Friday, July 4, 2014

RIS#1 : Jama3 atau tidak

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

RIS- Ramadhan di Sheffield

Alhamdulillahi rabbil 'alameen. Telah Allah berikan kita sekali lagi kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadhan al Mubarak. Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah.

Tahun ini Allah rezekikan aNA dan sahabat-sahabat tahun akhir yang lain berpuasa di Bumi Inggeris. Pengalaman buat pertama kalinya.

Terlalu lama tidak menulis, (dan mungkin juga kadar membaca yang agak rendah sekarang ini, argh!) aNA kehilangan kata untuk ditaip.

Walau apa pun Ramadhan Kareem. InshaAllah aNA kongsikan video tujuan kita sebagai seorang Muslim berpuasa. Di peringkat awal Ramadhan semoga niat selalu dapat diperbaharui. Mudah-mudahan di penghujung Ramadhan nanti kita beroleh taqwa inshaAllah.




Alhamdulillah, walaupun tanpa keluarga di sisi untuk puasa kali ini, (sobs T_T ), Allah izinkan seorang sahabat aNA, Nabilah (pelajar Southampton, sama kos, sama tahun) untuk tinggal bersama aNA untuk beberapa ketika, juga kehadiran  ahli-ahli rumah (seperti biasa) yang memeriahkan dan menceriakan suasana, Puteri, Kak Azah, Kak Damia, Kak Ika dan anaknya, Baby Zubair, serta Pak Cik Zulkifli dan Mak Cik Azlah (mertua kak Ika). Tidak lupa tetamu lain yang berkunjung ke rumah juga menambah seri. Wani, Fizah, Tuz, Keli, Kak Kuyan etc. Berkat ada anak kecil di rumah juga. Alhamdulillah

aNA ada berbincang dengan sahabat, adakah kami akan menunaikan solat dengan menggabungkan maghrib dan isyak dan terus solat tarawikh.

aNA membuat keputusan untuk solat seperti mana kebiasaan aNA iaitu solat mengikut waktu.

Buat yang berada di tanah air, mungkin tertanya-tanya mengapa kami solat jama3 pula tanpa sebab. Sebagaimana yang kita tahu, dalam Mazhab Shafiee ada 3 sebab untuk menjama3kan solat

  1. Hujan
  2. Musafir
  3. Sakit (pandangan seorang ulama dalam mazhab, bukan pandangan mazhab)

yang mana ketiga-tiganya ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi.

Di sini, setiap kali musim panas tiba, waktu siang akan menjadi lebih panjang daripada waktu malam. aNA berikan contoh waktu solat di Sheffield 1 Julai 2014

subuh: 2.36
Zohor: 13:11
asar: 17:37
maghrib: 21:40
isyak 11.34

Pihak masjid tempatan (central mosque) di kebanyakan tempat di UK akan menggabungkan solat dalam tempoh tertentu (bukan sepanjang musim) untuk

  1. Membolehkan solat jamaah dilakukan 
  2. memberi kemudahan kepada mereka yang kebiasaannya tidur awal boleh tidur awal(elak terlepas Subuh)
  3. Waktu Isyak tidak ditemui (waktu maghrib langit merah tidak hilang sehingga ke subuh terutamanya di kawasan Scotland ke atas).


Melalui perbincangan dengan ustaz, dan pembacaan, tidak digalakkan untuk menjama3kan solat terutamanya jika kita akan berjaga sepanjang malam dan tiada kekangan ketika itu. Dalam kalangan pelajar seperti kami, masjid mula menjama3kan waktu solat apabila musim peperiksaan tiba ( Spring Exam- tapi buat ketika musim panas), kebanyakan daripada kami akan tidak tidur malam untuk mengulangkaji pelajaran. Maka tiada sebab untuk kami menjama3kan solat. 

Maaf atas kelemahan aNA membincangkan bab hukum. Tanpa ada rujukan kepada mana-mana dalil, mahupun kitab, ulama mazhab. Hasrat aNA menulis adalah sekadar untuk memberikan gambaran kasar suasana kehidupan kami di UK. Memandangkan ini bukan bidang aNA, untuk penjelasan lanjut, aNA mohon rujuk kepada mereka yang layak(ahli) inshaAllah.

Berbalik kepada menjama3kan solat untuk bertaraweeh. Alhamdulillah, Allah izinkan aNA untuk menyertai kelas Fiqh yang membincangkan berkenaan kitab Fiqh Mazhab Shafiee seperti Safinatun Najah dan juga kitab Matan Abi Syuja3. (Oleh kerana pelbagai kekangan yang aNA hadapi, aNA tidak dapat mengadiri kelas sepenuhnya. sobs). Maka aNA ada bertanyakan kepada guru aNA berkenaan permasalahan terbabit kerana cuba membayangkan sekiranya masuk waktu Isyak adalah pada pukul 11.35 malam, maka, solat taraweeh dan witir barangkali akan tamat pada pukul 12.30-1 pagi.

Berikut merupakan penjelasan Ustaz Jamili berkenaan hal ini:







Sebagai seorang pelajar, aNA kirakan ini yang terbaik kerana aNA sendiri tidak mempelajari fiqh dalam mazhab-mazhab yang lain terutama dalam isu ini. aNA juga risau, sekiranya aNA sendiri berusaha mencari pandangan-pandangan mazhab yang lebih mudah, mungkin aNA hanya mengikut hawa nafsu, hanya memilih yang mudah-mudah. Islam itu mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan sesuka hati. (mohon tegur sekiranya terdapat kesilapan bahasa aNA). 

ps: Ini untuk diri aNA, bukan aNA memberi fatwa kepada sesiapa. Setiap orang mempunyai pegangan, rujukan dan hujah masing-masing. Mudah-mudahan semuanya tidak dilaksanakan tanpa panduan dan mengikut nafsu.

Tambahan pula inshaAllah tiada kekangan untuk aNA stay up memandang jarak waktu Magrib, Isyak dan Subuh yang terlalu dekat. Ya, macam yang aNA katakan, pengalaman pertama, bukan mudah, terus terang agak penat. Alhamdulillah, kemudahan itu ada, dan permulaan Ramadhan ini Allah datangkan dengan pelbagai sokongan dari pelbagai arah. Kami saling kejut mengejutkan sekiranya tertidur, bersama-sama ke masjid, masak berbuka bersama-sama dan sebagainya. 

Allahumma Ya Bari, Ya Fattahu Ya 3aleem mudah-mudahan Ramadhan kami kali ini lebih baik daripada yang sebelum ini. Tetapkanlah kami apabila melangkah keluar daripada bulan tarbiyyah ini, menjadi seorang yang lebih bertaqwa. Ameen

Allahu a'lam bissawab


No comments: