Thursday, February 24, 2011

hati, jangan kau begini

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh wamaghfiratu waridhwanu

ALLAHUAKBAR.

Ya Allah.. Kau penguasa hati-hati manusia, Kau pemegang kunci hati-hati kami... Ya Allah.....

masyaAllah.. ujian daripada Allah...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji" Surah al-Ankabut ayat 2

awal tahu ini, aNA telah terlibat dalam program Professional Student Society, PSC INTEC, iaitu I-XPLORE 4 sebagai fasilitator. ada satu slot 'makan daging', di mana para peserta diberikan daging mentah dan dipaksa menelannya dalam keadaan mata tertutup(maksudnya, mereka tak tahu tu dagingMENTAH ). bukan proses slot tu yang aNA nak kongsikan. apa yang aNA nak kongsikan ialah.. sifat buruk sangka

baru-baru ni aNA dengar berita tentang seorang sahabat.. yang ana agak rasa tersinggung, sakit sangat rasanya hati ni... YA Allah.. rasa tertikam2... sedihnya aNA tak tahu nak cakap.. apa perkara yang buat aNA terasa sangat tu tak perlu lah aNA cerita..

cuma aNA punya hati rasa sakit sangat.. sampai aNA tak nak tengok muka sahabat aNA ni.. tp aNA tak tunjukkan yang aNA tengah marah.... aNa tak rasa dia tahu.. aNA tak nak tengok sebab aNA risau akan ketara marah aNA pada dia atau mungkin aNA risau akan meninggi suara...... cumanya.... aNA tak dengar dari mulut dia sendiri.. maksud aNA pengakuan akan apa yang telah dilakukannya.. aNA takut sampai tahap hilang percaya terhadap dia dan mungkin sekali orang lain.... aNA takut sampai macam tu... bukan sekali.. tapi yang sebelum ni hanya melibatkan diri aNA... insyaAllah aNA dah maafkan.. cumanya aNA manusia biasa luka itu berparut.. ada bekas kat hati aNA.. buatkan aNA lebih berhati-hati.... tapi baru-baru ni punya kes.. memang.. aNA belum boleh terima...aNA tak sangka dia tega buat semua ni.. aNA dinasihatkan supaya berlapang dada....

Ya Allah.... lapangkan dadaku....sempit rasanya dihimpit perasaan macam ni.

apa yg aNa nak kaitkan dengan program yg aNa join dan slot terbabit adalah... aNA pandai berkata2... menasihati... macam yang aNA kata dalam post yang lepas..... aNA risau kalau apa yang aNA katakan, sampaikan, aNa tak laksanakan.. tulah sahabat aNa yang lain(let say name dia BAIK) kata..

"we always talk to others.. yes.. but we never talk to ourselves"

benar... Allah sedang mentarbiyyah aNA agaknya.. aNA maha cetek pengetahuan.. masakan aNA tahu perancangan NYA.. yang begitu sempurna.. terbaik untuk hambaNYA....

kebetulan aNA baru lepas geram kepada BAIK(banyak b
etul masalahaNA dgn orang, aNA,aNA)..aNA terang-terangan bagitahu.. terima kasih Allah atas kekuatan itu.. alhamdulillah settle..aNA ambil kesempatan pulak bercerita masalah ni kepada BAIK, aNA hampir menitiskan air mata.. betapa sakitnya... tapi BAIK sempat berpesan... kita ni mudah menangis sebab manusia... pernah tak kita menangis sebab takutkan Allah... kerana penderitaan yang dihadapi Rasulullah.... astaghfirullahal 'azim.. aNA risau hati aNA keras... lembutkanlah hati ku hai PEMILIK HATI

mungkinkah aNA patut dapatkan kepastian itu.. dengan betanya sendiri.. dan biarkan dia membuat pengakuan... diluah mati emak.. ditelan mati bapak... Ya Allah andai itu jalan yang terbaik...... berikanlah aku kekuatan..... lancarkanlah lisanku....

Ya Allah jauhkan aku dari murka MU.. aku hambaMU yang lemah.. tunjukkan aku jalan... pimpimlah aku.. tuntunlah aku... melalui jalan yang Kau redhai mudah2n sehinggalah ke akhirat nanti.. menuju jannah MU Ya Tuhan

wallahua'lam

menitis lagi air mataku kerananya... keranaNYA bila????

p/s: aNA, dulu aNA ada hebahkan ke orang "andai kita tak maafkan orang lain.. mungkinkah Allah maafkan kita?" ... Ya Allah....

insyaAllah aNA next week mula trial.. doakan aNa n sahabat2 berjaya dengan cemerlang dalam trial dan juga berjaya cemerlang dalam A-level yang sebenarnya nanti.. mudah2n semua muslimin muslimat Alevel INTEC mendapat keputusan cemerlang dan dapat menyambung pelajaran ke destinasi masing2 yang telah dirancang dan ditetapkan, United Kingdom, Ireland Direct, Ireland-PMC, Nottingham,IMU, India-MMC, German dsb...ameen

No comments: