Tuesday, March 15, 2011

KEM SMART SOLAT

bismillahirrahmanirrahim


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu


clean it up.. Ya Allah berapa kurun dah terbiar bilik ni! habuknya seinchi, sawangnya boleh buat 10 set bulletproof vest.. tak perlu nak synthesis kevlar(chemistry is fun)...

pertama-tamanya, aNA nak mohon maaf sebab lama tak update(chet perasan ramai pembaca setia.. sikit tak peduli).. aNA baru sahaja selesai TRIAL A-LEVEL... alhamdulillah.. i've try my best.. seriously.. trial really show me my weaknesses.. which part, which subjects.. bla bla bla.. obviously mestilah each subject ada part yang kita lemah.. insyaAllah terus berusaha untuk a-level yang tinggal kurang daripada dua bulan ni..... teruskan usaha!!!!!!!!!! yosh!!!

habis jer trial aNA telah mengikuti KEM SMART SOLAT... half pesserta half urusetia.. huhuhu

aNA nak berkongsi serba sedikit pengalaman dan pelajaran yang aNa peroleh di sana

11 Mac 2011
habis exam pd jam 4.05 minit, aNA terus ke pejabat HEA atas urusan sponsor meeting.. agak lama lah tak jumpa dengan pihak sponsor.... gedebak gedebuk banyak nak kena settle... mendapat suntikan semangat sebab jumpa sponsor heheheh... inshaAllah terus berusaha!!!!!!!!!!

ikut jadual, bas bergerak pukul 5 petang.. jadinya, aNA tak sempat nak ikut naik bas... sebab dah lewat.... decice dengan sahabat2 naik KTM ke batu caves... lagi lupa plak aNA nak bagitahu, kem ni dekat Riverstone, Hutan Lipur Tua, Batu Caves.

nak jadikan cerita lepas maghrib pun kami bergerak ke stesen seksyen 19.. gedebak gedebuk dalam tren samapai dalam pukul 10 lebih kot... kami berenam 4 muslimat 2 muslimin... body guard heheh(gurau2).... sampai jer kami solat dulu..tunggu nyer tunggu takda teksi... last2 susahkan ustaz affuan n isteri serta sahabat beliau akhi syakir.. syukran2.. dalam kul 12 lebih dekat pukul 1 kot baru sampai... not that certain

jadinya kami terlepas slot malam tu, slot ijtihad... rugi tak rugi.. bukan rezeki kami

12 mac 2011
pagi kami bermula dengan qiyamullail.. kami bersiap sedia pukul 5.15 macam tu.
pengalaman di Riverstone.. pukul 12 malam semua bekalan termasuk elektrik dan air diputuskan.. memandangkan bekalan elektrik disini menggunakan generator... hohohohoho pengalaman kan....

lepas solat subuh, pertama kami dalam hidup aNA kami baca AL-MA'THURAT KUBRA... seumur hidup...... baca satu buku ma'thurat tu sepenuhnya.. kalu tak baca yang ada bintang2 jer...

lepas ma'thurat kami diberi masa khidmat diri dan sarapan...

alhamdulillah, setelah semua selesai mengerjakan solat dhuha, slot bermula 8.30 pagi.. kami mula berbincang berkenaan SMART SOLAT.. solat berdasarkan SIFAT SOLAT NABI..

sebelum itu,

antara buku yang dicadangkan oleh ustaz adalah:
  1. Formula Solat - Dr Zaharuddin Abdul Rahman
  2. Sifat Solat Nabi- Sheikh al-Bani
banyak term2 bahasa arab yang aNa belajar.. so inshaAllah sepanjang entri kali ni ada beberapa perkataan yang aNA akan kongsikan

apa yang aNA kongsikan ini adalah berdasarkan kaedah tarjih(yang terpilih- maksudnya, contoh ada banyak mazhab, kaedah mana yang dipilih oleh pembentang)..pembentang adalah Ustaz Affuan Che Mansor Hafizahullah yang mewakili pembentang yang asal Ustaz Ridhauddin Mohd Salleh Hafizahullah.. plus.. sepanjang kem, kami dibentangakan terlebih dahulu dengan dalil dan hadith.. namun entri aNA ini aNA akan direct terus kepada cara... dalil mungkin boleh rujuk kepada ustaz ^_^

AZAN DAN IQAMAH
  • mudah, dilaungkan maksudnya masuk waktu
Kelebihan azan dan muaazin
  • muazzin dimuliakan Allah
  • doa tak ditolak (esp selepas azan dan semasa perang)
  • semua makhluk termasuk jin dan haiwan akan menjadi saksi kepada orang yangmelaungkan azan di akhirat nanti
  • andai manusia tahu betapa baiknya muazzin dan saf pertama, pasti akan berebut-rebut-hadith tapi aNA tak ingat matan sebenar
  • azan kalahkan syaitan.. ada disebut dalam hadith sahih apabila azan, syaitan akan berlari terkentut-kentut
  • hadith juga- siapa yang azan 12 tahun wajiblah syurga ke atasnya.
  • antara azan dan iqamah adalah waktu mustajab berdoa
Bilakah azan difardhukan
  1. Ibn Itbhan- di Makkah
  2. Abu Bakar Munzir- Madinah
  3. Anas bin Abdul Malik - isra' mi'raj
pendapat terpilih
  • azan difardhukan di Madinah selepas berlaku musyawarah antara para sahabat. cadangan dalam musyawarah: menggunakan trompet atau loceng. akhirnya bilal diminta untuk memanggil orang menunaikan solat. asalnya.. bilal hanya melaungkan "AS-SHOLAH, AS-SHOLAH... kemudian Abdullah dapat mimpi, allah mengajrkannya cara azan
  • sebab kalau kat Makkah, Nabi Muhammad masa kat Makkah mendapat tekanan dan tentangan... kalau dah start azan time tu, kan bahaya
extra: sunnah nabi. nabi belah rambut tengah.. mula2 ke belakang macam ahli kitab . jadi tak kisah kebelakang atau belah tengah dua2 sunnah nabi...^_^ sikat tepi tak pernah dengar plak


Senarai Muazzin
  • MADINAH- Bilal bin Rabah, Amri bin Ummu Makhtum al-Quraisyi
  • MAKKAH-Abu Mahzurah (Aus bin Mughirah)
  • QUBA'-Saad Qarath(saudara Ammar bin Yassir)
extra:

menarik tentang Bilal... dulu ramai pertikai kenapa Bilai yang dipilih jadi muazzin.... Biklal seorang yang berkulit hitam dan suaranya tidak sedap... bahkan sebutan ASYHADU(اشهد) dalam azannya juga tak tepat... sebutan ASY(اش) hanya AS (اس).. namun sabda NABI, as-sin di sisi bilal adalah as-syin di sisi Allah.. subhanallah

tahukah anda... Nabi akan ke masjid Quba' seminggu sekali.. dan Nabi akan berjalan kaki setiap kali ke masjid Quba' yang jaraknya lebih kurang 5 kilometer jarak perjalanan sekarang...
kena ulanmg

Hukum azan
  • Shafie, Hanafi , Maliki : Sunnat
  • MAjoriti imam2 dalam Mazhab Hanbali: Fardhu Kifayah
  • Fardhu Ain
Pendapat terpilih: Fardhu Kifayah

Hukum solat tanpa azan
  • kalau pegang fardhu kifayah tak perlu ulang
  • kalau pegang fardhu ain kena ulang solat
At-tarji' (raja'a- balik)
azan diulang kepada diri sendiri terlebih dahulu baru dilaungkan.. tujuan untuk mengingatkan diri. ada sahabat buat, Nabi SAW tak larang(taqrir-pengakuan).. jadi ok

extra: Sunnah/Hadith Nabi adalah segala yang disandarkan kepada Nabi SAW... perbuatan, perkataan dan pengakuan

bacaan AS-SHOLATU KHAIRUM MINAN NAUM(tak ingat nama bacaan ni)
  • ahli hadith-lebih dikenali salafi- bidaah
  • sunnah-ada sahabat(tak ingat nama) pernah buat nabi tak larang
extra:
ahli hadith: berpegang teguh pada hadith sahih.. kalau hadith Nabi golongan ahli hadith ambil bulat2 daripada hadith


siapa azan dia mesti iqamah??
harus. tiada hadith yang melarang
pendapat terpilih
al-Qaasam ibn Qadanah & al-Bughowi- siapa azan, dia iqamah (dari segi ayat tidak mewajibkan... maknanya ok jer orang lain azan, orang lain iqamah. namun raikanlah suasana... maksudnya tengok tempat.. kalau tempat tu kebiasaannya siapa azan dia iqamah, ikut lah..^_^

tiada wudu' untuk azan?
ok.. tak diwajibkan wudu'.. berwudu' adalah adab... selagi boleh, beradablah... tak susahkan.. lepas tu boleh terus solat ^_^

hadap qiblat?
sunnah

azan ambil upah?
  • Shafiee & Ahmad : harus
  • Hanafi: haram
  • Jumhur Ulama': makruh
Tuntutan Azan
  • dilaungkan kuat
  • toleh kanan kiri (haiya 'alassholah, haiya 'alalfalah)
  • 2 jari sunnat letak kat telinga
  • tak terlalu laju
  • di awal waktu
  • dituntut walaupun seorang
  • merdu
Hukum jawab azan
  • Hanafi- wajib
  • ulama'- sunnat
Keluar masjid ketika azan adalah dilarang

Azan untuk selain solat
  1. telinga kanan bayi
  2. ketika ditimpa bencana
Iqamah selain solat
  1. telinga kiri bayi
Azan Jumaat
Azan 2 + 1 iqamah
harus
zaman Othman ada buat sebab maslahah

Tanpa iqamah
Sah

Waktu berdiri

extra: nabi larang tashbik(jari2 kanak kiri bercantum berselang seli) dalam masjid
ada yang berpendapat larangan ini adalah larangan buat don't know jer dalam masjid.. sedangkan andai melakukan amal di dalam masjid spt baca quran, berzikir mahupun solat sunnah sangat besar ganjarannya wallahua'lam

sahabat nabi bernama Saa'ib bin Yaazid
maaf aNa tak berapa nak ingat cerita sahabat ni.. inshaAllah kalau aNa jumpa aNA share nnt..
  • sahabat ni waktu kecik2 dulu dia selalu sakit.. nabi ubatinya dengan menyapu air ke kepalanya dan diberi minum air wudu' nabi.. akhirnya Saai'b sembuh(mu'jizat Allah)
  • Saai'b ikut nabi berhijarah masa umur 3-5 tahun.. subhanallah.. kecik lagi kan??? bukti Nabi menyampaikan Islam secara menyeluruh
  • nabi wafat semasa Saa'ib berusia 13-15 tahun.
  • Saa'ib antara sahabat yang panjang umurnya.. ketika umur 60 masih gagah seperti usianya 30 tahun.. dan ikut berperang..apabila ditanya kepadanya apakah rahsia 'awet muda'(bahasa aNA)? Nabi SAW mendoakannya BARAKALLAHUFIK dan minum air wudu' nabi
  • ketika menggalnya Saa'ib rahimahullah, hampir keseluruhan rambutnya putih.. cuma ada satu bahagian yang hitam.. bahagian itulah yang disapu nabi semasa Saa'ib kecil dahulu... subhanallah.....

aNA rasa setakat ini dulu kali ini. banyak lagi yang nak dikongsikan sebenarnya. tapi takpe.. inshaAllah akan ada sambungan nya... daripada aNA malas terus nak taip banyak.. "Baligha 'anni walau ayah" ^_^.. aNA risau panjang sangat sahabat malas nak baca(base on pengalaman sendiri.. hehehheh-jangan sama kan orang dengan diri sendiri lah aNA)

pasni aNA sambung lagi.. remind aNA ye... banyak yang aNA dapat esp tentang betapa flexible nyer solat... as long as bersandarkan pada nabi.. sabda nabi "shollu kama roaitumuni usholli"^_^..... ada lagi kisah2 sweet yang aNA nak kongsikan... juga pengisian dan kesedaran yang diberikan yang begitu menyentap jiwa...... alhamdulillah aNA bersyukur diberikan kemudahan dan kelapangan untuk menyertai program kali ini

wallahua'lam.. bittaufiq wal hidayah

senyum sokmo deh.. ^_^

p/s: ada tersilap bg tahu ek


2 comments:

anis nadyra az said...

smart..!
kak nad.. rajin2 tulis la lagi.
jazakillah :)

223 said...

bagus2, ko mmg workaholic. aku sampai 2nd half dh xtulis dh, penat glerrr, dh la detail.

Ibn Itbhan- di Makkah (which is aku rase Ibn Hibban kot spatutnye)
as-solatu khairun min an-naum tu taswib kan (ta sadh wau ya ba)? kalau xsilaplah
al-Bughowi (al-Baghawi rsenye)

kalau kitorg bodyguard, kne blanj....