Friday, June 11, 2010

BERSAMAMU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

sekadar pandangan & berkongsi pengajaran... aNA tiada niat meng'condemn' sesiapa

berbumbungkan angkasa kelabu lantainya bumi retak seribu setiap langkah perjalananmu beronak berliku
itulah sedikit rangkap lagu yang menjadi lagu tema program BERSAMAMU...

lama dah kan rancangan ni.. aNA tak ingan musim ke berapa.. tp
bolh tahn lama lah... bernulanya rancang ini masa aNA masih bergelar pelajar sekolah menengah.. kalau ikut dari hari akhir aNA kelua sekolah dah setahun lebih.. senang cerita ni tahun kedua

banyak pandangan dan pendapat yang aNA dengar daripada mulut2 orang yang menonton...

ade yang setuju.. kita membantu.. mengurangkan bebanan.. mungkin juga berkongsi kesenangan dan kegembiraan

tp suatu saat.. ade yg kate mcm tak patut dibantu pun ade jugak.. contohnya... satu keluarga yang lengkap... suami isteri dan anak2... kelihatannya, kudrat masih ada untuk bekerja... tp seolah-olah mereka malas(mohon maaf atas kekasaran)... umur belum pun mencecah 50.... kira golongan belia lagi bukan??? lebih2 lagi dalam keluarga terbabit yg belia tu seorang rijal(lelaki)..."lelaki itu pelindung bagi perempuan..."surah an-Nisa ayat 34

pendapat orang macam2

aNA sokong kedua-duanya namun tidak sepenuhnya....

pendapat setuju... aNA setuju bantuan diberikan... tp janganlah sekadar menghulurkan wang atau keperluan semata-mata. untuk jangka masa pendek tiada masalah... untuk jangka masa panjang... mereka yang dibantu tidak boleh bergantung harap kepada bantuan sepanjang hayat.. aNA amat menyokong beberapa pihak yang memberikan bantuan dari segi kemahiran, ataupun pekerjaan... untuk mereka yang dalam kekurangan berdikari.... sokongan dan galakkan amat diperlukan... semanagat untuk terus berusaha... dan perkembanagn mereka perlu dipantau.....

second opinion... not wrong at all.... but... memang aNA pun kadang2 pelik macam mana orang yang masih punya kekuatan boleh hidup merempat hanya menunggu belas daripada orang lain..mungkin hanya mempunyai tempat berteduh seolah-olah tidak berusaha untuk mengubah keadaan diri sendiri..(maaf sekali lagi) Allah ada berfirman dalam al-Quran bahawa Allah takkak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri(tak ingat ayat mana).. cara mengubah tak lain dan tak bukan kita perlikan DUIT (doa, usaha, istiqamah/ikhtiar & tawakal)..lagi satu Allah juga berfirman didalam alQuran supaya mengindari banyak prasangka(spt dalam surah alHujarat ayat 12) tahukah kita andai mereka telah berusaha sekeras sehabis mungkin.. tp kehidupan mereka tetap kais pagi makan pagi, kais petang makan hutang... sebagai manusia yang alhamdulillah.. diberikan kesenangan hidup(materially).. apa lagi tanggungjawab kita kalau tidak untuk membantu yang serba kekurangan.. sebab tu Allah jadikan ada yang susah dan ada yang senang...

buat diri aNA dan yang membaca coretan ini, fikir-fikirkan.. rengung-renungkan.... ingatlah Allah itu MAHA ADIL

Wallahua'lam.....

gmbr skdr hiasan

p/s: sesiapa yang ingat surah apa & ayat mana yang menyebut tetang ayat yang berwarna kuning hopefully dapat berkongsi ye ^_^V

No comments: