Assalamualaikum wbt
Scroll facebook teringat satu komen daripada seorang sahabat aNA dalam satu album aNA
Tiba-tiba sahaja beliau kata alhamdulillah. Dalam album aNA tu aNA post gambar-gambar bersama 'quote' Islamik.
Masa yang baik untuk aNA reflek. aNA sekarang dengan aNA 2009 beza tang mana?
Alhamdulillah, tiada tolok bandingnya, tidak ada yang dapat membayar segala nikmat, rahmat dan hidayah Allah SWT.
Subhanallah.
Dalam persediaan, mancapai matlamat abadi menuju Tuhan Yang Esa, dan amanah sebagai 'amilin buat kerja-kerja Islam 24 jam, terlalu banyak lagi sisi-sisi diri yang boleh & perlu diperbaiki.
Moga Allah pandu, dan redha dengan jual beli ini... Allahu
Di perpustakaan (Information Commons) melihat sekililing aNA di bumi permaisuri ini, terlalu ramai non muslim. Padahal itu semua mad'u dan ada tanggungjawab aNA untuk menyampaikan.
Sekiranya belum pernah sampai kepada mereka tentang Islam, tiada taklifan ke atas mereka, tapi kita....
Bila pergi program, tak ajak kawan. Lepas tu kawan cakap "asal tak ajak??" Sudah cukup menimbulkan rasa serba salah dalam diri.
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."(21:107)
Allah memberikan tawaran dalam Quran,
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (61:10-11)
Sebelum aNA tutup, terimalah,
Ya Allah, lindungi kami daripada kekufuran, lindungi kami daripada menjadi munafiq dan lindungi kami juga Ya Allah daripada menjadi fitnah kepada agama Islam. Tetapkan kami dalam jalan ini, mendokong dakwah, memperjuangkan sampai tertegakknya Islam di dalam diri kami dan dunia kami ameen...
Allahu a'lam