Tuesday, August 2, 2011

Andai Ini Wasiatku

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

salam ramadhan kareem, salam ramadhan al-mubarak

alhmadulillah, bersyukur ke hadrat Allah Taala, sekali lagi kita dapat bertemu dengan Ramadhan. Ramadhan digambarkan sebagai tetamu yang dinanti-nanti, membawa rahmat, rezeki dan maghfirah yang melimpah ruah.. Allah.. Allahumma bariklana fi syahri ramadhan....

hari-hari, jam-jam, minit-minit, saat-saat, detik-detik penantian kedatangan tetamu Ramadhan ini, aNA telah diberitakan dengan dua kematian. pertama lebih kurang 4 hari menjelang ramadhan, datuk saudara aNA Haji Samuri atau lebih dikenali dengan Atok Zahri dalam kalangan kami sekeluarga. semalam, kalau waktu Malaysia, dah masuk isyak, maksudnya dah masuk 1 Ramadhan bukan, aNA dikhabarkan tetang kematian seorang sahabat sebaya aNA, Fatin Fasihah binti Hanafi yang menghidap SLE.( aNA tak berapa nak pasti tentang penyakit ini. walaupun aNA dah search, masih kurang memahami tetang penyakit ini. cuma aNA tahu penyakit ini lebih menyerang kaum hawa berbanding lelaki dalam lingkungan usia 15-35 tahun.. wallahua'lam. siapa yang faham mohon terangkan deh). aNA pun tak berapa nak ingat sama ada aNA pernah mengenali sahabat ini, tapi her name sounds familiar. dan mungkin yang buatkan aNA berasa dekat dengan arwah, mungkin kerana aNA dan arwah pernah belajar di pusat persediaan yang sama, INTEC( International Education Centre(dahulu), College(kini)). aNA dimaklumkan yang beliau telah dua minggu koma dan dirawat di CCU di sebuah hospital di Mesir. al-Fatihah buat kedua-dua arwah.

Allah, mudah-mudahan, kembalinya mereka menghadap Ilahi, roh-roh mereka dicucuri rahmat, dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

baiklah berbalik kepada tajuk, "Wasiatku" ini bukanlah wasiat aNA. tetapi pesanan seorang murabbi yang telah pun berhijrah ke Kedah untuk menyambung pelajaran beliau.Kehadiran beliau dan zaujah benar-benar membuahkan titik perubahan di INTEC. Actions speak louder than words. beliau sering menasihati kami, wujudnya kami di sesebuah tempat, hendaklah menjadi agen perubah. mengubah keadaan setempat kepada yang lebih baik dan mewujudkan biah solehah. beliau telah membuktikan kata-kata beliau.

serba sedikit lagi tentang beliau, beliau adalah seorang lecturer, seorang murabbi, seorang akhi, kadangkala dirasakan seperti seorang ayah(ustaz belum 30 pun hu), yang amat dekat dengan kami para pelajar. pendekatan yang digunakan dalam kuliah-kuliah, ceramah-ceramah beliau, membuatkan kami berasa rapat, dan sering kami bertemu dengannya dalam mendapatkan penyelesaian permasalahan yang kami hadapi, tak kiralah dari sudut hati, environment, masalah ibadah, dan sebagainya. baiklah aNA akan sambung dahulu apa yang dititipkan oleh beliau dan zaujah, sebelum aNA menceritakan lagi lebih lanjut perihal beliau sekeluarga. beliau yang aNA maksudkan adalah Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh (lebih mesra dengan panggilan Ustaz Ridha)  dan zaujah beliau Ustazah Nur Arfah (lebih mesra dengan panggilan Kak Ar). meraka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel sedang membesar, itulah Aisyah Solehah dan Mohamad Muaz.. words that also represent them are Bayt Ridharfah.

Majlis: Andai Ini Wasiatku
Masa: 21 Julai 2011 9 malam
Tempat: Dewan Seminar Cemara

aNA turun ke Shah Alam sebenarnya untuk ke program WOW anjuran ILUVISLAM, INTELEK, dan ALUMNI BEE. sebelum tu aNA decide nak turun KL instead of Shah Alam, tapi bila dapat tahu tentang program ni aNA tukar plan last minute. serba salah juga nak masuk dalam kolej, al-maklum, no longer a student of INTEC. jadi masuk sebagai...... ) faham-faham sendiri

aNA masuk dalam dewan. lama kelamaan, dewan semakin penuh, sehingga melimpah ke luar. aNA rasa serba salah pada student INTEC yang terpaksa duduk di luar dewan. aNA rasa sepatutnya aNa yang yang duduk di luar -_-". program bermula dengan ketibaan yang diraikan Bayt Ridharfah masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat di atas pentas. saat itu, aNA tak tahu mengapa, mata mula bertakung memberi isyarat untuk melimpah. beteng yang dibentuk mampu lagi menahan empangan daripada pecah.

pesanan daripada Kak Ar(basiccally aNA akan kongsi apa yang terdaya/sempat aNA catatkan, mungkin isi semata-mata tanpa elaboration.. inshaAllah dalam masa terdekat, aNA akan kongsikan rakaman program terbabit)

kata beliau kami semua, dekat di hati hati beliau. mungkin juga kami akan merasakan pesanan yang bakal beliau sampaikan adalah biasa-biasa sahaja. namun begitu pesanan-pesanan itu diharapkan dapat menambah saham-saham di akhirat sebelum melangkah keluar dari INTEC. atas dasar mahabbah fillah perlunya saling nasihat menasihati.

Kak Ar pesan, kepada adik-adik muslimah(bahasa Kak Ar), pakailah dengan PAKAIAN TAQWA.. pakaian taqwa bereti pakaian yang akan mengingatkan kita pada hari akhirat kelak.

ingatlah, Allah menilai dengan setiap nilaian. adakah kita lupa padaNYA? 

pesan Kak Ar lagi, janganlah kita bersedih apabila seseorang meninggalkan kita, ataupun apabila kita meninggalkan seseorang. namun bersedihlah kamu sekiranya kamu meniggalkan Allah SWT. setiap perkara yang ingin kita lakukan, fikirkan, apa pandangan Allah terhadap kita nanti.

buat para muslimin, barisan yang akan memperjuangkan Islam berdasarkan kepakaran masing-masing. kepakaran yang ada 'relate'kan dengan akhirat. mudah-mudahan menjadi saham untuk jumpa dengan Allah di Akhirat.

satu lagi pesanan Kak Ar. berhati-hatilah dengan cinta, jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. 

(kelebihan lagi Bayt Ridharfah, sering menjadi rujukan tentang soal cinta.inshaAllah pengalaman banyak. macam-macam masalah yang mereka jumpa. if nak gunakan cara Baitul Muslim dalam mencari pasangan hidup boleh contact mereka- promo pula)

dalam kes cop mengecop seorang muslimat yang solehah, Kak Ar kata, tengok tujuan kita. adakah dengan apa yang kita buat tu membuatkan kita lagho ataupun tidak? adakah benar-benar bersedia untuk menjadi seorang suami? sekiranya tidak menjadi jawapan hold dulu. ingat cabaran banyak dan syaitan b semakin besar.. hohoho`ni ekspresi yang aNA tambah

jaga diri baik-baik daripada menjadi bahan fitnah. inshaAllah dapat yang soleh/ah dengan menjadikan diri seorang yang soleh

dalam kes test menge'test'(hari tu aNA ada post APA HAK KORANG)... elakkanlah.. kata Kak Ar anda menZALIMi orang lain.. kenapa? YOU CREATE A PROBLEM TO ANOTHER PERSON

untuk mengatasi masalah-masalah hati, disarankan untuk meletakkan kriteria(aNA ada bincangkan dalam post yang dulu. aNA kata perkongsian daripada naqibah aNA.. Kak Ar lah orangnya ^_^)
contoh
umur untuk serious: final year.(kalau ada yg datang sebelum tu tolak)
  1. join gerakan dakwah
  2. tak panas baran
  3. suka budak-budak dsb
sempat Kak Ar pesan kalau dah ada pilihan(esp to muslimah), jangan timbulkan sendiri conflict dengan menerima orang lain(kalau tak faham aNA tulis boleh contact aNA personal.. kuikui). jelaskan matlamat, pilihan, jangan zalimi orang lain

dalam membentuk BIAH SOLEHAH kata Kak Ar ada beberapa perkara(aNA tak pasti kalau aNA ada tertinggal)
  1. tarbiyyah
  2. ammar ma'ruf nahi munkar(bilhikmah)
  3. jaga ikhtilat
setakat yang aNA tulis, itulah dia antara pesanan-pesanan Kak Ar... mungkin pesanan penuh aNA akan uploadkan inshaAllah bila dah dapat video nyer nanti.

next from Ustaz Ridha

pertemuan disusuli perpisahan, itu tabiat alam. ustaz meletakkan contoh Nabi Adam dan Hawa. juga contoh Nabi Muhammad sendiri.

Nabi Muhammad SAW dapat pangkat nabi, ada Khadijah sebagai tempat untuk berdamping, akhirnya apa berlaku kepada mereka? perpisahan

sedih macam mana, tak nak macam mana, ia tetap akan berlaku. kerana itulah sunnah alam. walaupun Khadijah telah pergi, walaupun bersama dengan isteri-isteri Baginda yang lain, Khadijah tetap di hati.

pertemuan diikat dengan hati, dengan cinta kerana Allah, inshaAllah ada titik temunya. jasad boleh dipisah, bukan hati. penglihatan boleh dibetengi bukan ingatan. 

ustaz khuatir, pohon-pohon yang ustaz tanam tak subur. kerana terlalu bergantung kepada faktor luaran. bergantunglah dengan tuhan, selama mana nak bergantung dengan manusia yang juga bergantung dengan Allah.

di ALAM ROH, Allah kata kepada roh "wahai hambaKu, nanti di dunia kau akan lupa Aku"
kemudian berpindahlah kita di alam yang lebih sempit. itulah ALAM RAHIM.
saat tangisan kedengaran, itu petanda kita telah berada di DUNIA. kala itu, janji Tuhan, kamu lupaKU
apabila hilang, bertemu pula di padang MAHSYAR di mana kita akan menuai budi ataupun mendapat neraka.

keseronokan dunia sampai mana
kepanasan dunia sampai mana
jangan sampai keseorangan kepanasan

diceritakan sahabat nabi, Othman bin Affan menangis apabila melalui kubur. sahabat-sahabt yang lain pelik kerana Othman tidak menangis bila nabi bercerita tentang neraka dsb. kata Othman, di atas bumi ramai orang, syurga ramai orang. di dalam kubur, seorang diri, gelap, siapa nak teman.

fitrah manusi takut apabila seorang, apa lagi gelap
kegelapan malam sementar
kegelapan kubur.....

pesanan ustaz bersambung dengan puisi.. aNA tak pasti, tapi puisi dialunkan secara spontan tanpa teks.. directly dari hati, inshaAllah sampai ke hati

pesanan ini diakhiri dengan doa yang dibaca sendiri oleh ustaz
satu ayat yang benar-benar menyentuh hati aNA dalam bait-bait doa yang dilafazkan
"andai ada antara kami yang suci hatinya, makbulkanlah doa kami. andai ada dalam kalangan kami yang hatinya penuh maksiat( i can't remember the exact word that he used), usahlah Kau hijab doa kami"

akhir kat daripada ustaz, "usahlah diucap selamat tinggal tetapi ucaplah semoga kita bertemu lagi, andai tidak di dunia, moga-moga bertemu di syurga."

selesai ucapan ustaz, semua berdiri menyanyikan lagu doa perpisahan. saat itu, mata sudah tak tertahan lagi....air panas mengalir di pipi tanpa henti.

kan ku utuskan salam ingatanku
dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMU
senyuman yang tersirat di bibirmu
menjadi ingatan setiap waktu
tanda kemesraan bersimpul padu
kenangku di dalam doamu
semoga Tuhan berkatimu

alhamdulillah itu bukan yang terakhir kalinya... semasa di WOW, slot ustaz merupakan slot kuliah maghrib dan slot solat subuh. hampir setiap kali selepas slot, aNA dan sahabat-sahabat mengambil kesempatan bertemu dengan ustaz dan zaujah Kak Ar(if Kak Ar ikut)... bila fikir-fikirkan balik, kami yang menggalkan INTEC.. dalam bahasa lain,, siapa yang meninggalkan siapa sebenarnya... Kak Ar pernah cakap, Kak tak pergi mana, masih dalam Malaysia lagi.... hm..

aNA ingat pesanan-pesanan yang sering ustaz titipkan setiap kali kuliah, ceramah mahupun usrah
  1. jadilah top scorer
  2. jadilah somebody
  3. jadilah agen perubah
  4. kalau jadi seorang doktor jadilah doktor yang juga hebat agamanya.. apabila seorang doktor boleh membaca khutbah, memang PERGH!...
  5. jelaskan matlamat
  6. you are what you believe
  7. orang yang sibuk adalah orang yang paling pandai mengurus masa
and etc.

nasihat, bukan sekadar nasihat semata-mata.... Ustaz benar-benar membuktikannya.... tak perlu aNA cerita detail buat masa ni.

wallahua'lam.. aNA mohon maaf andai ada kesilapan tatabahasa, bahasa-bahasa yang sukar difahami, atau andai ada yang aNA tertokok tambah, terutamanya aNA memohon maaf kepada Bayt Ridharfah....

inshaAllah akan datang aNA akan berkongsi serba sikit apa yang aNA dapat di WOW!.. mungkin dah terlewat, but better late than never kan?? heheheh

wujudnya kalian di sini
benar merubah diri ini
sampai ragu untuk melepaskan kalian pergi
wujudnya kalian di sini
benar-benar membekas di sanubari
kalian sentiasa di hati ini

andai kebaikan yang entorang buat kerana nasihat kami, mudah-mudahan ada pahala buat kami
andai maksiat yang entorang tinggalkan kerana tegurtan kami, mudah-mudahan ada pahala buat kami....

p/s: Ya Allah izinkan aku mempraktikkan segala nasihat dan teguran yang telah aku terima.. mudah-mudahan titik perubahan, pembaikpulihan yang aku buat, benar-benar, ada pahala untuk semua....

nantikan rakaman majlis "andai ini wasiatku"

kami di WOW!