Tuesday, April 19, 2011

hutang yang takkan pernah terlangsai

bismillahirrahmanirrahim

asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

situasi

pemiutang:
aku ada seorang sahabat
telah beberapa kali beliau meminjam duit daripadaku
namun belum pernah sekali beliau membayarnya
walaupun sesen
bukannya aku mahu berkira
cuma kadangkala ada masanya aku juga sesak
namun bila dia meminta lagi
apakan daya
beliau sahabatku
aku tak mampu menolak
masih ada perikemanusiaan
kasihan.....
kalau bukan aku tolong siapa lagi

yang berhutang:
aku punya sahabat
sahabat yang sangat mulia
sangat bermurah hati
setiap kali aku meminta wang untuk dipinjam
belum sekali dia menolak
aku pula belum pernah membayarnya
bila dia meminta pertolongan
mungkin tenaga, mahupun masaku,(bukan wang)
aku malu untuk berkata tidak
budinya belum pernah aku langsaikan
inilah caranya



astaghfirullahala'zim

kenapa kita beristighfar???


setiap makhluk yang dijadikan Allah punya bahagian masing-masing
punya rezaki masing-masing
Allah itu MAHA ADIL, MAHA PEMURAH
daripada wujudnya kita dalam bentuk sperma dan ovum
kalau bukan kerana rahmatNYA
tiadalah kita di atas muka bumi ini
tak pernah DIA lupakan walau sesaat
untuk memberikan kita udara untuk terus dihirup
memberikan oksigen, makanan, pakaian, keluarga, keamanan
dan nikmat terbesar ISLAM

tak rasa turhutang budikah aNA dengan Allah?
solat pun berlebih kurang
sikap pun berlebih kurang
pergaulan berlebih kurang
sikit pun tak ke???




astagfirullahal 'azim
astagfirullahal 'azim
astagfirullahal 'azim

Ya Allah,
ampunkan aku Ya Allah
maafkan aku Ya Allah
aku mengaharapkan MAGHFIRAHMU YA ALLAh

Ya Allah aku hambaMU yang hina
Ya Allah aku hambaMU yang lemah
Ya Allah aku hambaMU yang mudah alpa
Ya Allah aku hambaMU yang sering lalai
daripada memperingatiMU
daripada mengucap syukur padaMU
daripada menuruti perintahMU

ampunilah aku Ya Allah
ampunilah aku Ya RAbbi
ampuni aku, ampuni aku

اسثغفر الله العظيم
الذي لا اله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
توبة عبد ظالم
لا يملك لنفسه
ضرا ولا نفعا ولا موتا ولا حياة ولا نشورا




wallahua'lam

p/s: aNA insan kerdil.. mohon, pandangan, nasihat, dan bantuan andai ada khilaf.....

No comments: