Wednesday, May 22, 2013

Nusaybah #1- Kuatkan Hatimu, Ibah

Bismillahirrahmanirrahim.....

Srup. Ah leganya.. Kopi hidangan cucuku, besar panjang sudah Ibah.

"Ubi, Nyaie" 

(baca: nya-ie, dalam bahasa Jawa bermaksud nenek. Juga "Embah" ("embah lanang"=datuk dan "embah wedok"= nenek)

Asbabul nuzul di tangan ku letakkan di atas meja. Ah enaknya. Ubi rebus dicecah sambal tumis ikin bilis. Aduh, di petang hari, bermalas-malasan di berandah. Angin bertiup lembut, dedaun di pohon kelapa melambai tenang.

Bush. Rasanya pelepah kering jatuh.

"Nyaie, Ibah nak cerita dengan nyaie boleh?"

Ku lihat wajah redup Ibah. Sedikit muncung. Aku tahu pasti ada yang tak kena. 

"Kenapa Ibah? Ceritalah, Nyaie dengar, inshaAllah"

"Nyaie, Ibah sedih sangat. Ibah rasa tertekan. Baru-baru ini macam-macam jadi pada Ibah. Ibah tak tahu nak cerita dengan siapa. Ada kawan-kawan pun, Ibah tak mampu nak cerita. Ibah, fikir, kalau boleh, Ibah nak cerita masalah Ibah ini kepada orang di luar permasalahan Ibah sekarang."

Tersenyum

Ibah, atau namanya Nusaybah binti Khalid. Peramah orangnya. Merupakan pelajar universiti di sebuah universiti terkemuka di Malaysia, salah sebuah "Research University", Universiti Malaya. Pelajar Tahun Dua jurusan Sains Kimia. Seminggu dua lagi, inshaAllah Ibah akan menduduki peperiksaan akhir semester dua. Namun 'lari' sekejap ke kampung, katanya merindui aku.

"Nyaie, nyaie tahu kan Ibah dah nak exam? Tapi Nyaie, Ibah rasa risau sangat. Ibah rasa Ibah tak punya masa untuk study. Banyak sangat nak baca. Exam 10 hari lagi"

"Ibah sibuk ke?"

"Erm... adalah sikit kerja Nyaie."

Aku tahu cucuku banyak tanggungjawab. Selain daripada tanggungjawab sebagai anak, sebagai pelajar, dia juga ada memegang satu, dua jawatan dalam persatuan di universiti. Apa yang lebih membahagiakan aku, Ibah merupakan salah seorang mereka yang terlibat dalam gerak kerja dakwah. Kalaupun dia bukanlah orang yang mengepalai program, atau penceramah jemputan, Ibah aktif bergerak di belakang tabir dalam melaksanakan program-program berbentuk ilmiah dan Islamik. Ya, sama seperti Abi dan Umminya juga.

" Tapi Nyaie, bukan sebab kerja itu Ibah sibuk. Ibah banyak ja masa, tapi Ibah yang dari dulu lagi ada masalah uruskan masa. Sekarang ni, Ibah yang terkesan. Bila exam nak dekat, tapi Ibah tak prepare lagi. Nyaie tahukan dari dulu Ibah ni last minute sahaja. Sekarang ini, Ibah rasa hukuman, mungkin pelajaran untuk Ibah.

Bila Ibah jumpa kawan-kawan, sibuk mereka memberitahu Ibah, yang mereka sudah study itu, study ini. Ibah..? Padan muka Ibah kan Nyaie.

Kalaupun sekarang ini nak berubah, Ibah rasa macam tak sempat. Ibah punya impian. Harapan Ummi dengan Abi lagi. Ibah taknak kecewakan mereka Nyaie. Ibah target tinggi, tapi dalam keadaan preparation macam ni...... Ibah hampir-hampir putus asa. Ibah taknak cerita dekat Ummi dan Abi. Ibah taknak mereka risaukan Ibah. Ibah cuba tanya cikgu Ibah kat sekolah dulu. Ibah harap sangat cikgu Ibah dapat tolong bagi cadangan kat Ibah. Buat masa sekarang ini Ibah tak nak dengar sebarang komen ke apa-apa. Cuma solusi. Tapi cikgu Ibah senyap sahaja. Kawan-kawan, yet, they are not thre right person. Ibah rasa meronta-ronta Nyaie. Sampai satu tahap, Ibah taknak jumpa sesiapa. Tapi tak adalah Ibah nak bagitahu kat orang Ibah tak nak jumpa, kalau jumpa kat rumah, kelas tu takkan nak menyorok pulakkan. Kira Ibah jarang-jawang keluar bilik ar"

Sempat melawak cucu aku seorang ni.

Aku teringat aku pernah melalui satu saat, aku jatuh, aku tiada tempat berpaut. Aku rasa berseorangan. Mahu bangun tiada yang menghulurkan tangan. Walaupun usiaku telah melebih setengah abad, peristiwa itu masih segar diingatanku. Biarlah ia menjadi simpanan dalam diriku sampai hujung nyawaku.

Aku merasakan bukan soal tak sempat belajar yang ingin dia utarakan. Soalnya, dia perlukan tempat untuk bergantung.

"Ibah rasa kapok sekarang ni Nyaie" 

(Kapok (Jawa) bermaksud padan muka, ataupun satu keadaan di mana kita telah terkena, tidak mahu mengulangi kesilapan/ sesuatu perkara. Boleh lah kalau nak akta menyesal).

" Ibah menyesal Nyaie, Ibah banyak buang masa...."

Kulihat di wajahnya, matanya mula bertakung. Cuba disekang, akhirnya mengalir jua.

" Ibah, Nyaie bukan nujum. Nyaie tak tahu hati Ibah. Terus terang Nyaie bagitahu Ibah ni. Nyaie tak tahu apa sebenarnya yang Ibah rasa. Nyaie tak tahu jawapan apa yang Ibah cari. Nyaie tak tahu apa yang Ibah nak Nyaie respon sekarang ni."

" Mari sini duduk sebelah Nyayie"

Aku genggam erat tangannya.

"Ibah, Ibah kena yakin satu sahaja atas muka bumi ni tahu segala-galanya apa yang terbuku dalam hati Ibah. Ibah tahu apa atau siap yang satu itu?"

"Tahu Nyaie. Allah....."

Tangisan cucuku semakin deras

" Ibah, kita tak pernah tahu apa jenis tarbiyyah yang Allah nak bagi kita. Apakah ujian, pelajaran, atau kafarah dan sebagainya. Yang penting Ibah, Ibah kena bersangka baik dengan Allah. Mungkin untuk reflesi diri ya, Ibah mungkin boleh memikirkan itu hukuman dari Tuhan. Tapi Ibah perlu optimis. Alhamdulillah, syukur, Ibah dah tahu kesilapan Ibah. Orang putih kata better late than never gitu..."

Kulihat senyuman sedikit terukir di bibirnya. juga seperti menahan gelak. Aku buat lawak ke?

" Sayang, kata Allah,

dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" (Yusuf :87)"

Biar kita hilang pergantungan terhadap manusia tetapi tidak sekali-kali kepada Tuhan. Nyaie tahu, beratkan. Nyaie tahu Ibah selalu baca Ma'thuratkan, ingat tak Allah kata apa dalam surah al Baqarah ayat akhir? Kan Allah kata takkan bebankan seseseorang dengan sesuatu yang dia tak mampu nak pikul? kan?"

" Cucu Nyaie, mungkin Nyaie boleh bagi pelbagai dalil, pelbagai teori dan sebagainya. Tapi cucu Nyaie yang rasakannya. Hadam elok-elok kalam Tuhan. Ingat, Allah selalu dekat dengan kita. Jangan pernah mengalah. Bersabarlah. Macam Ibah kata tadi, Ibah kapok dengan semua ni kan. Bersabarlah mencari hikmah itu Ibah. Allah Maha Mengetahui. Mungkin bukan on the spot Allah akan tunjuk segalanya. Sooner or later, everything will happen only at the right time. Kan?"

" Risau itu penting. Sedih itu bagus. Kecewa itu kadangkala perlu, tapi bukan terlalu lama. Balik universiti semula nanti, ya Ibah rasa tiada masa, Ibah buat sahaja semampunya sekarang ini. All out! Your every hard work does count, inshaAllah. Mohon petunjuk daripada Allah, minta ampun, bertaubatlah kepadaNya, minta tolong daripada Allah. dan ingat yang Nyaie ajar dulu, letakkan semua usaha kita, khalas, Lillahi Taala"

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar( al-Baqarah: 153)"


"Satu lagi, lepas Ibah berusaha, Ibah jangan lupa...."

"Faiza 'azamta, fatawakkal 'alallah" [Ali Imran: 159]

Kami berpelukan erat... 

"Pandai pun cucu Nyaie..."











No comments: