulakkan. Kira Ibah jarang-jawang keluar bilik ar"

Sempat melawak cucu aku seorang ni.

Aku teringat aku pernah melalui satu saat, aku jatuh, aku tiada tempat berpaut. Aku rasa berseorangan. Mahu bangun tiada yang menghulurkan tangan. Walaupun usiaku telah melebih setengah abad, peristiwa itu masih segar diingatanku. Biarlah ia menjadi simpanan dalam diriku sampai hujung nyawaku.

Aku merasakan bukan soal tak sempat belajar yang ingin dia utarakan. Soalnya, dia perlukan tempat untuk bergantung.

"Ibah rasa kapok sekarang ni Nyaie" 

(Kapok (Jawa) bermaksud padan muka, ataupun satu keadaan di mana kita telah terkena, tidak mahu mengulangi kesilapan/ sesuatu perkara. Boleh lah kalau nak akta menyesal).

" Ibah menyesal Nyaie, Ibah banyak buang masa...."

Kulihat di wajahnya, matanya mula bertakung. Cuba disekang, akhirnya mengalir jua.

" Ibah, Nyaie bukan nujum. Nyaie tak tahu hati Ibah. Terus terang Nyaie bagitahu Ibah ni. Nyaie tak tahu apa sebenarnya yang Ibah rasa. Nyaie tak tahu jawapan apa yang Ibah cari. Nyaie tak tahu apa yang Ibah nak Nyaie respon sekarang ni."

" Mari sini duduk sebelah Nyayie"

Aku genggam erat tangannya.

"Ibah, Ibah kena yakin satu sahaja atas muka bumi ni tahu segala-galanya apa yang terbuku dalam hati Ibah. Ibah tahu apa atau siap yang satu itu?"

"Tahu Nyaie. Allah....."

Tangisan cucuku semakin deras

" Ibah, kita tak pernah tahu apa jenis tarbiyyah yang Allah nak bagi kita. Apakah ujian, pelajaran, atau kafarah dan sebagainya. Yang penting Ibah, Ibah kena bersangka baik dengan Allah. Mungkin untuk reflesi diri ya, Ibah mungkin boleh memikirkan itu hukuman dari Tuhan. Tapi Ibah perlu optimis. Alhamdulillah, syukur, Ibah dah tahu kesilapan Ibah. Orang putih kata better late than never gitu..."

Kulihat senyuman sedikit terukir di bibirnya. juga seperti menahan gelak. Aku buat lawak ke?

" Sayang, kata Allah,

dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" (Yusuf :87)"

Biar kita hilang pergantungan terhadap manusia tetapi tidak sekali-kali kepada Tuhan. Nyaie tahu, beratkan. Nyaie tahu Ibah selalu baca Ma'thuratkan, ingat tak Allah kata apa dalam surah al Baqarah ayat akhir? Kan Allah kata takkan bebankan seseseorang dengan sesuatu yang dia tak mampu nak pikul? kan?"

" Cucu Nyaie, mungkin Nyaie boleh bagi pelbagai dalil, pelbagai teori dan sebagainya. Tapi cucu Nyaie yang rasakannya. Hadam elok-elok kalam Tuhan. Ingat, Allah selalu dekat dengan kita. Jangan pernah mengalah. Bersabarlah. Macam Ibah kata tadi, Ibah kapok dengan semua ni kan. Bersabarlah mencari hikmah itu Ibah. Allah Maha Mengetahui. Mungkin bukan on the spot Allah akan tunjuk segalanya. Sooner or later, everything will happen only at the right time. Kan?"

" Risau itu penting. Sedih itu bagus. Kecewa itu kadangkala perlu, tapi bukan terlalu lama. Balik universiti semula nanti, ya Ibah rasa tiada masa, Ibah buat sahaja semampunya sekarang ini. All out! Your every hard work does count, inshaAllah. Mohon petunjuk daripada Allah, minta ampun, bertaubatlah kepadaNya, minta tolong daripada Allah. dan ingat yang Nyaie ajar dulu, letakkan semua usaha kita, khalas, Lillahi Taala"

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar( al-Baqarah: 153)"


"Satu lagi, lepas Ibah berusaha, Ibah jangan lupa...."

"Faiza 'azamta, fatawakkal 'alallah" [Ali Imran: 159]

Kami berpelukan erat... 

"Pandai pun cucu Nyaie..."











Saturday, May 18, 2013

Tiada duka yang abadi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh





Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Wednesday, May 15, 2013

Random#1

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Mengapa perlu tekanan luar kita anggap sebagai tekanan. Haruskah menjadi terlalu prejudis dan pesimis

Kata bahasa pasar "tak show ar kalau dalam hidup ni lepak ja"

Hidup dalam tekanan, sepatutnya menjadi booster untuk kita terus berusaha. Kadang-kadang buntu di pertengahan, pantaskah untuk berpatah balik ke hari semalam. Atau biarkan diri terus tertiarap mencium tanah, ditinggalkan masa yang tak pernah berhenti

Kalah pada nafsu duniawi, pada bisikan yang sering mencucuk di dasar hati, raga dan iman meronta-ronta tidak dipeduli.

Rasakanlah bahawa diri ini bertuhan. Punya tempat bergantungan

Rasakanlah mati ketetapan yang pasti 
Moga menjadi motivasi untuk terus melangkah ke hadapan

"Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu"

Optimis!

Khalas! Lillahi taala

Wallahua'lam

Salam Imtihan

In the memory of Nakba Day
#boycottNestle#boycottMcD#

Ps: Jazakumullahukhair buat naqibah, murabbi ana yang memperkenalkan buku Bahtera Penyelamat karya Fathi Yakan, dan buat sahabat ana yang menghadiahi ana buku "Bila Allah Menduga Kita" karya Syed Alwi al-Attas


Ps: buruk bebeno tulisan

Saturday, May 11, 2013

Aku sudah 22 tahun alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

Apa khabar iman? Tiada coretan panjang sekadar perkongsian ringkas, memandangkan pos ini ditulis melalui telefon pintarku

Beberapa perkara telah berlaku dalam usia diri ini telah berlaku kala diri ini genap 22 tahun pada 21 Jamadilakhir yang lalu hingga hari ini

1. Antara iman dan nafsu.

Pernah tak berlaku sesuatu di mana kita tahu perkara itu salah,  kita akuinya tapi masih rasa macam "tak apalah, aku tak buat apa-apa pun" Ya mungkin tak sampai tahap dosa besar... 

Ada hadith nabi mafhumnya bahawa hati akan bergetar apabila melakukan dosa

Jangan kita pandang remeh pada sesuatu perkara terutamanya tindak laku yang salah, kerana sampai satu tahap kita dah terbiasa lalu kita akan membela diri kita dan akan merasa tenang dengannya

Meninggalkan sesuatu kebiasaan memang payah, mungkin ambil masa bertahun, kalau pun mengambil masa seumur hidup, bermujahadahlah. Allah kira setiap usaha itu inshaAllah. Memang nafsu tidak akan gembira jika kita melawannya. Meronanya jiwa seperti berlawan dengan diri sendiri. Bertumbuk fizikal rasa sakitnya... Kalau dalam diri, tidak terkata. Carilah jalan keluar Berlawanlah sampai nafsu itu tunduk pada imanmu

2. Persepsi 

Cukup-cukuplah dengan persepsi. Biasanya akan bawa kepada buruk sangka sahaja yang tak bisa menyelesaikan masalah. 

Bertanyalah, berterus-teranglah. Dapatkan kepastian. Moga diri sentiasa tenang dan bebas dari syak dan prasangka. Mulakan langkah 

3. Menikus

Mafhum hadith nabi, sampaikanpah daripada ku walau satu ayat. Perkara baik kongsikan sebarkan. Perkarq benar haru berani ditegakkan. Berhikmah dan bersenilah. Segala cabaran mohon bantuan dariNya.

Kalau sekadar tahu dengan perkhabaran-perkhabaran tak cukup. Perlu berilmu. Maka belajarlah

Sirriyyatut tanzim wa'alaniayatuddakwah

Bukan dakwah pun nak sirr

4. Dunia penuh fitnah

Perlukan kajian, dan bersifat adillah.

Sesuatu yang tak pasti usah sebarkan, cukuplah sekadar notis buat diri. Apa- apa perkembangan cuba kaitkan.

Hindari sifat bangga atau terlalu berkeinginan menjadi orang pertama yang tahu.

Rujuklah pada orang yang sepatutnya, sumber yang selayaknya. Yang authentic kata orang putih.

Yakin benar maka sebarkanlah (nasihat oleh Abang Q)

5. Sabar dalam perjuangan

Macam-macam jenis. Perjuangan menentang kemungkaran, melawan nafsu, menegakkan agama Tuhan...

Turut berjuang merupakan satu kemenangan, kalah atau menang, keredhaan Tuhan adalah kemenangan hakiki. Berjuanglah, sampai Islam menang, atau sampai hujung nyawa. Mati syahid atau hidup mulia.

Pada kekelahan itu, reflek diri. Adakah tanggungjawab telah kita laksanakan sepenuhnya. Apakah persedian telah rapi kita susuni. Usah rebah. Bangunlah. (Nasihat oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man)

6. Apakah matlamatmu?

Menjadi orang biasa-biasa atau luar biasa

KELUARLAH DARI ZON SELESA (nasihat oleh Hilal Asyraf)

7. Pada tawakal dan ikhtiar

Antara sunnatullah dan syariatullah

Cukupkah sekadar berdoa tanpa usaha. Ya sebagai hamba kita meminta, sebagai khalifah kita berusaha. Perut takkan kenyang begitu sahaja tanpa ada tangan yang menyuapkan nasi ke mulut. 

Telah ada contoh di depan mata. Layakkah tawakal tanpa ikhtiar, tanpa jihad.

Antara taqdir tawakkal dan ikhtiar ( nasihat oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman)

Wallahua'lam. 

Ps: inshaAllah akan usaha untuk panjang lebarkan setiap poin di masa hadapan. Barangkali selepas peperiksaan. Mohon doa semua agar kita semua terus kuat berjuang, demi agamaNya. Khalas! Lillahi taala

Ps:ps: untuk sumber dan ayat asal nasihat boleh rujuk fb aNA. InshaAllah aNa ada share semuanya.

Salam rejab. Salam Imtihan

aNA VK









Tuesday, April 23, 2013

Monday, April 22, 2013

Kemas-kemas sawang

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Subhanakala 'ilmalana illa ma 'allamtana innaka antal 'alimul hakim
Rabbishrahli sodri, wayassirli amri, wahlul 'uqdatammil lisani, yafqohu qou li ameen

Apa khabarkan iman hari ini? Soalan yang berbunyi cliche. tapi hakikatnya ini yang perlu dilakukan hari-hari. Kita sedar kita manusia biasa. Kita lemah. dan iman itu turun naik. Kalau agak-agak futur sikit tu, cepat-cepat pulihkan. Jangan tinggalkan lama-lama.

3 Bulan lebih aNA tinggalkan blog ini tanpa apa-apa. Kosong. Haknya terabai selama itu. (andai ada) , hak pembaca juga. Aseef jiddan. aNA rasa masanya aNA kembali menulis. Menambahkan 'beban' kepada diri. aNA pegang kata-kata murabbi aNA "hanya orang sibuk ada masa". tiba masa untuk realisasikannya. aNA perasan all this time being, aNA menghadapi cabaran besar dengan pengurusan masa. aNA harapkan dengan menambahkan 'kerja' pada diri, dapat aNA perbaiki kelemahan diri aNA ni. Selebihnya aNA serahkan kepada Allah. Khalas, cukup kerana Dia. 

Mendepani pilihanraya yang kian membahang. hanya menanti pembuangan undi, aNA di UK turut terasa kehangatannya. Walaupun sekadar mendapat update daripada FB, dan semuanya bersifat media baru. In other way, feel glad that I've been exposed to this type of media. Why? Sorry to say this. I am not happy with the (what can I say) "conventional" (maybe) media in Malaysia e.g. : tv, newspaper etc. Well honestly, it's practically bias. I am sorry. Kecewa mendengar jawapan yang diberikan oleh seorang wakil di pihak kerajaan(sebelum pembubaran parlimen), apabila ditanya kepadanya berkenaan kebebasan media semasa temubual dalam satu rancangan antarabangsa, jawapan yang diberikan, rakyat mempunyai pilihan. It's either the new media or else. But he apparently didn't answer it well. The audience of the show just laugh. Well I might as well. But my disappointment even stop me from laughing (dalam nada perli). How about the old generation, or those who don't know, and don't even have the access to  a byte of internet!

Well sounds like really frustrated. Yes, I am! Well let it be. Hope there's always hope for free media after the election. Allah do Bless my beloved Malaysia with your mercy and hidayah. Grant us with fair, just, accountable, leaders for our future. Ameen. 

Mudah-mudahan kalimah Allah itu dapat kami tegakkan di atas muka bumi ini. inshaAllah ameen. Perjuangan ini panjang, sukar. Sekiranya mudah, maka berbondong-bondonglah yang akan turut serta. Allah beri kami kekuatan untuk terus dalam perjuangan ini sehingga terpisahnya jasad dan nyawa kami, dan takdirkan kami mati dalam kalimahMu. ameen

InshaAllah more updates will coming soon. Out for class. May Allah bless us

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi Wassalam..

Wallahu'alam

Tuesday, January 15, 2013

Si Pemerhati Berempat Kaki

Aku suka memerhati
seorang demi seorang
Kanak-kanak seusiaku

Kami 'lahir' bersama,
Tapi,
mereka sudah berlari.
Aku masih di sini
Bersama '4' kaki
Dalam rangkak
Yang tak pernah basi

Perhatikan pula
Tu, nun sana
Yang 'tangis'nya di dunia
Setelah aku mula mendapat rentak
Kini, bukan sahaja bertatih
Bahkan sudah 'mendapat kaki'

Namun aku masih di sini

Itulah kau
Disuruh 'berpaut pada dinding' kau tak mahu
Diajar bertatih, ah baru dua langkah
Jatuh kau menangis
Tup tup
Ah duduklah
Bezanya cuma
Lajunya kau merangkak

Sampai bila
Walau hati dilanda kecewa
Cemburu dengan mereka

Salah kau! Yang lebih tenang dalam selesa
Belagak!
Merasakan sudah menawan dunia

Eh, aku makan garam dulu!
Hakikatnya belum tentu!

Eloklah!
Teruslah kau memerhati
Dengan 4 kaki

Aku seru,
Bangunlah diri! Bangunlah!
Berdiri!

Ps: Dengan namaMu Tuhan, aku bermohon padaMu, bantulah aku
Dengan kekuasaanMu Tuhan
Ku mohon kekuatan dariMu

Hadirnya Dia Yang Dirindui

Bismillahirrahmanirrahim
-Dari MukaBuku-

Dari meja study ku
Saat ku melihat
Kerlipan cahaya di celahan batu,
Kilauan kaca bertaburan
Di hamparan tar
Tiba tangan tertusuk beku
Kala wajahku
Mula kemerahan
Tika dagu
ku langutkan
Mencermin muka
Ke dada langit
Waktu itu
Ku lihat 'dia'
hadir
Lalu diusapnya pipiku
Langkahku terhenti

Bismillahirahmanirrahim
Rabbana ma khalaqta haza batila
Subhanaka faqina 'azabannar

Subhanallah
Itu dia
Yang dinanti
Salju, telah menyapa diri
Walau sejuknya mencengkam
Ah, bahagia sekali,
Walau sekecil2 pasir
Tetap hadirnya dia
Kuhargai