Sunday, July 17, 2011

bila aNA berborak dengan ibu tentang........

bismillahirrahmanirrahim
 
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu


rasa macam lama sangat tak menaip. post ebelum ni pun aNA copy paste daripada sahabat aNA. 
so far, hari ini merupakan hari kesembilan aNA di rumah.. total up about three weeks after the last A-Level paper. seminggu sudah adik-adik di INTEC memulakan pembelajaran untuk, semester pertama dan semester ketiga di INTEC.(2 minggu untuk AUSMAT seniors). esok, inshaAllah sahabat-sahabat A LEVEL GERMAN (skini super senior di INTE) akan memulakan pembelajaran mereka semula untuk semester yang kelima. inshaAllah semester ini mereka akan menduduki satu lagi peperiksaan bahasa iaitu DSH sebelum mereka berangkat ke German januari tahun depasn inshaAllah. mereka juga perlu menyempurnakan kursus praktikal mereka di GMI semester ini. mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. begitu juga adik2 fast track IMU dan AUSMAT yang akan menduduki peperiksaaan tak lama lagi, YOSH!!! BERUSAHALAH.

aNA pula masih dalam debaran menanti result... memang pergh.. betul-betul dalam tempoh sebulan lagi inshaAllah result A-Level untuk Summer 2011 akan keluar... Ya Allah, jadikanlah kami hambaMU yang berserah diri dan bersyukur atas segala kurniaanMU, amin....

berbalik kepada tajuk. aNA rasa antum semua dah dapat teka isu apakah aNA bincangkan dengan ibu aNA.. isu.... jeng, jeng, jeng ... isu yang hangat dibincangkan untuk remaja yang dalam lingkungan umur aNA. itulah dia isu, KAHWIN!!! yeay!( i think this is not the proper expression).. huhu.
jarang-jarang untuk aNA mempersoalkan atau membincangkan isu ini dengan ibu.. mungkin ini kali pertema or kedua macam tu. aNA tak tahu kenapa. aNA agak 'pemalu' untuk mendiskusikan isu ini dengan ibu aNA. sebelum ni sentuh ada juga nasihat ibu berkenaan isu ini tapi biasanya secara tak langsung. sengaja aNA timbulkan isu ini, untuk mendapatkan pendapat ibu aNA.

aNA memulakan cerita dengan cerita seorang sahabat kepada sahabat aNA, yang baru-baru ini melangsungkan perkahwinan. kami sebaya. aNA pernah berjumpa dengan sahabat ni. cuma ingat tak ingat macam tu.

"ibu, haritu kan bu, ada member angah kahwin. dia sebaya dengan angah."

pantas ibu mencelah "angah nak kahwin ke?"

tetiba rasa macam terpukul(eh terpukul ke i do know the exact word to express that feeling)

"kalau ada duit takpe"tambah ibu lagi. (aNA teringat ada suatu hari aNA menyakat ibu. "ibu kalau angah nak kahwin dalam masa terdekat ni macam mana?". ibu jawab" kalau ada 4 dulang ambang je, 4dulang tu jelah yang ibu hidangkan".. hohoho dahsyat2...

"ibu dengar ustaz kata, kalau anaknya mintak nak kahwin jangan dilarang." (ok i got one of her stand here)

cuma itulah, menurut ibu, perkahwinan ni bukan benda suka-suka. berbalik kepada cerita sahabat tadi, inshaAllah dia akan fly sama dengan aNA September ni inshaAllah(tak bermaksud flight sama sebab destinasi kami berbeza). lepas tu aNA menyambung, suaminya, masih belajar di Malaysia. maksudnya, mereka akan berpisah sementara untuk menyambung pelajaran masing-masing.

kata ibu. tak kisah perkahwinan jarak jauh ni. cumanya memang menguji kesetiaan. banyak kes yang ibu dengar, suami makan hati, or isteri pula yang makan hati. masing-masing berjauhan. lepas tu jumpa orang lain.. ha kan dah timbul masalah.
 
kata ibu, perjalanan masih jauh.. dan kita akan jumpa lebih ramai orang. ibu tak tolak perkahwinan di awal usia, ataupun perkahwinan dalam tempoh belajar ni. cuma ibu minta, dalam membuat keputusan timbang betul2... consequences that are predicticted to happen.. persediaan kita lagi macam mana.. kalau satu uni mungkin kurang masalah...

ibu seorang yang berpengalaman. even ada kes, rakan sekerja ibu dulu yang suami orang ada scandal dengan isteri orang lain.. dengar ibu cerita, membuatkan aNA berfikir.. mungkin itu kes-kes terpencil. tapi semua tu must take into consideration kan?

ibu selalu pesan prioritikan betul-betul semua perkara. which one comes first..

mingu lalu aNA ada post artikel berkenaan cinta islamik di FB aNA. doh, macam2 respon aNA terima.. 
antaranya: 
1.ehem ehem nanad :D
2.agak susah bg remaja sekarang kerana ingin cinta dan dicintai memang fitrah manusia..
3.Jadi salurkanlah perasaan itu ke saluran yang betul. Halalkan ia! :D
4.Em, ramainya bercakap soal cinta hari ini. Haih. Penuh news feed ana. Kak nad salah seorang. Ha ha ha. Mungkinkah kak nad pun dah tak lama? Hehe

jawapan aNA
1.aku manusia biasa
2.tu namanyer ujian....
3.setuju, dengan syarati tak boleh terburu-buru dalam membuat keputusan... tgk kemampuan kita... betulkah kita dah benar2 bersedia, fizikal, mental, rohani, emosi, juga material.. plan kita macam mana..bila kita dah ikat, kita bukan sahaja me...ngikat kasih bahkan kita dah rela untuk pikul tanggungjawab yang bukan calang2... kalau masih belum bersedia, mujahadah adalah jalan terbaik.. memang perit, mengadulah padaNYA, moga diberi kekuatan, mudah2n beroleh rahmat dan redhaNYA, juga cinta dan kasihNYA
4.oh... itu Tuhan punya kuasa... plan dalam masa terdekat pun takde.. sebab calon pun takde.. hohohoho..

credit to Kak Amalina Zulkiflee.. syukran kathir dalam post aNA, dia ada share artikel lain dalam ILUVISLAM. jika antum masih ingat, aNA ada postkan dalam dua entri yang lepas, 1Fikrah 1Perjuangan  
sekadar perkongsian,

dalam post 1 ikrah 1 perjuangan terbabit, seorang sahabat aNA telah memberikan comment
 kata beliau
"cinta adalah sesuatu yg sgt subjektif dan sukar digambar kemanisannya
menurut pemerhatian ana ramai yg lebih cintakan manusia drpd allah (termasuk la diri ini)
ramai yang berkata kite perlu seimbang dunia dan akhirat namun bile direnungkan kembali ramai yg peruntukkan masenye untuk sesame manusia lebih drdp mase utk Allah
padahal sume nak masuk syurga tapi ........ sob3 :(
"

aNA setuju dengan comment  sahabat aNA ni. 

bila aNA fikirkan balik.. adus... kadang2 sedih dengan diri sendiri. sibuk memikirkan cinta manusia, sampai lupa untuk mendapatkan CINTA SANG PENCIPTA.. dialah PENCINTA YANG AGUNG.. namun sering kita alpa, lupa, leka dan lalai. sanggup spemd beringgit-ringgit untuk menghubungi kekasih hati, tapi terasa berat untuk menghulurkan barang seringgit dua untuk menderma di masjid. sanggup chatting sehingga lewat malam, namun payah untuk bangun bertahajjud...rasa bersalah andai tertidur dan tidak membalas mesej si dia, tapi apa respon kita tatkala tertidur dalam majlis-majlis ilmu ataupun mengantuk dalam melakukan amal ibadat( solat dsb) sebagainya.. ada tak kita rasa bersalah macam first kes tadi.. simple, yang dok bagi kita hidup tu siapa? apa yang manusia mampu berikan kita tanpa izinNYA?? bukankah kita semua makhluknya.. TAK BISA BERBUAT APA-APA MELAINKAN ALLAH BERKATA 'YA'....  Allah... malunya aku padaMU.. hati meronta-ronta.. namun jasad masih dikuasai nafsu dan bisikan2 syaitan....leka dan berkhayal...

aNA benar2 bersetuju, perkara-perkara ini merupakan antara dugaan terbesar di usia remaja... ada yang mampu terus bermujahadah dengan memendam rasa, ada yang pilih jalan yang halal keranaNYA, dan ada juga yang tergelincir ke kacah 'couple'(soalan yang aNA sendiri tak mampu berikan jawapan solid.. is this relationship really exist?)...

Allah... berikanlah kami kekuatan... menangkis segala godaan ini... berikanlah kami kekuatan untuk terus bermujahadah... andai masa itu tiba, biarlah pada ketika itu merupakan watu yang terbaik dan pasangan kami adalah pasangan yang terbaik, yang membwa kami lebih dekat kepadaMU, dan terus kuat berjuang menegakkan agamaMU.. mudah-mudahan kami terus thabat di jalanMU, till the last breath. ameen..

wallahua'lam

p/s: 

>_< adeh... masalah hati memang payah... tapi jangan risau.. mengadulah pada Si Dia.. Dia faham sangat2 hati kita. dan Dialah the ONLY yang dapat bantu kita... Allah tak pernah menjanjikan kemudahan dalam hidup melainkan ujian2 belaka semuanya, te tapi Allah janji Allah sentiasa bersama kita.. YOSH!!! kuatkan hati!!!!

nasihat untuk diri sini dan sahabat...apa2 hal rujuklah orang yang berpengalaman.. jangan terburu-buru, dan ditekankan pada diri ini, seboileh-bolehnya, jangan membelakangkan kedua orang tua kita.

 
moga kita punya jalan yang sama, matlamat yang satu, untuk memperoleh redhaNYA .. ameen


4 comments:

Salha Mohd Fadil said...

teringt masa dlm tempoh MDS, nadzirah ckp: "saya manusia biasa^_^"

harap kite semua dapat mujahadah. doakan yang terbaik untuk kwnmu ini...

Dzatil Awanis said...

jazakillah nanad atas peringatan, memang sangat terkena tepat atas batang hidung! semoga kita tetap berada dalam rahmat dan redhaNya, ameeeen.

yahya zakaria said...

wah nanad nak kawen sebelum fly ni ke??? barakallah benda yg baik jgn ditangguhkan
jgn lupe jemput ana yer !!!!!!!!

aNA said...

salha: inshaallah, sama2 doa yang terbaik untuk kita semua... gonna miss you dear

dzadza: ameen....
p/s:bukan batang hidung kau sorang jer

pakya: apakah???? pakya ni... kalau aNA kahwin tak kisah lah bila inshaAllah aNA jemput.. wallahua'lam andai kata aNA terlupa ke nanti,pakya serbu jer, aNA dah jemput awal
p/s:apakah ini semua? adeh >_< result a level pun belum kuar.. huu