Tuesday, August 28, 2012

Apa kata orang vs Apa kata Tuhan

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

sekian lama tidak menulis, satu cabaran besar buat aNA. idea tiada. namun begitu, biarlah hari ini aNA kongsikan satu perkongsian. aNA kira aNA sendiri terpukul dan rasa dihempap batu. tak payah nak tuju kepada orang lain.

1 + 1 = 2 kan? bila mana orang kata 1+1 = 4, pastinya kita kuat untuk mempertahankan apa yang dah kita belajar ni. sungguh-sungguh nak pertahankan dengan penuh semangat dan keyakinan sepenuh jiwa raga

bila mana kita mengetahui sesuatu perkara haram, adakah kita akan tetapkan pendirian yang haram tetap haram. ataukah kita lebih kerap "memujuk" diri sendiri menyatakan 

"eh takpelah, darurat"
"macam mana ni, nanti tersinggung pulak dia"
" eh aku yakin, takde bendalah". 

tak perlu kepada isu besar seperti riba' dan sebagainya. cukup kepada isu menjaga aurat, makanan ataupun menjaga batas pergaulan(eg salam). tidak merujuk kepada mana-mana kes dalam dunia, namun begitu semuanya berbalik kepada diri sendiri juga. esp life sebagai pelajar luar negara. pujukan bukan pujukan, pujukan itu biasanya bersama dengan pekej alasan-alasan sampai sesuatu perintah itu kita 'ringankan' ke atas diri kita. 

contoh(pengalaman di UK) dari segi makanan asal ada tanda "vegetarian" telan semua tak check kandungan alcohol ataupun pewarna yang digunakan contohnya E120(di UK) yang merupakan pewarna merah yang diperbuat daripada kulit serangga. kalau macam dari segi perhubungan, pengalaman aNA sendiri, untuk memberitahu yang sebagai contoh lelaki perempuan tak bukan mahram tak boleh bersentuhan(kecuali darurat) lebih mudah kepada bukan Islam dariapada yang Islam. contoh "i don't shake hand with guys". inshaAllah mereka akan mudah untuk terima dan hormati(dengan ayat-ayat dan cara tertentu). cuba dengan kaum kerabat keluarga. adeh >< =_="

seringkali kita lebih memikirkan "apa kata orang" daripada "apa kata Tuhan" kan? Allahu Allah.. berikan kami petunjukMU, berikan kami kekuatan untk taat pada segala perintahMU. ameen Ya Rabb

bila reflek balik, muhasabah, kita tahu apa yang kita buat tu salah. kita rasa tak kuat untuk mengatakan itu salah dan ini betul. pada diri ya. namun untuk memberitahu, menyampaikan pada orang lain, Allahu Akbar, berat nanang kata orang. sampaikan kita sendiri mampu nilai diri kita seolah-olah sebagai seorang yang tada pendirian, kan?

sedih rasanya. kita ni siapa, hamba manusia atau hamba Allah. pernah dengar orang kata, (tak ingat siapa) "untuk puaskan hati semua orang adalah sesuatu yang gila". cukuplah mengambil ibrah kisah Luqmanul Hakim yang mengembara dengan anaknya bersama seekor keldai. jalan kat satu kawasan, bila Luqman yaang tarik keldai dan anak menunggang keldai, kata anak tak hormat, jadi 'kuli' pada anak. pergi kawasan lain bila Luqman yang naik anak tarik, kata, tak kesian ke, ada ke anak yang kecil tarik bapanya. bila pergi kawasan lain, luqman dan anaknya dua-dua atas keldai, orang kata tak kesian ke kat keldai tu bawak orang terlalu berat. bila dua-dua turun trarik keldai tu, dikatakan gila pula. keldai yang digunakan untuk tunggangan ditarik sahaja tanpa penumpang. 

moga penulisan ini jadi "BOOSTER" untuk diri ini menjadi seorang yang lebih tegas terhadap pendirian terutamanya perkara yang berkaitan dengan hukum Allah. tak tahu atau tak sure, aNA gi belajar. tanyalah kat guru-guru yang sepatutnya. memang kalau dalam sesetengah isu mungkin ada beberapa pandangan ulama yang berbeza. buat orang awam ustaz atau orang mana yang kita siqah, ikutlah. mudah-mudahan itulah yang terbaik. hati kita lebih mengetahui.

di akhir perkongsian ini, aNA tertarik dengan artikel iluvislam.com yang dikongsikan di laman fb nya, berkenaan dengan isu salam. dalam tegas berpendirian, sebenarnya kita perlu lebih kreatif kan? cukup2lah aNA meberikan seribu satu alasan. berusahalah sekuat mungkin. moga-moga dapat menjadi hujah saat mengahadap Allah kelak. klik sini untuk baca artikel ini.

"bukan berkhutbah cuma betul diri ini cuma" - Alhamdulillah, Too Phat ft Yaasin

Walalhu 'alam

Saturday, May 26, 2012

Warkah Peperiksaan Musim Bunga

Bismillahirrahmanirrahim


Nasta'in billah


Assalamualaikum wbt


Entah mengapa, aNA suka menulis masa musim exam. Alhamdulillah, tiga peperiksaan telah berlalu. Sekadar perkongsian perasaan aNA sepanjang peperiksaan ini. Moga-moga dapat menjadi iktibar kat semua. Buang yang keruh. Ambillah yang baik.


ini merupakan peperiksaan aNA kali kedua di Sheffield. Untuk tahun pertama ni, markah tak dikira dalam degree, namun untuk melangkah ke tahun kedua.Walaubagaimanapun, itu tak bermaksud aNA patut berusaha cukup makan sahaja. Allah, reflek balik diri.


tatkala sorang2 study BOMB


Adik-adik di INTEC sedang berjuang untuk A-Level sebagaimana aNA pernah lalui dulu. Sahabat-sahabat sedunia di pusat-pusat pengajian juga sedang berpulun sehabisnya untuk peperiksaan. Bittaufiq wannajah semua... inshaAllah biiznillah. SELAMAT BERJUANG!


21 Mei paper pertama. First two questions were about organic chemistry, and the other one was physical chemistry. I am happy for this paper. You know what, i felt very calm after the examination ended. Although there were some questions that made me confused, I was very happy, since my understanding for the course getting better. Praise to Allah... :)


Second paper was yesterday. Personally, I wasn't happy answering this paper. It's something different when you solve the problems with your understanding. Instead I answered it with all the figures, and numbers in my mind, without total understanding.. Allahu Rabbi


second paper... BOMB, ice cream chocolate etc..
Third one was this morning. well it's JUST mathematics yet KILLING me. (exaggerating). not that bad, FEW questions, no idea how to deal, yet VERY BIG MARKS were covered by the questions. Walau apapun alhamdulillah... semuanya biiznillah...


Inilah apa yang telah ditentukanNYA bukan.. kerap kau peringatkan, KEEP ON WORKING, NEVER STOP PRAYING. LAKSANAKANLAH!


my final paper for this sring exam would be on next Tuesday. Mohon didoakan.


sebelum exam, ada seorang kakak kirim pesan. Ayat-ayat CINTA daripada YANG ESA


"Apabila engkau telah berazam,maka bertawakallah kepada Allah "(Ali Imran:159)


Pengajaran masa yang aNA dapat daripada these events, indahnya melaksanakan sesuatu yang benar kita faham. (baru tahu indahnya faham apa yang kita belajar.. adeh><).. lagi satu, LM(last minute) will not always work!


aNA taknak pos ni jadi luahan kosong dengan harapan sama-sama dapat ambil pengajaran. Tahu apa yang perlu, laksanakanlah.


tahu 10 Ciri2 Muslim yang baik:








Tahu berbeda dengan orang yang benar yakin dan laksanakan. kan?


titipan buat semua pembaca(bajet ramai yang baca). aNA betul-betul terpukul. moga terpukulnya itu, bukan sekadar terasa, bahkan bersama HIS FORGIVENESS, GUIDANCE and BLESSINGS :) ameen ya rabbal 'alameen




Wallahu a'lam.


p/s: recent, Vest Crew iluvislam UK EIRE. moga terus istiqamah berjuang demi agama. wasilah dah ada, banyak peluang dan ruang yang Allah sediakan.. gunakan sebaiknya. inshaAllah..














Jangan lupa matlamat aNA
p/s:p/s: bila aNA senyap, aNA harap tak nak spoil mood orang.. aNA nak semua orang gembira (dalam batas syariat)

Tuesday, May 1, 2012

Salam imtihan

nasta'in billah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

Kulat, cendawan, lalang di merata-rata tempat. Lama benar aNA biarkan, blog ini tanpa pembersihan.  Apa khabar iman di dalam diri?

Alhamdulillah, aNA kini sudah 7 bulan lebih aNA berada di bumi Sheffield. Beberapa draft telah aNA tulis untuk dimuatnaik dalam blog aNA ni. Namun tidak berkesempatan. aNA kirakan, draft-draft terbabit akan terus terbiar...

inshaAllah dalam masa 3 minggu lagi aNA akan menduduki peperiksaan akhir semester kedua. cepat sungguh masa berlalu. rasanya baru semalam aNA mendarat di Heathrow dalam keaadaan kesejukan dek "penyaman udara" semula jadi milik Allah :)

di kesempatan ini, aNA ingin mengucapkan selamat maju jaya buat sahabat-sahabt sednunia yang turut bersama aNA dalam masa terdekat ini untuk menduduki peperiksaan akhir semester. Juga ucapan selamat buat adik-adik Kak Nad di INternational Education College yang akan menduduki peperiksaan A-Level bermula 9 Mei ini inshaAllah. dan juga adik-adik ALUK9 yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semestar 2.Ayuh teruskan usaha mengorak langkah. setiap daripada kita punya lapangan masing-masing. inshaallah sama-sama berusaha. aNA akui sampai sekarang pun, untuk mengekalkan momentum bekerja keras itu suaatu cabaran yang besar, lebih-lebih lagi peluang untuk "procrastinating" terbuka luas, dengan mukabuku, tiub kamu dan pencicit.

Kalau di sini(Sheffield) antara cabaran terbesar adalah, duvet yang menghangatkan. >< adeh

tak apa inshaAllah. berusahalah!!!!

STAY ON TRACK!
GANBATTE KUDASAI! YOSH!
Bittaufiq wannajah. ameen. moga usaha-usaha ini punya nilaian di sisi Allah.

video ini aNA tujukan buat diri aNA dan antum semua.







wallauhua'lam 

wassalam
p/s: beberapa hari ini aNA tersentap dengan artikel-artikel tulisan adik-adik aNA di INTEC. inshaAllah aNA telah kongsikan di mukabuku aNA.

p/s:p/s: jazakallah kepada yang masih sudi berkunjung di Midori No Happa



Monday, March 26, 2012

Du'a feat Ustaz Amal

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

sekian lama tak update.. 

bismillah ana mulakan,

untuk kali ini aNA ingin berkongsi satu video


allahua'lam


 p/s

pesanan beberapa orang sahabat
"nasyid bukanlah hiburan yang didengar sebagai halwa telinga, yang diulang-ulang dengar sehingga lalai dan lupa kepadaNya, tetapi nasyid ialah hiburan santai yang diperdengarkan untuk tercetus rasa bertuhan, sebagai hamba" quoted from ODC
Kalo lyn nasyid smpai lengah solat pon dikira perkara lagho

Wednesday, February 1, 2012

Kau insan istimewa

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu 

Terkesan dengan beberapa kejadian seminggu ini. Dilhabarkan dua orang sahabat telah kehilangan ahli keluarga mereka.... Seorang secara mengejut. Allah... 

Kullu nafsin zaiqatul maut" 

Kau berilah kekuatan kepada kedua orang sahabatku ini dan kau tempatkan arwah dalam kalangan mereka yang beramal soleh. 

Memetik kata seorang sahabat buat salah seorang drpd mereka berdua : 

"....walaupun they said sabar mudah diungkap dengan kata sukar berhadapan, i still want to say it because you aint them, you are special.... "

Memetik pula kata2 seorang murabbi kpd sahabat yang lagi seorang: 
Semoga ALLAH menempatkan ibunda bersama para solihin. Besar ganjaran mempunyai anak seperti _______. 

benar Kau berikan sesuatu mengikut kemampuan hambaMu 

Yakin bahawa dugaan besar yang diberikan kpd dua org sahabat ini, mampu mereka depani. InshaAllah.. Mudahan2n Allah sentiasa mengurniakan kalian kekuatan. 
Allahu Allah..... Kerana kalian insan istimewa... Sepanjang aNA mengenali kalian. InshaAllah... Kalian kuat... 

Allahua'lam 
Wassalam....

mencari masa

bismillahirahmanirahim

asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

apa khabar aNA? apa khabar imannya? inshaAllah mudah-mudahan baik dan bertambah baik.. ameen

banyak yang aNA ingin tulis, yang aNA ngin konsikan.. dalam tempoh beberapa bulan ni, (sejak di bumi sheffield) macam-macam yang jadi. subhanallah.. semuanya dalam kekuasaanMU..pahit manis masam pahit kelat...

sekarang ini masih dalam tempoh peperiksaan. ada dua kertas lagi. inshaAllah mofga2 dipermudahkan segala urusan.

dengan harapan, habis exam semester satu, dan bermulanya semsester2 (inshaAllah minggu depan), dan menjalani hidup dengan lebih baik dan tersusun... inshaAllah

akhir kalam

DON'T LOOK BACK, DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK

"Sungguh orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajkan, kelak (Allah) akan menanamkan rasa kasih sayang( dalam hati mereka)." (20:96)

allahua'lam
wassalam

Sunday, January 22, 2012

Kisah Rasulullah dengan Buah Limau

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

p/s: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.
 copy and paste from syahirul.com through Budax Medic
~kerana dirimu terlalu mulia~ 
Ya Allah, izinkan kami untuk mencintai lelaki mulia ini
gambar hiasan


Wednesday, January 18, 2012

Kerana Mahalnya Mahar Syurga (copy paste)


Mahalnya sebuah kebahagiaan haqiqi,
Maharnya bukan harta duniawi,
Tapi pada ikhlasnya pengorbanan diri,
Demi dan hanya untuk cinta Illahi.

Menangis hati seorang hamba,
Memilih simpang sulit kerana sebuah redha,
Demi melakar cinta agung di mahligai syurga,
Pada pasaknya tiang mujahadah rasa.

Kerana yakinnya pada sebuah janji,
Menjauhlah kerana mencari yang pasti,
Menguntumlah malu perisai hati,
Meski nada melankolik kumandang emosi,
Cukuplah Allah penghibur hati.

Menghijablah sebuah nama,
Kerana takut mengukir bait zina,
Kerana gerun pada pemilik segala cinta,
Kerana resah pada kesepian rahmatNya.

Bersabarlah jiwa pengharap redha,
Cinta halal itu berduri ranjaunya,
Maka berpautlah pada ayat-ayat cinta,
Bersujudlah pada Pemilik segala cinta,
Bertasbihlah pada perjuangan agama,
Bertautlah pada panji tarbiyyah anbiya'.

Wahai sang pendamba cinta, dambalah cinta Illahi sepenuh hatimu...

" Allah berfirman, ' Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih apa-apa yang belum dilihat mata dan didengar telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia, tidak seperti yang kalian pernah lihat. "
(Hadis al-Bukhari, Muslim dan Tarmidzi)

-Hamba Faqir Illallah-
-Pengemis Redha Illahi-
-12:44 p.m-
sumber:http://zinnirahhumaira.blogspot.com/2012/01/kerana-mahalnya-mahar-syurga.html

Saturday, January 14, 2012

Mencari diri

Ku mencari diri yang hilang
Mencari kekuatan
Mencari semangat yang kian pudar
Mencari dalam lorong hati
Mencari ketenangan

Adakah kerana aku jauh dariMu Tuhan
Adakah kerana aku kian alpa dan leka
Membuang masa?
Hati yang entah ke mana kala takbir ku angkat

Jangan biarkan aku sendiri Tuhan
jangan biar hati ini tanpa hadirMu
PadaMu tempatku bergantung
PadaMu tempatku bermohon
PadaMu aku meminta kekuatan
PadaMu tempatku mencari kasih,
Mencari cahaya
Mencari cinta
Hanya padaMu Tuhanku
Ku damba CINTAMU