Tuesday, February 4, 2014

Impianku#2

Bisillahirrahmanirrahim

Assalamualakum warahmatullahiwabarakatuhwamghfiratu waridhwanu

Susulan pos lepas, Impianku, inshaAllah aNA akan kongsikan serba sedikit berenaan beberapa impian aNA. Ikut mana dan.

InshaAllah hari ini aNA akan kongsikan berkenaan tempat-tempat impian yang ingin aNA jejaki. Sebelum ini mungkin aNA mengatakan, sepanjang belajar di Sheffield belum pernah aNA keluar dari UK (berjaulah) selain daripada Ireland. Alhaduillah, Allah Azza wa Jala telah merezekikan aNA untuk berada di salah satu bumi Anbiya. Ana bil Urdun (dialek bahasa arab 'ami yang bermaksud saya di Jordan). InshaAllah akan aNA kongsikan dalam post selepas ini.a

Tempat Impian
  1. Haramain (Makkah dan Madinah. Umrah dan Haji dan menziarahi Nabi SAW + Arab)
  2. Bumi Anbiya ( Mesir, Jordan, Palestin, Syria)
  3. Tempat Sejarah Ketamadunan Islam (Turki, Sepanyol)
  4. Bosnia
  5. Tanah Jawa (Dunia Pesantren dan mendalami bahasa Jawa)
  6. Kelantan
  7. Pondok Bantan, Thailand
aNA teringat kata-kata seorang ustaz, bahawasanya, perlukah kita mengatakan, peluang yang ada di UK  gunalah sebaiknya untuk berjalan, dekat pun dekat, ada yang harga lebih murah berbanding Malaysia (terutamanya bahagian Eropah). Walhal kata ustaz, kita tak tahu rezeki kita di masa hadapan. Mungkin sahaja Allah akan mentaqdirkan kita untuk berjalan nanti. Ada yang lebih prioriti maka berhati-hati dalam membuat keputusan.

Sungguh pun, banyak ayat-ayat provokasi dan ketidakpercayaan berkenaan status aNA yang tak pernah bermusafir selain ke Ireland dan tempat-tempat dalam UK, walaupun sudah di tahun 3(tahun akhir inshaAllah) ,inshaAllah aNA tahu kenapa aNAtak gunakan peluang yang ada ini.


Allahu a'lam



Impianku


Bukan aku tak punya keinginan

Mungkin kerana takdir Tuhan
InshaAllah aku tak keberatan
Kalau kau kata aku tak punya ikhtiar
Ketahuilah aku memiliki impian menjulang
Andai kau kata aku terlalu banyak alasan
Sedarilah aku tahu ertinya kesempatan
Dan letaknya kemampuan
Sampai satu tahap
Aku membayangkan segalanya pasti ada di syurga Tuhan 
Tidak! Bahkan aku perlu yakin 
Melangkah menongkah kesoronokan
Kau kata aku tak gunakan peluang
Ah, pengorbanan, 
Datangkah bersama kecemburuan?
Maka kupulangkan pada hati 

Ya Allah,
Pada setiap yang aku putuskan
Dengan namaMu
Maka dengan namaMu juga aku bertawakal
Andai itu petunjukMu
Jangan pernah kau biarkan badai 
meruntuhkan tebingnya
memukul pantai sukma
Duhai diri
Dengarlah suara
Kerana ada yang lebih utama

30.11.13 8.45pm