bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu
sekian lama membiarkan labah-labah membina sawang di blog ini.
apa khabar semua? macam mana Ramadhan... kini fasa ketiga Ramadhan telah pun tiba, fasa pembebasan daripada api neraka. sepuluh malam yang terakhir, yg ada salah satu daripada malam-malam itu dijanjikan oleh Allah dengan malam lailatul Qadr.. mudah-mudahan kita diberi peluang bertemu dengan malam yang lebih baik daripada seribulan itu.. Allah memikirkan layakkah diri ini, mengapa tidak terus berusaha dan terus asa.
sebelum peperiksaan A-Level bermula, persatuan ALMECINTEC telah mengadakan majlis solat hajat untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki A-Level. ~credit to all the committee members yang terlibat. alhamdulillah bersempena dengan majlis tersebut turut diselitkan kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Ridhauddin. jadi untuk post kali ini aNA ingin kongsikan analogi Ramli dan Ramlu yang ustaz sampai dianalogikan dalam kehidupan kita sebagai manusia, hamba Allah.
Ramli dan Ramlu kawan baik. mereka tinggal di kampung yang sama. Mereka sebaya, bersekolah di sekolah yang sama. Ramli ni seorang yang amat mesra dan ramah. beliau ni rapat dengan orang kampung. kalau ada kenduri rajin menolong, rajin ke masjid. Orang-orang kampung begitu senang dengan Ramli. namun Ramlu pula sikapnya berlawanan dengan Ramli. mungkin tak perlu aNA jelaskan. bayangkan satu hari kedua-dua mereka mendapat tawaran untuk belajar ke luar negara. fikir-fikirkan adakah dengan sikap Ramlu, dia akan mendapat bantuan daripada orang-orang kampung baginya untuk melanjutkan pelajarannya? jawapan ada dalam hati anda. disebabkan kehadiran Ramli dan sikapnya yang begitu baik dengan orang kampung, Ramli dan Ramlu, kedua-duanya mendapat sumbangan daripada orang kampung.
cerita ini adalah analogi kepada kita sebagai manusia. antara orang yang sangat rapat dengan Allah, kuat beribadah, sangat2 bergantung kepada Allah di samping usaha, hatinya tidak berhenti mengingati Allah, lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah berbanding orang yang culas dalam beribadah, ketenangan dicari dengan hiburan semata, pergantungan kepada manusia dsb. mana yang Allah akan lebih memakbulkan permintaannya. sekali lagi jawapan ada dalam hati anda. wallahua'lam. aNA setuju sesuatu doa untuk terkabul tu kerja Allah, kenapa aNA mesti pertikaikan.
berdasarkan analogi inilah, ustaz berpesan, setiap kali berdoa, bukan hanya berdoa dalam bahasa 'aku' bahkan 'kami'. siapa tahu adakah kita Ramli mahupun Ramlu, kan?
contoh doa:
- buat orang yang nak kaya: Ya Allah, kurniakanlah kami, orang-orang mukmin, kekayaan material agar kami dapat menunaikan zakat.
- nak berjaya: Ya Allah, izinkanlah aku dan sahabat-sahabat aku sekaliannya berjaya dalam peperiksaan A Level dsb
bahkan nabi juga menggalakkan seseorang muslim untuk mendoakan saudaranya berdasarkan hadith seperti yang berikut,
Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan saudara yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘amin' dan dia pun memperolehi apa yang saudaranya peroleh”. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Sahih Muslim no. 2733)
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment