bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
daripada semalam dok pendam... nak tulis jugak hari ni.. skang ni aNA di library INTEC.. sekian lama tak guna perkhidmatan kat sini.. akhirnya guna juga... hari ni 11 zulhijjah 1431.. hari raya aidiladha kedua. macam2 perkara jadi raya ni.
SEHARI SEBELUM RAYA
pagi-pagi jiran merangkap saudara aNA datang ke rumah di awal pagi.. agak terkejut. waktu tu, aNA adik beradik dengan ibu tengah berbual-bual.. rupa-rupanya, aNa sekeluarga dimaklumkan dengan kematian ayah kepada sahabat baik aNA masa menengah rendah.. innalillahi wainna ilaihi raji'un... katanya, arwah meninggal jam 4 pagi.. baru aNA tahu yang rupa-rupanya bapa sahabat aNA menghidap kanser usus... aNA mengambil peluang untuk melawat... pertama kali dalam hidup aNa menziarahi kematian sendiri tanpa family.. agak kekok. aNA ajak sahabat aNA lagi sorang ni utk pergi sekali.. sampai-sampai jer, i could feel the gloomy and sad atmosphere there... masa sampai tu orang-orang kampung sedang membaca tahlil di situ.. aNA masuk rumah dan cari sahabat aNA.. dia kelihatan sedih, tapi dalam masa yang sama aNA dapat melihat daripada riak wajahnya dia amat tabah.. jenazah segera disempurnakan(mandi, kafan,sembahyang dan kebumi).
hati berbicara:
1.sungguh, janji Allah itu benar
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati..." surah Ali Imran ayat 185
2.bukankah, mati (ketika/kerana) *(which term yg sesuai, tak pasti) sakit perut, merupakan tanda-tanda husnul khatimah??subhanallah..~mudah-mudahan amin.. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama-sama orang yang beriman di sisi MU
TANGGAL HARI RAYA QURBAN
peristiwa #1
pada tahun ini, kampung aNA, Kampung Parit Makmor Darat, menyembelih dua ekor lembu untuk qurban... aNA ada turut turun membantu serba sikit kerja-kerja pembahagian daging-daging lembu(setakat menimbang, membungkus dan mengagih... hehehhe.. lapah lembu??? takpe org2 kg hebat2 belaka)adik beradik aNA yang lain di rumah, berusaha menggoreng keropok lekor untuk orang yang membantu menguruskan upacara qurba.. dan juga untuk saudara-saudara (termasuk mulut2 kami juga di rumah)...
tetiba aNA terfikirkan sesuatu.. kami 4 beradik semua perempuan..... aNa rasa cam aNA bukan setakat anak permpuan(dari segi tanggungjawab bukan masalah mengenal jantina DUSH!) entah kenapa sampai ke situ aNA fikir...
Ya Allah, jadikanlah kami adik-beradik anak-anak yang solehah.. amin...
peristiwa#2
malam semalam buat kek epal.. sekian lama tak buat.. tetiba buat..ambik kau.. mak ai...adunan punyer likat cam nak wat jemput-jemput/cekodok(macam lebih likat daripada tu).. terbayang karang dah masak jd macam biskut.....mcm nak nangis dah.. tp takpe.. masukkan gak dalam bekas n bakar.. akhirnya alhamdulillah cantik.. kira jadilah... satu malam kek habis..(WOW!) hanya beberapa ja...cume entah diri sendiri nyer.. cam tak puas hati skit ngan rasa kek tu... huhuhuu...pakcik2, makcik2, adik beradik kata sedap, tak tahulah kalau diorang nak jaga hati... huhuhu.. ah, kire sedaplah tu satu malam habis...(perasan)
HARI RAYA KEDUA
aNA kembali ke INTEC kerana join KARISMA(karniwal sukan mahasiswa-untuk mahasiswa UiTM seluruh Malaysia) .. pagi tu.. ayah yang hantar ke bus stop.. entah kenapa syahdu sangat.. bukan tak balik terus pun.. melelh setitik dua.. aNA berdoa agar aNA akan dipertemukan kembali dengan keluarga aNA sooner.. insyaAllah habis KARISMA ni...
solat zohor di Pusat Islam INTEC aka surau putih.. hanya aNA dan Hjh Aluyah jemaah perempuan di belakang.. kebetulan imam adalah sahabat aNA.. sebelum doa, imam melafazkan(betul ke term ni) takbir raya.. subhanallah.. aNA cam.. entahlah.. syahdu rasanyer.. apalah perasaan ssahabat2 aNA yang kena stay kat sini sebab ada kelas, praktikal dsb... tu lah salah satu perkara yang aNA kena biasakan kelak insyaAllah....
banyak dah membebel.. insyaallah murah rezeki aNA akan menulis lagi.. (nak jugak !!!!!!!!!)
p/s: doakan aNA n team INTEC berjaya dalam KARISMA.. insyaAllah
salam aidiladha..
kullu 'amin waantum bikhair...
wallahua'lam
sejauh mana aNA telah berkorban untuk Islam, famili, sahabat, orang sekeliling, life aNA in the future??????-tepuk dada tanya iman-solehah
2 comments:
all the best for ur taekwando :)
-deint-
thanks deint
Post a Comment