Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika
 itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa
 biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. 
Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman 
gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas 
dengan tersenyum.
 
 Biasanya 
Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang 
diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan 
kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan 
senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta 
diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. 
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.
 
 
Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan 
limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w 
menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam 
semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama,
 saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau 
memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab 
tu saya habiskan semuanya."
 
 Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. 
Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun 
benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu
 pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin
 mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan 
hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya 
di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.
 
 p/s: Kita 
hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut 
bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang
 ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada 
Allah.
copy and paste from syahirul.com through Budax Medic
~kerana dirimu terlalu mulia~
Ya Allah, izinkan kami untuk mencintai lelaki mulia ini
|  | 
| gambar hiasan | 
 
