Wednesday, February 9, 2011

kULiah Maghrib 8 FEB 2011

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

sekali lagi, rumput dan semak telah memenuhi blog aNA.. bukan main tinggi.... MARI MENEBAS!!!!!!!!!! weng................................(bunyi mesin rumput hahahha, tak reti nak me'literal'kan ia) sapu-sapu.....Ambik PUNGKIS, kumpulkan!!!!!dan bakar!!!!! uhuk2... tersedut asap.... ehm...-oit2 pencemaran- hehhehe

haish.. mate mengantuk betul..... ditambah dengan cuaca yg agak redup dan suasana yg agak dingin... lagi menjadi catalyst untuk mata tertutup...

Apa khabar iman aNA??? sihat???? dah berapa jam terjaga hari ni, berapa jam ingat kat Allah???........................................................................

semalam, alhamdulillah dapat attend kuliah maghrib kat surau... so serba sikit aNA.. aNa nak bercerita kat orang... tak tahu nak mula camne.. so jalan terbaik menulis.. sape nak bace, bace.. yg tak nak.. takkan nak paksa...

Nabi SAW bersabda:

(بلغ عني ولو أية.. .. (إلى أخر حديث

Maksudnya: Sampaikan daripadaku (Nabi Muhamad) walaupun satu ayat…(Sehingga habis habis)


aNA tak tahu nak gerak dari mana serius... bila aNA g usrah ke, kuliah ke ceramah ke.. aNA berminat nak kongsi... tp rase takkan tetibe nak panggil orang dengar kita cakap.... orang nmpk aNA seorang yg ramah dan petah berkata-kata.. tak tahu aNA juga seorang yg mudah lost word....aNA belum berapa nak pandai mengulas.. aNA reti bg point jer.... setiap org ade kelebihan dan kekurangan kan... kdg2 ape aNA buat aNA akan g kat member yg rapat ckp gini: tak kiralah nak dgr ke tak... aNA nak kongsi jugak... hohoho... suke2 jer kan...

lg satu sikap aNA...aNA risau... aNA berkata, menyampaikan, mengajak orang ke arah kebaikan.. tp aNA risau aNA sendiri tak amalkan.. serius..... setiap kali nak menyampaikan sesuatu, contoh benda simple... "jangan mengumpat" hati aNA berdebar2... aNA risau... dok nasihatkan orang.... benda tu jadi rutin.. mengata dulang paku serpih... na'uzubillah.... tp kan kalau dok takut sampai bila kan, baru kita nak sampaikan????,,, erm...

Allah berfirman,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."(61:2-3)

aNA takut Ya Allah...


sahabat2.. ingatknlah, tegurlah aNA, betulkanlah aNA andai aNA tersilap... aNA manusia biasa.. mungkin aNA susah nak terima on the spot.. tp insyaAllah aNA akan memikirkan teguran kalian tu.... mintak tolong sangat2... untuk kebaikan bersama.... jgn pernah serik ye.....

panjang tul muqadimah.. terus masuk ke cerita


kuliah2 akan datang insyaAllah kitorang akan dengar kuliah tentang fiqh wanita,,,

so sebagai muqadimah, ustazah Wan Nor Liza cerita pasal perempuan

betapa wanita itu dipandang tinggi dalam ISLAM... pandangan masyarakat terutama yang non-muslim.. even yg bergelar Muslim sendiri harus betulkan mindset anda.. siapa kata ISLAM discriminate wanita... wanita itu diangkat tinggi kedudukannya... even dalam al-Quran sendiri ada surah yang diberi nama an-NISA' yang bermaksud wanita..

siapa sebenarnya yang meletakkan wanita itu rendah... yang penting bukan ISLAM

di zaman jahiliyah... rendahnya martabat seorang perempuan sehinggakan bayi perempuan yang baru lahir ditanam hidup-hidup.. kalau nak bandingkan dengan sekarang pulak bukan bayi perempuan jer... tak ditanam pun dibuang macam tu sahaja....

timbul satu kes..kami diberitahu... di kawasan yang berdekatan.. telah disediakan tempat khas pembuangan bayi... aNA tak terkata..... tak tahulah.. bayi yang di'buang' di situ akan di 'ambil' dan di'jaga'......

setengah pihak mengatakan
'baguslah, sekurang-kurangnya bayi tersebut ada peluang hidup... taklah dibuang macam tu jer.. nasib mereka terbela'

tp dari pandangan yg lain
'bukankah itu lebih menggalakkan penzinaan untuk terus di lakukan.. '

tepuk dada tanya iman... aNA tak mahu mengulas panjang... aNA cuma mampu mengurut dada mendengar berita ini... dari satu sudut aNA setuju.. sudut lain aNA tak setuju.. kalau nak berdebat dengan aNA... silap hari bulan.. cari hari lain.. aNA dah kata kat atas... tapi aNa juga punya pendirian sendiri... pokok pangkalnya balik kepada fikrah yg ada pada diri masing2... apakah ISlam yang dibawa??? Islam itu agama mulia.. Islam itu agama suci... andai ada cacat cela.. bukan Islam itu... tapi Muslim itu sendiri...

macam baru td aNA dengar kuliah zuhur di WHITE HOUSE INTEC, kata ustaz, ISLAM dan MUSLIM adalah berbeza

berbalik pada kuliah maghrib semalam... apabila penzinaan berleluasa, bukankah itu merendahkan martabat wanita.. betapa murahnya harga seorang wanita..salah agamakah?

segala permasalahan ada penyelesaiannya dalam Islam, insyaAllah.. maka kawan2(bak kata dewi munirah)... berbaliklah pada manual hidup, Al-Quran(21:106) dan as-sunnah.. (4:59)

Rasulullah SAW bersabda,
“Telah aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selama kalian berpegang teguh kepada keduanya, yaitu kitabullah dan sunnahku...."

Allah telah menetapkan syariat-syariat, peraturan-peraturan dan larangan2 yang wajib dipatuhi.. setiap digariskan ada hikmah disebaliknya... apa yang telah diperintahkan itu adalah sebagai langkah pencegahan.. contoh Allah memerintahkan kita menjauhi zina (11:32) dan telah diberikan panduan untuk menjaga aurat dan pandangan ( 24:30-31 , 33:59)... subhanallah.. cantiknya.. apa yang dah Allah tetapkan.... demi kebaikan hamba-hambaNYA.

manusia dilahirkan di atas muka bumi adalah dalam keadaan fitrah .. Islam adalah fitrah setiap makhluk.. namun begitu seperti sabda Nabi Muhammad SAW

`setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci lagi bersih), maka para ibubapalah yang mencorakkan mereka sama ada menjadi seorang Majusi atau Nasrani'.

maka ustazah menambah, orang yang baru memeluk Islam, lebih sesuai digunakan term "kembali kepada fitrah"

next, entah macam mane ustazah dapat menyelitkan tentang law of cause and effect
(sorry kalau berterabur- aNa dah cakap awal2... bersabarlah ea...)

masa kini hidup kita sudah sebati dengan hukum ni.. aNA tak kata salah..... cuma nya... hmmmmm...

macam ni, kalau ikut hukum ni, contoh banyak mana kita usaha banyak tu kita dapat... kalau kita kerja lebih dapat gaji lebih.. belajar usaha lebih, lebih berjaya.. ya aNA tak nafikan itu semua.. betul.. tapi ingatlah... kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah adalah dengan izinNYA... Allah menyuruh kita untuk berikhtiar(berusaha), berdoa dan bertawakkal... usaha yang berlipat ganda dibuat adalah sebagai jalan ikhtia.. kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya(13:11)... dalam erti kata.. berusaha kan, kan,kan? ya semuanya dengan izinNYA.. kita merancang.. namun perancangan allah itulah yang terbaik(ingat aNA)

andai dah berusaha sekerasnya.... kalau tidak mencapai apa yang diimpikan... tu Allah nak hold dulu tu... Allah nak bagi time yg BAIK PUNYA... masa terbaik tu mungkin bukan waktu kita frust menonggeng... ketentuan Allah siapa yg tahu... insyaAllah, yakinlah aNA dan sahabat2.. apa yang penting?? SEMANGAT MEMBARA!!!!! TERUSKAN USAHA!!!!!!!!

bukan setakat urusan dunia sahaja yg terlibat dengan law of caouse and effect ni.. even dalam urusan agama sekalipun...contoh siapa yg beribadat banyak dia akan masuk syurga.. hey belum tentu... apakah ibadat yang dilakukan benar2 kerana Allah...syurga itu rahmat Allah....tapi tulah dia.... bila cakap cam tu kang ada pulak yang kata.. camtu ibadat sikit2 jer lah janji ikhlas.. hey aNA, yakin ke ibadat yg sikit tu cukup ikhlas??? adus.. orang yang banyak ibatdatnya belum tentu ni kan pula yang sikit... jangan luapa tadi, kena buat apa aNA berusahalah!!!!!!!!! berusaha dapatkan redhaNYA, dapatkan rahmatNYA, dapatkan cintaNYA, dapatkan syurgaNYA insyaAlllah ameen.. ayuh sahabatku!

dalam kuliah itu juga aNA tertarik dengan contoh yang diberikan ustazah pasan cause and effect law ni...

contoh pertama.. pada masa Nabi Ibrahim dibakar(tapi tak berjaya) oleh kaumnya, ada sejenis burung and the geng yang cuba untuk memadamkan api.. iaitu burung pipit (bukan kak pipit ye masyarakat INTEC- gurauan semata-mata) BAYANGKANLAH IKUT LOGIK. api yang besar lagi marak itu nak dipadamkan hanya dengan membawa air dalam mulut... mampu ke nak matikan api... zaman kita ni pun kalau ada kebakaran berlaku kat mana2.. bomba pun yg guna bergelen-gelen air tu pun ambil masa nak padamkan.. ni plak burung jer.. eleh.. ape kelas... subhanallah... aNA dan kawan... apabila ditanya oleh spesis burung yang lain, apa jawab burung pipit tu... sekurang-kurangnya apabila ditanya padaku apa sumbanganku.... nilah dia... aku dah berusaha( lebih kurang camtu lah.. tak tahu diolog sebenar burung tu)

contoh kedua.. kisah seorang pelacur yang masuk syurga kerana hanya dengan memberi minum seekor anjing air di dalam kasutnya... ha ni kang ada yang terlampau lurus lebih daripada pembaris kata plak, 'camtu baik buat jahat dahtu buat baik camtu.. tak yah susah2' masyaAllah... hello... bukan tulah moral of the story yang nak disampaikan...

apa yang kita boleh dapat dalam keduanya.... adalah betapa darjat orang yang ikhlas diangkat tinggi pada pandangan Allah... ikhlas tu susahkan??? sahabat aNA ada beritahu.. aNa tak pasti daripada siapa kata2 ini " keikhlasan itu umpama semut hitam, di atas batu hitam, di dalam gua pada waktu malam" apa nak kata betapa ikhlas itu susah nak dicari.. tak nampak... jadi seperti biasa berusahalah aNA!!!!!!!!!!!!!!

extra:antara cara nak tahu ikhlas tak
  1. buat kerja tu sungguh-sungguh ,, istiqamah(esp utk amalan) tak kisahlah sorang2 ke depan orang.. tak harap pujian
  2. tidak mengungkit dalam hati mahupun kat orang..(perkara biasa kalau dalam hati tu.. kalu terdetik sikit jer cepat padam.. serahkan segalanya pada Allah)
  3. lagi sape2 nak share.... tak ingat plak dah
lagi satu mende setiap perkara kat dunia ada buruk baiknya... even ibadah pun... ya betul.. buat ibadah dapat pahala.. tak eloknya bila,,,, riyak... na'uzibillah..

wah.. rasanya setakat ini sahaja perkongsian aNA buat penghayatan diri dan sahabat2... ini adalah berdasarkan apa yang aNA dengar n faham.. andai ada silap mane2 betulkanlah aNa.... jangan cari skrew driver ataupun spanar.. lagi jangan tukul besi..... beritahulah, tegurlah.. wassini

sedikit lagi perkongsian

  • Kesungguhan, kepakaran, menghargai waktu dan saling hormat-menghormati adalah milik orang Islam.... Dapatkan ia semula.
  • al-quran macam awek kita kalau ditinggalkan... susah nak dapat balik
~ustaz Ridhauddin~

wallahua'lam.. terkasar bahasa mungkin sengaja mungkin tidak.. mohon ampun....

No comments: