Wednesday, February 17, 2010

MENGANGKAT HADAS

Wahai orang-orang yang beriman,
apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan

jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan

jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu.

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

SURAH AL-MAIDAH AYAT 6


buat diri ini dan pembaca
"...kalamullah jadi panduan
berilmu beriman kita beramal kerana Tuhan
Rasulullah jadi ikutan...
insyaAllah dunia akhirat kita selamat, Allahu Allah.."
-nasyid dendangan kumpulan Diwani-

No comments: