Tuesday, June 14, 2011

nak marah?!!! marahlah!!!! ada kisah????!!!!

bismillahirrahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

apahal pulak aNA kali ini... hari tu APA HAK KORANG????!!!!! lah, HANGPA DOK KATA ORANG HANGPA PIKIR LU TAK???!!! tak sudah-sudah lepas geram, meluah perasaan di blog. sampai pembaca yang tak pernah2 cecah 30 satu-satu masa, sampai seratus lebih pembaca untuk tempoh 24 jam. suka timbulkan isu "control" versi(hehehehehe)... aNA perempuan. fitrah perempuan kan suka meluah perasaan. tak dapat me'luah'kan(membebel) di alam nyata, dapat kat alam maya pun jadilah.

jangan risau inshaAllah kali ini, seperti dua post lepas kalau aNA tak silap, aNA ingin berkongsi mengenai motivasi pagi di IKIM setiap hari bekerja jam 7.30 pagi. motivasi pagi tadi disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi(siapa tak kenal, penulis buku tentang cinta, beduk diketuk, dsb~boleh dapatkan di pasaran ya~aNA tak ambil sebarang commission). berbalik kepada topik.

aNA dengar tadi sambil berjogging.. huhuhu.. so line clear tak clear. inshaAllah sekadar yang aNA ingat dan dapat tangkap aNA kongsikan. walaupun sikit aNA harap walau sebesar zarah pun berguna untuk diri aNA dan para pembaca sekalian.

menurut ustaz,

MARAH
JANGAN TERLALU NANTI HANGUS
JANGAN TIADA NANTI DAYUS

menarikkan?

marah merupakan fitrah setiap manusia
marah memang Allah bagi pakej dengan perasaan-perasaan lain dalam diri manusia

marah perlu dikawal. kerana marah itu api. syaitan juga daripada api. apabila kita marah, tanpa pengawalan yang sepatutnya, mudah untuk syaitan mencucuk-cucuk, menambahkann MSG, membawa kita melampaui batas. sebab itu dianjurkan cara mengawal kemarahan, seperti berwuduk, duduk jika sedang berdiri, baring jika sedang duduk dan sebagainya

marah juga perlu. marahlah menjadi penggerak kepada seseorang untuk membela, mempertahankan sesuatu esp diri sendiri. contoh mudah, sekiranya kita diejek dan sebagainya, tanpa marah, adakah kita akan ejek semula orang yang mengejek kita atau memukulnya. tidak bukan.(jangan mencontohi contoh ini~tak bagus untuk kesihatan, mudah marah, senang dapat darah tinggi, cepat mati(gurau2, jangan marah)

tapi marah yang melampaui batas, usik sikit dah bagi penumbuk kat muka, ejek nama kita, kita ejek nama ayah dia(apa kes?). jangan mudah melatah. terutamanya bila kena kritik.

apabila menerima kritikan terutamanya daripada musuh, jangan cepat menidakkan. fikir baik-baik. jangan mudah melatah. mungkin sekali kritikan itu ada kebenarannya. mungkin kritikan itu merupakan perkara yang sudah lama ingin ditegur oleh sahabat kita, namun tak terkata. masa inilah untuk kita memperbaiki kelemahan diri. bersyukurlah. apa mungkin kita tahu, kritikan itu merupakan medium Allah untuk menegur kita supa memperbetulkan kesalahan yang telah kita lakukan. siapa tahu(gaya Haaziq Huzaili(sahabat sekelas aNA).. heheheh jangan marah)

jika kritikan yang kita terima itu tidak adil terhadap diri kita.. jangan risau, bersabarlah. bak kata ustaz tadi, menurut buku apa aNA tak ingat, musuh mengkritik secara tak adil merupakan satu pujian tak rasmi. barangkali musuh telah nampak kelebihan kita cuma tak mahu mengakui. tidak mengapa. lek lu(macam dina farhana..)

di sini juga aNA ingin bawakan satu kisah yang dikongsikan oleh ustaz pagi tadi contoh marah yang terpuji

diceritakan, pada suatu hari Saidina Ali RA ingin memenggal kepala seorang musyrikin. ketika diangkatnya pedang untuk memenggal lalu musrikin itu meludah kepada Ali. tiba-tiba Ali meletakkan pedangnya semula.(tak jadi memenggal). apabila ditanya kepada beliau mengapa, ali menjawab bahawa(mafhum, not the exact words of Ali) Ali ingin memenggal kepala musrikin tebabit kerana marahnya kerana membela agama Islam. namun tatkala musyrikin itu meludah kepada Ali, Ali risau, bahawa marahnya itu kerana ludahan terbabit(kira sebab diri sendiri) bukan lagi kerana Islam.

contoh dah ada, tinggal kita untuk mengambil pengajarannya. itu baru contoh yang dibawakan oleh sahabat nabi. belum lagi batang tubuh baginda sendiri, HABIBALLAH....

orang sering kali mengatakan "iyalah, sabar2. sabar pun ada batasnya". duhai aNA dan sahabat2, sabar nabi, unlimited.... "iyalah, baginda nabi".. mengapa kita kita mencontohi baginda.. sekurang-kurangnya mencuba. kenapa tidak?,

ALLAH SWT berfirman maksudnya
:

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

SURAH AS-SHURA AYAT 36-43


dalam ayat di atas, Allah membenarkan untuk kita membalas setiap perbuatan zalim. tapi sebaik sahaja ayat kebenaran tersebut, Allah susuli dengan kemaafan lebih baik, kan? balasan Allah jauh lebih hebat, sebab itulah adanya akhirat....

buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali aNA... setiap perkara aNa, kena pandai buat pertimbangan sebaiknya. contoh dalam berbaik sangka. begitu juga halnya dengan kemarahan dan kemaafan. berpada-padalah. tak semua perkara kita boleh biarkan seperti yang melibatkan perkara-perkara crucial seperti isu yang melibatkan nyawa, agama, akal, maruah dan harta. takkan perkara-perkara seperti isu palestin kita hanya berdiam diri. masih lagi ada senjata yang kita ada selain M-16. senjata yang paling berbahaya. ya kita mungkin tak mampu untuk turut berjuang bersama dengan mujahid-mujahidah di sana. ingat, kita masih ada doa. senjata umat islam yang paling berbisa. selain itu, pelbagai usaha lagi yang kita boleh lakukan. kalau isu palestin ni adalah seperti memboikot barang-barang keluaran palestin. aNA sedih dan benar-benar marah(tapi tak terluah)bila ada yang masih mengatakan,"tak apa beli, ikut niat masing-masing.." perkara macam ni tak semudah itu.. bayangkan kita keluarkan duit, dapat makanan sebagai contoh. kerajaan Israel dapat duit kita buat apa. untuk beli peluru. bayangkan satu peluru mewakili satu nya. andai kata every meal yang kita beli mewakili satu peluru, dah berapa banyak meal kita ambil. dah berapa banyak peluru dapat dibeli, dan berapa banyak nyawa yang dah kita gunakan untuk membunuh saudara seakidah dengan kita. begitu juga dengan kemarahan. harus tanganinya dengan bijaksana. jangan cepat melatah.ambil masa untuk berfikir. pertahankan pada yang haq! kalau setakat kena ejek, pukul biasa2 tak perlu rasanya untuk membalas semula. jadilah pemaaf seperti nabi..inshaAllah hati tenang selalu. PEACE NO WAR

wallahua'lam

p/s:seperti biasa. point daripada ustaz. olah daripada aNA. salah silap atau berlainan pendapat mohon teguran, pandangan dsb

No comments: