Aku suka memerhati
seorang demi seorang
Kanak-kanak seusiaku
Kami 'lahir' bersama,
Tapi,
mereka sudah berlari.
Aku masih di sini
Bersama '4' kaki
Dalam rangkak
Yang tak pernah basi
Perhatikan pula
Tu, nun sana
Yang 'tangis'nya di dunia
Setelah aku mula mendapat rentak
Kini, bukan sahaja bertatih
Bahkan sudah 'mendapat kaki'
Namun aku masih di sini
Itulah kau
Disuruh 'berpaut pada dinding' kau tak mahu
Diajar bertatih, ah baru dua langkah
Jatuh kau menangis
Tup tup
Ah duduklah
Bezanya cuma
Lajunya kau merangkak
Sampai bila
Walau hati dilanda kecewa
Cemburu dengan mereka
Salah kau! Yang lebih tenang dalam selesa
Belagak!
Merasakan sudah menawan dunia
Eh, aku makan garam dulu!
Hakikatnya belum tentu!
Eloklah!
Teruslah kau memerhati
Dengan 4 kaki
Aku seru,
Bangunlah diri! Bangunlah!
Berdiri!
Ps: Dengan namaMu Tuhan, aku bermohon padaMu, bantulah aku
Dengan kekuasaanMu Tuhan
Ku mohon kekuatan dariMu
1 comment:
bguss :)
Post a Comment