"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan bayaran syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar. (surah at-Taubah ayat 111)
Sunday, January 22, 2012
Kisah Rasulullah dengan Buah Limau
Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika
itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa
biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.
Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman
gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas
dengan tersenyum.
Biasanya
Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang
diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan
kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan
senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta
diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.
Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan
limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w
menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam
semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama,
saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau
memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab
tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w.
Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun
benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu
pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin
mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan
hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya
di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.
p/s: Kita
hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut
bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang
ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada
Allah.
masyaallah ana baru je dengar cite ni mase ana pi kursus dakwah tadi masyaallah semoga kite ambil ibrah daripada ikram rasulullah terhadap orang bukan islam itu :D
1 comment:
masyaallah ana baru je dengar cite ni mase ana pi kursus dakwah tadi masyaallah
semoga kite ambil ibrah daripada ikram rasulullah terhadap orang bukan islam itu :D
Post a Comment