Sunday, February 28, 2010

QABIL DAN HABIL

salam alayk~
bismillahirrahmanirrahim

027. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.


028. Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam.


029. Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli Neraka dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim.


030. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.


031. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.


032. Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.

SODAQALLAHUL'AZIM

-SURAH AL MAIDAH AYAT 27-32-

Zaman kanak-kanak dahalu, macam- macam kisah teladan yang diperdengarkan kepada kita semua, kan??? salah satu cerita yang aNA dengar adalah cerita Qabil dan Habil.....setelah 18 tahun hidup di bumi Allah, alhamdulillah.. aNA dipertemukan dengan ayat al-quran yang menceritakan tentang kisah tersebut... kisah ini adalh kisah pembunuhan pertama dalam sejarah kehidupan manusia... insyaAllah, kalau aNA tak silap(kalau silap diharap para pembaca dapat membetulkan cerita aNA), kisah ni bermula apabila Nabi Adan AS ingin mengahwinkan Habil dengan kembar perempuan Qabil.. dan Qabil dengan kembar perempuan Habil... Tetapi Habil mahu berkahwin dengan kembarnya sendiri memandangkan kembarnya itu lebih cantik jika nak dibandingkan dengan kembar Qabil... sebab itulah mereka mengadakan qurban dengan syarat qurban siapa yang diterima akan dapat berkahwin dengan kembar Habil... sebagaimana dalam ayat quran di atas, qurban Qabil diterima manakala qurban Habil tidak... akibatnya... berlakulah pembunuhan...

ayat-ayat seterusnya dalam surah al-maidah menerangkan hukuman terhadap mereka yang mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan melakukan kerosakan di atas muka bumi(ayat 33),hukuman kepada mereka yang kafir(ayat 36,37) juga hukuman orang mencuri(ayat 38).. namun begitu... ingatlah Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.. Dia menerima taubat hambaNya..





No comments: