Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu
Sekadar
perkongsian daripada seorang sahabat. aNA tak mahu biarkan ia berada
hanya di dalam thread message. Biarlah, moga sama-sama beroleh manfaat,
dan mudah-mudahan senang juga aNA nak trace semula nanti. Masa itu,
(sehingga sekarang, masih lagi) tercari-cari, bagaimana harus aNA
lakukan agar dapat berfikir secara kritikal. Bukan sekadar pada
permukaan dan hanya melihat secara tekstual. aNA ingin sekli belajar
melihat sesuatu secara kontekstual.
Kadang-kadang, dalam
perbincangan dengan sahabat-sahabat, secara berhadapan mahupun di laman
sosial, aNA perasan, selalunya, aNA akan hanya nampak apa yang dah terbentang
dekat depan mata. Apa yang ada di sebaliknya, susah untuk aNA
rungkaikan. Terasa rendah diri setiap kali berada dalam perbincangan.
(baru dapat ilham)
Kalau
diikutkan, aNA seorang pelajar jurusan Kimia. Apa yang kami belajar,
sebagai contoh apabila di hadapan kami terdapat kristal cantik berwarna
hijau bersinar, bukan itu sahaja yang perlu kami fikirkan. Kami perlu
tahu (baca: fikirkan) mengapa kristal itu berwarna hijau, apa puncanya
dia membentuk kristal, bukannya cecair bla, bla, bla...
Nak
katanya, sebagai seorang ahli Kimia, kami dididik untuk menjadi cukup
kritikal dalam menganalisa bahan (walaupun aNA belum lagi menjadi
sekritikal itu, mungkin kerana masih belum kuat dari segi teorinya -_-! ).
Di
dalam al-Quran sendiri, terlalu banyak kalam-kalam Allah yang menyeru
manusia berfikir, termasuklah dalam perjalanan, ketika melihat alam,
pada kejadian manusia, langit dan bumi dan sebagainya, agar manusia itu,
dapat mencari hikmah dan ibrah, dan yang paling utama, mengenal Tuhan
dan menjadi hamba yang taat dan bersyukur.
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia
dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu
lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
(6:32)
(6:32)
Berikut merupakan cadangan yang diberikan
"Asas pada critikal thinking, bukan pada lantangnya
org itu bersuara, tetapi pada isi ucapannya yang betul-betul kena dengan
sesuatu perkara yang dibincangkan, jadi critical di sini, kita menjadi
antara penentu bicara, kita yang menguasai pemikiran, dan kita juga yang
menjadi sandaran pada kemelut yang melanda.
Antara tips yang boleh diberi,
Antara tips yang boleh diberi,
- Cuba untuk berfikir dari sudut pandang kedua, iaitu si tertuduh, macam kita argue dengan kerajaan, maka cuba lihat dari POV (point of view) of kerajaan, cuba cari baik dalam mereka, kita akan lebih menhargai perbezaan yang telah kita buat.
- Sentiasa cari alternatif pada setiap perkara yang kita lihat, dan cuba bandingkan dengan realiti, kat situ kita boleh nilai kelemahan dan kebaikan dalam setiap pandangan kita. mudah untuk rasa selesa sekiranya org tidak faham dan tidak setuju dengan kita. let them think, that's the point.
- Membaca buku refleksi diri, sedikit sebanyak membantu dalam mengenali dunia ini dengan lebih baik, rasanya nad pun dh buat yang ni.
- Try to keep up to date with world news, rajin2 la download apps news, mcm flipboard, cnn, al jazeera, rasanya nad pun ada buat yang ni, cuma try fokuskan pada berita yang ada isi, macam rencana, artikel orang...
- Banyakkan mendengar orang lain, mereka suka sekiranya kita dengar idea mereka, rasa dihargai itu perlu, jadi kita boleh banyakkan lagi idea kita juga....
- Selebihnya, pembacaan dan self thinking kena kuat, ana bukan seorang pembaca yang kuat, tapi ana kuat membaca bila perlukan sesuatu....."
Titipan Murabbi, Ustaz Ridhauddin suatu ketika dahulu
- Mohon untuk berobjektif apabila memberikan isi. Kerana itulah sifat orang yang bijak
- Apabila memberikan argumentasi pastikan kesahihannya, bukan sumber cerita yang tidak pasti.Islam tidak memberikan keizinan mencaci pada perkara yang tidak pasti
- SANGAT PENTING UNTUK BERLAKU ADIL WALAUPUN TERHADAP MUSUH
Juga yang pernah aNA kongsikan dalam entri yang lepas, dalam menghadapi dunia penuh fitnah, penuh pancaroba, cadangan oleh salah seorang yang sangat aNA hormati, Abg Q dalam post ini
- Perlukan kajian, dan bersifat adillah.
- Sesuatu yang tak pasti usah sebarkan, cukuplah sekadar notis buat diri. Apa- apa perkembangan cuba kaitkan.
- Hindari sifat bangga atau terlalu berkeinginan menjadi orang pertama yang tahu.
- Rujuklah pada orang yang sepatutnya, sumber yang selayaknya. Yang authentic kata orang putih.
- Yakin benar maka sebarkanlah
"Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah..."
Salam Lailatul Qadar
-rindu WOW! ^_^\/~ random
No comments:
Post a Comment