Saturday, December 19, 2009

keluarga IMRAN,(ISA ibn MARYAM binti IMRAN)

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....
semalam, jumaat, 1 MUHARRAM 1431H, alhamdulillah aNA telah diberikan ruang olehNYA untuk menonton program ilmu USRAH di TV9 jam 12 tgh hari yg diketuai oleh ustazah Fatmah. tajuk yg dibincangkan adalah mengenai keluarga Imran.. barulah aNA tahu bahawa Maryam ibu kpd Nabi Isa as merupakan anak kepada Imran. Maryam merupakan salah seorang daripada 4 wanita terbaik di dunia seperti dalam hadith Nabi SAW:

"Cukuplah wanita-wanita ini sebagai panutan kalian. Yaitu, Maryam binti Imran, Khadijah b1nti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, dan Asiyah binti Muzahim, isteri Firaun. "(HR. Tirmidzi)

"Sebaik-baik wanita penduduk Surga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiyah istri Fir'aun."(HR. Ahmad)


kemuliaan Maryam membuatkan di waktu kecilnya ramai yang berebut-rebut utk memeliharanya. akhirnya Nabi Zakariya yang terpilih utk memelihara Maryam. berikut adalah ayat al-Quran yang menerangkan kisah mengenai Maryam dan keluarganya..
marilah bersama-sama hayati surah ali imran ayat 33-51

bismillahirrahmanirrahim

033. Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga 'Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).

034. (Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

035. (Ingatlah) ketika isteri 'Imran berkata: "Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".

036. Maka apabila melahirkannya berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam dan aku perlindungkan ia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

037. Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaaan yang baik, dan dibesarkannya dangan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakariya. Tiap-tiap kali Nabi Zakariya masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa di sisinya. Nabi Zakariya berkata : "Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".

038. Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan".

039. Lalu diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya):
"Bahawasanya Allah memberi khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang akan beriman kepadaKalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang salih."

040. Nabi Zakariya berkata: "Wahai Tuhanku! Bagaimana aku akan beroleh seorang
anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?" Allah berfirman
: "Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya".

041. Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan waktu pagi".

042. Dan (ingatlah wahai Muhammad ) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu)."

043. "Wahai Maryam! taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta ruku'lah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang yang ruku'."

044. Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan Engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berbalah (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

045. (Ingatlah ) ketika malaikat berkata : "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu , dengan (mengurniakan seorang anak yangengkau kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah)."

046. "Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah orang-orang yang salih."

047. Maryam berkata: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelakipun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya : 'Jadilah engkau', lalu jadilah ia".

048. Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan agama, dan juga kandungan Kitab-kitab Taurat dan Injil.

049. Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israel, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup kepadanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahukan kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan dirumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat ) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman".

050. Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku."

051. "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang betul lurus."


seperti mana dalam ayat 49, Nabi Isa telah dianugerahkan pelbagai kelebihan.. kelebihan itu menyebabkan ada dalam kalangan kaum bani Israil yg menganggap nabi Isa as adalah tuhan.. sedangkan telah dinyatakan bahawa apa yang berlaku adalah DENGAN IZIN ALLAH.. hayatilah ayat-ayat berikutnya dalam surah ini yang menerangkan keingkaran bani israil... wallahua'lam....

No comments: