Sunday, April 24, 2011

musim menyarung cincin


bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh


peperiksaan hampir menjelma.. lebih kurang dalam 21 hari lagi...


baru2 ni, mendengar ceramah "sebarkan cintamu" oleh Fatima Syarha

aNA tak berniat nak menaip keseluruhan ceramah.. cuma aNA nak berkongsi serba sikit point yang aNA terkesan.. tak bermaksud ada yang tak terkesan..... kira aNA nak menyimpulkan semua...pada point2 yang aNA rasa perlu di"highlight"kan
  1. KAMI MAWAR BERDURI
  2. HAK WALI
  3. KEMBALI KE RAHMATULLAH
  4. CINTA SAHABAT KERANA ALLAH
kami warga INTEC benar2 bersyukur diberikan peluang untuk bertemu seorang novelis yang hebat-credit to JPKCA-... walaupun buku-buku beliau banyak dalam skop CINTA... namun itulah kelebihan beliau.. aNA menyarankan sahabat-sahabat untu membaca buku PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL... buku yang benar-benar memberi kesan... bacalah.. banyak pengajaran yang boleh diambil.. banyak lagi buku2 beliau yang amat berkualiti. sahabat-sahabat aNA puas menyarankan aNa baca buku TAUTAN HATI... cuma aNA belum berkesempatan lagi.. inshaAllah... dalam masa akan datang.. juga saranan buat sahabat2... baru2 ini aNa ke pesta buku di PWTC... benar... mashaAllah.. pening nak pilih buku.. buku2 Fatima Syarha sendiri pun.. dah banyak.... jadi selagi ada masa... moh le poie pesta buku... hihihihi -promoter-

kembali kepada SEBARKAN CINTAMU

MAWAR BERDURI.. Kak Fatima Syarha sempat berpesan dalam ceramahnya supaya kami, muslimat-muslimat sekalian, supaya menjadi mawar berduri... sukar untuk didekati, apalagi disentuh.. jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis yang ditanam lelaki... (no offense) jaga diri elok-elok..... kalau betul mereka ingin menyunting kita, ingat kita ada wali.....

HAK WALI... menyentuh kepada wali... seperti mana saranan di atas... jika benar-benar seseorang ingin melamar seorang perempuan.. pergilah kepada ibu bapanya.. bukan direct kepada tuan punya badan... aNA bersetju dengan pendapat kak fatima. sebagai contoh dalam isu bertunang... ada yang mengatakan boleh bertunang tanpa ibu bapa.. ada juga berpendapat, kita boleh menjadi tunang orang melalui kata-kata.. jadi berhati-hati dalam memberikan sebarang persetujuan.. aNA... tak tolak pendapat tersebut.... ada benarnya.. seperti mana yang aNa pernah dengar yang mana diulas oleh Ustaz Azhar Idrus... ikutlah siapa berpegang pada yang mana.... sama ada bertunang dengan ibu bapa(wali) atau sebaliknya...

ni pendapat aNA... pendapat daripada seorang yang belum tinggi ilmu agamanya... . seorang ustaz aNA pernah terangkan tenta
ng isu ini, katanya, tidak sah tunang tanpa persetujuan wali.... aNA rasa pendapat ini begitu dekat.... dan inshaAllah aNA lebih berpegang kepada pendapat ini.. pada pendapat aNA wali perlu didahulukan... wali(ibu bapa) lah yang telah membesarkan kita sejak kita lahir sehingga kita dewasa... mungkin berjuta ringgit habis untuk membesarkan kita... berapa banyak masa dan tenaga telah mereka habiskan untuk kita..... tiba-tiba bila soal besar seperti pertunangan, perkahwinan dsb kita belakangkan mereka.. tidak meminta persetujuan mereka atau sekurang-kurangnya mepertimbangkan pandangan mereka..... bakti kita pada mereka pun tak ke mana....belum seberapa.... sekali lagi aNA tegaskan... ni pendapat aNA yang belum tinggi ilmu agamanya.... tentang isu kahwin awal dsb itu cerita lain... jangan disamakan dengan pendapat aNA yang tadi...


aNA tertarik dengan tips yang diberikan oleh Kak Fatima Syarha kepada mereka yang ingin berkahwin awal... ya, kita dah pergi jalan yang betul melalui ibu bapa.... risau pulak ditolak kerana terlalu muda... berjumpalah ibu bapa perempuan tersebut dalam keadaaa yang anda(ar-rijal) benar-benar dalam wibawa... untuk dapatkan keyakinan bahawa anda boleh menjaga anak mereka sebaiknya... kalau boleh time nak masuk merisik ke meminang tu, siap tunjukkan pelan ekonomi yang kalian rancangkan.. kalau macam tu, memang PERGH.... tiada ragu lagi.. inshaAllah itulah calon menantu di hati.. hehhehehehehe^_^

aNA sempat bertanya adakah cop mengecop itu ada... jawapan yang diberikan zaman Rasulullah tiada cop mengecop atau taqdin(kalau aNA tak silap istilah tersebut)... jalan yang diberikan dua...

  1. terus mujahadah... simpan perasaan... berserahlah kepada Allah.. andai ada jodoh inshaAllah... jika tiada, bersabarlah, dan redhalah dengan ketentuanNYA... mungkin dia bukan yang terbaik umtuk kita.... bukankah ketetapan Alllah itu yang terbaik
  2. jalan kedua... kalau nak cop juga, i mean bertunang dulu ke apa, pastikan juga diri bermujahadah... kerana pertunangan bukan jalan halal untuk punya hubungan yang lebih.. kerana kita tetap terikat seperti hubungan dengan yang bukan mahram yang lain... takperlu saling berhubungan.. yakinlah pada Allah.. Dia adalah sebaik-baik pemelihara... andai nak bertemu kata kak fatima, biarlah benar-benar ada urusan.. apa itu urusan??? katanya, urusan adalah perkara yang kita boleh jawab nanti di hadapan Allah.. bila aNA kongsikan perkara ni dengan seorang sahabat, katanya kita ni selalu, kalaupun benar urusan, akhirnya ada juga sedikit melencong.. aduh... terjatuh batu atas kepala.... apa yang penting? MUJAHADAH

seterusnya... aNA benar- benar tertarik berkenaan statement kak fatima tentang kembali ke RAHMATULLAH atau meninggal dunia.. kenapa kita takut nak mati.. bukan kah kembali ke rahmatullah itu kembali ke dalam rahmat Allah... mati itu benar-benar menjadi rahmat andai kita benar-benar bersedia menghadapinya... bila dah bersedia, kita tak sabar nak jumpa dengan pencipta kita.... Ya Allah biarlah, mati kami, benar-benar kepulangan kami ke dalam rahmatMU, kasihMU Ya Allah... ameen


sebelum aNA bertanya berkenaan soal cop mengecop... sahabat aNA bertanya, bagaimanakah cinta seorang sahabat kerana Allah... jawapan yang diberikan adalah.. cintanya kita pada seorang sahabat di mana kita mahu mereka bersama-sama menuju syurga Allah... dan kita tak mahu mereka masuk ke neraka (yang aNA faham, ajaklah kepada kebaikan dan laranglah mereka daripada melakukan kejahatan/keburukan-amar ma'ruf nahi munkar).. jika benar kita mengasihi mereka kerana Allah.........................

kesimpulan... cinta itu fitrah... namun jangan biarkan cinta itu menjadi fitnah...bersama-samalah mengejar cinta sang PENCIPTA CINTA..... inshaAllah bahagia..... ada masalah tentang cinta... rujukalah kepada mereka yang bertauliah... yang boleh memberi tunjuk ajar yang betul... sebab soal cinta ni... complicated kerana ia complex... hahahaha... apa yang penting... ustaz selalu pesan, kembalilah kepada pemberi masalah... hanya Dia yang mempunyai jalan penyelesaian.. ^_^

wallahua'lam

p/s:
tajuk ni macam tu sebab aNA dan sahabat-sahabat tengah musin pakai cincin(tolak tepi orang ... yang memang pakai) kalau aNA sebab teringin sangat... tahu tak pakai cincin tu pun salah satu sunnah nabi... ^_^... dahtu ramai dok tanya, ada pape ke???? hehheeh ada sahabt tu sampai terkena gossip dengan orang.. lawak jer..... p/s: yang cincin dah hilang tu, pi lah beli baru.. termasuklah orang yang cincinnya berkarat.. uhuhuhuhuhuhuh

Ya Allah, andainya kami jatuh cinta, biarlah cinta itu sepenuhnya keranaMU Ya Allah... biarlah kami mencintai kerana kasihnya kepadaMU, moga cinta kami padanya membawa kami lebih dekat kepadaMU lebih mendalam cinta kami kepada MU

nota sekuntum mawar berduri...... buat kumbang yang ingin mendekati
http://sekilasmemoir.blogspot.com/2010/05/tolong-sampaikan-pada-si-dia.html

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (8:63)




CINTA ITU FITRAH...
YA ALLAH, BIARLAH FITRAH ITU MENJADI
ANUGERAH YANG INDAH BUAT KAMI...
YA ALLAH, JAUHKANLAH FITRAH ITU MENJADI

FITNAH YANG PARAH
.......



VOCAB CINTA / AKU CINTA KAMU
  1. LOVE
  2. CINTA
  3. SAYANG
  4. KASIH
  5. SUKA
  6. PYAR
  7. WO AI NI
  8. AISYITERU
  9. DAISUKU
  10. SUKI TE DETSU
  11. SARANGE
  12. UHIBBUKA/I
  13. MOHABBAT
  14. AMOR


No comments: