Tuesday, August 28, 2012

Apa kata orang vs Apa kata Tuhan

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

sekian lama tidak menulis, satu cabaran besar buat aNA. idea tiada. namun begitu, biarlah hari ini aNA kongsikan satu perkongsian. aNA kira aNA sendiri terpukul dan rasa dihempap batu. tak payah nak tuju kepada orang lain.

1 + 1 = 2 kan? bila mana orang kata 1+1 = 4, pastinya kita kuat untuk mempertahankan apa yang dah kita belajar ni. sungguh-sungguh nak pertahankan dengan penuh semangat dan keyakinan sepenuh jiwa raga

bila mana kita mengetahui sesuatu perkara haram, adakah kita akan tetapkan pendirian yang haram tetap haram. ataukah kita lebih kerap "memujuk" diri sendiri menyatakan 

"eh takpelah, darurat"
"macam mana ni, nanti tersinggung pulak dia"
" eh aku yakin, takde bendalah". 

tak perlu kepada isu besar seperti riba' dan sebagainya. cukup kepada isu menjaga aurat, makanan ataupun menjaga batas pergaulan(eg salam). tidak merujuk kepada mana-mana kes dalam dunia, namun begitu semuanya berbalik kepada diri sendiri juga. esp life sebagai pelajar luar negara. pujukan bukan pujukan, pujukan itu biasanya bersama dengan pekej alasan-alasan sampai sesuatu perintah itu kita 'ringankan' ke atas diri kita. 

contoh(pengalaman di UK) dari segi makanan asal ada tanda "vegetarian" telan semua tak check kandungan alcohol ataupun pewarna yang digunakan contohnya E120(di UK) yang merupakan pewarna merah yang diperbuat daripada kulit serangga. kalau macam dari segi perhubungan, pengalaman aNA sendiri, untuk memberitahu yang sebagai contoh lelaki perempuan tak bukan mahram tak boleh bersentuhan(kecuali darurat) lebih mudah kepada bukan Islam dariapada yang Islam. contoh "i don't shake hand with guys". inshaAllah mereka akan mudah untuk terima dan hormati(dengan ayat-ayat dan cara tertentu). cuba dengan kaum kerabat keluarga. adeh >< =_="

seringkali kita lebih memikirkan "apa kata orang" daripada "apa kata Tuhan" kan? Allahu Allah.. berikan kami petunjukMU, berikan kami kekuatan untk taat pada segala perintahMU. ameen Ya Rabb

bila reflek balik, muhasabah, kita tahu apa yang kita buat tu salah. kita rasa tak kuat untuk mengatakan itu salah dan ini betul. pada diri ya. namun untuk memberitahu, menyampaikan pada orang lain, Allahu Akbar, berat nanang kata orang. sampaikan kita sendiri mampu nilai diri kita seolah-olah sebagai seorang yang tada pendirian, kan?

sedih rasanya. kita ni siapa, hamba manusia atau hamba Allah. pernah dengar orang kata, (tak ingat siapa) "untuk puaskan hati semua orang adalah sesuatu yang gila". cukuplah mengambil ibrah kisah Luqmanul Hakim yang mengembara dengan anaknya bersama seekor keldai. jalan kat satu kawasan, bila Luqman yaang tarik keldai dan anak menunggang keldai, kata anak tak hormat, jadi 'kuli' pada anak. pergi kawasan lain bila Luqman yang naik anak tarik, kata, tak kesian ke, ada ke anak yang kecil tarik bapanya. bila pergi kawasan lain, luqman dan anaknya dua-dua atas keldai, orang kata tak kesian ke kat keldai tu bawak orang terlalu berat. bila dua-dua turun trarik keldai tu, dikatakan gila pula. keldai yang digunakan untuk tunggangan ditarik sahaja tanpa penumpang. 

moga penulisan ini jadi "BOOSTER" untuk diri ini menjadi seorang yang lebih tegas terhadap pendirian terutamanya perkara yang berkaitan dengan hukum Allah. tak tahu atau tak sure, aNA gi belajar. tanyalah kat guru-guru yang sepatutnya. memang kalau dalam sesetengah isu mungkin ada beberapa pandangan ulama yang berbeza. buat orang awam ustaz atau orang mana yang kita siqah, ikutlah. mudah-mudahan itulah yang terbaik. hati kita lebih mengetahui.

di akhir perkongsian ini, aNA tertarik dengan artikel iluvislam.com yang dikongsikan di laman fb nya, berkenaan dengan isu salam. dalam tegas berpendirian, sebenarnya kita perlu lebih kreatif kan? cukup2lah aNA meberikan seribu satu alasan. berusahalah sekuat mungkin. moga-moga dapat menjadi hujah saat mengahadap Allah kelak. klik sini untuk baca artikel ini.

"bukan berkhutbah cuma betul diri ini cuma" - Alhamdulillah, Too Phat ft Yaasin

Walalhu 'alam

1 comment:

iccunikl said...
This comment has been removed by the author.