Saturday, April 30, 2011

status doa di facebook

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

kelmarin, isu ni jadi topik hangat selama beberapa minit(hangat lah sangat) antara aNA dan sahabat2...

mereka terbaca komen lebih kurang menyatakan bahawa tidak perlu meletakkan doa di facebook... sahabat-sahabat aNA bersetuju dengan komen terbabit(buat sahabat yang terlibat plus baca pos ni kalau komen yang aNA tulis tu salah dengan apa yang kalian baca, mohon betul kan... asif... aNA ambil apa yang aNA faham)

sedikit perbincangan berlaku... setelah meraka menyatakan persetujuan, mereka menambah pendapat mereka... mereka merasakan doa tu biarlah antara diri dengan MAHA PENCIPTA... tak perlu post di facebook... macam menunjuk-nunjuk...

aNA bersetuju yg doa antara kita dengan Allah... aNA kata tak jadi masalah.. bila dia post, orang baca, ameenkan doa tu... 40 orang mengameenkan, kan makbul....

sahabat aNA berkata lagi: kita mengameenkan doa dia... part kita macam mana.....

aNA kata: kita baca post tu berdoalah sekali untuk diri sendiri tak jadi masalah... pakej lagi doa untuk diri sendiri dan untuk sahabat... pahala pun dapat

sahabat aNA berkata lagi: melihatkan kepada post itu seolah-olah ingin riya' menunjuk-nunjuk bla......(dan sengkatan, bukan mereka cakap "bla")

aNA jawab kenapa tidak kita berfikiran positif...

akhirnya aNA yang terputus tiada idea lagi untuk bersuara bila isu riya' dan yg seangkatan lagi dipertikaikan...

itulah pendapat aNA... seorang yang kurang ilmunya... akhirnya.... terputus kata-kata...

keesokannaya aNa merujuk perkara ini kepada ustaz...

(dalam hati aNA ada terfikir, benda simple macam ni pun nak jumpa ustaz)

alhamdulillah aNA mendapat jawapan yang memuaskan dan inshaAllah stand aNa semakin kukuh...

aNa nak share apa yang ustaz kata

hukum doa pada asalnya adalah harus. dan tetap menjadi harus apabila di post di wall facebook...

tambahan, account facebook tu kita punya, so kita hak hak untuk post status berupa doa dekat situ...

soal riya' menunjuk-nunjuk dan sebagainya adalah soal dia/ mereka dengan Allah.....

itulah penerangan ustaz secara ringkas dan padat

aNA berasa benda yang baik, bukan kah patut dikongsikan??? ^_^

wallahua'lam

p/s: kalau kita dok bising orang share benda elok2... ada tak kita lantang bersuara bila ada status sahabat-sahabat berupa "abang rindu ayang" dsb.. bla... tepuk dada tanya iman......

Friday, April 29, 2011

rendahnyer rase

makin byk kata, makin byk tuntutan usaha. makin byk tuntutan hati mahu amal, dan makin byk perlu ikhlaskan.

Thursday, April 28, 2011

cerita BAS TRANSNASIONAL vers 27 april 2011

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

alhamdulillah selamat sampai di kolej Akasia, tempat belajarku syurgaku. yosh! inshaAllah

post kali ni aNA nak kongsikan pengalaman aNA lalui sepanjang perjalanan aNA balik dari batu pahat ke shah alam hari ini...

watak dalam cerita ini

aNA
pakcik bas trans aNA
pakcik bas trans rosak
pakcik bas trans lain
anak muda
pak cik kedai cendol
pak cik kedai kuih


dari batu pahat aNA di dalam bas, bersama penumpang-penumpang lain dan seorang sahabat....

dalam perjalanan, tetiba pak cik bas hon kat pak cik kedai jual cendol kot. pak cik kedai tu senyum samapai telinga ~first impression to pak cik bas: wah mesra alam.. agaknya dia pernah jadi pelanggan kat kedai pakcik jual cendol...


jalan-jalan, (aNA tak jalan- tp velocity aNA sama dengan bas.. hohohoho) tetiba bas diberhentikan.. eh tengok-tengok berhenti kat kedai kuih.. nampak muka pak cik jual kuih sangat mesra dengan pak cik bas... aNA perhatikan pak cik bas beli kuih(macam stalker jer kau ni aNA ~.~) dalam hati... banyaknya pak cik ni beli.. adalah dalam 6,7, atau mungkin 8 biji kuih....lapar agaknya... bekalan sepanjang perjalanan mungkin.....(tulah manusia suka buat assumption)


jalan-jalan lagi memasuki lebuh raya... pelik tiba-tiba bas dipandu semakin perlahan... bila tengok sari tingkap... ada bas transnasional juga di hadapan... berhenti... penutup enjin terbuka... bas dikelilingi kon di bahagian belakang.. common sense bas tadi tu rosak agaknya... lalu bas diberhentikan dihadapan bas (yang di assume-again assumption) rosak...

aNA terfikir agaknya nak bawa penumpang dalam bas tu sekali mungkin... tapi bila ana tengok semasa bas yang aNA naik memotong bas yang rosak itu, tiada penumpang melainkan seorang yang berbaju biru...

berbalik kepada ketika bas diberhentikan.. pak cik bas keluar.. dan kelihatan seorang pak cik bas yang rosak tadi menghampiri pintu bas yang aNA naik... mashaAllah.. jangkaan aNA(bebrapa assumption di atas) meleset sama sekali....

rupa-rupanya.. kuih yang dibeli tadi diberikan kepada pak cik bas yang rosak.... wah.... ~tulah banyak sangat assumption; dahtu takkan nak g tanya plak... busy body!) huhuhu... aNA hanya mampu tersenyum... sweet betul pak cik bas yang aNA naik... betapa caring nya beliau pada sahabat pemandu yang lain... dan sekali lagi assumption dibuat.. baju biru tadu tu mungkin technician....(betul tak eja ni).. walaupun mungkin(another assumption aNA) pak cik bas yang rosak tu minta tolong pak cik bas aNA(ya memang kau punya bas) belikan makanan or else, aNA tetap merasakan pak cik bas ni sangat bertimbang rasa.... indahnya berukhwah~ngeeee ^_^V



ni pun cerita pak cik bas trans.. tp bas trans lain... masa berhenti di perhentian pedas-linggi tak silap(tempat bas selalu berhenti kalau dari batu pahat ke shah alam)..time tu dah asar... mcm aNA cakap kat atas tadi, mungkin 4-5 jam baru aNA akan sampai.. since aNA gerak dalam pukul 2.30 tadi makanya dijangka sampai dalam 6.30-7.30.. kan2?? barangkali untuk terlepas asar adalah agak tinggi memandangkan sekarang ni waktu maghrib masuk awal..(alhamdulillah aNA dah jama' tadi kat bas stand batu pahat) tetiba nampak pak cik bas trans lain yang sama-sama brhenti ni, berwudu'.. maka bersolatlah pak cik ini(walaupun sebenarnya di perhentian ini tiada surau disediakan).... mungkin tak sepatutnya aNA merasa kagum, sebab sepatutnya, keadaan ini menjadi satu kelaziman,,, tapi wallahua'lam... barangkali yang lain2 dah ikut jama' macam aNA.. husnuzzon... sebabnya... bas hanya akan berhenti sekali untuk berehat sepanjang perjalanan.... kesimpulannaya, aNA kagum jugak dengan pak cik bas ini... dari belakang (semasa pakcik bas trans lain ni tengah berdiri rakaat ketiga, seorang anak muda datang menepuk bahunya... maka berjemaahlah mereka bersolat... 27,27.. huhuhuuh....waaaaaaaaa

apa yang aNA nak katakan di sini, bukanlah untuk membangga-banggakan pak cik bas lain dan anak muda tadi... cuma nya nak aNA dan sahabat-sahabat pembaca sama-sama ambil iktibar... sebenarnya, solat boleh sahaja ditunaikan di mana-mana.. tinggal nak taknak kita sahaja... tak perlu sejadah, kain pelekat mahupun telekung.... kan2? yakin bersih pakaian dan tempat solat.. (juga menutup aurat) yakin arah kiblat.... boleh wudu' atau tayammum(kalau tiada air for sure)..... solatlah...

kepatuhan kepada Allah tidak mengira masa mahupun tempat.... bersama-sama, ambillah iktibar.... yang baik jadikan contoh dan tauladan dalam hidup.. inshaAllah



masyaAllah...benar aNA kagum... satu perkara tentang ISLAM.. benarlah Islam itu menyatupadukan.. termasuklah ketika solat.... kenapa... fikir-fikir balik.... anak muda tadi, dah lah tak kenal pak cik bas trans lain tu.... tiba-tiba boleh yakin untuk berimamkan pakcik bas trans lain... kan2?? bila solat bersama-sama tu, inshaAllah kita sesama jemaah tu akan rasa satu ikatan... walaupun sekadar dispersion force(maaf ini term kimia for those yang tidak belajar.. asif2).. tak berapa nak kuat.. tapi ikatan tu ada.....ALLAHUAKBAR! terjalinlah sebuah ikatan silaturrahim yang baru... subhanallah.....

sekadar itu sahaja cerita-cerita pak cik bas trans.... asif andai pengolahan aNA terumbang ambing bagai perahu ditengah lautan ketika ribut melanda.. huhuu~tu dia.... - (gaya orang kedah).... inshaAllah aNA akan berusaha lagi memperbaiki elaboration and explanation dalam penulisan aNA.. inshaAllah...


wallahua'lam

p/s: masa dalam bas, seorang sahabat mesej aNA tanya aNA dah sampai kolej atau belum... aNA jawablah belum... dan sempat menyakatnya.. aNA kata

"biasalah, naik bas. naik kereta 2-3 jam dah sampai. naik bas habis baik 4-5 jam... lainlah kalau naik flight. 45 minit inshaAllah sampai walaupun meyeberangi lautan"

beliau mungkin(assumption, again?!) terasa.. sebab beliau kata macam tu... beliau ni memang orang seberang lautan... tambahan sahabat2 sebilik dengan beliau telah pun pulang......

apa yang aNA nak sampaikan..andai beliau baca pos ni... "sorry deh, aNA bergurau" huhuhuh

untuk sahabat-sahabt lain, antum semua inshaAllah amat mengenali aNA.. mesti antum tahu aNA gemar bergurau... mohon maaf zahir batin andai gurauan aNA kadang-kadang ter 'hiperbola'... kalau-kalau ada tersinggung... ngeeee~ moga lebih memahami...

gurauan tu macam belancan kat dalam sambal... tanpa belacan kuranglah feel sambal~ maybe ada orang tak letak belacan dalam sambal,,,, satu lagi info pasal aNA, aNA penggemar belacan....

apakah?! ignore benda pelik di atas.... kembali kepada topik...kita kan sahabat ^_^V kalau tersinggung baritahu tau..

~kek gula hangus~

Tuesday, April 26, 2011

WOW! nantikan kemunculannya



bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

moh ghama-ghama join
~WOW~WONDERFUL OVERSEAS WEEKEND~

sapo-sapo, mano-mano oghe... terutamonyo ye nok fly esp ke UK Ireland dsb... moh ajak saeng kito semuonyo... ~ bajet kelate~ jangan terlepas peluang hebat ini!!!!! maklumat lanjut boleh rujuk link di bawah....


http://wow.iluvislam.com/








exam tips daripada KaK NAD YORK

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

kali ni tips daripada Nurul Nadiah Mohamed Fauzi

kak nad yang pakai spect tu.. beliau pun salah seorang daripada fasilitator aNA n sahabat2 aNA time MINGGU MESRA SISWA~khusus untuk kanak-kanak ribena yang baru masuk INTEC


1) sepanjang exam nanti, choose baju yang adik2 semua paling suka pakai. maybe baju which your parents gave it to you, or maybe baju yang from someone special ( kawan karib ke, adik ke, kakak ke, etc2 ), or maybe baju yang bila adik2 pakai, u'll feel very energetic, very confident. kenapa? kerana, ia memberikan kita mood. mood sangat penting dalam menjawab exam. jangan stress2. :)

2) call mak ayah. minta restu serta doa dari mereka. your parents will definitely pray the best for you. believe me :)
3) senyum. ha. ni penting. senyum selalu. even banyak lagi tak cover. tak apa. yang penting, senyum. kita dah cuba sedaya upaya. so, now let's just work on it! yeah! :p

4) minta restu cikgu. ha, this one penting also. if you ever make cikgu marah, find them, say sorry. :)
5) last but not least, DOA. no matter if u r muslim or not, say your doa. :)

*mahu dapat lebih banyak tips? add la FB saya. haha [ok, jika meluat, sila abaikan :p]*
~yang ni Kak Nad yang cakap bukan aNa~ hehhehehe



p/s: kak nad sorry copy tak gtau n aNA cilok gambar akak dari FB.. hehehheh


wallahua'lam

nasihat EXAM versi akh Naufal

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

post kali ini aNA nak berkongsi tips-tips exam yang dikongsikan oleh seorang senior dari UK... beliau bernama NAufal Jailani... tips ini di post one by one, jadi aNA akan update bawah post yang sama untuk latest tips, tau?! ^_^



Tips A-Level #1 - Keputusan tu Allah yang bagi.. Thus, make up to Him!!

Tips A-Level #2 - Have enough sleep + rest.. means not over and not less. Optimise it!! So that you can think well during the exa
m ^_^

Tips A-Level #3 - There's huge difference in understanding and remembering something. Thus, take your time to learn and not to memorise the answer scheme given.

Tips A-Level #4 - If you fail to plan, you plan to fail. Try to plan your time or your daily schedule.. When to study, when to read AQ, when to clean your room etc.. It makes a huge difference, believe me!!

Tips A-Level #5 - We all are human. Human do make mistakes. Thus, forgiveness is the cure. ^_^ Maaf ya semua atas salah + perselisihan.

Tips A-Level #6 - Upgrade your strength and improve your weakness.

tips A-Level #7 - A level tidak memberikan kita kata putus untuk mengabaikan orang disekeliling kita. Appreciate those around us ^_^ !!

tips A-Level #8 - A-Level is just an exam. So treat it like an exam ^_^

tips A-Level #9 - Start with du'a.. end with du'a. Fill between it with du'a.
You got what I mean, rite?

tips A-Level #10 - Don't ever think of quitting.. Because the thing that matter is the efforts..
Allah lebih melihat kepada usaha yang dilakukan berbanding natijahnya..

tips A-Level #11 - Get rid of the "unimportant" thing.. Perhaps your facebook for a while?

p/s : I didn't have my laptop with me during my A-Level. Laptop is not the only source of revising your pass paper.. >_< I spent about RM2 for an hour of internet at CC each week.. better than addicted or glued to your laptop.

komen2 lain yang memberangsangkan daripada senior di bawah post tips ke 11

Maryam Sairi a laptop without internet is fine i think. :) well, basically it depends on u. sometimes we need to stop for a while from a student life and 'recharge' your energy before continue to fight again. :) There comes the use of laptops. pictures, musics, and movies. :P Dont push yourself too hard or you'll get exhausted before the very last steps. Give some time for yourself. :) and personally I dont use laptop for revising past paper because i prefer holding real papers! the feeling is different. hihi

Asyraf Razif Agree with che yam cute. Aku pon bukan boleh study all the time. Kne ada rehat gak kdg2 tengok movie jap dgn roomate. Dr pagi smpai malam study je, then ptg2 ak release tension pegi main kat taman. Kalu rase diri addicted to internet, jgn la pkai broadband ke, wifi mane2 ke. Tp internet penting utk ak nk download past year buat latihan hihihi

Naufal Jailani Yup2.. Good argument. But I believe kalau berehat tengok laptop juga sebenarnya indirectly memenatkan minda. Try to do something.. more on calming or soothing yourself. Yet again, everybody have their own style or method of enjoying their times and rewarding themselves.. For me, ice-cream is the best ^_^!!!

Wazna Abdul Hadi taman sebelah cemara n hadapan akasia tu pun ade kan..petang2 waktu nk dekat exam selalu gak jalan2 kt situ petang2 amek angin:) tgk kanak2 riang ria bersama roomate..waahh best nye kenangan itu..insyaAllah worth:)

tips A-Level #12 - How's your room eh?? clean?? tidy?? or in a big mess??

Try to keep your room at the best condition you can. Realize it or not, it does affect your study and revision.

p/s: Maybe it's a bit odd for me to say this but I can't really study when my room is in mess X(. I'll clean it first before I start my revision.

Syaitan suka tempat2 serabut + kotor nih.

tips A-Level #13 - Drink a lot of water and be sure to take your breakfast(yum2). Don't want to have a grumpy stomach and be dehydrated during the exams.. ^_^


and last words from akhi.......

salaam alayk~ Well.. No more tips to be given. Just a very brief words or thought of mine to MYSELF personally and you guys..

All da best for the exam.. "Ihfazillaha yahfazuk".. Bittaufiq wan najah~

dari diri yang sentiasa kekurangan..




akh naufal mestilah yang kene point tu.. beliau juga adalah antara fasilitatorku semasa
MINGGU MESRA SISWA jun 2009.
selain beliau, kak mardhiah ghani, kak mariam, kak athirah, abg asyandi, abg fikri, kak nad dan lain2..
hehehhe thanks guys... you are the one whom built our first impression on INTEC..
don't worry it was a great impression..~ape yg aku merapu ni~



p/s: harap akh tak kisah aNA copy.... hihihi benda baik... sharing is caring......
pandainyer aNA ni tak minta izin lu... ~adus



wallahua'lam


p/s: thank you akhi naufal for letting let me copy all your words... barakallahufik

Sunday, April 24, 2011

musim menyarung cincin


bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh


peperiksaan hampir menjelma.. lebih kurang dalam 21 hari lagi...


baru2 ni, mendengar ceramah "sebarkan cintamu" oleh Fatima Syarha

aNA tak berniat nak menaip keseluruhan ceramah.. cuma aNA nak berkongsi serba sikit point yang aNA terkesan.. tak bermaksud ada yang tak terkesan..... kira aNA nak menyimpulkan semua...pada point2 yang aNA rasa perlu di"highlight"kan
  1. KAMI MAWAR BERDURI
  2. HAK WALI
  3. KEMBALI KE RAHMATULLAH
  4. CINTA SAHABAT KERANA ALLAH
kami warga INTEC benar2 bersyukur diberikan peluang untuk bertemu seorang novelis yang hebat-credit to JPKCA-... walaupun buku-buku beliau banyak dalam skop CINTA... namun itulah kelebihan beliau.. aNA menyarankan sahabat-sahabat untu membaca buku PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL... buku yang benar-benar memberi kesan... bacalah.. banyak pengajaran yang boleh diambil.. banyak lagi buku2 beliau yang amat berkualiti. sahabat-sahabat aNA puas menyarankan aNa baca buku TAUTAN HATI... cuma aNA belum berkesempatan lagi.. inshaAllah... dalam masa akan datang.. juga saranan buat sahabat2... baru2 ini aNa ke pesta buku di PWTC... benar... mashaAllah.. pening nak pilih buku.. buku2 Fatima Syarha sendiri pun.. dah banyak.... jadi selagi ada masa... moh le poie pesta buku... hihihihi -promoter-

kembali kepada SEBARKAN CINTAMU

MAWAR BERDURI.. Kak Fatima Syarha sempat berpesan dalam ceramahnya supaya kami, muslimat-muslimat sekalian, supaya menjadi mawar berduri... sukar untuk didekati, apalagi disentuh.. jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis yang ditanam lelaki... (no offense) jaga diri elok-elok..... kalau betul mereka ingin menyunting kita, ingat kita ada wali.....

HAK WALI... menyentuh kepada wali... seperti mana saranan di atas... jika benar-benar seseorang ingin melamar seorang perempuan.. pergilah kepada ibu bapanya.. bukan direct kepada tuan punya badan... aNA bersetju dengan pendapat kak fatima. sebagai contoh dalam isu bertunang... ada yang mengatakan boleh bertunang tanpa ibu bapa.. ada juga berpendapat, kita boleh menjadi tunang orang melalui kata-kata.. jadi berhati-hati dalam memberikan sebarang persetujuan.. aNA... tak tolak pendapat tersebut.... ada benarnya.. seperti mana yang aNa pernah dengar yang mana diulas oleh Ustaz Azhar Idrus... ikutlah siapa berpegang pada yang mana.... sama ada bertunang dengan ibu bapa(wali) atau sebaliknya...

ni pendapat aNA... pendapat daripada seorang yang belum tinggi ilmu agamanya... . seorang ustaz aNA pernah terangkan tenta
ng isu ini, katanya, tidak sah tunang tanpa persetujuan wali.... aNA rasa pendapat ini begitu dekat.... dan inshaAllah aNA lebih berpegang kepada pendapat ini.. pada pendapat aNA wali perlu didahulukan... wali(ibu bapa) lah yang telah membesarkan kita sejak kita lahir sehingga kita dewasa... mungkin berjuta ringgit habis untuk membesarkan kita... berapa banyak masa dan tenaga telah mereka habiskan untuk kita..... tiba-tiba bila soal besar seperti pertunangan, perkahwinan dsb kita belakangkan mereka.. tidak meminta persetujuan mereka atau sekurang-kurangnya mepertimbangkan pandangan mereka..... bakti kita pada mereka pun tak ke mana....belum seberapa.... sekali lagi aNA tegaskan... ni pendapat aNA yang belum tinggi ilmu agamanya.... tentang isu kahwin awal dsb itu cerita lain... jangan disamakan dengan pendapat aNA yang tadi...


aNA tertarik dengan tips yang diberikan oleh Kak Fatima Syarha kepada mereka yang ingin berkahwin awal... ya, kita dah pergi jalan yang betul melalui ibu bapa.... risau pulak ditolak kerana terlalu muda... berjumpalah ibu bapa perempuan tersebut dalam keadaaa yang anda(ar-rijal) benar-benar dalam wibawa... untuk dapatkan keyakinan bahawa anda boleh menjaga anak mereka sebaiknya... kalau boleh time nak masuk merisik ke meminang tu, siap tunjukkan pelan ekonomi yang kalian rancangkan.. kalau macam tu, memang PERGH.... tiada ragu lagi.. inshaAllah itulah calon menantu di hati.. hehhehehehehe^_^

aNA sempat bertanya adakah cop mengecop itu ada... jawapan yang diberikan zaman Rasulullah tiada cop mengecop atau taqdin(kalau aNA tak silap istilah tersebut)... jalan yang diberikan dua...

  1. terus mujahadah... simpan perasaan... berserahlah kepada Allah.. andai ada jodoh inshaAllah... jika tiada, bersabarlah, dan redhalah dengan ketentuanNYA... mungkin dia bukan yang terbaik umtuk kita.... bukankah ketetapan Alllah itu yang terbaik
  2. jalan kedua... kalau nak cop juga, i mean bertunang dulu ke apa, pastikan juga diri bermujahadah... kerana pertunangan bukan jalan halal untuk punya hubungan yang lebih.. kerana kita tetap terikat seperti hubungan dengan yang bukan mahram yang lain... takperlu saling berhubungan.. yakinlah pada Allah.. Dia adalah sebaik-baik pemelihara... andai nak bertemu kata kak fatima, biarlah benar-benar ada urusan.. apa itu urusan??? katanya, urusan adalah perkara yang kita boleh jawab nanti di hadapan Allah.. bila aNA kongsikan perkara ni dengan seorang sahabat, katanya kita ni selalu, kalaupun benar urusan, akhirnya ada juga sedikit melencong.. aduh... terjatuh batu atas kepala.... apa yang penting? MUJAHADAH

seterusnya... aNA benar- benar tertarik berkenaan statement kak fatima tentang kembali ke RAHMATULLAH atau meninggal dunia.. kenapa kita takut nak mati.. bukan kah kembali ke rahmatullah itu kembali ke dalam rahmat Allah... mati itu benar-benar menjadi rahmat andai kita benar-benar bersedia menghadapinya... bila dah bersedia, kita tak sabar nak jumpa dengan pencipta kita.... Ya Allah biarlah, mati kami, benar-benar kepulangan kami ke dalam rahmatMU, kasihMU Ya Allah... ameen


sebelum aNA bertanya berkenaan soal cop mengecop... sahabat aNA bertanya, bagaimanakah cinta seorang sahabat kerana Allah... jawapan yang diberikan adalah.. cintanya kita pada seorang sahabat di mana kita mahu mereka bersama-sama menuju syurga Allah... dan kita tak mahu mereka masuk ke neraka (yang aNA faham, ajaklah kepada kebaikan dan laranglah mereka daripada melakukan kejahatan/keburukan-amar ma'ruf nahi munkar).. jika benar kita mengasihi mereka kerana Allah.........................

kesimpulan... cinta itu fitrah... namun jangan biarkan cinta itu menjadi fitnah...bersama-samalah mengejar cinta sang PENCIPTA CINTA..... inshaAllah bahagia..... ada masalah tentang cinta... rujukalah kepada mereka yang bertauliah... yang boleh memberi tunjuk ajar yang betul... sebab soal cinta ni... complicated kerana ia complex... hahahaha... apa yang penting... ustaz selalu pesan, kembalilah kepada pemberi masalah... hanya Dia yang mempunyai jalan penyelesaian.. ^_^

wallahua'lam

p/s:
tajuk ni macam tu sebab aNA dan sahabat-sahabat tengah musin pakai cincin(tolak tepi orang ... yang memang pakai) kalau aNA sebab teringin sangat... tahu tak pakai cincin tu pun salah satu sunnah nabi... ^_^... dahtu ramai dok tanya, ada pape ke???? hehheeh ada sahabt tu sampai terkena gossip dengan orang.. lawak jer..... p/s: yang cincin dah hilang tu, pi lah beli baru.. termasuklah orang yang cincinnya berkarat.. uhuhuhuhuhuhuh

Ya Allah, andainya kami jatuh cinta, biarlah cinta itu sepenuhnya keranaMU Ya Allah... biarlah kami mencintai kerana kasihnya kepadaMU, moga cinta kami padanya membawa kami lebih dekat kepadaMU lebih mendalam cinta kami kepada MU

nota sekuntum mawar berduri...... buat kumbang yang ingin mendekati
http://sekilasmemoir.blogspot.com/2010/05/tolong-sampaikan-pada-si-dia.html

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (8:63)




CINTA ITU FITRAH...
YA ALLAH, BIARLAH FITRAH ITU MENJADI
ANUGERAH YANG INDAH BUAT KAMI...
YA ALLAH, JAUHKANLAH FITRAH ITU MENJADI

FITNAH YANG PARAH
.......



VOCAB CINTA / AKU CINTA KAMU
  1. LOVE
  2. CINTA
  3. SAYANG
  4. KASIH
  5. SUKA
  6. PYAR
  7. WO AI NI
  8. AISYITERU
  9. DAISUKU
  10. SUKI TE DETSU
  11. SARANGE
  12. UHIBBUKA/I
  13. MOHABBAT
  14. AMOR