Friday, January 28, 2011

following your step

bismillahirrahmanirrah

salam alayk

masanya hampir tiba...
semakin dekat, semakin aNA berdebar..
tp apa gunanya.. andai aNA tak buat apa2...

sahabat2 sudah mula melangkah
cemburu rasanya
tp kalau aNA sekadar cemburu
tiada tinta mula dicoretkan
kertas akan terus bersih
andai aNA tak buat apa2

sebahagian telah berjaya di langkah pertama
kekaguman aNA....
ingin aNA turutkan mereka
ingatlah
bolehkah?
andai aNA tak buat apa2

aNA semakin berdebar...
bila berduyun-duyun
harapan dan sokongan semakin mundukung...
aNA terharu lagi gembira
memanglah aNA akan lebih gulana
andai aNA tak buat apa

padaMU Allah ku berserah..
tunjukkan aku jalan menuju kejayaan
dunia akhirat
berikan aku kekuatan...
untuk terus berusaha
sekerasnya
mudah2an dengan izinMU Ya Allah...
langkah mereka dapat kuikuti

p/s
thanks buat semua yg sentiasa support aNA
keluarga jauh dan dekat, sahabat2, guru2 dan sekaliannya....
insyaAllah... aNA akan terus berusaha
doa dan sokongan kalian teruskanlah dititipkan

YA Allah bantu hambaMU yang lemah ini


Thursday, January 27, 2011

Dakwah Solat

copied from
http://www.facebook.com/notes/yahya-zakaria/dakwah-solat/183794424974725?ref=notif&notif_t=note_reply

by Yahya Zakaria on Tuesday, January 25, 2011 at 11:40am

Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.

Monday, January 24, 2011

kecelaruan.......kesedihan...... down

bismillahirrahmanirrahim

salam alayk~


agak kecelaruan

sepagi ni perassan bercelaru... Ya Allah, aku mohon ketenangan hati ini..... Kau lah pemilik hati.. .. bantulah aku... kurniakan aku rasa rindu padaMU.. kurniakan aku cinta padaMU sedalam-dalamnya.. sepenuh hati, jiwa dan raga..... kurniakan juga aku cintaMU Ya Allah... kurniakan aku cinta orang yang mencintaiMU.. mudah2n Ya Allah cintaMu itu lebih aku butuhkan daripada seteguk air.....Ya Allah jauhkan dan lindungilah aku daripada terpedaya dengan hawa nafsu dan bisikan2 syaitan yang Kau rejam Ya Allah.... ameen...

agak kesedihan.....

aNA mengaku silap aNA... serius.. silap aNA dulu.... aNA mengaku... tp bile kesilapan aNA mula menunjukkan kesan dan kesusahan+kesulitan ke atas orang lain... orang started n keep on blaming me(for those who know that's my fault)...yes i admit it.. i'm sorry... memang tak boleh betulkan dah...... maaf.. serius aNA down.... i know that's my fault... it's pressuring me...sorry........ rasa serba salah buatkan aNA resah.... mohon maaf atas kesukaran yang kalian terima disebabkan kelemahan diri aNA. YA Allah... bantulah aku menyelesaikan masalahku Ya Allah.. tunjukkan aku jalan Ya Allah... berikan aku kekuatan menanggungnya... mungkin ni salah satu cara untuk aku belajar... Ya Alah................ tunjukkan jalan keluar dan jalan penyelesaiaan kepada segala masalah.... permudahkanlah segala urusan kami...

akhirnye.... down..............

aNA,
fainna ma'al 'usri yusra,
inna ma'al 'usri yusra..... insyaAllah...

p/s:

buat sahabat2 or sesiapa yang ada terkecil hati or ape dengan aNA, aNA mohon maaf...

sekiranya aNA berhutang dengan kalian tuntutlah.... selagi aNA mampu insyaAllah aNA usaha bayar.. kalau aNA tak mampu aNA mohon dihalalkan segalanya

sahabat2 yang demam or tak berapa nak sihat.. semoga cepat sembuh............

alhamdulillah..............tahniah wat sahabat2 yang berjaya dalam peperiksaan... sahabat2 INTEC dalam AS German, sahabat2 KTT dan GMI& MSU skali dalam A Level..... buat yang kurang berjaya.. teruskan usaha sahabat2!!!mari teruskan!!!!!!!!!!!!! yang dah nak fly gtau ye.....

Sunday, January 23, 2011

you teach me ... , my friend

bismillahirrahmanirrahim

salam alayk...

uhuk2.. haaaaaaaaaashmmmmm..... berhabuk dan bersawang dah blog....

semalam aNA ke KMS bersama dengan 20 orang sahabat len dari INTEC n seorang sahabat dari Kelana Jaya. nahnu senua join program perbandingan agama.

speaker : En Shah Kirit, En Rahmat ali & en Engku Ah
mad Fauzi

alhamdulillah, byk yg aNA dan sahabat2 belajar. esp tentang kepercayaan agama lain.

"berdakwahlah kepada non-muslim di samping sesama muslim seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah"
"jangan sesekali meng'condem
n' agama lain.. Allah telah melarang setegas2nya dalam al-Quran"
biasanya, alasan yang diberikan sebab untuk tak menyampai
kan adalah disebabkan oleh kekangan masa. semalam aNA berbincang dengan sahabat yang aNA baru kenal, Syira KMS bakal guru.. aNA kate ustaz aNA selalu kate bile orang pertikaikan soal masa apa jawapan dia bg
" SETIAP MANUSIA MEMPUNYAI 24 JAM SETIAP HARI"

ustaz Syira pulak kate

" MASA ITU MILIK ALLAH"


both of us mengatakan.. kalau dah dapat jawapan tu kami dah tak mampu nak berikan apa2 alasan lagi.. mampukah anada?

Brother Shah Kirit semalam memberikan analogi untuk menggunaka
n STUDY VS DAKWAHSTUDY VS MAKAN
hang dok kata hang tak sempat nak berdakwah seba
b busy study. kalau study sempat tak makan.. lebih kurang je kan? so solusi??? aNA?? nak wat pe?

lagi satu,, dakwah bukanlah hang berdiri di atas pentas dan menyampaikan ceramah etc.... banyak cara.. even score@perform dalam study.. same goes to my ustaz.. he always emphasises this thing. and also what also ISLAM teaches u.. to be punctual... to fulfill your promise.. to keep clean. to stay healthy... and so on a
nd so far.. even se"simple"menyusun kasut2 kat luar our 'WHITE HOUSE' untuk solat zohor pun diberi penekanan.(semua-semua ni benar2 makan dalam.. tp setakat makan tak terkesan, ape cerita ni aNA??)

back to our topic....

friends... byk yg aNA belajar dari kalian....

eg:

name beliau SOUTHAMPTON..
sangat positif orangnyer dan sangat bersemangat.. yakin diri.. bile dia berkata-kata.. memang boleh di betah,,, tp kepositifannya tu buat kita terfikir kata2 beliau ni..

lagi satu beliau baru sudah operation... last year.. so still got minor probs kat kaki.. tp kami ni sahabat- sahabat yang baik(perasan kan) amat risau akan keadaan beliau.. boleh beliau drive sendiri.. kereta manual pulak tu.. adus.. time kem.. sanggup ambil risiko g trekking n night walk... semata2 utk experience

time meeting.. ade org bercakap.. ape yg dibentangkan tu salah.. betapa bagusnyer makcik ni... die biarkan orang tu habis cakap baru betulkan
wa respect lu sis.. serious

second
SURREY namenyer
beliau ni insyaAllah akan ke US tahun ni.. result aNA baru2 ni tak berapa nak ok.. agak down... nth la... kata2 beliau sedikit terkesan.. die kate 'aNA yang ana kenal tak selemah ni'.. masa tu aNa boleh wat pe... thanks sahabat.... aNA cube pegang kata2 tu,,,

beliau ni salah seorang sahabat yang berani tegur aNA direct time tu gak kalau aNA wat silap...terasa ke tak tu belakang cerita tahu tak? (sebab terasa baru leh betul kan) ape yang penting bg aNA sahabat yang baik begitulah.. tak ramai yang berani termasuk aNA sendiri

thirdly:
WARWICK.. huh.. ni lagi sorang... dia sangat lah teliti... aNA baru tahu beliau menukar kos.. aNA rase beliau sangat berani ambil risiko...aNa tercengang mendengar.. tp risiko tak diambil mudah sebegitu.. beliau dah ade planning sendiri..die punyer planning tu sangat teliti.. dan sangat jelas matlamatnyer...ke mana arah yang dituju... nak ke mana ke mana... lagilah aNA tercenganang.. sangat details n specific... (matlamat yang SMART~ specific, measurable,achievable,realistic,time)
kaTA beliau, ada sahabat2 yang menganggap beliau ni paranoid.. sebabnyer.. perkara2 kecil nampak terlalu besar padanye.... walau bagaimanapun.. serious aNA kagum....

yg buat aNA lebih kagum.. dia kutip sampah kat jalan.. bukan tgh jalan.. time2 jalan2 tepi jalan.. bagus tunjuk contoh..... aNA ape lagi? dah ditunjuk takkan tgk je plak....


forth:
SHEFFILED
ni aNA tujukan utk junior... aNA sangat kagum dengan mereka... pendakwah2 muda yang bersemangat, berilmu dan tak lokek berkongsi... petah berkata.. sangat ingin tahu... matang... adus..... tak tahu nak kate camne.... bila mereka ni berkata2 terasa rendah diri ni... umur dah tua2 fikiran budak2.. perangai??? lagilah... ade sahabat lain dah jadi isteri orang dah di usia aNA ni... huhuuhuhu... ape yang buat aNa terkesima... time kem haritu, ade seorang daripada mereka meminta izin untuk menunaikan solat dhuha kepada urusetia.. mase tu tgh program... katenyer.. dia tak sedap hati aka tak selesa kalau tak dhuha(aNA terdengar perbualan mereka sebenarnya).. masyaAllah.. kalau aNA.. erm.. dah tak sempat.. takpelah.... sunnat kan??? ustaz pun pesan, jadikan solat dhuha sebagai sikap.... maksudnyer jd lah ia rutin... fuh...... sekarang ni insyaAllah, selagi terdaya, aNA berusaha mencari n mencuri masa gak.. mungkin tak mampu sehebat mereka.... at least aNA cuba sikit2 mengikut contoh yang ditunjukkan... adik2ku, kak aNA kagum dgn kalian

fifth:
YORK
aNA jumpa sahabat aNA ni setelah hampir dua tahun tak bertemu.. pertemuan semula ditakdirkan di KMS.. subhanallah.. punyer excited sahabat aNA ni.. sampai menangis.. katanyer.. "aNA, rindu sangat kat aNA n.. sahbat2 dorm mate lu...." sempat aNa mencuri masa ke kamar beliau.... walaupun masa rehat program hampir tamat.... sekali lagi beliau menangis.... tersentuh hati aNA.. tapi aNa tahankan.. kalau tak karang sape nak pujuk sape... satu yang buat aNa samakin tersentuh adalah... beliau ni, punyalah menghargai pertemuan semula kami setelah sekian lama.. berikan seadanya, cenderamata.. aNA tak minta... katenyer... "takde benda nak bagi kat aNA.. ni jer yang ade" Ya Allah betul2 mengusik jiwa aNA.. hai sahabat tak perlulah kau bersusah2 sebegini.... bertemumu semula adalah hadiah yang amat berharga dariNYA.. alhamdulillah.... aNA mengambil tindakannya sebagai sumber inspirasi... huhuhuhuhuhuh

p/s:

1.name2 pelik ni merupakan nama2 universiti yang aNA pilih utk ke UK nanti, insyaAllah... n alhamdulillah kelima2 dah dapat offer... cume pilihan yang kukuh belum diberikan kepada pihak UCAS.. doakan aNA berjaya ya sahabat2... insyaALLAH.. 28 feb trial.. 16 mei ni mula exam A LEVEL EDEXCEL(very significant)

2. semua orang did give me inspiration.. kalau tak tulis bukannya aNA tak menghargai kewujudan kalian dalam hidup aNA.. yang di atas ni sekadar perrkongsian.. bukan utk dibanggakan.... esp to those yang rapat dalam hidup aNA

Ya Allah, bantulah kami semua agar sentiasa istiqamah melaksanakan perintahmu dan melaksanakan kerja menegakkan agamaMU

wallahua'lam....

Friday, January 7, 2011

kami melawat Kolej Islam Sultan Alam Shah, KISAS




bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikum warahmatullahu wabarakatuh...

jangan terkejut,,, entri kali ni.. mula2 je, penulis(aNA) telah men'capub'kan dirinye.... gambar tu di hadapan Masjid India Klang....

cuti yang lepas.. aNA mendapat panggilan daripada sahabat aNA.. aNA gelarkan beliau "life is an open secret(LIAOS)" bukan bermaksud beliau adalah penulis buku2 ini iaitu Zabrina Abu Bakar.. tapi beliau merupakan sahabat yang telah memperkenalkan aNA dengan ayat yang very significant ni.... so LIAOS ni call n tetiba tny nak lawat KISAS tak? aNA setuju, memandangkan aNA memang teringin sangat nak tahu apa ade kat KISAS, sebabnyer aNA agak mengagumi sahabat2 'keluaran' KISAS... orang mengantuk disorongkan bantal ke pucuk dicita ulam mendatang.. mane2 lah....

p/s: sesiapa yang bersahabat dengan LIAOS, supposely tahu siapa dia.. huhuhu

aNA ke KISAS dengan dua orang sahabat lagi Yanie & Tuz bertarikh 3 Januari 2011 hari Isnin...hari pertama persekolahan...

p/s: kepada Dzatil jgn kecik hati aku tak ajak... aku takut mengganggu ko.... :)


kami bergerak ke Klang dengan menaiki komuter... tambang sehala RM 1.10 dari stesen komuter Shah Alam.... welll sekejap je.... yang aNA bayangkan jauh sangat.. dua stesen je dari Shah Alam.. tahu Shah Alam dengan Klang bersebelahan.. tp... entah....

teruskan perjalanan.... sampai jer... terawal pulak.. sahabat aNA ni blum sampai lagi...sementara menanti LIAOS aNA dan sahabat yg keduanya berjalanlah di tempat yang kami tak tahu ni.. ape yg kami boleh simpulkan "wah klasiknya Klang... penuh nostalgia". byk bangunan2 lama....

berjalan2 n snap gambar....



ni TUZ.. depan masjid india....

Add Imagedua orang ni,,,, aNA dengan yani... ditempat yang sama...

jalan2... jumpa Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz



ni lah dia



bergambar lagi.. maklumlah... kalau bergambar, takde kami tak sah.. kamera suka sangat dekat kami... hehheheheheh



:)

pelik tak kenapa gambar kami kat luar pagar jer.... tak de gambar dalam galeri
sebab nyer....



bukan rezeki kami.. rupe2nyer isnin ditutup....
tp takpe....



informasi galeri



Tuz, tak puas lagi bergambar???

kami berpusing2.. rupanya balik semula tempat sama.. mubeng2 teko ne neng tempat serupo....
samapai semula ke KTM.. tak lama kemudian.. sahabat aNA, LIAOS pun tiba.. kami membuat keputusan untuk berjlan kaki sahaja ke KISAS.. jauh tak jauh dekat tak dekat.... kami melalui pejabat agama, lalu taman permainan... tuptup LIAOS kate... sebelah kita ni istana... ooooooooooooooo.. camtu........

jalan2 lagi.... gambar bawah ni Masjid Diraja Sultan Sulaiman.... betul2 sebelah istana..







yanie(dialah tuan punyer kamera~phone~) di pintu gerbang masjid



serba sedikit mengenai masjid diraja yang akan diberi penerangan oleh Saudari Tuz...



cantikkan.. sayang... dua2 masjid kami lalu, tak berkesempatan nak masuk... insyaAllah lain kali ada peluang...

rupe2nyer lagi.. kami dah sampai pun depan KISAS.. KISAS rupe2 nyer betul2 depan masjid berkenaan...

untuk ke KISAS kami perlu lalu jejantas menyeberangi jalan.....nak selamat.. kemudahan dah ada, baik gunakan, kan?( nilah rutin pelajar2 muslimin KISAS setiap hari, pagi petang mahupun malam, utk ke sekolah)



gambar kat atas ni pemandangan kisas dari jejantas

sekilas tengok sunyi je macam tiada sesiapa di dalam... menurut sahabat aNA yang merupakan bekas pelajar KISAS, memang ramai pelawat berkata sedemikian.. kenapa?? tak pasti...



ni dia lencana sekolah.....



bangunan dilukis cantik... pemuh makna



sebelum tu tahniah buat KISAS yang baru2 ini(tak tahu bila) telah dianugerahkan Sekolah Berprestasi Tinggi



aNA lagi... hehheeh nasib lah... ni aNA dekat dataran tempat student berhimpun



Cik Tuz... kami di kantin sekolah yang bersebelahan dengan asrama puteri..
serious.. kami dibawa melawat hampir semua tempat di KISAS.. siapa sangka dapat peluang macam ni.... segan memanglah segan,, sebab kami orang luar.. sahabat aNA, LIAOS ni pulak memang seorang yang berpengaruh(sesuai ke perkataan ni) mana2 jalan jumpa cikgu, mesti beliau dikenali.....makanya dalam masa yg sama dapatlah kami mewujudkan ukhwah dengan ustazah2 di sini.. walaupun sekadar bersalaman sahaja.. insyaAllah,, siapa tahu kami diberi peluang pula untuk mengenali guru2 di sini..



antara tempat2 yang kami dibawa melawat adala PERKISAS



gambar atas ni.. salah satu perkara yang aNA agak kagum tentang KISAS



di dalam library....




yang ni namenyer org jawa cakap kurang kerjan.. yang bermaksud takde kerja.. huhuhuhu... ye lah.. aNA kan salah satu ahli taekwondo.. semangat pulak tengok.... dan ini juga membuatkan aNA teringat sahabat aNA 'PY' yang merupakan x-ahli taekwondo KISAS....



stage di dataran pergimpunan



salah satu buku yang terdapat dalam box yang ade kat sekeliling dataran perhimpunan.. aNA rase ni untuk sesiapa je yg nak bace boleh.. mungkin juga ni cara pihak sekolah menerapkan nilai suka membaca dalam kalangan pelaja,, betul tak LIAOS??? tak sempat tanya beliau



ni kat mana ntah tak ingat................ tp still dalam KISAS



sebagai kata2 terakhir...


alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat kembali.. insyaAllah dalam masa terdekat ni, kalau tiada aral kami akan kembali lagi ke sini.... gembira... kami dapat tengok suasana belajar kat sini macam mane..... pelajar2 yang ramah... berbudi bahasa.. guru2 yang kelihatan begitu berdedikasi... tiba2 tak sabar pulak nak jadi cikgu.. insyaAllah sahabat2.. dalam beberapa tahun ni.... bersemangatlah!!!!!!!!!!!!!!!

buat sahabat aNA, LIAOS, terima kasih banyak1000x.. pengalaman yang amat berharga buat kami semua...... barakallahufik....... betul2 tak sangka....

p/s:
LIAOS, insyaAllah kami akan cube sedaya upaya utk tolong anda dalam projek anda


wallahua'lam.................

Thursday, January 6, 2011

apa khabar hati

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh

apa khabar sahabat2 pembaca? ada ke? hahhaha tak kisah....bagaimanakah hati hari ini?? sihatkah,,, makan cukup? ubat kala
u2 sakit.. dah bawak jumpa doktor? mungkin kena dapatkan suntikan taqwa yang lebih.... cuci2 yang dok kotor tu.....insyaAllah.mari.berdoa bersama..

bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah,
KAU lah yang memegang hati2 kami... oleh itu Ya Allah, peliharalah hati kami daripada segala kemaksiatan terhadapMU... KAU jugalah yang berkuasa membolak balik kan hati2 kami.... maka itu Ya Allah usah lah Kau membuatkan hati kami berpaling daripada jalanMu, setalah Kau kurnikan nikmat iman kepada kami..Ya Allah.. hati2 kami ini Ya Allah.. kotor.. penuh dengan titik2 hitam kemaksiatan, prasangka buruk, hasad dan dengki,,,, sucikanlah hati2 kami Ya Tuhan daripada kekotoran itu,,, KAu terangilah hati2 kami dengan cahaya taufiq dan hidayahMu.. lapangkanlah dada kami untuk menerima petunjukMu itu... makbulkanlah doa2 kami hambaMu yang hina ini Ya Allah...... ameen... ameen.. ameen.. Ya Rabbal 'alamin...