Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu
Kalau nak diikutkan aNA memang sepatutnya sedang sibuk sekarang ini. Minggu hadapan aNA ada submission final year report and as well as presentation, on the same day.
Banyak perkara yang telah terjadi, sedikit sebanyak melemahkan diri. Tetapi entahlah, apa yang berlaku dalam diri aNA, aNA simpan sendiri.
Menghargai Sheffield
1. Menghargai ilmu
Baru hari ini aNA sedar kewujudan journal yang berlambak di salah satu perpustakaan di Universiti. Sebagai salah seorang yang PENCINTA BUKU (jangan baca: SUKA BACA BUKU), satu perasaan yang tak tergambar mahu aNA lakarkan, yang mahu aNA coretkan. ps: punyalah berhempas pulas nak meng'google' journal
Ya, benda-benda ini, access yang sangat mudah ini hanya dapat aNA peroleh sebagai seorang pelajar universiti. Namun satu perkara, setelah lebih dua tahun setengah .... Fabiayyi aalaa-i rabbikuma tukadzdziban...
Allahu... rasanya selama dua tahun ini telah aNA sia-siakan kemudahan mengaccess maklumat yang telah disediakan untuk aNA belajar. Bukan setakat buku yang beratus (mungkin beribu (untuk kursus yang aNA ambil)), bahkan dalam mengaksess journal atas talian dengan PERCUMA merupakan salah satu lagi kelebihan menjadi pelajar universiti. aNA sendiri tak pasti di MAlaysia bagaimana.
Satu harapan yang aNA letakkan, aNA mahu kembali ke sini, menyambung pengajian aNA inshaAllah. Rasanya masih banyak yang belum aNA gali, belum aNA capai, belum aNA GARAP mutiara-mutiara daripada pensyarah-pensyarah yang ada, juga daripada alam sekeliling. Ya Allah izinkanlah. Setelah apa yang telah aku sia-siakan selama 2 tahun setengah ini , bantulah aku dalam menghargai benda yang aku 'terlepas pandang' ini Ya Allah terutamanya dalam masa yang berbaki beberapa bulan ini Ya Allah.
Gambar dia atas aNA kirakan belum tentu 1/10 daripada 'khazanah-khazanah' yang ada di bumi Sheffield ini.
2. Menghormati guru
Hampir-hampir aNA menitiskan air mata di dalam kelas terakhir 'molecular modelling' oleh Madam Natalia. Punca daripada apa perasaan itu, aNA kurang pasti, yang pasti semuanya ilham daripada Ilahi. Dalam kelas, bila aNA menoleh ke sebelah aNA, aNA lihat rakan-rakan sekelas aNA sedang scroll telefon pinta/ipad/ dsb masing-masing. Ada juga yang bising (baca: berbual dengan suara kuat).Ya kelas itu boleh dikatakan kurang menarik perhatian. Namun satu perkara. Mungkin teguran buat aNA. MANA ADAB KAMU KEPADA GURU?! aNA tak meletakkan kesalahan terhadap sahabat-sahabat aNA dalam kelas. Mana hakikatnya, itu juga yang pernah aNA lakukan, ditambah dengan pelbagai 'dosa' dan 'jenayah' lain dalam kelas sama ada aNA sedar atau tidak. Mungkin dalam pemahaman pendayarah-pensyarah aNA, tiada istilah 'keberkatan' dalam kamus hidup mereka. Tapi ya, jangan lupa 'respect' adalah nilai fitrah yang tertanam dalam diri manusia, waima apa pun bangsa, apa pun agama. Apa PUN! Bahkan seorang athiest juga! Teringat di Baitul Qura dahulu, Ustaz Zulkifli Ismail, mengingatkan kami semula di awal daurah kamu berkenaan adab belajar. Rujukan mudah salah satunya dalam hadith kedua dalam Matan arba'in karangan Imam Nawawi. Nabi Muhammad SAW ajar secara terus. Nastaghfirullahal 'azim. (Bahkan sejak kecil lagi sudah diajar tentang ini)
Mungkinkah perlu untuk aNA menulis surat buat setiap orang pensyarah aNA memohon 'redha' dan 'halalkan ilmu' daripada mereka (mudah-mudahan beroleh keberkatan dalam erti kata sebenar) (mudah-mudahan beroleh keberkatan dalam erti kata sebenar) . Mungkin juga mereka tidak kisah, kerana selalunya pembelajaran diperingkat universiti, lebih kepada hidup berdikari. Kamu nak belajar atau tidak, urusan kamu, yang penting aku telah menyampaikan. Tapi pada aNA sendiri....... Allahu
Buat yang dropby, baca pos aNA, mohon didoakan aNA dan sahabat-sahabat diberi kekuatan, kesabaran, kemudahan dan bantuan oleh Allah menjalani semester akhir kami di sini, dan mudah-mudahan kami beroleh kecemerlangan. Ameen Ya rabbal 'alameen.
ps: catatan di Jordan telah banyak di draft, namun belum sempat di finalinse. Inshaallah, akan aNa usahakan selepas submission nanti
Allahu 'alam
No comments:
Post a Comment