Wednesday, July 27, 2011


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Sunday, July 17, 2011

bila aNA berborak dengan ibu tentang........

bismillahirrahmanirrahim
 
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu


rasa macam lama sangat tak menaip. post ebelum ni pun aNA copy paste daripada sahabat aNA. 
so far, hari ini merupakan hari kesembilan aNA di rumah.. total up about three weeks after the last A-Level paper. seminggu sudah adik-adik di INTEC memulakan pembelajaran untuk, semester pertama dan semester ketiga di INTEC.(2 minggu untuk AUSMAT seniors). esok, inshaAllah sahabat-sahabat A LEVEL GERMAN (skini super senior di INTE) akan memulakan pembelajaran mereka semula untuk semester yang kelima. inshaAllah semester ini mereka akan menduduki satu lagi peperiksaan bahasa iaitu DSH sebelum mereka berangkat ke German januari tahun depasn inshaAllah. mereka juga perlu menyempurnakan kursus praktikal mereka di GMI semester ini. mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. begitu juga adik2 fast track IMU dan AUSMAT yang akan menduduki peperiksaaan tak lama lagi, YOSH!!! BERUSAHALAH.

aNA pula masih dalam debaran menanti result... memang pergh.. betul-betul dalam tempoh sebulan lagi inshaAllah result A-Level untuk Summer 2011 akan keluar... Ya Allah, jadikanlah kami hambaMU yang berserah diri dan bersyukur atas segala kurniaanMU, amin....

berbalik kepada tajuk. aNA rasa antum semua dah dapat teka isu apakah aNA bincangkan dengan ibu aNA.. isu.... jeng, jeng, jeng ... isu yang hangat dibincangkan untuk remaja yang dalam lingkungan umur aNA. itulah dia isu, KAHWIN!!! yeay!( i think this is not the proper expression).. huhu.
jarang-jarang untuk aNA mempersoalkan atau membincangkan isu ini dengan ibu.. mungkin ini kali pertema or kedua macam tu. aNA tak tahu kenapa. aNA agak 'pemalu' untuk mendiskusikan isu ini dengan ibu aNA. sebelum ni sentuh ada juga nasihat ibu berkenaan isu ini tapi biasanya secara tak langsung. sengaja aNA timbulkan isu ini, untuk mendapatkan pendapat ibu aNA.

aNA memulakan cerita dengan cerita seorang sahabat kepada sahabat aNA, yang baru-baru ini melangsungkan perkahwinan. kami sebaya. aNA pernah berjumpa dengan sahabat ni. cuma ingat tak ingat macam tu.

"ibu, haritu kan bu, ada member angah kahwin. dia sebaya dengan angah."

pantas ibu mencelah "angah nak kahwin ke?"

tetiba rasa macam terpukul(eh terpukul ke i do know the exact word to express that feeling)

"kalau ada duit takpe"tambah ibu lagi. (aNA teringat ada suatu hari aNA menyakat ibu. "ibu kalau angah nak kahwin dalam masa terdekat ni macam mana?". ibu jawab" kalau ada 4 dulang ambang je, 4dulang tu jelah yang ibu hidangkan".. hohoho dahsyat2...

"ibu dengar ustaz kata, kalau anaknya mintak nak kahwin jangan dilarang." (ok i got one of her stand here)

cuma itulah, menurut ibu, perkahwinan ni bukan benda suka-suka. berbalik kepada cerita sahabat tadi, inshaAllah dia akan fly sama dengan aNA September ni inshaAllah(tak bermaksud flight sama sebab destinasi kami berbeza). lepas tu aNA menyambung, suaminya, masih belajar di Malaysia. maksudnya, mereka akan berpisah sementara untuk menyambung pelajaran masing-masing.

kata ibu. tak kisah perkahwinan jarak jauh ni. cumanya memang menguji kesetiaan. banyak kes yang ibu dengar, suami makan hati, or isteri pula yang makan hati. masing-masing berjauhan. lepas tu jumpa orang lain.. ha kan dah timbul masalah.
 
kata ibu, perjalanan masih jauh.. dan kita akan jumpa lebih ramai orang. ibu tak tolak perkahwinan di awal usia, ataupun perkahwinan dalam tempoh belajar ni. cuma ibu minta, dalam membuat keputusan timbang betul2... consequences that are predicticted to happen.. persediaan kita lagi macam mana.. kalau satu uni mungkin kurang masalah...

ibu seorang yang berpengalaman. even ada kes, rakan sekerja ibu dulu yang suami orang ada scandal dengan isteri orang lain.. dengar ibu cerita, membuatkan aNA berfikir.. mungkin itu kes-kes terpencil. tapi semua tu must take into consideration kan?

ibu selalu pesan prioritikan betul-betul semua perkara. which one comes first..

mingu lalu aNA ada post artikel berkenaan cinta islamik di FB aNA. doh, macam2 respon aNA terima.. 
antaranya: 
1.ehem ehem nanad :D
2.agak susah bg remaja sekarang kerana ingin cinta dan dicintai memang fitrah manusia..
3.Jadi salurkanlah perasaan itu ke saluran yang betul. Halalkan ia! :D
4.Em, ramainya bercakap soal cinta hari ini. Haih. Penuh news feed ana. Kak nad salah seorang. Ha ha ha. Mungkinkah kak nad pun dah tak lama? Hehe

jawapan aNA
1.aku manusia biasa
2.tu namanyer ujian....
3.setuju, dengan syarati tak boleh terburu-buru dalam membuat keputusan... tgk kemampuan kita... betulkah kita dah benar2 bersedia, fizikal, mental, rohani, emosi, juga material.. plan kita macam mana..bila kita dah ikat, kita bukan sahaja me...ngikat kasih bahkan kita dah rela untuk pikul tanggungjawab yang bukan calang2... kalau masih belum bersedia, mujahadah adalah jalan terbaik.. memang perit, mengadulah padaNYA, moga diberi kekuatan, mudah2n beroleh rahmat dan redhaNYA, juga cinta dan kasihNYA
4.oh... itu Tuhan punya kuasa... plan dalam masa terdekat pun takde.. sebab calon pun takde.. hohohoho..

credit to Kak Amalina Zulkiflee.. syukran kathir dalam post aNA, dia ada share artikel lain dalam ILUVISLAM. jika antum masih ingat, aNA ada postkan dalam dua entri yang lepas, 1Fikrah 1Perjuangan  
sekadar perkongsian,

dalam post 1 ikrah 1 perjuangan terbabit, seorang sahabat aNA telah memberikan comment
 kata beliau
"cinta adalah sesuatu yg sgt subjektif dan sukar digambar kemanisannya
menurut pemerhatian ana ramai yg lebih cintakan manusia drpd allah (termasuk la diri ini)
ramai yang berkata kite perlu seimbang dunia dan akhirat namun bile direnungkan kembali ramai yg peruntukkan masenye untuk sesame manusia lebih drdp mase utk Allah
padahal sume nak masuk syurga tapi ........ sob3 :(
"

aNA setuju dengan comment  sahabat aNA ni. 

bila aNA fikirkan balik.. adus... kadang2 sedih dengan diri sendiri. sibuk memikirkan cinta manusia, sampai lupa untuk mendapatkan CINTA SANG PENCIPTA.. dialah PENCINTA YANG AGUNG.. namun sering kita alpa, lupa, leka dan lalai. sanggup spemd beringgit-ringgit untuk menghubungi kekasih hati, tapi terasa berat untuk menghulurkan barang seringgit dua untuk menderma di masjid. sanggup chatting sehingga lewat malam, namun payah untuk bangun bertahajjud...rasa bersalah andai tertidur dan tidak membalas mesej si dia, tapi apa respon kita tatkala tertidur dalam majlis-majlis ilmu ataupun mengantuk dalam melakukan amal ibadat( solat dsb) sebagainya.. ada tak kita rasa bersalah macam first kes tadi.. simple, yang dok bagi kita hidup tu siapa? apa yang manusia mampu berikan kita tanpa izinNYA?? bukankah kita semua makhluknya.. TAK BISA BERBUAT APA-APA MELAINKAN ALLAH BERKATA 'YA'....  Allah... malunya aku padaMU.. hati meronta-ronta.. namun jasad masih dikuasai nafsu dan bisikan2 syaitan....leka dan berkhayal...

aNA benar2 bersetuju, perkara-perkara ini merupakan antara dugaan terbesar di usia remaja... ada yang mampu terus bermujahadah dengan memendam rasa, ada yang pilih jalan yang halal keranaNYA, dan ada juga yang tergelincir ke kacah 'couple'(soalan yang aNA sendiri tak mampu berikan jawapan solid.. is this relationship really exist?)...

Allah... berikanlah kami kekuatan... menangkis segala godaan ini... berikanlah kami kekuatan untuk terus bermujahadah... andai masa itu tiba, biarlah pada ketika itu merupakan watu yang terbaik dan pasangan kami adalah pasangan yang terbaik, yang membwa kami lebih dekat kepadaMU, dan terus kuat berjuang menegakkan agamaMU.. mudah-mudahan kami terus thabat di jalanMU, till the last breath. ameen..

wallahua'lam

p/s: 

>_< adeh... masalah hati memang payah... tapi jangan risau.. mengadulah pada Si Dia.. Dia faham sangat2 hati kita. dan Dialah the ONLY yang dapat bantu kita... Allah tak pernah menjanjikan kemudahan dalam hidup melainkan ujian2 belaka semuanya, te tapi Allah janji Allah sentiasa bersama kita.. YOSH!!! kuatkan hati!!!!

nasihat untuk diri sini dan sahabat...apa2 hal rujuklah orang yang berpengalaman.. jangan terburu-buru, dan ditekankan pada diri ini, seboileh-bolehnya, jangan membelakangkan kedua orang tua kita.

 
moga kita punya jalan yang sama, matlamat yang satu, untuk memperoleh redhaNYA .. ameen


Saturday, July 16, 2011

bulan mengambang di bulan Sya'ban

bismillahirrahmanirrahim


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu


alhamdulillah dah 15 Sya'ban 1432H....setelah agak lama tak menulis, sekali lagi aNA meng'copy' dan menge'paste' entri sahabat.. inshaAllah sedikit sebanyak, moga beroleh manfaat.. entri kali ini aNA kongsikan daripada sahabat kepada sahabat aNA. aNA copy daripada blog sahabat aNA hidup terpuji



1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya: Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya: pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.


Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.


3. Daripada sayyidah Aisyah berkata:

Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:

Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu


Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.


5. Dari Naufal al bakali bahwasanya sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.


6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:

Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan dihiaskan syurga. Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.


Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.


2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.


3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.


4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.


Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..

Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…

Amin.




Jangan lupe malam ni malam nisfu syaaban yer :D 


Wallahua'lam 

Thursday, July 14, 2011

1 fikrah 1 perjuangan

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

Lumrah sang makhluk, punya perasaan CINTA. Ingin cinta mencintai. Cinta antara manusia telah tercipta sejak Adam dan Hawa diciptakan. Hakikatnya, cinta itu telah hadir lebih awal daripada hakikat penciptaan manusia. Cinta daripada sang Pencipta. Dialah yang menciptakan rasa cinta dengan fitrah bahagia, rindu, dendam, gembira dan segala rasa bisa terbias dek perasaan cinta.

Namun, saat sang hamba diuji cinta mereka kepada sang Pencipta...ada yang tewas. Mereka khilaf dalam memilih antara cinta manusia dan cinta Allah S.W.T. Mereka rela meninggalkan tarbiyah kerana cintanya kepada manusia. Apakah cinta Allah S.W.T berhak dipisahkan daripada hati manusia yang kontang ini? Tiadakah tempat di hati ini untuk-Nya? Apakah kedudukan-Nya serendah makhluk ciptaan-Nya sehingga boleh disisihkan sebegitu sahaja?

Hanya segelintir manusia yang melepaskan rasa cintanya terhadap manusia demi rasa cinta yang agung kepada Allah S.W.T. Malangnya, lebih ramai manusia yang melepaskan cinta kepada Allah S.W.T hanya kerana seorang manusia yang kononnya 'sanggup sehidup semati bersama-sama'. Sedangkan, Allah S.W.T tetap mencintai setiap hamba-Nya...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [At-Taubah 9:24]

Wajarkah kita meletakkan syarat terhadap cinta terhadap cinta kita kepada Allah S.W.T? Tegar hati yang Allah S.W.T pinjamkan ini meletakkan kedudukan setitis mani yang hina lebih tinggi dari-Nya...

Bukanlah cinta itu dihalang...apatah lagi dilarang. Malah, cinta itu dimuliakan. Bukankah berbeza cinta yang ditemui di jalanan berbanding cinta yang kita temui setelah meredah onak duri dan lautan ujian? Nikmatnya jauh lebih indah...lebih manis...insya-Allah kekal hingga ke syurga..

Justeru, di saat Allah S.W.T melamar kita dengan tarbiyah-Nya, tidakkah kita merasa rugi sekiranya tarbiyah ini hilang disebalik tirai cinta manusia yang rapuh. Bukankah rusuk yang bengkok ini dibengkokkan sesuai dengan keperluannya? Menunduk penuh ketaatan kepada suaminya yang menyerahkan seluruh jiwa kepada Yang Maha Esa.

Aku wanita mujahidah sejati,
Yang tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad,
Kelak akanku pergi mendampinginya di bumi Ji
had.

Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukan,
Cinta Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan jihad fisabilillah,
Aku rela berkelana mengembara dengannya untuk melindungi Diinullah,
Ikhlas menyebarkan dakwah ke segenap penjuru bumi Allah S.W.T.

Aku wanita mujahidah pilihan,
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh tawadhuk,
Kelak bersamanya akan kuharungi bahtera lautan jihad.

Andai tidak siap bisa kau pilih,
Agar kelak batin dan jiwa ragamu tidak terusik,
Terbeban dengan semua tingkahku,
Meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu,
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganm
u.

Biar hidup terasing di dunia asalkan di akhirat kita bahagia,
Bila aku setuju dan kau tidak meraguiku,
Bulat tekadku untuk menemanimu,
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota.

Meniti jalan panjang di medan jihad,
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah,

Keringat luka dan kesyahidan pun terulang,
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu,
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu.

Aku wanita dari bumi Jihad,
Dengan bekalan semangat berangkat ke padang jihad,
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati,
Tepiskan semua mimpi yang tidak bererti.

Kerana tidak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri,
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan,
Yang melepaskanku dengan sepotong doa,
Meraih syahid adalah tujuan utama.

Tidak mungkinku pilih dirimu sekiranya dunia dambaanmu,
Lupa kampung halaman dan sanak-saudara,
Tidak mungkin aku memilihmu,
Bila yang fana lebih kau cintai.

- Artikel iluvislam.com



wallahua'lam

p/s: Ya Allah jadikanlah aku wanita bumi jihad itu

Monday, July 11, 2011

cerita nenek

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

beberapa hari semalam aNA duduk berbual-bual dengan nenek.. tiba-tiba aNA buka cerita tentang seorang mak cik yang ada masalah dengan ibu mertuanya.. siapa dan mana tempat tinggalnya biarlah rahsia... menurut nenek, masih macam tu lagi... makan masih asing-asing, even masak pun.. walaupun mereka tinggal serumah... tulah nenek kata mungkin dah ok.. wallahua'lam... sama-samalah kita berdoa semoga mereka baik2 sahaja

dalam perbualan kami, nenek bukak cerita berkenaan dengan Wak Nah dan adiknya Lek Man

nama watak bukan nama sebenar:
Wak Nah(kakak)
Lek Man(adik)
Jas (anak lelaki Wak Nah)
Lek Pah(isteri Lek Man)
Embah Nab( nenek Jas)

Wak Nah dah lama bermasalah dengan Lek Man...Lek Pah pun tak pasti kenapa.. punya tak nak bertegur sapa.. tapi nasib Lek Pah dan anak-anak baik, kerana Wak Nah masih melayan mereka dengan baik sekali walaupun hubungan Wak Nah dingin dengan Lek Man, suami Lek Pah... Lek Pah awal-awal angkat tangan menyatakan keengganannya masuk campur dalam urusan mereka adik beradik

pernah juga Lek Pah menasihati Lek Man supaya pergi meminta maaf.. walaupun mungkin Lek Man merasakan dirinya tidak melakukan apa-apa kesilapan.. nasihat Lek Pah, mengapa tidak Lek Man sebagai adik mengalah... Lek Man bersetuju... namun salam kemaafan daripada Lek Man tidak disambut oleh Wak Nah... Lek Man pulang kecewa

Wak Nah dan Lek Man serta adik meradik mereka yang lain mewarisi sebidang tanah Embah Nab. tanah itu dibahagi sama rata adik beradik.. kebetulan tanah Lek Man dan Wak Nah bersebelahan. tiba musim durian maka banyaklah buah yang dihasilkan oleh pokok-pokok durian di kebun terbabit. namun begitu tiada sebijik pun durian Wak Nah yang gugur ke tanah untuk dijamu. semuanya pecah di atas pokok. berlainan pula kesnya pada pokok di tanah Lek Man. Banyak hasil yang dapat dikutip. Wak Nah menuduh Lek Man meletakkan racun pada pokoknya, dengan menunjukkuan kesan tanah yang seperti dicungkil. apa boleh buat. kata nenek kalau pokok durian diracun semuanya pasti gugur, termasuklah, buah durian muda dan putik durian. bukan tak gugur langsung.

sampai satu tahap pula, Lek Man tidak membenarkan Lek Pah dan Lek Kah(madu Lek Pah) untuk mengunjungi rumah Wak Nah yang sedang mengadakan kenduri kahwin. menurut cerita nenek, mereka diugut akan dibalingkan parang kepada mereka oleh Lek Man sekiranya merek bertegas hendak pergi juga. ( nampak ekstremkan??? tapi pendapat aNA, orang dulu-dulu, banyak metaforanya. kalau tak gertakan takkan berkesan kan?? huuuuuuuu) Lek Pah merasa sangat malu dengan jiran tetangga. mengapa jiran bahkan adik dan ipar duai sendiri enggan mengunjungi rumah Wak Nah yang hanya dipisahkan oleh beberapa buah rumah sahaja.

Jas, anak Wak Nah sudah tidah betah dengan pertelingkahan ini. Jas memohon ibunya agar berbaik semula dengan Lek Man. kata Jas, "tidakkah ibu kasihan dengan nasib Embah Nab dikubur?? anak-anaknya sendiri bertelingkah sesama sendiri." akhirnya setelah dipujuk, Wak Nah rela untuk beralah dan seterusnya berjumpa dengan Lek Man memohon maaf.

suatu petang, Lek Man sekeluarga terkejut atas kunjungan tetamu ini. menurut nenek, Lek Pah menyangka kehadiran Wak Nah kali ini adalah seperti biasa ingin 'menyerang' Lek Man. rupa-rupanya sebaliknya berlaku. Wak Nah menghulur salam lalu disambut oleh Lek Man. Maka berbaiklah semula kedua-beradik itu..

menurut nenek tak lama selepas Lek Man dan Wak Nah berbaik-baik, Lek Man dan Jas(anak Wak Nah) telah pergi menyahut panggilan Ilahi. agak mengejut, namu kesudahan hidup yang amat menggembirakan.

Lek Kah bersalin kira-kira lapan bulan selepas kematian suaminya. Wak Nahlah orang yang bertanggungjawab menjaga anak Lek Kah directly selepas 40 hari berpantang. ini kerana Lek Kah dab LEk Pah terpaksa keluar menoreh getah mencari rezeki untuk anak-anak mereka di rumah. 4 orang anak setiap orang. maka jumlah anak mereka adalah 8 orang. anak Lek Kah tadi dibela Wak Nah sehingga besar. alhamdulillah.. happy ending

entahlah kenapa aNA tergerak nak berkongsi cerita ni. air dicencang takkan pernah putus. saudara sedarah, apalagi saudara seakidah.. Allahu Allah... moga dapat diambil pengajaran cerita ini oleh semua termasuk diri aNA sendiri. aNA berdoa agar hubungan mak cik yang di atas tadi dan ibu mertuanya segera pulih... aNA mohon dijauhkan daripada pertelingkahan serupa. kerana selain daripada kisah mak cik dan ibu mertuanya, Wak Nah dan Lek Man, ada lagi kisah yang nenek sempat kongsikan. pertelingkahan anatara dua keluarga. sebenarnya antara suami dan suami dalam kedua-dua keluarga terbabit. walaupun salah seorang daripada suami dalam keluarga terbabit telah pun meniggal dunia, namun hubungan kedua-dua belah pihak masih lagi belum pulih. bertegur sapa mungkin ok, tapi untuk mengunjungi rumah masing-masing seolah-olah telah diharamkan kaki masing-masing untuk memijak even tanah rumah antara keduanya itu(faham tak?? ke berbelit aNA kata??) aduh, sedih aNA mendengarnya.. mohon dijauhkan. mudah-mudahan hubungan mereka juga segera pulih.. lupakanlah dendam silam. dendam hanya menyemarakkan lagi api permusuhan. jika dendam masih ada jangan pernah fikir yang persengketaan itu akan pernah padam. lapangkanlah dada(serendah-rendah ukhwah), berfikirlah positif dan bersangka baiklah(tingkatan kedua ukhwah). inshaAllah semuanya akan baik-baik lagi. letakkanlah Allah sebagai tujuan utama ikatan ukhwah itu.

wallahua'lam

extra: kelas bahasa jawa. JOWO(cara sebutan. huruf 'J' disebut dengan tebal.. heheh)

Wak adalah panggilan utnuk pak/mak cik yang lebih tua daripada ibu/ayagh kita dalam bahasa jawa.. lek pula dugunakan untuk mereka yang lebih muda. setengah-tengah tempat seperti jawa sebelah ayah menggunakan Pak/Bok Deh instead of Wak. Pak daripada perkataan Bapak. Bok daripada perkataan Embok.

Embah pula bermaksud nenek atau datuk. Embah Lanang untuk datuk. Embah Wedok untuk nenek. Lanang bermaksud lelaki. Wedok bermaksud perempuan. certain2 tempat akan gunakan Ya-ie untuk datuk, Nya-ie untuk nenek. or as simple as atuk n nenek. ikut keluarga masing2

aNA ni pure darah jawa... aNA rasa mungkin ada dalam kalangan sahabat yang perasan bila aNA berkata-kata. perkataan-perkataan yang ada huru 'J', 'B', 'D' dan beberapa lagi, aNA akan tersebut dengan bunyi yang agak teBBal.. hahahhaha...hanya bunyi namun belum cukup confident nak cakap jawa sepenuhnya. tapi inshaAllah sedikit sebanyak aNA boleh faham bila orang berkata-kata.. kadang-kadang time rewang terdengar makcik-makcik dok mengumpat... hahahha gurau-gurau

p/s: cukup-cukuplah menjadi batu api sehingga menimbulkan prasangka buruk. ketahuilah, prasangka buruk itu boleh membawa kepada fitnah. sanggupkan jadi PUNCA kepada fitnah yang akhirnya membawa kepada pertelingkahan, permusuhan, dendam dan akhirnya MUSNAH sama sekali. mungkin aNA pengecut hanya meluah rasa di blog. aNA berharap pihak-pihak yang terlibat akan baca walaupun co-incident ke apa aNA tak kisah. yang lain-lain jangan hanya berdiam diri dan membiarkan diri menerima bulat-bulat cerita orang yang belum tentu kesahihannya. selagi termampu marilah sama-sama search for the truth. kalau tak mampu sangat pun, tak perlulah berita yang tak pasti itu disebarkan. aNA, this is also a big reminder for you. Action speaks louder than word. PROVE IT, aNA!


baru dimaklumkan salah seorang daripada penduduk kampung aNA telah kembali ke rahmatullah. alfatihah..

p/s: terima kasih nenek.. setelah beberapa tahun.. akhirnya angah memilikinya kembali.. moga istiqamah...

Saturday, July 9, 2011

SEBIRU HARI INI



Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah



assalamualaikum warahmatullahirrahmanirrahim

special buat semua sahabat seperjuangan.... jauh di mata dekat di hati... akan ku gagahkan langkah ini... kita semua punya jalan masing2.. perjuangan masing2... biiznillah... inshaAllah satu matlamat... menggapai redha Ilahi... menuju syurgaNYA
mungkin esok kita akan jauh walaupun hari ini kita dekat
namun aku berharap jiwa kita akan tetap rapat
dan aku berharap hati kita akan terikat
diikat oleh tali Allah dengan ketat
melakukan taat
...meninggalkan maksiat
bersama mengharap redha yang Maha Kuat
bila tiba saat
kau akan jarang ku lihat
tapi kita akan selamanya bersahabat
dunia dan akhirat...
insya-Allah

akhir setiap pertemuan pasti perpisahan menjelma.. usah diucap selamat tinggal, namun ucaplah semoga bertemu lagi..jika tidak di bumi Tuhan ini,insyaAllah di syurga kelak..
p/s: beramallah seperti ahli syurga.

(dua2 phrase aNA copy daripada status sahabat aNA di facebook...)

wallahua'lam

p/s: post pertama bersama video... baru belajar... huhuhu better late than never... peace no war