Saturday, September 17, 2011

Wasiat Muhammad bin Murad

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah, masih diizinkin untuk terus bernafas, masih diberi kekuatan untuk terus mebertapak di atas muka bumi Tuhan..

inshaAllah hari ini aNA akan kongsikan petikan daripada buku yang sedang aNA baca iaitu KUASA KEPEMIMPINAN AL-FATEH tulisan USTAZ MUHAMMAD SYAARI ABDUL RAHMAN. aNA pernah beberapa kali mendengar ceramah ustaz Syaari. beliau banyak membentangkan kertas kerja dan memberikan latihan motivasi kepimpinan di sekolah, kampus IPTA dan IPTS dan bermacam-macam lagi. pendek kata sejak dari zaman persekolahannya di KISAS dahulu beliau sangat aktif sehingga kini. tatkala buku ini aNA baru beli dahulu(tak silap aNA hampir setahun yang lepas) semasa mula-mula aNA menyelak serba sedikit buku ini (waktu tu aNA masih ingat aNA di KTM Batu Caves menuju ke Silver Stone), apa yang aNA baca seolah-olah ustaz sedang memberikan ceramahnya di hadapan aNA. begitu hebat penangan ustaz.

muka surat 104

"Ini adalah wasiat Sultan Muhammad al-Fateh kepada anaknya saat menjelang kematiannya. Wasiat ini dirakamkan Syekh Dr. Ali Muhammad ash-Shallabi dalam kitabnya Al-Daulah al-Othmaniyyah: A'Awamil al-Nuhoodh wa Asbab al-Suqooth. Wasiat melukiskan gambaran jernih perihal sikap dan akhlaknya, asas-asas kepemimpinannya, nilai-nilai dan prinsip hidupnya yang beliau yakini, serta keinginannya supaya para penggantinya mengikuti apa yang beliau yakini. Sultan Muhammad al-Fateh berwasiat,


"Tidak lama lagi aku akan menghadap Allah. Namun sama sekali tidak merasa menyesal kerana meninggalkan pengganti seperti kamu. Kamu mesti menjadi seorang yang adil, soleh dan pengasih. Bentangkan perlindunganmu kepada seluruh rakyat tanpa membeza-bezakan mereka. Tugas kamu dalam menyebarkan agama Islam ini adalah kewajipan raja-raja di bumi ini.

Dahulukan kepentingan agama lebih daripada kepentingan yang lain. Jangan kamu lemah dan lengah dalam menegakkan agama. Jangan kamu sesekali mengambil orang yang tidak peduli kepada agama sebagai pembantumu dan jangan pula kamu mengangkat orang yang tidak menjauhi dosa-dosa besar dan leka dalam kekejian. Hindari perkara-perkara yang merosakkan Jauhi orang yang menyuruhmu melakukan kejahatan. Lakukan perluasan negara ini melalui jihad. Jaga harta Baitul Mal, jangan sampai dibazirkan. Jangan sekali-kali kamu mengulurkan tanganmu pada harta rakyatmu, kecuali sesuai dengan syariat Islam. Himpun kekuatan orang yang lemah dan fakir dan berikan penghormatanmu kepada orang yang berhak.

Ulama adalah kekuatan yang harus ada dalam negara ini, maka hormati mereka. Sekiranya kamu mendengar ada seorang ulama di negara lain, ajak dia datang ke negara ini dan beri dia harta kekayaan. Hati-hati jangan sampai kamu tertipu dengan harta bendamu dan dengan banyaknya jumlah tenteramu. Jangan sekali-kali kamu mengusir ulama dari pintu-pintu istanamu. Jangan sekali-kali kamu lakukan hal yang bertentangan dengan hukum Islam. Agama adalah tujuan kita, hidayah Allah adalah cara hidup kita dan dengan agama ini, kita menang.

Ambillah pengajaran ini daripadaku. Aku datang ke negara ini (Konstantinopel) laksana semut kecil, lalu Allah kurniakan kepadaku nikmat yang sedemikian besar ini. Maka berjalanlah seperti apa yang aku lakukan. Bekerjalah kamu dalam meninggikan agama Allah dan hormatilah ahli-ahlinya. Janganlah kamu menghambur-hamburkan harta negaradengan berfoya-foya dan bersenang-senang, ataupun kamu pergunakan lebih daripada sewajarnya. Ini kerana semua itu adalah penyebab utama kehancuran.""


alhamdulillah, aNA diizinkan untuk mengenali Sultan Muhammad al-Fateh. selalu mendengar tetang sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera. namun kalau tak silap aNA ini pertama kali aNA membaca secara serius(buku tentangnya) perihal Muhammad bin Murad ini. moga dapat mengambil iktibar dan mencontohi akhlak, tindak tanduknya dalam perjuangan ini.. ameen...


siapa yang melayarkan 70 BUAH KAPAL di ATAS DARATAN dalam masa SATU MALAM sejauh 5KILOMETER di kawasan BERBUKIT TANPA DISEDARI MUSUH!, menggerakkan MERIAM GERGASI URBAN seberat 300KG, membina MENARA BERGERAK KURANG EMPAT JAM! ? itulah dia THE GRAND SIGNEUR dan TENTERANYA! penawanan Konstantinopel BUKANLAH PEPERANGAN dan BUKAN juga PERTUMPAHAN DARAH! namun ini merupakan al-FATEH!


wallahua'lam


p/s: counting days left in Mlaysia.. moga dipermudahkan segala urusan..

p/s: p/s: aNA benar-benar menggalakkan para pembaca untuk memiliki (sekurang-kurangnya membaca) buku ini