Thursday, June 9, 2011

keperluan atau tujuan hidup mana lebih aula

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

niat nak mengemaskini dan memuat naik blog dengan entri baru sentiasa tergendala... aNA di rumah sekarang ni... alhamdulillah di samping keluarga tercinta.. sebenarnya exam belum habis lagi ni... ada selang seminggu sebelum kertas seterusnyaa minggu depan. tapi kalau tolak hari ini aNA ada lebih kurang lagi 5 hari lagi untuk persediaan untuk kertas terdekat. semalam hari aNA kurang produktif. hu. menonton televisyen, tidur awal. kalau kerja rumah tu belakang cerita. tanggujawab aNA. sahabat-sahabat di kolej awal-awal dah bagi amaran pada aNA, balik rumah boleh belajar ke? aNA seperti biasa hanya tersenyum. aNA katakan, andai aNA tak boleh nak 'study' di rumah, aNA akan 'cabut' balik Shah Alam nanti.

baiklah beralik kepada tajuk post kali ini. pagi tadi seperti biasa pada jan 7.30 pagi adalah rancangan motivasi pagi di IKIM. kali ini bersama siapa aNA tak ingat. sebab seminggu sekali penceramah akan bertukar.

sekadar perkongsian apa yang aNA dengar. pengolahan daripada aNA. 'point' adalah daripada penceramah berkenaan. mkemandangkan bakat belum berapa nak mendalam lagi, aNA akan cuba sampaikan secara mudah dan padat(mingkin tak berapa nak padat hehe. sekurang-kurang aNA berharap tak dapat banyak, sekurang-kurangnya satu point pun sudah memadai. inshaAllah aNA dalam usaha menerapkan prinsip 'baligha 'anni walau ayah'.

baiklah,kitamulakan dengan keperluan hidup. perlu dalam Kamus Dewan edisi keempat bermaksud:
  1. keharusan (yang tidak dapat dielakkan), kemestian
  2. menjadi kemestian (utk mendapatkan sesuatu dll), harus, terpaksa
  3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting
  4. =~ akan(dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan)
  5. sesuatu yang dikehendaki(dipentingkan), hajat, kepentingan
  6. -~utk untuk, bagi, buat, guna
keperluan pula bermaksud
  1. perihal perlu
  2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian
  3. sesuatu yang diperlukan(dikehendaki), sesuatu yang berguna. kepentingan
  4. hajat, maksud, tujuan
kesimpulan yang aNA boleh buat adalah keperluan hidup merupakan sesuatu yang berupa perkara-perkara penting yang diperlukan bagi meneruskan kehidupan dan sekadar pemahaman aNA kebanyakannya berupa material. sebagai contoh tempat tinggal(rumah), pakaian, makanan, minuman, kenderaan dan duit ^_^(tanpa duit mana nak dapat semua keperluan yang tersenarai tadi). by hook or by crook kena ada.

tujuan menurut kamus dewan
  1. arah, hala, haluan
  2. yang dituju, maksud, matlamat, tuntutan
tujuan hidup merupakan matlamat, objektif, kehidupan. tujuan inilah yang menjaawab persoalan why. kita sebagai sorang Islam inshaAllah sama-sama sudah sedia maklum tujuan di atas muka bumi adalah sebagai seorang hamba, untuk beribadah kepada yang Maha Esa, Maha Pencipta.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
surah ad-Dzariyat ayat 56

persoalannya mana yang lebih aula(utama),yang mana satu perlu kita tumpu?

keperluan, jika dimiliki, kita akan memperoleh kesenangan dan kemudahan

tujuan hidup, jika benar-benar bekerja mencapainya inshaAllah yang akan kita miliki adalah ketenangan

persoalan kedua kesenangan dan ketenangan, bagaimana pula keutamaan antara keduanya? tepuk dada tanya iman

kita tak boleh melupakan keperluan hidup. hakikat kehidupan, untuk diteruskan memang memerluakan tempat berlindung, perlu mengalas perut, kesihatan perlu dijaga, dsb. tidak boleh dipandang enteng

tujuan hidup, andai ditinggalkan, harta setinggi gunung everest takkan pernah mampu untuk memberikan ketenangan. harta berkodi-kodi, tanah luas terbentang, rumah mewah, kereta besar tetapi hidup masih dirasakan sempit, terhimpit, gelisah dan resah.

tujuan hidup ibarat buah di atas pokok. keperluan hidup ibarat galah. kita nak apa sebenarnya, buah atau galah? pilihlah.. apa mungkin keduanya.

cantiknya islam, keperluan dan tujuan boleh berjalan seiringan. contoh bekerja mencari rezeki diniatkan kerana Allah. kewajipan kepadaNYA tidak ditinggalkan ketika mencari rezeki.. Allahuakar. subhanallah.. indahnya Islam... pilihlah kualiti hidup mahupun kuantiti harta yang kita kejarkan....

mungkin pengisian yang diberikan terlalu ringkas. aNA harap sedikit sebanyak kita sama-sama dapat ambil pengajaran. tajuk yang amat common dibincangkan namun sering dipandang enteng. bila memandang tau mendengar tajuk perbincangan ini, reaksi yang sering dirterima kerap kali, ah, pasti isinya juga sama. aNA berpendapat tajuk ini begitu luas untuk diperbahaskan. buat masa ini biarlah pengisian ringkas yang aNA kongsikan terlebih dahulu..

wallahua'lam,

p/s: salah silap, mohon diperbetulkan. aNA budak baru belajar(budak??) mohon cadangan untuk membaik pulih dan menaik taraf blog dan pengisiannya.. inshaAllah
=_=' dah lama tak buka kamus dewan. kekok rasanya bila membukanya untuk dirujuk. sampai lupa kena cari root word terlebih dahulu









2 comments:

yahya zakaria said...

Terjadinye kite diatas muke bumi ini untuk mengji janji kite ngan aLLAH sebelum kite dilahirkan
Kesanggupan kite untuk menjadi khalifah semasa berbai'ah dengan Allah diuji

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."

(Surah Al-Kahfi, ayat 7)

Ujian yang menguji keimanan kita itu adalah ujian menguji akan kefahaman kita tentang keimanan kepada allah...

kadang kala ujian itu jatuh kepada orang kafir dan orang islam, ujiannya sama namun cara menghadapi ujian itu berbeza....

jikalau orang kafir itu, dengan kehadiran ujian yang mendatang menjelaskan kekafiran mereka dengan menjadikan mereka menyalahkan takdir ataupun sewaktu dengannya yang mana menyalahi konspe ketauhidan kepada Allah...nah disini mereka jelas telah kufur...

namun bagi orang islam yang benar-benar beriman, ujian yang menimpa mereka itu benar-benar akan menguji keimanan mereka dan mereka menghadapinya dengan menggunakan segala kefahaman yang mereka pelajari dari konspe ketauhidan kepada Allah yang sebenarnya...dan oleh itu mereka tetap mengimani segala ujian itu datang dari allah, dan sentiasa bersangka baik dan menghadapi nya dengan tenang tanpa menyalahkan sesiapa dan inilah yang menyerlahkan mereka ini benar-benar seorang yang beriman....

diumpamakan
jika kita seorang pelajar matematik, untuk menilai tahap kefasihan dan kehandalan kita didalam menguasai ilmu matematik tentulah ujian itu berdasarkan pengetahuan ilmu matematik kita juga....

waallahua'alam

aNA said...

syukran atas perkongsian pakya