Thursday, March 17, 2011

KEM SMART SOLAT 2

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

inshaAllah aNA sambung cerita semalam....

still pengisian hari yang sama... bertarikh 12 Mac 2011.. sebelum tu aNA nak betulkan post lepas.. thanks to 223..

  1. ibn Ithban di Makkah adalah ibn Hibban
  2. bacaan tambahan dalam azan subuh.. namanya Taswib.. itulah yang aNA pikirkan 2 hari ni... syukran2
firstly... sambung sedikit berkenaan dgn azan semalam

waktu nak berdiri untuk jemaah time iqamah
semasa bacaan qad qamatis sholah, qad qamatis sholah(maksud: sesungguhnya sudah hampir mendirikan solat)

soalan2 terkeluar
boleh tak matikan azan yang automatik kat HP, laptop dsb?
boleh, azan zikir... sumber aNA tak tertulis plak.. asif -_-
tapi kalau ayat quran tak boleh sesuka hati matikan... matikan biar betul pada tempatnya.. let say habis ayat or lagi baik habis surah.. sebab nya takut maksud lari

ok next

WUDU' @ TAYAMUM

wudu' dengan air mutlak(suci lagi menyucikan) bukan musta'mal, bukan mutanajjis, bukan mutaghayyir, bukan musyammas..

huhu ingat lagi tak kita belajar darjah satu dulu... bab 1..(confident jer)

air mutlak*
  1. air hujan
  2. air laut
  3. air sungai
  4. air perigi
  5. air mata air
  6. air embun
  7. air salji (jadi bagi mereka yang akan ke negara yang bersalji (termasuk aNA inshaAllah ameen) not to worry kalau terlalu sejuk atau pun air paip membeku... gunalah salji... suka kan main dengan salji.. alang2 main wuduk skali ^_^)
air mutanajjis*
air kurang dua kolah yang terkena najis, atau air lebih dua kolah terkena najis sehingga berubah warna, bau dan rasanya.

air musta'mal*
air yang suci tapi tak boleh menyucikan.. kurang dua kolah.. telah digunakan atau terkena percikan wudu'

air mutaghayyir*
air yang telah berubah rupa, rasa, bau sebab bercampur dengan benda2 suci.. contoh kopi, gula, teh, garam, sirap, nila.. suci tapi tak boleh menyucikan.... tp kalau air tu berubah sebab lama bertakung atau daun-daun kayu, suci lagi menyucikan

air makruh @ musyammas*
air dalam bekas logam yg boleh berkarat dan panas terjemur matahari. air makrug digunakan untuk bersuci kecuali setelah sejuk semula

*rujukan:Panduan Lengkap Ibadah Solat, Hj Johari Hj Alias, Darul Nu'man 1997

debu tanah untuk tayamum
  1. debu tanah atas bumi
  2. debu kat pokok
  3. debu kat daun n ranting
  4. tertib (ngeee maksudnya ikut priority,,, start atas skali.. dah takda baru turun ke bawah^_^ pehe dop?)
debu kat bangunan blok muzik sebab kena asap bas2 INTEC tak aci... maksudnya tak boleh guna.. sebab kita perlukan debu tanah.. bukan debu asap ataupun debu cat.

p/s: ada banyak perkara yang aNA tak berapa reti nak taip... i mean takut salah... nnt kan terpesong plak... so aNA akan share yg confident alright.. asif.. ni lah antara kelemahan aNA... tahu tapi sukar untuk memberikan penjelasan..(hakikatnya faham ke tak?? haish nadzirah, nadzirah)

extra: aNA teringat ustaz ridha pernah cakap.. sunnat ambil wudu'.. untuk setiap rukun nabi buat ambil sekali... ulang dua kali ada.. ulang tiga kali pun ada.... empat takde... kalau kita sampai empat tu takut2 membazir..was2 yg kedahsyatan

SOLAT

masuk sudeh... ni pun pnjg gak.... sebelum tu sekali lagi mengingatkan...mungkin ada yg akan tertanya2 akan bukti, dalil yg setiap perlakuan itu disandarkan kepada nabi.. asif sgt2.. ya time pembentangan tu aNA diajarkan..ada disampaikan... dalil dan hadith... cuma aNA sekadar ambil input terlebih dahulu... ni kekurangan aNA.. asif...... inshaAllah... andai ada bahannya aNA akan cuba kongsikan... di masa2 akan datang... untuk lebih detail cadangan aNA boleh rujuk kepada Ustaz Ridhauddin dan Ustaz Affuan.. mereka lebih arif...(to INTEC students esp... yg tak or ex-student... takde masalah.... boleh tinggalkan comment... insyaAllah sekadar yg aNA mampu, aNA kan tolong tanyakan ustaz)... asif T_T

sahabat2, ingat tak rukun solat ada berapa??? inshaAllah akhir entri kali ni aNA akan kongsikan.


SUTRAh- peranannya adalah penting.. sutrah ni yang jadi penanda sampai ke tempat sujud.. sutrah letak had sampai mana orang len leh lalu... tapi better takyah lalu depan orang sembahyang...

sabda nabi,
"Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perawi: aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun"
( Riwayat Al-Bukhari)


cara nak halang orang lalu.. kita akat tangan time solat tu... bukan angkat tangan cam nak jawab soalan tu... huhuuhuh.. faham deh???

TAKBIRRATUL IHRAM
cara NAbi angkat takbir.. kedudukan telapak tangan adalah antara bahu dengan telinga.. dapat byg tak ea??

baiklah aNA link kan satu blog ni yang ada ditunjukkan cara solat nabi.. i would say cara yang ditunjukkan adalah lebih kurang sama yg ustaz tunjukkan.... nak real lagi.. seperti biasa boleh rujuk ustaz ^_^...ustaz gak...
klik di sini utk gambar

RAPATKAN SAF..
rapatkan bahu ke bahu.. dengan kaki dengan kaki... (mcm kat gmbar)

lagi satu nak bagi sebaris saf tu, kan, samakan tumit... maksudnya tumit tu satu level... jgn ada tumit ke belakang sgt kat ground state, jgn atas sangat jd excited electron(bhs dak2 yg blaja chemistry... gurau2) kalau samakan depan kaki.. nnt ada yg ke depan ada ke belakang.. sebab kaki manusia ni saiznya lain2....

teringat, kalau baru masuk nak isi belah mane... kalau dah ada saf... masuk kat belah kana/kiri yang bg saf balance.. kalau nak buat saf baru mulakan dari tengah / b
etul2 belakang imam.... ni cara nak elak saf putus

kalau tak rapat.. boleh tarik orang sebelah... jgn lah kasar sangat.... lagi satu kalau seorang daripada jemaah nak keluar daripada saf sebab terbatal awudu' contohnya... orang sebelah pls rapatkan saf.. n even orang kat belakang boleh berganjak ke depan untuk isi saf depan yang kosong... jgn sampaii saf putus...

SEDEKAP DADA
macam dalam gmbr... haritu ada juga ustaz sebut hadith, Nabi SAW letak tepak tangan kanak atas tapak tangan kiri... lagi satu cara namanya 'fi zar'in' iaitu kat lengan... maksudmya.. tapak tangan kanan akan ada atas lengan kiri... tangan kanan akan pegang lengan kiri..

kedudukan tangan tu pulak nabi tak letak had.. cuma Nabi larang letak tangan atas perut.. dinyatakan ada 3 atau lebih hadith sahih yang kata tak boleh letak kat perut... logik kita fikir, tak nmpk cam malas? Nabi selalu letak kat dada cam dalam gambar.


MATA??
ada hadith menyatakan mata perlu fokus padatempat sujud... ada juga Nabi mengarahkan pandangannya ke kaabah...
kita dibenarkan memandang ke hadapan untuk melihat pergerakan imam

tp jangan dok jeling2 orang.. dok tengok sapa melintas kat depan... dok curi2 tengok tu lah antara cara mencuri dalam solat

Nabi SAW juga melarang memandang atau mendongak ke atas semasa solat
aNA tak catit matan penuh hadith.. yg aNA catit selepas Rasulullah menyatakan larangan tersebut, Rasulullah bersabda, binasalah atau pandangan mereka tidak akan dikembalikan. Wallahua'lam.

ada yang bertanya boleh tak pejam mata time solat...
Nabi SAW tak pernah tutup mata time solat.. namun begitu , menurut ulama'dan imam Shafi'e, kalau pejam mata tujuan untuk cari kekhusyukan dibenarkan/digalakkan.. kalu pejam bawak ke tidur, atau pikirkan benda lebih jauh(luar solat) tok seh peje mato.. pehe??(bajet kelate.. padahal Jawa hahha)

DOA IFTITAH
hukum sunnat muakkad... kalau terlupa baca tak perlu sujud sahwi.. tp eloklah baca.. nabi kan buat?^_^
tahu tak ada banyak bacaan nabi baca untuk doa iftitah.... salah satu nya yang kita selalu baca.. n ada yang cuma 3 ke 4 ayat.. macam tu..inshaAllah aNA akan kongsikan.. tapi bukan pos kali ini.. maklumlah... laptop belum cukup canggih.. susah skit nak taip jawi... ngeee... inshaAllah...

AL-FATIHAH..
baca macam biasa.sunnah dimulakan dengan ta'awuz "a'uzubillahi minash shaitonir rajim"

bagi imam,
  1. Maghrib, Isyak, Subuh- dibaca Jahr(terang, kuat)
  2. Zuhur, Asar- dibaca secara Sirr (jgn kuat2 ^_^)-kalau kita baca kuat jang risau.. tak batal.. tp nyer.. bersalahan dengan sunnah Nabi...
tapi perlu diingatkan... al-Fatihah adalah rukun Qauli dalam solat.. jadi bacaan perlu di dengar oleh telinga kita...kalau baca dalam hati mulut miming.. tak aci... (aNA guna bahasa2 ni agar mudah difahami, ok ke?) kena lafaz di mulut.... tapi ketika jemaah, jangan sampai ganggu kekhusyukan orang lain..... cukup sekadar kita yg dengar... huhuhu.. mungkin ada yg kate susah or tak boleh.. ustaz kata boleh... practice make perfect.. yeay!

tambahan untuk solat jemaah.
  • jangan terlalu panjang masa berjemaah
  • pendekkan bacaan ketika maghrib dan isyak
  • rakaat pertama solat subuh dan isyak dipanjangkan(tujuan... lebih ramai makmum boleh ikut)
SURAH LAZIM

macam biasa... baca surah apa2 takpe...
kalau time berjemaah, patut tak patut kita tegur kalau imam baca salah...
ada yang kata tak perlu tegur,, kan baca surah tu sunnat jer
ada pendapat lain, lebih baik tegur, kan ayat Quran
tak dapat betulkan time solat, kenapa tidak kita bagi tahu dia lepas solat... kan lebih baik....

RUKU'

berdasarkan hadith, cara NABI ruku'.. belakang flat, 90 degree dengan kaki... perpendicular gitu... boleh tengok dalam link yg aNA letak kat atas tadi..... kepala jangan naikkan ke atas... tunduk menghadap ke tempat sujud........ sebelum ruku'. angkat takbir dulu... baru ruku'

extra: Nabi masa jadi imam... akan buat perbuatan dulu baru sebut allahuakbar... maksud aNA time nak berubah, dari qiyam ke ruku' dsb.. tujuan nabi adalah untuk menjaga ma'mum.. kan makmum tak boleh mendahului perbuatan imam... betapa setiap perbuatan nabi itu penuh hikmah......... subhanallah....

tadi dah cerite posture badan camne... tertanya-tanya tak tangan letak camne... menurut hadith, tangan nabi.. tegak.. telapak tangan di letakkan di lutut.... dan jari2 nabi direnggangkan..... ni aNA nak cerita pengalaman aNA.. wallahua'lam.. kalau aNA salah, betulkan aNA.... sebelum ni.. tangan aNA akan rapatkan ke badan... maksudnya siku aNA akan ada kat pinggang.. kira lipat 90 degree... lepas g kem.. aNA try.. buat dua2 cara... maksudnya cara yg aNA buat dengan cara yg ustaz ajar... aNA tengok kat cermin...aNA perasan.. posisi aNA takkan jadi 90 degree.... bila aNA tukar... agak la nak ke 90 degree tu.... aNA baru ubah.. tu sedikit kekok... inshaAllah.. mudah2n akan lebih sempurna sooner.....

bacaan pulak macam yang selalu kita baca... ruku' pun ada banyak cara nabi baca..... even ada zikir yang selalu kita baca pas solat tarawikh pon rupanya salah satu bacaan ruku' nabi..

insyaAllah aNA akan kongsikan entri akan datang sekali dgn doa iftitah.... inshaAllah...

I'TIDAL..
sama dengan angkat takbir

extra: ada 4 tempat nabi angkat takbir.. jengjengjeng
  1. takbiratul ihram
  2. nak ruku'
  3. i'tidal
  4. bangun daripada tahyat awal nak ke rakaat ketiga....
menarik di sebalik bacaan i'tidal
diceritakan oleh ustaz affuan waktu kem haritu.....aNA tak berapa nak ingat full story... kisah ni berlaku pada sahabat karib Nabi SAW... saidina Abu Bakar as-Siddiq... Abu Bakar adalah sahabat nabi yang tak pernah miss solat berjemaah dgn nabi walau satu rakaat...

tahukah sahabat2 bagaimanakah rakaat dikira.??? rakaat berasal daripada perkataan ruku'.. jadi kalau solat berjemaah, kalau dapat ruku' dengan imam kira dapat rakaat terbabit..

berbalik kepada kisah saidina Abu Bakar RA..... satu hari tu, aNA tak ingat time tu solat apa.... Abu Bakar nak berjemaah bersama nabi..... tapi ketika itu Abu Bakar menolong seorang tua... (arg tak ingat gak Abu Bakar tolong apa..asif -_-) agak mengambil masa... Abu Bakar risau tak sempat dapat rakkat pertama dengan Rasulullah... rupanya Rasulullah telah memanjangkan rakaat pertamanya...... selesai membantu, Abu Bakar terus masuk berjemaah... dan beliau sempat ruku' bersama nabi... tahukah apakah ucapan Abu Bakar.. ALHAMDULILLAH.... (kalau kita bukan nak kejarkan.. lek lu.. tunggu masuk rakaat baru, baru nak ikut jemaah).. subhanallah... tahukah ketika itu juga Allah membalas ucapan Abu Bakar itu dengan mewahyukan kepada nabi ucapan 'sami'Allahu liman hamidah" yang bermaksud 'Allah mendengar orang yang memujinya'... subhanallah.. sweet nya Allah....nabi mengucapkan kalimah itu ketika i'tidal... sejak daripada itu lah bacaan i'tidal berubah... sebelum ni sama... dengan lafaz takbir... subhanallah... mulianya Abu Aakar di sisi Allah.. mana tempat kita.. adakah kita akan bersyukur dengan sekecil2 perkara?? inshaAllah.. berusahalah aNA....

aNA rasa cukuplah dulu setakat ni... nnt aNA sambung lagi inshaAllah.. aNA terlalu ambil masa menulis.. maaf buat yang ternanti2..... wallahua'lam

janji aNA di awal tadi...

Rukun Solat
  1. qiam
  2. niat
  3. takbiratulihram
  4. membaca alfatihah
  5. ruku' dan tama'ninah
  6. i'tidal dan tama'ninah
  7. sujud dan tama'ninah
  8. duduk antara dua sujud
  9. duduk tahyat akhir
  10. membaca tashahud akhir
  11. selawat ke atas nabi
  12. salam
  13. tertib

^_^ kalau aNA ada salah betul kan ye...

senyum sokmo deh.. renung2kan dan selamat beramal ^_^ wallahua'lam

bittaufiq walhidayah, wannajah, wajannah(ameen)

wassalam

p/s: mungkin aNA ada tertinggal isi2 yang patut.. sesiapa nak tambah or ada soalan boleh terus tinggalkan komen, deh??? ^_^

No comments: