Monday, August 29, 2011

WARKAH A-LEVEL FINALE ~siaran tertunda

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

hari yang ke 29 ramadhan.. Allah, cepatnya masa berlalu.. sedar mengenai hakikat ini, namun hambaMU masih lagi alpa, kian lalai dan terleka... terimalah amalah kami yang kecil ini Tuhan

masih ingatkah janji aNA dalam Warkah A-level #18, akan aNA catatkan warkah terakhir apa yang berlaku dengan result a-level aNA...

seperti yang tercatat pada tajuk, warkah ini warkah tertunda. seperti mana yang semua sedia maklum, result aNA telah pun diumumkan 18 Ogos yang lepas. jadinya kira-kira lebih sepuluh hari aNA lewat.. sebelum aNA sambung, aseef jiddan aNA pohon kerana banyak janji yang aNA tak tunaikan... eg: aNA janji nak post tentang sesuatu perkara, tapi aNA tak post. aNA perasan dah beberapa kali dah.. aseef.. kelemahan diri aNA sendiri.. -_-"

baiklah... aNA rasa ramai dalam kalangan pembaca dah tahu result aNA(bajet terkenal)....

pada hari keputusan diumumkan, aNA tak ke INTEC untuk mengambilnya terus daripada Puan Rita, Ketua Program A level INTEC, tetapi aNA memilih untuk menyemaknya online.. hari-hari dalam penantian, begitu mendebarkan... sampai dah habis debaran yang ada... (hiperbola sikit)... masa tu lebih kurang 1.45 petang, rakan sekelas aNA, Geraldine memaklumkan keputusan telah pun keluar... kalau ikut jadual pukul 2. pagi2 lagi aNA dah key in data (username & password) tinggal tekan log in... dengan sebelah tangan menutup mata (sambil mata mengintai di celah2 jari), sebelah tangan lagi menggerakkan tetikus dan klik pada log in.. kemudian kedua-dua tangan becantum, menutup mata sementara loading. bila page berkenaan dah terpampang, aNA tengok sekali lalu.... ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR... berderet kebawah A. Ya Allah.. tak terkata... mengalir titisan hangat ke pipi.. aNA berlari keluar bilik dan terus mendakap ayah di hadapan pintu bilik, yang tertanya-tanya tentang keputusan aNA.. "ayah, 15..." terus aNA berlari mendapatkan ibu pula di bilik... ayah aNA pula mengaambil tempat di hadapan laptop aNA untuk melihat sendiri keputusan aNA...

sujud ku sembahkan atas kesyukuran tak terhingga atas segala kurniaan...  terlalu besar.. apakah ini anugerah atau ujian... siapa yang lebih mengerti?? sejak pagi, sahabat2, junior2, tak putus2 bertanya khabar result aNA.. even sahabat dari Perth membuat penggilan...

pelbagai berita juga aNA terima daripada sahabat2 melalui wall facebook aNA. ada yang berjaya, ada yang cemerlang. ada juga dalam kalangan sahabat-sahabat aNA yang mungkin bukan rezeki mereka...
ingin aNA pinjam ayat sahabat aNA~ Dina Farhana


so the results were out.
which eventually demands certain actions to be made in our life.
some are being too grateful that they think miracles happened in their life.
some had everything in their hand, going according to what they planned.
some are given a second chance to fix some mistakes they'd done.
some choose to retrieve what they think they should get.
some decide to have a turning point in their life.
some are planning an alternative route for their future.



tapi satu, ketahuilah, aNA begitu kagum dengan kekuatan yang ada pada kalian.. tahap redha yang tinggi, juga optimis. walaupun tak berjaya mencapai cut of point, tapi kalian terus bergerak menghubungi penaja dsb, and also searching for uni.. begitu proaktif.. teruskan sikap kalian yang tidak mudah mengalah itu! kita merancang, Allah juga merancang.. ketetapanNYA adalah yang terbaik. mungkin ada yang akan menganggap itu adalah ayat cliche yang diberikan kepada mereka yang menghadapi ketetapan bukan seperti dirancang.. tapi itulah hakikatnya.. aNA tak tahu, apa lagi yang mampu aNA katakan. mana ada doktor yang boleh rawat diri sendiri, kan? berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...  Dia lebih mengetahui segalanya


ada juga sahabat aNA yang masih belum  dapat dihubungi.. KUATKANLAH HATIMU TEMAN... 

ku dedikasikan lagu ini buat semua,





Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia 

 wallahua'lam,

p/s: ALL THE BEST BUAT SEMUA, waima apa pun bidang, walau di mana pun kita semua, gambatte kudasai, DON'T LOOK BACK DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK! YOSH!

ada dalam kalangan adik-adik di INTEC yang bertanya tentang rahsia kejayaan, dan cara menguruskan masa untuk akademik dengan kesibukan berpersatuan. ustaz aNA selalu kata orang yang sibuk adalah orang yang paling banyak masa.believe it. setiap orang ada cara sendiri dalam pengurusan masa dan belajar. last minute ataupun berterusan. terpulang stail masing-masing. terus-terang, semester 1-3 aNA memang busy. menguruskan 3 persatuan & komitmen terhadap usrah(this one sampai sem 4) juga mengendalikan dan menghadiri pelbagai jenis program. nampak hebat, tapi ketahuilah ada yang jauh lebih hebat daripada aNA. aNA bukan seorang yang boleh fokus on study semata-mata plus, aNA memang suka berpersatuan. dan program.. hehehhe. semua depends on diri sendiri. ikut kemampuan. nanti sampai semester 4(for those yang ambil A-Level) dah free from everything. mula merindui kerja berpasukan. time tu isi lah masa elok2(walaupun diri sendiri masih berusaha untuk manage masa dengan baik)... 

satu aNA nak luahkan, terima kasih atas doa2 kalian (parents,  nenek, adik-beradik, relatives, lecturers, teachers, friends, juniors, rakan2 seperjuangan dan orang sekeliling) untuk kejayaan kami semua. ingatkah kalian akan post aNA tentang Ramli & Ramlu... entah mengapa kuat hati ini bersuara kalianlah Ramli dalam hidup aNA... berkat doa kalian, dimakbulkan... alhamdulillah... Ya Allah, atas segalanya...

of course for all the guidance, lectures (lecturers) and support from all, juga sahabat2 yang sudi memberi penerangan dan menunjukkan jalan kerja, n berusaha memahamkan aNA yang kadang-kadang blur2.. huhuuuuuuu thanks a lot...

juga satu perkara yang ingin aNA kongsikan. juga peringatan buat diri sendiri yang selalu terlupa. dalam semua perkara, sunnatullah adalah seiring dengan syariatullah. contoh dalam konteks belajar. sunnatullah nya adalah siapa berusaha lebih dia akan dapat lebih. jangan dilupakan syariatullah, segala ketetapan(takdir~kalau dalam konteks belajar, kejayaan kita) adalah dalam tanganNYA, maka jangan lupa berdoa (ibadah yang telah menjadi kewajipan OF COURSE jangan pernah ditinggalkan)...

sengaja aNA kepilkan result aNA. mudah-mudahan menjadi inspirasi buat sahabat-sahabat, adik-adik yang akan menduduki A-Level. juga ketahuilah aNA tak hebat mana, semua ini anugerah Allah... tahniah buat semua sahabat.. especially for those yang ada A* berkelip-kelipan diangkasa.. hahahah... 

kalau ada yang tengok keputusan aNA ni terlintas "ala biasa-biasa je keputusan ni".. ya aNA setuju biasa sahaja. "aku pun boleh dapat". inshaAllah berusahalah! aNA yakin antum semua boleh dapat jauh lebih baik daripada ni.. bintang bukan satu tapi tiga. JIA YOU!




p/s: p/s: dalam proses untuk menguruskan visa... inshaAllah september ini aNA akan berangkat ke United Kingdom. alhamdulillah, telah mendapat tempat di The University of Sheffield course BSC Chemistry(F100) selama 3 tahun... tak sabar di samping berdebar untuk menjadi perantau di negeri orang. semoga dipermudahkan segala urusan... ameen... kembara di bumi Tuhan mengagumi kebesaranNYA..


~ramadhan dirindui syawal dirai~

Sunday, August 21, 2011

Ramli vs Ramlu

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

sekian lama membiarkan labah-labah membina sawang di blog ini.

apa khabar semua? macam mana Ramadhan... kini fasa ketiga Ramadhan telah pun tiba, fasa pembebasan daripada api neraka. sepuluh malam yang terakhir, yg ada salah satu daripada malam-malam itu dijanjikan oleh Allah dengan malam lailatul Qadr.. mudah-mudahan kita diberi peluang bertemu dengan malam yang lebih baik daripada seribulan itu.. Allah memikirkan layakkah diri ini, mengapa tidak terus berusaha dan terus asa.

sebelum peperiksaan A-Level bermula, persatuan ALMECINTEC telah mengadakan majlis solat hajat untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki A-Level. ~credit to all the committee members yang terlibat. alhamdulillah bersempena dengan majlis tersebut turut diselitkan kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Ridhauddin. jadi untuk post kali ini aNA ingin kongsikan analogi Ramli dan Ramlu yang ustaz sampai dianalogikan dalam kehidupan kita sebagai manusia, hamba Allah.

Ramli dan Ramlu kawan baik. mereka tinggal di kampung yang sama. Mereka sebaya, bersekolah di sekolah yang sama. Ramli ni seorang yang amat mesra dan ramah. beliau ni rapat dengan orang kampung. kalau ada kenduri rajin menolong, rajin ke masjid. Orang-orang kampung begitu senang dengan Ramli. namun Ramlu pula sikapnya berlawanan dengan Ramli. mungkin tak perlu aNA jelaskan. bayangkan satu hari kedua-dua mereka mendapat tawaran untuk belajar ke luar negara. fikir-fikirkan adakah dengan sikap Ramlu, dia akan mendapat bantuan daripada orang-orang kampung baginya untuk melanjutkan pelajarannya? jawapan ada dalam hati anda. disebabkan kehadiran Ramli dan sikapnya yang begitu baik dengan orang kampung, Ramli dan Ramlu, kedua-duanya mendapat sumbangan daripada orang kampung.

cerita ini adalah analogi kepada kita sebagai manusia. antara orang yang sangat rapat dengan Allah, kuat beribadah, sangat2 bergantung kepada Allah di samping usaha, hatinya tidak berhenti mengingati Allah, lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah berbanding orang yang culas dalam beribadah, ketenangan dicari dengan hiburan semata, pergantungan kepada manusia dsb. mana yang Allah akan lebih memakbulkan permintaannya. sekali lagi jawapan ada dalam hati anda. wallahua'lam. aNA setuju sesuatu doa untuk terkabul tu kerja Allah, kenapa aNA mesti pertikaikan.

berdasarkan analogi inilah, ustaz berpesan, setiap kali berdoa, bukan hanya berdoa dalam bahasa 'aku' bahkan 'kami'. siapa tahu adakah kita Ramli mahupun Ramlu, kan?

contoh doa:
  1. buat orang yang nak kaya: Ya Allah,  kurniakanlah kami, orang-orang mukmin, kekayaan material agar kami dapat menunaikan zakat.
  2. nak berjaya: Ya Allah, izinkanlah aku dan sahabat-sahabat aku sekaliannya berjaya dalam peperiksaan A Level dsb
bahkan nabi juga menggalakkan seseorang muslim untuk mendoakan saudaranya berdasarkan hadith seperti yang berikut,

Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan saudara yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘amin' dan dia pun memperolehi apa yang saudaranya peroleh”. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Sahih Muslim no. 2733)

40:60


And your Lord says, "Call upon Me; I will respond to you." Indeed, those who disdain My worship will enter Hell [rendered] contemptible.

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.


wallahua'lam

Friday, August 12, 2011

Al Mawlid

bismilllahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

kabare? imane piea? ramadhan ne agek pirang dino wes kabeh wong wes sibuk mainkan lagu2 raya koyok wes arep bodo tenanan... adus..

translate:
apa khabar? imannya? ramadhan baru berapa hari semua orang dah sibuk mainkan lagu2 raya macam dah nak raya sangat (memang translate bulat2 kalau ada perkataan yg sebijik sebijun tu aNA tak tahu/tak ingat exact word nak guna)

betul atau tak, pendapat aNA lagu raya yang terlalu awal dimainkan mengurangkan semangat Ramadhan itu sendiri... kan? kalau aNA salah tolong betulkan.. entahlah...

by the way(btw) let's back to our topic. bulan-bulan puasa ni, whatever it is, aNA gembira sedikit sebanyak suasana Ramadhan ada juga terasa di corong-corong radio (esp of course IKIM) n di kaca televisyen(walaupun tak banyak, at least rancangan2 pengisian minda dan hati alhamdulillah banyak.. aNA mengidam kalaulah hari2 biasa pun suasana ni boleh wujud..~harap maklum rumah aNA tak dapat TV Hijrah~usaha nak mencari kurang)

media takkan begitu memuncak tanpa kehadiran artis, kan3? huhuhu(salah satu faktornya lah) alhamdulillah, walaupun berita yang aNA nak sampaikan ni seems lapuk ditelan zaman, aNA gembira untuk berkongsi. tetang artis2 Malaysia yang berhijrah kepada membawa mesej Islam daripada sekadar membawa mesej2 cinta manusia yang menguntum, ditinggal dan meninggalkan(merepek banyak sangat)..

al-Mawlid, sebelum ni dah beberapa ketika aNA pernah dengar lagu mereka diputarkan di corong radio IKIM cuma aNA buat biasa-biasa sahaja. semalam, aNA berkesempatan menonton Ini Kisahku( rancangan special Ramadhan di TV9) lebih kiurang dalam 5 minit yang terakhir sebelum program tamat siarannya. masa tu salah seorang ahli al-Mawlid ditemu ramah .kalau tak silap aNA dia adalah Amer Munawer. kagum melihat perubahan yang berlaku padanyadan kawan2), kala memikirkan tetang matlamat apakah sebenarnya yang ingin dicapai. lepas menyanyi dapat duit kaya, lepas kaya??(lebih kurang macam tu aNA tak rakamkan exact words) mungkin nampak biasa sahaja perubahan ini.. iya lah, soal matlamat dan perjuangan hidup, sejak dari kecil kita diterapkan dengan benda ni. tapi apa jadi, adakah kita benar-benar mengaplikasikannya? tepuk dada tanya iman. -_-" aNA sendiri sampai ke besar dah nak dekat 20 tahun, sangat kerap diperingatkan tentang matlamat, setiap satu perkara yang kita buat. namun kerap jugalah lalai akannya, kadang kala apa yang aNA fikir " tak apa lah"... Allah.....

benar hidayah itu milik Allah. Hak Allah nak bagi hidayah tu kepada siapa yang dikehendaki. moga2, kita semua terpilih dalam golongan yang menerima dan kekal dalam hidayah Allah

يا مقلب القلوب
ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك
ثبت قلوبنا بالايمان
يا الله 

tahniah buat al-Mawlid! teruskan perjuanganmu demi Islam...


selawat yang dilagukan secara kontemporari... sesuai dengan suasana sekarang di malaysia terutamanya, di mana para remaja amat tertarik dengan hiburan... dengan rentak dan gaya yang menarik, inshaAllah mudah-mudahan matlamat dapat dicapai....

aNA teringat pada seorang sahabat, beliau amat meminati nasyid. melagukan juga mendengarnya.
katanya:

" ramai kawan2 bertanya mengapa minat nasyid sgt.. kerana, lirik nasyid mampu memberi panduan kehidupan sebenarnya.. masih yang utama quran dan as sunnah dalam memberi panduan namun lirik lagu nasyid menyedarkan kita secara tidak langsung.. tidak kisahlah mulut kwn2 berkata affan bernasyid nak femes ke, perasan suara sedap ke atau berlagak hebat ke.. yang penting aku tahu matlamat mengapa aku bernasyid kerana ingin menyampaikan sesuatu kepada diri yang lemah ini dan rakan-rakan di sekeliling agar kita sentiasa diperingati selalu.. . ".~quoted from http://shezzla.blogspot.com/2011/08/mengapa-berat-hati-untuk-berbudi.html

setiap orang mempunyai minat yang berbeza, macam aNA juga nasyid merupakan salah satu pilihan hati.. since sekolah rendah lagi aNA minat.. aNA mempunyai pandangan yang sama seperti beliau... nasyid  juga mampu menyentuh hati.. at least mampu untuk trigger hati untuk dekat dengan agama. contoh lagu-lagu nasyid yang agak menyentuh hati aNA dalam nilai kehambaan adalah Epilog Silam~Haikal, Layar Keinsafan~Mestika, Jalan Pulangku~UNIC dan banyak lagi... ingatan terhadap nabi Binnabilhuda~UNIC, juga Al-Mawlid ^_^V dsb... 

method berdakwah itu pelbagai. janganlah pula semua asyik tertumpu pada hiburan sahaja sehingga melupakan cara konvensional seperti berpesan directly dalam ceramah, kuliah, tazkirah, forum dsb even kelas agama... kita masih amat memerlukan cara-cara sebegini dalam input pembentukan fikrah, kefahaman dalam agama... setiap orang ada kepakaran masing-masing, ikutlah, mana2 yang bersesuaian demi usaha menyampaikan Islam kepada semua!



jangan terkejut aNA bukan pengikut setia murai.com, cuma i did some research to get news about Al Mawlid.




kat atas ni video nyanyian Amer Munawer yang bertajuk Seluruh Mahabbah

boleh like page Almawlid n Amer Munawer

aNA tidak dibayar untuk promosi ye, cuma benda baik kenapa tidak untuk berkongsikan ^_^V

Dakwah pelbagai cara.... Be creative... harus diingat dakwah juga perlu seiring dengan tarbiyyah diri ... 

p/s: tadi tengok Al-Hidayah, ustaz tu pesan sentiasalah berpesan kepada ketaqwaan

bertaqwalah aNA......

wallahua'lam

Friday, August 5, 2011

Andai Ini Wasiatku (video) ~updated~ Kak Ar

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah, inshaAllah, pada kali ini aNA akan kongsikan pula, titipan, Kak Nur Arfah di malam Andai Ini Wasiatku.. Wallahua'lam






p/s: T_T
especially to bunga kecik ke bunga comel yang kini berada di Kuching, jauh di mata, dekat di hati... saya rindu awak.. uhibbuki fillah

Wednesday, August 3, 2011

Andai Ini Wasiatku (Video) ~ original version

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah sebagaimana yang telah aNA janjikan, inshaAllah post kali ini adalah video majlis "Andai Ini Wasiatku" yang telah aNA hadiri 21 Julai yang lepas...adik-adik ALiS (alumni i-prokhas~ program persediaan ke luar negara khas untuk pelajar muslim anjuran HEP INTEC)


part 1 (1)


part 1(2)

wallahua'lam

p/s: T_T

aNA teringat waktu Kak Ar bagi pesanan, tiba-tiba Kak Ar stop, "eh, Nad?".. Kak Ar agak terkejut bagaimana aNA boleh ada di tempat kejadian, sedangkan i'm no longer an INTEC's student,  i was supposed to be at home, since i'm in holiday waiting for my result.... time tu memang aNA dah tak mampu nak sorok dengan junior-junior aNA, juga sahabat-sahabat ALG dan sahabat-sahabat "kampus yang berbeza"...~kantoi seludup

T_T nangis lagi... duhai murabbi

Tuesday, August 2, 2011

Andai Ini Wasiatku

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

salam ramadhan kareem, salam ramadhan al-mubarak

alhmadulillah, bersyukur ke hadrat Allah Taala, sekali lagi kita dapat bertemu dengan Ramadhan. Ramadhan digambarkan sebagai tetamu yang dinanti-nanti, membawa rahmat, rezeki dan maghfirah yang melimpah ruah.. Allah.. Allahumma bariklana fi syahri ramadhan....

hari-hari, jam-jam, minit-minit, saat-saat, detik-detik penantian kedatangan tetamu Ramadhan ini, aNA telah diberitakan dengan dua kematian. pertama lebih kurang 4 hari menjelang ramadhan, datuk saudara aNA Haji Samuri atau lebih dikenali dengan Atok Zahri dalam kalangan kami sekeluarga. semalam, kalau waktu Malaysia, dah masuk isyak, maksudnya dah masuk 1 Ramadhan bukan, aNA dikhabarkan tetang kematian seorang sahabat sebaya aNA, Fatin Fasihah binti Hanafi yang menghidap SLE.( aNA tak berapa nak pasti tentang penyakit ini. walaupun aNA dah search, masih kurang memahami tetang penyakit ini. cuma aNA tahu penyakit ini lebih menyerang kaum hawa berbanding lelaki dalam lingkungan usia 15-35 tahun.. wallahua'lam. siapa yang faham mohon terangkan deh). aNA pun tak berapa nak ingat sama ada aNA pernah mengenali sahabat ini, tapi her name sounds familiar. dan mungkin yang buatkan aNA berasa dekat dengan arwah, mungkin kerana aNA dan arwah pernah belajar di pusat persediaan yang sama, INTEC( International Education Centre(dahulu), College(kini)). aNA dimaklumkan yang beliau telah dua minggu koma dan dirawat di CCU di sebuah hospital di Mesir. al-Fatihah buat kedua-dua arwah.

Allah, mudah-mudahan, kembalinya mereka menghadap Ilahi, roh-roh mereka dicucuri rahmat, dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

baiklah berbalik kepada tajuk, "Wasiatku" ini bukanlah wasiat aNA. tetapi pesanan seorang murabbi yang telah pun berhijrah ke Kedah untuk menyambung pelajaran beliau.Kehadiran beliau dan zaujah benar-benar membuahkan titik perubahan di INTEC. Actions speak louder than words. beliau sering menasihati kami, wujudnya kami di sesebuah tempat, hendaklah menjadi agen perubah. mengubah keadaan setempat kepada yang lebih baik dan mewujudkan biah solehah. beliau telah membuktikan kata-kata beliau.

serba sedikit lagi tentang beliau, beliau adalah seorang lecturer, seorang murabbi, seorang akhi, kadangkala dirasakan seperti seorang ayah(ustaz belum 30 pun hu), yang amat dekat dengan kami para pelajar. pendekatan yang digunakan dalam kuliah-kuliah, ceramah-ceramah beliau, membuatkan kami berasa rapat, dan sering kami bertemu dengannya dalam mendapatkan penyelesaian permasalahan yang kami hadapi, tak kiralah dari sudut hati, environment, masalah ibadah, dan sebagainya. baiklah aNA akan sambung dahulu apa yang dititipkan oleh beliau dan zaujah, sebelum aNA menceritakan lagi lebih lanjut perihal beliau sekeluarga. beliau yang aNA maksudkan adalah Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh (lebih mesra dengan panggilan Ustaz Ridha)  dan zaujah beliau Ustazah Nur Arfah (lebih mesra dengan panggilan Kak Ar). meraka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel sedang membesar, itulah Aisyah Solehah dan Mohamad Muaz.. words that also represent them are Bayt Ridharfah.

Majlis: Andai Ini Wasiatku
Masa: 21 Julai 2011 9 malam
Tempat: Dewan Seminar Cemara

aNA turun ke Shah Alam sebenarnya untuk ke program WOW anjuran ILUVISLAM, INTELEK, dan ALUMNI BEE. sebelum tu aNA decide nak turun KL instead of Shah Alam, tapi bila dapat tahu tentang program ni aNA tukar plan last minute. serba salah juga nak masuk dalam kolej, al-maklum, no longer a student of INTEC. jadi masuk sebagai...... ) faham-faham sendiri

aNA masuk dalam dewan. lama kelamaan, dewan semakin penuh, sehingga melimpah ke luar. aNA rasa serba salah pada student INTEC yang terpaksa duduk di luar dewan. aNA rasa sepatutnya aNa yang yang duduk di luar -_-". program bermula dengan ketibaan yang diraikan Bayt Ridharfah masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat di atas pentas. saat itu, aNA tak tahu mengapa, mata mula bertakung memberi isyarat untuk melimpah. beteng yang dibentuk mampu lagi menahan empangan daripada pecah.

pesanan daripada Kak Ar(basiccally aNA akan kongsi apa yang terdaya/sempat aNA catatkan, mungkin isi semata-mata tanpa elaboration.. inshaAllah dalam masa terdekat, aNA akan kongsikan rakaman program terbabit)

kata beliau kami semua, dekat di hati hati beliau. mungkin juga kami akan merasakan pesanan yang bakal beliau sampaikan adalah biasa-biasa sahaja. namun begitu pesanan-pesanan itu diharapkan dapat menambah saham-saham di akhirat sebelum melangkah keluar dari INTEC. atas dasar mahabbah fillah perlunya saling nasihat menasihati.

Kak Ar pesan, kepada adik-adik muslimah(bahasa Kak Ar), pakailah dengan PAKAIAN TAQWA.. pakaian taqwa bereti pakaian yang akan mengingatkan kita pada hari akhirat kelak.

ingatlah, Allah menilai dengan setiap nilaian. adakah kita lupa padaNYA? 

pesan Kak Ar lagi, janganlah kita bersedih apabila seseorang meninggalkan kita, ataupun apabila kita meninggalkan seseorang. namun bersedihlah kamu sekiranya kamu meniggalkan Allah SWT. setiap perkara yang ingin kita lakukan, fikirkan, apa pandangan Allah terhadap kita nanti.

buat para muslimin, barisan yang akan memperjuangkan Islam berdasarkan kepakaran masing-masing. kepakaran yang ada 'relate'kan dengan akhirat. mudah-mudahan menjadi saham untuk jumpa dengan Allah di Akhirat.

satu lagi pesanan Kak Ar. berhati-hatilah dengan cinta, jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. 

(kelebihan lagi Bayt Ridharfah, sering menjadi rujukan tentang soal cinta.inshaAllah pengalaman banyak. macam-macam masalah yang mereka jumpa. if nak gunakan cara Baitul Muslim dalam mencari pasangan hidup boleh contact mereka- promo pula)

dalam kes cop mengecop seorang muslimat yang solehah, Kak Ar kata, tengok tujuan kita. adakah dengan apa yang kita buat tu membuatkan kita lagho ataupun tidak? adakah benar-benar bersedia untuk menjadi seorang suami? sekiranya tidak menjadi jawapan hold dulu. ingat cabaran banyak dan syaitan b semakin besar.. hohoho`ni ekspresi yang aNA tambah

jaga diri baik-baik daripada menjadi bahan fitnah. inshaAllah dapat yang soleh/ah dengan menjadikan diri seorang yang soleh

dalam kes test menge'test'(hari tu aNA ada post APA HAK KORANG)... elakkanlah.. kata Kak Ar anda menZALIMi orang lain.. kenapa? YOU CREATE A PROBLEM TO ANOTHER PERSON

untuk mengatasi masalah-masalah hati, disarankan untuk meletakkan kriteria(aNA ada bincangkan dalam post yang dulu. aNA kata perkongsian daripada naqibah aNA.. Kak Ar lah orangnya ^_^)
contoh
umur untuk serious: final year.(kalau ada yg datang sebelum tu tolak)
  1. join gerakan dakwah
  2. tak panas baran
  3. suka budak-budak dsb
sempat Kak Ar pesan kalau dah ada pilihan(esp to muslimah), jangan timbulkan sendiri conflict dengan menerima orang lain(kalau tak faham aNA tulis boleh contact aNA personal.. kuikui). jelaskan matlamat, pilihan, jangan zalimi orang lain

dalam membentuk BIAH SOLEHAH kata Kak Ar ada beberapa perkara(aNA tak pasti kalau aNA ada tertinggal)
  1. tarbiyyah
  2. ammar ma'ruf nahi munkar(bilhikmah)
  3. jaga ikhtilat
setakat yang aNA tulis, itulah dia antara pesanan-pesanan Kak Ar... mungkin pesanan penuh aNA akan uploadkan inshaAllah bila dah dapat video nyer nanti.

next from Ustaz Ridha

pertemuan disusuli perpisahan, itu tabiat alam. ustaz meletakkan contoh Nabi Adam dan Hawa. juga contoh Nabi Muhammad sendiri.

Nabi Muhammad SAW dapat pangkat nabi, ada Khadijah sebagai tempat untuk berdamping, akhirnya apa berlaku kepada mereka? perpisahan

sedih macam mana, tak nak macam mana, ia tetap akan berlaku. kerana itulah sunnah alam. walaupun Khadijah telah pergi, walaupun bersama dengan isteri-isteri Baginda yang lain, Khadijah tetap di hati.

pertemuan diikat dengan hati, dengan cinta kerana Allah, inshaAllah ada titik temunya. jasad boleh dipisah, bukan hati. penglihatan boleh dibetengi bukan ingatan. 

ustaz khuatir, pohon-pohon yang ustaz tanam tak subur. kerana terlalu bergantung kepada faktor luaran. bergantunglah dengan tuhan, selama mana nak bergantung dengan manusia yang juga bergantung dengan Allah.

di ALAM ROH, Allah kata kepada roh "wahai hambaKu, nanti di dunia kau akan lupa Aku"
kemudian berpindahlah kita di alam yang lebih sempit. itulah ALAM RAHIM.
saat tangisan kedengaran, itu petanda kita telah berada di DUNIA. kala itu, janji Tuhan, kamu lupaKU
apabila hilang, bertemu pula di padang MAHSYAR di mana kita akan menuai budi ataupun mendapat neraka.

keseronokan dunia sampai mana
kepanasan dunia sampai mana
jangan sampai keseorangan kepanasan

diceritakan sahabat nabi, Othman bin Affan menangis apabila melalui kubur. sahabat-sahabt yang lain pelik kerana Othman tidak menangis bila nabi bercerita tentang neraka dsb. kata Othman, di atas bumi ramai orang, syurga ramai orang. di dalam kubur, seorang diri, gelap, siapa nak teman.

fitrah manusi takut apabila seorang, apa lagi gelap
kegelapan malam sementar
kegelapan kubur.....

pesanan ustaz bersambung dengan puisi.. aNA tak pasti, tapi puisi dialunkan secara spontan tanpa teks.. directly dari hati, inshaAllah sampai ke hati

pesanan ini diakhiri dengan doa yang dibaca sendiri oleh ustaz
satu ayat yang benar-benar menyentuh hati aNA dalam bait-bait doa yang dilafazkan
"andai ada antara kami yang suci hatinya, makbulkanlah doa kami. andai ada dalam kalangan kami yang hatinya penuh maksiat( i can't remember the exact word that he used), usahlah Kau hijab doa kami"

akhir kat daripada ustaz, "usahlah diucap selamat tinggal tetapi ucaplah semoga kita bertemu lagi, andai tidak di dunia, moga-moga bertemu di syurga."

selesai ucapan ustaz, semua berdiri menyanyikan lagu doa perpisahan. saat itu, mata sudah tak tertahan lagi....air panas mengalir di pipi tanpa henti.

kan ku utuskan salam ingatanku
dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMU
senyuman yang tersirat di bibirmu
menjadi ingatan setiap waktu
tanda kemesraan bersimpul padu
kenangku di dalam doamu
semoga Tuhan berkatimu

alhamdulillah itu bukan yang terakhir kalinya... semasa di WOW, slot ustaz merupakan slot kuliah maghrib dan slot solat subuh. hampir setiap kali selepas slot, aNA dan sahabat-sahabat mengambil kesempatan bertemu dengan ustaz dan zaujah Kak Ar(if Kak Ar ikut)... bila fikir-fikirkan balik, kami yang menggalkan INTEC.. dalam bahasa lain,, siapa yang meninggalkan siapa sebenarnya... Kak Ar pernah cakap, Kak tak pergi mana, masih dalam Malaysia lagi.... hm..

aNA ingat pesanan-pesanan yang sering ustaz titipkan setiap kali kuliah, ceramah mahupun usrah
  1. jadilah top scorer
  2. jadilah somebody
  3. jadilah agen perubah
  4. kalau jadi seorang doktor jadilah doktor yang juga hebat agamanya.. apabila seorang doktor boleh membaca khutbah, memang PERGH!...
  5. jelaskan matlamat
  6. you are what you believe
  7. orang yang sibuk adalah orang yang paling pandai mengurus masa
and etc.

nasihat, bukan sekadar nasihat semata-mata.... Ustaz benar-benar membuktikannya.... tak perlu aNA cerita detail buat masa ni.

wallahua'lam.. aNA mohon maaf andai ada kesilapan tatabahasa, bahasa-bahasa yang sukar difahami, atau andai ada yang aNA tertokok tambah, terutamanya aNA memohon maaf kepada Bayt Ridharfah....

inshaAllah akan datang aNA akan berkongsi serba sikit apa yang aNA dapat di WOW!.. mungkin dah terlewat, but better late than never kan?? heheheh

wujudnya kalian di sini
benar merubah diri ini
sampai ragu untuk melepaskan kalian pergi
wujudnya kalian di sini
benar-benar membekas di sanubari
kalian sentiasa di hati ini

andai kebaikan yang entorang buat kerana nasihat kami, mudah-mudahan ada pahala buat kami
andai maksiat yang entorang tinggalkan kerana tegurtan kami, mudah-mudahan ada pahala buat kami....

p/s: Ya Allah izinkan aku mempraktikkan segala nasihat dan teguran yang telah aku terima.. mudah-mudahan titik perubahan, pembaikpulihan yang aku buat, benar-benar, ada pahala untuk semua....

nantikan rakaman majlis "andai ini wasiatku"

kami di WOW!