Tuesday, June 28, 2011

WARKAH A LEVEL #18

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

agak lewat malam sekarang ni.. lebih kurang pukul 2:19 (jam laptop aNA)..

alhamdulillah, jam 3.05(jam dewan exam blok U) officially selesai sudah a-level aNA...

alhamdulillah, Allah permudahkan... ada yang Allah nak bagi , ada yang bukan rezeki aNA.. banyak bantuan Allah... alhamdulillah... ada satu soalan yang punya beberapa sub soalan, yang berantai.. andai atas tak dapat jawab, the whole question tak mampu buat... kalau sahabat2 yang ambil exam PHYSICS UNIT 5 ingat, soalan ada diberi energy, substance activity dsb.. fisrt question proved initial activity, second cari power, third prove temperature, forth find wavelength, fifth determine which electromagnetic spectrum represents that wavelength, why it is dangerous inside the body not outside... memang concequences question.. aNA sangkut du soalan kedua.. banyangkan berapa banyak sub soalan lepas tu... Allahu Allah... ada alternatif lain dalam soalan tu.. alhamdulillah atas ilham yang KAU berikan... aNA harap the method that i used wouldn't be penalized, tapi apa kuasa yang aNA ada, Allah pemilik hati, segalanya ketentuan Allah.... kuasa yang aNA ada satu-satunya sekarang adalah berdoa.. ya, aNA jangan pernah berputus asa

sebelum exam benar2 aNA merasa amat gementar.. exam started at 1.30 pm... on 11.55am i tried to sleep.. 15 minutes later i still couldn't sleep, my heart beating at high frequency.. seriously.. like it was the first paper that i was going to sit.. but it was the LAST one.. even until when i stepped into the exam hall.. THANKS to ALLAH, He gave me calmness during the exam, and smoothen my answering process.. alhamdulillah...

right after the examiner announced "you may leave" everyone cheering... of course because, at last after almost two months, the exam was over... hopefully that all of us will get flying colours in the exam.. do pray the best for us, dear readers ^_^....

jalan menuju ke Pusat Islam untuk solat zohor, semua hilang.. semua cabut, sama ada naik bas ataupun kenderaan masing2... masa jalan tu aNA cuma nampak dua orang sahabat aNA turut menuju ke pusat Islam.. the rest, melawan arus kami, menuju ke pintu pagar... hm.. macam2...
aNA ke HEP bertemu Kak G, Kak Fiza, dan Kak Yong (officers di HEP).. ramai lagi belum jumpa.. ramai jugak dah berpindah ke UiTM induk sejak dua menjak INTEC dalam proses penswastaan ni.. hm... inshaAllah esok akan ke INTEC lagi untuk ukur blazer pula.. passport sudah, exam sudah, blazer sikit lagi, rumah hampir, peringatan untuk buat visa pun dah dapat.. tinggal result and other next process... aNA berdoa agar kami semua berjaya menjejakkan kaki ke destinasi yang bakal kami tujuan, seperti yang telah kami rancang dan ditetapkan penganjur kami, waima ke UK, Ireland, India, Nottinghan, IMU, and even German... sekurang-kurangnya, result kami fulfil the requirements. ameen.. mohon keizinan Mu untuk kejayaan kami.. semua rahsiaNya.. apa mungkin kita tahu, selagi tak tiba masa.. Allahu Allah.. sangat berdebar.. kami dimaklumkan, inshaAllah result akan keluar 18 Ogos nanti....

petang, keluar dengan sahabat... ada perkara yang perlu diselesaikan

maghrib, buka puasa bersama sahabat2 usrah.. lepas maghrib, isi dengan kuliah maghrib.. inshaAllah aNA akan buat sedit perkongsian dalam next post... lepas isyak, ustaz Ridha sambung lagi dengan talk di dewan bertajuk ADA APA DENGAN ALLAH.. walaupun dah berapa kali aNA menghadiri talk ustaz dengan tajuk yang sama( sebab target ustaz untuk batch lain2 sebenarnya.. so kami yang mok cik-mok cik dan pok cik -pokcik kira siaran ulangan).. kali ni feel lebih sikit.. entah kenapa.. mudah2 kita semua dilimpahi dengan hidayahNYA dan mudah2n kita ditetapkan dalam hidayahnya.. sekali lagi inshaAllah aNA akan kongsikan serba sikit.. inshaAllah

inshaAllah ni warkah a level bernombor ni yang terakhir... inshaAllah... Warkah A Level finale, adalah post untuk result aNA.. Allahu Allah... berdeba'-deba' rasanya..... rasanya cukup setakat ini

wallahua'alam

agak terkilan hari ini dan beberapa hari yang lepas... aNA dengar orang dok berzikir dengan perkataan yang bermula dengan huru 'B'.. yang hebat tu bukan sekali sebut berhenti, bersambung-sambung.. Allahu Akbar... tukar le skit...biar panjang n continuously, nak cantum dengan zikir2 lain pun boleh.. kita je nak tak nak kan2?? ^_^

esok akan ke PJ.. inshaAllah akan memulakan perjalanan di dalam cerita Natrah.. moga bermanfaat.. inshaAllah, tiada aral, serba sedikit aNA kongsikan,s ekiranya berkesempatan.. aNA ada kurang daripada dua minggu untuk baca... YOSH!!! teruskan usaha!!!

DUIT!!!!!!!!!!!!

Saturday, June 25, 2011

cinta

bismillahirrahmanirrahim
asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”.(Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim) love is uncontrollable but you can control yourselves...

nantikan ulasan aNA....

wallahu a'lam

Friday, June 24, 2011

WARKAH A LEVEL #17 ekstra LAST DAY FOR NON PHYSICS

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

aNA rasa ni antara update WARKAH A LEVEL yang terlewat pernah aNA buat.. erm tak da effect pun untuk pembaca kan?

alhamdulillah selesai lagi satu paper.. chemistry unit 5.. ada lagi satu, physics unit 5

pertama, comment untuk paper hari ni.. overall alhamdulillah.. i manage to do.. although not totally smoothly.. cuma aNA sedikit down bila realise ada buat kesilapan.. relaks lah aNA.. DON'T LOOK BACK, DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK!!!! YOSH!!!!!!! kali ni punya exam, banyak pasal breathalyzer.. macam2 soalan muncul.... huuuuuuuuu..... organic benzene alhamdulillah ok... redox... sedikit traffic jam di situ... overall.. i'm done with unit 5 chemistry.. look forward for PHYSICS UNIT 5.. sikit sahaja lagi aNA... YOSH!!!!!

secondly.. overall untuk hari ini...

habis sahaja exam aNA bagi kat amaran kat sahabat aNA, Kak Bel..."jangan seronok sangat.. dekat blok U ni korang 4 orang sahaja yang dah habis exam"... dengki lah tu.. aNA2... menurut cerita ustazah rukiah yang bertugas di great hall, di sana lebih meriah.. maklumlah ada 9 kelas yang dah habis exam.. (aNA di blok U)...

tak apa.. berusahalah!!! JIA YOU!!!

after exam... semangat bergambar bagai nak rak( macam aNA yang d
ah habis exam)
secoit kenangan, sebelum semua orang blah.. bersama sahabat2 kelas dan beberapa sahabat lain..


firstly, ni gambar pelajar2 muslim sekelas dengan aNA... aNA don't have full photo of our class.. it is inside KAI MING's sophisticated and advanced camara 3000... huu.. later i'll introduce you, who is KAI MING. dari kiri ALIA (KPM) YANIE (KPM),NORSHAFIQALIANA@KELI(KPM), TUZ(KPM), HAAZIQ (baju melayu purple-pink)(JPA), AHMAD HAFIZI@MEGAT) (t-shirt biru)(JPA), ENGKU(KPM)(sebelah haaziq), HAFIZUDDIN(JPA), belakang tu aNA, ABDULLAH@ LOH (JPA), DINA@DIENT (JPA), NABILAH@KAK BEL(KPM).. dalam gambar ni, seorang tercicir.. missing in action, DZATIL AWANIS.. kalau antum perasan verdasarkan nama2 mereka, mereka antara watak2 yang muncul dalam blog aNA bila aNA menulis.. kebanyakannya adalah sound2 effect yang aNA pinjam tak minta izin daripada mereka.. huuuuu


DEINT & KAK BEL.. they are used to be my roommate.. Deint till the last day here in INTEC, Kak Bel until the third sem if i'm not mistaken.. Deint was my schoolmate, classmate in form 5. even we are SENGGARANGmate. i knew her during my form 2 if i'm not mistaken. we met in district competition.. first met in kuiz sejarah if i'm not mistaken.. quite shocked in the first day here in INTEC, we are in the same roon. and even again the same class.. jodoh2.. inshaAllah after this, DEINT, KAK BEL n aNA won't be in the same place again.. we will continue our study in different universities
the girls.. ANIS@RAFFLE(my ex-schoolmate and classmate for two years during high school, SAMURA), DEINT, FIZA(ex-schoolmate SAMURA), KELI, ALIA, YANIE, TUZ, KAK BEL

the boys HAAZIQ, LOH, SYAKIR(American prog, inshaAllah will continue his study in America this August), AHMAD SAIFULLAH (same prog with syakir. inshaAllah he'll continue his study in UNIVERSITY OF COLORADO~if not mistaken), MEGAT, HAFIZ, ENGKU

MEGAT, SAIFULLAH, SYAKIR...

katakan TIDAK!!! pada KAMERA

HAFIZ, HAAZIQ, ENGKU
NADHIRAH AKMAR(Nottingham twinning prog) (back) AISHAH(IRELAND-PMC twinning prog)(knew her for a long time, but then we just 'tegur' each other recently, she helped me in the bus, oleh itu berbuat baiklah, inshaAllah pengikat ukhwah... pink one, aNA la

FIZA, DAYANG ZAINAB( IMU- pharmacy)(nice girl.. sarawakian), KELI

FADHILAH (IMU-pharmacy)(same class with NADHIRAH AKAMAR n DAYANG ZAINAB)

pink girls... KAK BEL, LIM PEGGY(JPA)(persatuan balik rumah setiap minggu.. huhuhu), JANET(balik rumah selalu, same district with me, BATU PAHAT)(JPA), YANIE, aNA, TIONG CHUI LIM(KPM)(introducing you, my roommate also.. we are suppose to be for in one room)

MARIAH(IMU-medic inshaAllah, funny girl), FATIN(same with MARIAH), AZWA(India medic twinning prog with MMMC)

KELI n....... ni lah KAI MING (funniest boy in may class)

SYAFIQ(same prog with NADHIRAH, same class with NADHIRAH, DAYANG n, FADHILAH), MEGAT, HAFIZ

DEINT, ALIA, YING HSI(JPA), GERALDINE(JPA)

MADHIAH GHAZALI(same prog and class with azwa just now)(recent name cik yah, bomoh hijau-- gurau2)
AINUR, NORAZWA KHAIRINA@WAWA, SYIKIN (they are roommates.. plus the missing girl(DZATIL))


LIM PEGGY ^_^

KAK BEL dan TUZ yang suka bergambar hohoho(gaya kak bel heeeeee)

geng2 KPM in the BUS.. STANDING.... the seats were full
TAN YAN LING( ex taekwando mate, together with wawa) and her friend.. don't know her name.. ngeee
ya, hello....
engku n PARK CUAP(next to our class)


ANNAS ALIAS n HILMI SYAZWAN@ ABG (both are A LEVEL GERMAN student.. they have another one semester in INTEC..)

info: JPA scholars in my class are those taking pharmacy.. KPM shcolars inshaAllah F100 BSc CHEMISTRY!!! yosh!!!

sekian untuk kali ini
wallahua'lam

p/s:
nak tanya, peraturan memang diwujudkan untuk dilanggar ea?? hm....

ya ummi, ya abi, jangan risau.. inshaAllah aNA ingat pesan ummi dan abi

Tuesday, June 21, 2011

WARKAH A LEVEL #16

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah baru habis paper physics unit 4... well.. ayat biasa.... overall ok... n seperti biasa juga ada sahaja masalah timbul... exam2.. time ni nak lupa alpha particle=helium=2 protons.. memang focus on this question lama sangat... end of the exam.. tawakkalna 'alallah... tapi aNa bersyukur, soalan yang keluar, tidaklah seperti yang aNA takutkan.. bukan bermakna senang.. macam yang aNA cakap tadi, ok.(bermain dengan perasaan).. lepas ni focus on chem unit 5 and physics unti 5.. last two.. GO aNA!!!!(and friends)

DON'T LOOK BACK! DON'T GIVE UP!
STAY ON TRACK!!!!!!!!!!
YOSH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sebelum exam macam2 ragamnya... aNA cakap dengan housemate aNA " Chui Lim, i feel like i want to go to INTEC at 1. I don't want to wait for a long time outside.. i want directly get into the hall"... ya, kata-kata aNA itu Allah kabulkan.. aNA turun sedikit lewat(cakap sahaja lambat~ susah sangat)... aNA turun sahaja bas berlalu pergi.. penantian terhadap bas2 lain tak juga kunjung tiba(cakap macam tunggu sejam padahal baru 5 minit).. tunggu punya tunggu.. namun bayang-bayangmu tak juga kunjung tiba.. akhirnya, bagaimana?? alhamdulillah, sahabat aNA yang memandu telah menumpangkan aNA dan Chui Lim untuk ke INTEC.. syukran to both of u, esp pemilik kereta... tepat pukul 1 aNA tiba di blok hall(ikut jam aNA)...sampai kat depat pintu exam hall.... ingatkan dah boleh masuk.. .. it's ok...(takut punya pasal)

habis exam.. solat.. keluar dari surau seorang sahabat tanya, "how was the paper?".. aNA memberikan senyuman yang tak berapa nak manis, campur sedikit kelat tapi melebar(bayangkanlah sendiri) lalu beliau sendiri memberikan jawapan..."speachless" ok.... good answer i guess.... then directly ke library dan menaip warkah kali ini...

menaip warkah sambil melihat update baru blog sahabat.. klik pada blog sahabat.. sedang asyik menjana idea untuk menaip.. aNA terdengar lagu suplication sami yusuf.. yg part mula2 tu.. hmmm hmmmmmmm, hmmmmmm, hm hm hmmmmmm, hmmmm, hmmmmmmm, hmmm hmmmm.. aNA dok toleh kat orang.. tengak.. siapa punya pc tak silent( pc library semuanya under silent mode~supposely) rupa-rupanya, pc aNA sendiri.. hohohohhohohoho(macam kak bel) malu sudeh.. i'm lucky, no one realise it was me.. heheheh.... blog inilah yang mengeluarkan bunyi link(new post, cabaran dakwah itu indah biarpun perit) (i'm promoting.. nanti boleh serahkan bayaran secukuonya~gurau) dan for the first time, i read about tadarruj.. boleh klik sini pula... macam2...

sebelum exam teringat kat seorang sahabat.. konon2 nak wish kat dia untuk biologi esok..... sedang aNA menaip warkah ini beliau mengirim mesej bertanya khabar fizik aNA.. ni jawapan aNA "kau bayangkan aku tengah senyum melebar tapi meleret depan kau.. huhuhu alhamdulillah ada yang dipermudahkan, ada yang bukan rezeki aku".. itu jugalah jawapan aNA buat sesiapa yang tertanya-tanya lagi..

dah dulu kot.. banyak sangat celotoh.. mari study chemistry!!!!! let's be BEST MUSLIM CHEMIST, guys!!!(special dedication untuk aNA dan sahabat2 yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia.. ameen.. doakan deh..)

wallahua'lam

p/s: aNA ni pemalu sebenarnya(perasan..) kalau suka baca blog aNA ke, atau aNA tengah potong buah ke.. tak yah tegur depan2.. i mean time tengah buat kerja terbabit.. hohoho (sekali lagi macam kak bel).. aNA take it as motivation inshaAlllah to become a better person...(jadilah seperti mak mertua~dok komen jer semua tak kena~ special dedication to pipit~huhuhu)..takdalah gurau... memberi pujian sebelum meberi komen adalah antara cara tebaik dalam menegur, kan? ^_^ apa kaitan, tak ada -_-"

Monday, June 20, 2011

WARKAH A LEVEL #15

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulilllah.. satu lagi paper selesai... esok ada satu lagi(physics unit 4).. jumaat chemistry unit 5. isnin depan physics unit 5

overall tentang paper tadi ok. frankly agak tough, bukan sebab tak boleh buat sebab tak sempat nak check careless tang mana.. maklumlah.. soalan proving.. tapi silap, maksudnya??? ada careless di mana-mana... aNA serah segalanya pada YANG KUASA. dah lepas kan?

DON'T LOOK BACK, DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK! YOSH!

terus terang aNa katakan, cabaran paling besar sepanjang tempoh exam adalah mengekalkan momentum untuk terus study. sekarang ni entah kenapa letih sangat rasanya.. (usaha tak lah banyak mana -_-") so buat adik2 yang bakal menduduki A-Level di INTEC terutamanya, bersiap sedialah untuk mengekalkan momentum anda.. mulai sekarang usaha untuk paksa diri belajar walaupun malas tahap dewa bak kata kak long... sebab itulah yang antum akan rasa, macam mana kami rasa sekarang...(mungkin aNA seorang sahaja yang rasa sahabat2 lain tak, kot...) whatever it is, i really mean about what i said just know.... kadar ke'tough'an subjek adalah semakin meningkat tatkala menjelang hari akhir exam... maka aNA, janganlah bemalas-malasan. tiga kertas sahaja lagi aNA.. JIA YOU!!!!

wallahua'lam


p/s: baru-baru ini aNa diperdengarkan dengan satu hadith.. aNA tak ingat matan hadith. nanti kala aNA jumpa inshaAllah aNa share kan..

mafhum hadith lebih kurang begini
jangan tolak 3 perkara iaitu bantal, wangian dan susu

ustaz memberikan penjelasan tentang hadith. aNA hanya akan menyentuh isu bantal...

Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda begitu bekerja keras demi Islam. tidur bukanlah soal yang utama. maka jika dipelawa 'bantal' janganlah ditolak, kerana banda deserve untuk rehat setelah penat berkerja.(utk recharge)..

aNA terfikir layakkah aNA untuk tidak menolak bantal jika nak dibandingkan dengan usaha aNA demi Islam (dalam konteks aNA~belajar) ?? fikir-fikirkan aNA.. tepuk dada tanya iman...

Sunday, June 19, 2011

inshaAllah

bismillahirahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

for these two years, you managed gone through difficulties and obstacles, (alhamdulillah).. don't give up just because of the exam... keep working.. keep on fighting.. for Islam


advice from someone(hanya mafhum, bukan quote daripada ayat asal)

THERE IS NO TIME TO BLAME OURSELVE, BUT TO CHALLENGE!!!

BELIEVE YOU CAN DO, NOTHING CAN BIT YOU
~murabbi~

p/s: buat sekalian murabbi dan sahabat2 sekalian.. syukran kathir atas segalanya

Thursday, June 16, 2011

plan n commitment

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

i've planned many things to do after a level.. tu dia.. paper
tak habis lagi dah fikir nak buat apa lepas cuti.. setakat ni.. ni lah perancangan aNA sepanjang cuti ni

  1. menjadi pembantu mahasiswa(PM) aka fasilitator untuk super junior yang akan mendaftar 3 julai ni.. inshaAllah.. sehari selapas habis last paper aNA akan ke kursus khas untuk PM-28 jun 2011... program selama seminggu
  2. inshaAllah balik sahaja rumah..dalam 10 julai aNA akan mulakan kelas teori~ driving license.. huhu.. kali ni untuk kereta... motor dah ada.. harap-harap dapat selesaikan dalam tempoh sebulan lebih or less better(target)
  3. 15-17 julai, balik pahang, rumah kakak ayah ada kenduri
  4. 22-25 jun WOW!!!! YOSH!!! predeparture program.. bakal menampilkan kemunculan Dr Asri Zainul Abidin, Ustaz Zaharuddin (zaharuddin.net) dan Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh... moga mendapat keizinaNYA, untuk mengikuti program sekaligus menuntut dengan mereka
  5. 17 Ogos 2011- inshaAllah result a-level keluar( Ya Allah mudah-mudahan aNA dan sahabat2 berjaya dengan cemerlang.. hanya dengan izinMU kami berjaya, izinkanlah kami berjaya.. jadikanlah kami hamba-hambaMU yang berserah diri kepadaMU)
  6. apply accomodation
  7. guru muda SMK Tunku Mahmood Iskandar
  8. settlekan hutang dengan diri
  9. dan....
buku-buku yang menuntut hak... huuuu banyak... inshaAllah cuba untuk dipenuhi sebanyak mungkin sebelum fly(ameen~mudah2n berjaya dalam a level)...

p/s: tengah menanam minat membaca~read aNA, read and you'll conq
uer the world..

english books(tak semua ada)



malay books

current book that i read.. not yet done(suggetion buat sahabat-sahabat untuk memiliki buku ini juga ngeee~promo~)

macam2 buku ada... buat senior dan sahabat-sahabat aNA yang menghadiahkan buku-buku kepada aNA( yang aNA belum sempat habiskan atau belum sempat baca pun) asif.. belum berkesempatan.. ada buku tu, aNA dah ulang berapa kali entah, tak habis-habais.. sebab baca, tanda, hilang tandanya.. mula semula baca.. (buku-buku terbabit bukan semua tak terusik.. banyak dah mula, tapi tak habis2~heheheh~)

cuti ini juga kena pandai-pandai cari pengisian rohani sendiri.. kalau di INTEC ada kuliah, alhamdulillah seminggu (the latest one) dapat attend 2 kuliyyah... banyak sahaja program di televisyen, internet, dsb ..kan3?? juga pemantapan fikrah

mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.. aNA merancang, Allah juga merancang.. sebaik-baik perancangan adalah perancanganNYA... mudah-mudahan apa yang dirancang mendapat keizinanNYA.. mudah-mudahan beroleh keberkatan ameen..

wallahua'lam

p/s: agak sedih dengan kurangnya pengisian dalam blog... adus... lebih kepada diari hidup sehari-hari... jelaskan matlamatmu aNA....

WARKAH A LEVEL #14

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah.. selesai lagi satu kertas.. mathematics C3.. inshaAllah ada lagi 4 paper. physics unit 4 & unit 5, chemistry unit 5 dan core math C4

overall paper alhamdulillah.. bersyukur sangat dipermudahkan... tadi ada satu soalan.. last minute.. aNA cuba check balik pakai calculator.. 2-3 kali tekan jawapan lain2.. adus.. habis masa redha je lah.. tutup kertas hantar.. YEAY!!!!

~tawakkalna 'alallah...~

DON'T LOOK BACK, DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK!!!YOSH!!!!!

selingan
~teringat dekat 2 orang sahabat.. satu hari datang kat aNA lepas solat jemaah isyak... mereka quote balik kata-kata aNA kat atas ni serentak...bila teringat buatkan aNA tersenyum sendiri.. tapi dah lama mereka dah tak quote....lagi satu kejadian sebelum exam tadi.. 3 orang sahabat, salah seorang sahabat panggil aNA "nanad," aNA toleh... lepas tu tiga2 secara serentak.-.genggam tangan kanan... naik kan paras bahu... lepas tu, shout YOSH!!!!(sambil tangan kanan ditarik~ penuh semangat!!!)-~(ni aNA quote drpd komen aNA di status sahabat aNA... tp lebih kurang macam tulah mereka buat.. hu...)

itu sahaja rasanya ulasan hari ini..

maghrib tadi alhamdulillah berpeluang mendengar kuliah ustaz ridha....

wallahua'lam

p/s:
~ tika kita rasa sedih dan perit, terluka kerana cemuhan dan tipuan dunia, carilah titik kebahagiaan pada tuhan, bukan pada manusia ~ - tazkirah U. Ridha~ quoted from MARIAH SAIDI's facebook status
can't wait to experiencing maybe last moment all of us together this weekend... may Allah ease...


feel want to cry since, i noticed, realised, and knew that the time is almost come.. for us.. all of us here in INTEC... to separate... to continue fighting in our own way... to fulfill our own ambition... may this ukhwah last forever till jannah... Ya Allah do give us YOUR blessing....
gonna miss all of you.inshaAllah.. u know what, there's no much time left.. only few days... do enjoy the last moments... inshaAllah

Wednesday, June 15, 2011

WARKAH A LEVEL #13

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah, selesai lagi satu paper. chemistry unit 4

alhamdulillah.. urusan dipermudahkan... smooth.. don't have much time left to review and recheck.... alhamdulillah, rezeki Allah, sebelum exam sahabat aNA Alia Adilah, ada mengajak aNA untuk berjumpa dengan lecturer kami Mr Allan.. alhamdulillah, what we've been discussed in the last minute did work. you know why? the question that we'd discussed really came out.. not exactly.. but the pattern.. some of the questions, skills, and point that he focused on really came out... Ya Allah jadikanlah kami dalam kalangan hamba-hambaMu yang bersyukur. mudah-mudahan kami diberikan kekuatan untuk terus berusaha dan berjuang menmpuh imtihan dan ikhtibar yang mendatang.. mudah-mudahan kami beroleh kejayaan yang cemerlang... ameen ya rabbal 'alamin..

hasbiyallahu 'alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul 'arshil 'azim

tawakkalna 'alallah.. la haula wala quwwata illa billahil 'alyyil 'azim

p/s:semoga Allah permudahkan paper akan datang.. ameen...


DON'T LOOK BACK, DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK!!!! YOSH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

esok paper math unit 3

p/s: p/s: cemburu tatkala memerhatikan betapa akrabnya mereka denganMU.. Ya Allah tuntunlah kami.. bawalah hati kami ke dalam CINTAMU YA RABB

Tuesday, June 14, 2011

nak marah?!!! marahlah!!!! ada kisah????!!!!

bismillahirrahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

apahal pulak aNA kali ini... hari tu APA HAK KORANG????!!!!! lah, HANGPA DOK KATA ORANG HANGPA PIKIR LU TAK???!!! tak sudah-sudah lepas geram, meluah perasaan di blog. sampai pembaca yang tak pernah2 cecah 30 satu-satu masa, sampai seratus lebih pembaca untuk tempoh 24 jam. suka timbulkan isu "control" versi(hehehehehe)... aNA perempuan. fitrah perempuan kan suka meluah perasaan. tak dapat me'luah'kan(membebel) di alam nyata, dapat kat alam maya pun jadilah.

jangan risau inshaAllah kali ini, seperti dua post lepas kalau aNA tak silap, aNA ingin berkongsi mengenai motivasi pagi di IKIM setiap hari bekerja jam 7.30 pagi. motivasi pagi tadi disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi(siapa tak kenal, penulis buku tentang cinta, beduk diketuk, dsb~boleh dapatkan di pasaran ya~aNA tak ambil sebarang commission). berbalik kepada topik.

aNA dengar tadi sambil berjogging.. huhuhu.. so line clear tak clear. inshaAllah sekadar yang aNA ingat dan dapat tangkap aNA kongsikan. walaupun sikit aNA harap walau sebesar zarah pun berguna untuk diri aNA dan para pembaca sekalian.

menurut ustaz,

MARAH
JANGAN TERLALU NANTI HANGUS
JANGAN TIADA NANTI DAYUS

menarikkan?

marah merupakan fitrah setiap manusia
marah memang Allah bagi pakej dengan perasaan-perasaan lain dalam diri manusia

marah perlu dikawal. kerana marah itu api. syaitan juga daripada api. apabila kita marah, tanpa pengawalan yang sepatutnya, mudah untuk syaitan mencucuk-cucuk, menambahkann MSG, membawa kita melampaui batas. sebab itu dianjurkan cara mengawal kemarahan, seperti berwuduk, duduk jika sedang berdiri, baring jika sedang duduk dan sebagainya

marah juga perlu. marahlah menjadi penggerak kepada seseorang untuk membela, mempertahankan sesuatu esp diri sendiri. contoh mudah, sekiranya kita diejek dan sebagainya, tanpa marah, adakah kita akan ejek semula orang yang mengejek kita atau memukulnya. tidak bukan.(jangan mencontohi contoh ini~tak bagus untuk kesihatan, mudah marah, senang dapat darah tinggi, cepat mati(gurau2, jangan marah)

tapi marah yang melampaui batas, usik sikit dah bagi penumbuk kat muka, ejek nama kita, kita ejek nama ayah dia(apa kes?). jangan mudah melatah. terutamanya bila kena kritik.

apabila menerima kritikan terutamanya daripada musuh, jangan cepat menidakkan. fikir baik-baik. jangan mudah melatah. mungkin sekali kritikan itu ada kebenarannya. mungkin kritikan itu merupakan perkara yang sudah lama ingin ditegur oleh sahabat kita, namun tak terkata. masa inilah untuk kita memperbaiki kelemahan diri. bersyukurlah. apa mungkin kita tahu, kritikan itu merupakan medium Allah untuk menegur kita supa memperbetulkan kesalahan yang telah kita lakukan. siapa tahu(gaya Haaziq Huzaili(sahabat sekelas aNA).. heheheh jangan marah)

jika kritikan yang kita terima itu tidak adil terhadap diri kita.. jangan risau, bersabarlah. bak kata ustaz tadi, menurut buku apa aNA tak ingat, musuh mengkritik secara tak adil merupakan satu pujian tak rasmi. barangkali musuh telah nampak kelebihan kita cuma tak mahu mengakui. tidak mengapa. lek lu(macam dina farhana..)

di sini juga aNA ingin bawakan satu kisah yang dikongsikan oleh ustaz pagi tadi contoh marah yang terpuji

diceritakan, pada suatu hari Saidina Ali RA ingin memenggal kepala seorang musyrikin. ketika diangkatnya pedang untuk memenggal lalu musrikin itu meludah kepada Ali. tiba-tiba Ali meletakkan pedangnya semula.(tak jadi memenggal). apabila ditanya kepada beliau mengapa, ali menjawab bahawa(mafhum, not the exact words of Ali) Ali ingin memenggal kepala musrikin tebabit kerana marahnya kerana membela agama Islam. namun tatkala musyrikin itu meludah kepada Ali, Ali risau, bahawa marahnya itu kerana ludahan terbabit(kira sebab diri sendiri) bukan lagi kerana Islam.

contoh dah ada, tinggal kita untuk mengambil pengajarannya. itu baru contoh yang dibawakan oleh sahabat nabi. belum lagi batang tubuh baginda sendiri, HABIBALLAH....

orang sering kali mengatakan "iyalah, sabar2. sabar pun ada batasnya". duhai aNA dan sahabat2, sabar nabi, unlimited.... "iyalah, baginda nabi".. mengapa kita kita mencontohi baginda.. sekurang-kurangnya mencuba. kenapa tidak?,

ALLAH SWT berfirman maksudnya
:

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

SURAH AS-SHURA AYAT 36-43


dalam ayat di atas, Allah membenarkan untuk kita membalas setiap perbuatan zalim. tapi sebaik sahaja ayat kebenaran tersebut, Allah susuli dengan kemaafan lebih baik, kan? balasan Allah jauh lebih hebat, sebab itulah adanya akhirat....

buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali aNA... setiap perkara aNa, kena pandai buat pertimbangan sebaiknya. contoh dalam berbaik sangka. begitu juga halnya dengan kemarahan dan kemaafan. berpada-padalah. tak semua perkara kita boleh biarkan seperti yang melibatkan perkara-perkara crucial seperti isu yang melibatkan nyawa, agama, akal, maruah dan harta. takkan perkara-perkara seperti isu palestin kita hanya berdiam diri. masih lagi ada senjata yang kita ada selain M-16. senjata yang paling berbahaya. ya kita mungkin tak mampu untuk turut berjuang bersama dengan mujahid-mujahidah di sana. ingat, kita masih ada doa. senjata umat islam yang paling berbisa. selain itu, pelbagai usaha lagi yang kita boleh lakukan. kalau isu palestin ni adalah seperti memboikot barang-barang keluaran palestin. aNA sedih dan benar-benar marah(tapi tak terluah)bila ada yang masih mengatakan,"tak apa beli, ikut niat masing-masing.." perkara macam ni tak semudah itu.. bayangkan kita keluarkan duit, dapat makanan sebagai contoh. kerajaan Israel dapat duit kita buat apa. untuk beli peluru. bayangkan satu peluru mewakili satu nya. andai kata every meal yang kita beli mewakili satu peluru, dah berapa banyak meal kita ambil. dah berapa banyak peluru dapat dibeli, dan berapa banyak nyawa yang dah kita gunakan untuk membunuh saudara seakidah dengan kita. begitu juga dengan kemarahan. harus tanganinya dengan bijaksana. jangan cepat melatah.ambil masa untuk berfikir. pertahankan pada yang haq! kalau setakat kena ejek, pukul biasa2 tak perlu rasanya untuk membalas semula. jadilah pemaaf seperti nabi..inshaAllah hati tenang selalu. PEACE NO WAR

wallahua'lam

p/s:seperti biasa. point daripada ustaz. olah daripada aNA. salah silap atau berlainan pendapat mohon teguran, pandangan dsb

Saturday, June 11, 2011

sayangku

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullhi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

kau kian membesar
menuju kedewasaan sayang
kadang aku hampir tak percaya
bagai baru semalam aku melihat kau
berlari-lari ke sana ke mari
dengan sikap kau yang keanak-anakkan
kau kerap aku sakat
dek kenakalanku
terkadang aku terkasar dengan kau
itulah aku sayang
ketahuilah jauh di sudut hatiku
aku benar-benar mengambil berat akan mu
apa bisa aku luahkan kasih sayangku

maafkan aku sayang
andai pernah membuat kau terkilan
andai aku pernah bersikap tidak adil pada kau
andai aku menyakiti dirimu
itulah kelemahan aku
inshaAllah
aku sedang berusaha memperbaikinya

kadang-kadang sayangku
aku tak dapat membayangkan
apa mungkin kau berubah
atau tidak
hanya Dia Maha Mengetahui
mudah-mudahan perubahan
yang kita semua lalui
merupakan perubahan
menuju redha Ilahi

saat melihat kau kian menuju kedewasaan
mengapa harus aku bersedih hati
itulah kitaran hidup yang harus dilalui
setiap insan

aku terkenang saat aku mengkendongmu
apa mungkin kau akan memintaku mengkendongmu lagi
ketahuilah, aku seronok sekali dapat mengkendongmu

di mataku sayang
kau masih lagi kanak-kanak
mengapa tidak aku sedar
kau sudah remaja

pesananku padamu sayang
jadilah insan yang mulia
taatilah perintahNYA
ikutilah sunnah rasulNYA
hormatilah dan kasihilah
ibu ayah
berhati-hatilah sayang
jagalah perilakumu
awasi tutur bicaramu
peliharalah kehormatanmu
sayang
jauh lagi perjalanan kita sayang
andai maut belum menjemput
dan dunia belum berakhir
banyak lagi perkara yang harus
kita semua tempuh
banyak pengalaman sedang menanti
untuk kita timba

inshaAllah selagi yang termampu
akan kubimbingmu sayang
andai juga aku tersilap langkahku
tegurlah aku sayang

Ya Allah,
jadikanlah kami berempat
puteri-puteri yang solehah
buat kedua ibu ayah kami
jadikanlah kami pengubat hati mereka
jadikanlah kehadiran kami
benar-benar menggembirakan mereka
jadikanlah kami anak-anak yang berjaya
dan membuatkan mereka berbangga dengan kami
jadikanlah kami anak-anak yang mengenang jasa
pembela mereka di hari tua
Ya Allah,
kukuhkanlah ikatan ini
berkatilah keluarga kami
penuhilah rumahtangga ini
dengan mawaddah dah rahmah
juga dengan cahaya keimanan
sehingga ke syurgaMu
ameen....



p/s: saat ini air mataku seperti ingin mengalir, namun entah mengapa, sikit pun tak terkeluar dari kelopak mata... aku bermohon itu bukanlah petanda, air mata itu sedang membeku di hati ini....

Thursday, June 9, 2011

keperluan atau tujuan hidup mana lebih aula

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

niat nak mengemaskini dan memuat naik blog dengan entri baru sentiasa tergendala... aNA di rumah sekarang ni... alhamdulillah di samping keluarga tercinta.. sebenarnya exam belum habis lagi ni... ada selang seminggu sebelum kertas seterusnyaa minggu depan. tapi kalau tolak hari ini aNA ada lebih kurang lagi 5 hari lagi untuk persediaan untuk kertas terdekat. semalam hari aNA kurang produktif. hu. menonton televisyen, tidur awal. kalau kerja rumah tu belakang cerita. tanggujawab aNA. sahabat-sahabat di kolej awal-awal dah bagi amaran pada aNA, balik rumah boleh belajar ke? aNA seperti biasa hanya tersenyum. aNA katakan, andai aNA tak boleh nak 'study' di rumah, aNA akan 'cabut' balik Shah Alam nanti.

baiklah beralik kepada tajuk post kali ini. pagi tadi seperti biasa pada jan 7.30 pagi adalah rancangan motivasi pagi di IKIM. kali ini bersama siapa aNA tak ingat. sebab seminggu sekali penceramah akan bertukar.

sekadar perkongsian apa yang aNA dengar. pengolahan daripada aNA. 'point' adalah daripada penceramah berkenaan. mkemandangkan bakat belum berapa nak mendalam lagi, aNA akan cuba sampaikan secara mudah dan padat(mingkin tak berapa nak padat hehe. sekurang-kurang aNA berharap tak dapat banyak, sekurang-kurangnya satu point pun sudah memadai. inshaAllah aNA dalam usaha menerapkan prinsip 'baligha 'anni walau ayah'.

baiklah,kitamulakan dengan keperluan hidup. perlu dalam Kamus Dewan edisi keempat bermaksud:
  1. keharusan (yang tidak dapat dielakkan), kemestian
  2. menjadi kemestian (utk mendapatkan sesuatu dll), harus, terpaksa
  3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting
  4. =~ akan(dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan)
  5. sesuatu yang dikehendaki(dipentingkan), hajat, kepentingan
  6. -~utk untuk, bagi, buat, guna
keperluan pula bermaksud
  1. perihal perlu
  2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian
  3. sesuatu yang diperlukan(dikehendaki), sesuatu yang berguna. kepentingan
  4. hajat, maksud, tujuan
kesimpulan yang aNA boleh buat adalah keperluan hidup merupakan sesuatu yang berupa perkara-perkara penting yang diperlukan bagi meneruskan kehidupan dan sekadar pemahaman aNA kebanyakannya berupa material. sebagai contoh tempat tinggal(rumah), pakaian, makanan, minuman, kenderaan dan duit ^_^(tanpa duit mana nak dapat semua keperluan yang tersenarai tadi). by hook or by crook kena ada.

tujuan menurut kamus dewan
  1. arah, hala, haluan
  2. yang dituju, maksud, matlamat, tuntutan
tujuan hidup merupakan matlamat, objektif, kehidupan. tujuan inilah yang menjaawab persoalan why. kita sebagai sorang Islam inshaAllah sama-sama sudah sedia maklum tujuan di atas muka bumi adalah sebagai seorang hamba, untuk beribadah kepada yang Maha Esa, Maha Pencipta.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
surah ad-Dzariyat ayat 56

persoalannya mana yang lebih aula(utama),yang mana satu perlu kita tumpu?

keperluan, jika dimiliki, kita akan memperoleh kesenangan dan kemudahan

tujuan hidup, jika benar-benar bekerja mencapainya inshaAllah yang akan kita miliki adalah ketenangan

persoalan kedua kesenangan dan ketenangan, bagaimana pula keutamaan antara keduanya? tepuk dada tanya iman

kita tak boleh melupakan keperluan hidup. hakikat kehidupan, untuk diteruskan memang memerluakan tempat berlindung, perlu mengalas perut, kesihatan perlu dijaga, dsb. tidak boleh dipandang enteng

tujuan hidup, andai ditinggalkan, harta setinggi gunung everest takkan pernah mampu untuk memberikan ketenangan. harta berkodi-kodi, tanah luas terbentang, rumah mewah, kereta besar tetapi hidup masih dirasakan sempit, terhimpit, gelisah dan resah.

tujuan hidup ibarat buah di atas pokok. keperluan hidup ibarat galah. kita nak apa sebenarnya, buah atau galah? pilihlah.. apa mungkin keduanya.

cantiknya islam, keperluan dan tujuan boleh berjalan seiringan. contoh bekerja mencari rezeki diniatkan kerana Allah. kewajipan kepadaNYA tidak ditinggalkan ketika mencari rezeki.. Allahuakar. subhanallah.. indahnya Islam... pilihlah kualiti hidup mahupun kuantiti harta yang kita kejarkan....

mungkin pengisian yang diberikan terlalu ringkas. aNA harap sedikit sebanyak kita sama-sama dapat ambil pengajaran. tajuk yang amat common dibincangkan namun sering dipandang enteng. bila memandang tau mendengar tajuk perbincangan ini, reaksi yang sering dirterima kerap kali, ah, pasti isinya juga sama. aNA berpendapat tajuk ini begitu luas untuk diperbahaskan. buat masa ini biarlah pengisian ringkas yang aNA kongsikan terlebih dahulu..

wallahua'lam,

p/s: salah silap, mohon diperbetulkan. aNA budak baru belajar(budak??) mohon cadangan untuk membaik pulih dan menaik taraf blog dan pengisiannya.. inshaAllah
=_=' dah lama tak buka kamus dewan. kekok rasanya bila membukanya untuk dirujuk. sampai lupa kena cari root word terlebih dahulu









Tuesday, June 7, 2011

WARKAH A LEVEL #12 + ekstra mengapa warkah a level

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

alhamdulillah satu lagi kertas selesai
Justify Full
kertas chemistry unit 6b...

overall apa yang boleh aNA simpulkan... agak tough....3 soalan untuk 50 markah.. solan pertama pasal unknown substance.. as usual.. tapi kali ni agak tough. memerlukan pemikiran kreatif, kritis lagi pantas dan cekap... second pasal rate of reaction.. trend soalan macam ni tak silap aNA mula paper Jan 2011 yang lepas.. wallahua'lam.. soalan ketiga, organic.. alhamdulillah, setakat ni, soalan ni yang aNA betul2 confident... cumanya, betul ke salah kita tak tahu.. aNA serahkan segalanya padaNYA...

tambahan, ada sahabat aNA(bukan a-level) comment yang post aNA berkenaan exam ada sahaja yang tak kena.. aNA hanya mampu tersenyum.. hakikat sebuah peperiksaan ada susah dan ada mudah.... tawakkalna 'alallah.. mudah-mudahan dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang... bantulah kami Ya Allah.. hanya dengan izinMu.. segalanya hanya dengan izinMu.. hanya dengan izinMu kami berjaya.. maka Ya Allah kurniakanlah kami kecemerlangan dunia dan akhirat ameen...

apa yang penting sahabat2??!!!!! PULUN!!!!! DON'T LOOK BACK. DON'T GIVE UP, STAY ON TRACK!!!! inshaAllah.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan YOSH!!!!! GIVE IT ALL OUT!!! JANGAN TINGGALKAN SIKIT PUN!!!HURS!

wallahua'lam....

p/s: kenapa aNA merekodkan ini semua untuk tatapan pembaca??? bukan untuk menunjuk kehebatan atau memberitahu kelemahan aNA dalam exam.... bagi aNA sekadar perkongsian...

kalau2 yang terbaca itu yang bakal menduduki exam esp A LEVEL, aNA nak berkongsi serba sikit untuk persediaan kalian.. biar antum ambil feel dulu macam mana exam, jangan lupa terus berusaha..

andai yang baca sahabat2 seangkatan yang ambil A LEVEL sedikit review, walaupun aNA kata DON'T LOOK BACK.... bak kata seorang akh pada aNA, kita kena tgk ke belakang juga supaya tak mengulangi kesilapan yang sama.... (DON'T LOOK BACK yang aNA maksudkan adalah tidak meratapi paper yang lepas tu, kalau2 ada silap sana sini, kurang markahlah.. takut hilang semangat nak exam)... plus...bukan juga membuatkan antum rasa rendah diri dsb ...akita rasa benda yang sama kan??? ni macam sharing moment gitu.. wlaupun aNA jer yang duk membebel...aNA harap sikit sebanyak dapat berkongsi n sama2 memberi galakkan antara satu sama lain... whatever it is.. TERUSKAN PERJUANGAN!!!!

buat yang dah menduduki A LEVEL.. mungkin kalian boleh tersenyum.... kalau boleh serba sikit bagilah tips dekat kami ni.. huuuuuuuuuuuu


bagi yang tiada kaitan dengan A-LEVEL, juga perkongsian yang tak seberapa.. mungkin pengisiannya kurang... mohon maaf atas kekurangan

mohon doa bersama untuk kejayaan kami semua yang masih di medan perjuangan... mudah-mudahan momentum yang ada berterusan... dan dipertingkatkan lagi... nak2 dah nak akhir2 exam ni..... Ya Allah permudahkanlah jalan kami ini.... berilah kami petunjukMu ameen...

Monday, June 6, 2011

WARKAH A LEVEL #11

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah dua papaer lagi telah berlalu

physics unit 6b dan physics unit2

overall ok.. alhamdulillah dipermudahkan... macam biasa, susah senang exam, adatlah kan ^_^

meh aNA cerita sikit pasal paper tadi

unit 6B
  1. soalan pertama. kira density metre rule without length given.. pelikkan.. tapi yang aNA fikir, metre rule kat lab tu saiznyer 1m.. then i considered the length as one metre. betul salah wallahua'lam. i've tried my best
  2. soalan kedua, measuring alpha particle. menarik soalan ni, dia dah bagi procedure.. lepas dia minta kita untuk bg details lagi procedure tu.. hu....
  3. soalan ketiga, berkenaan denagn pressure law.. supposely ok...
  4. soalan keempat, discharging capacitor... ok inshaAllah
kesimpulan.. ok cuma biasalah takut careless ke apa... total marks 40

unit 2
  • sepertiunit 1.. banyak-banyak-banyak-banyak explanation.... agak kelam kabut sebab masa tak cukuo( diri sendiri yang rasa). bak kata sahabat, soalannya betul2 menguji tahap keyakinan kita terhadap jawapan yang diberikan. dengan markah yang diberikan, cukup ke tak explanation kita.. dsb... contoh soalan explanation, zinc plate n uv light intensity increase(photoelectric), how to mesure angle of the polarisation(based on sugar concentration), kenapa guna peralatan itu ini, kenapa distance kena kept constant.. dan bermacam lagi kenapa
  • overall.. mencabar.. seperti biasa sebab explanation n masa-eh wave tak banyak,kan macam jan 2011??? baru prasan
huhuhu.. officially hari ni dah habis AS.. esok kertas Chemistry unit 6b... officially dah 11 kertas menjadi past year paper... berusaha lagi NADZIRAH!!!! inshaAllah..

sahabat2..........
DON'T LOOK BACK!
DON'T GIVE UP!
STAY ON TRACK!
YOSH!!!
GANBATTE NE!!!!!
SEMANGAT MEMBARA!!!!!!!
JIA YOU!!!!
ALL THE BEST!!



p/s:
alhamdulillah...tawakkalna 'alallah.. la haula wala quwwata illa billahil 'alyyil 'azhim.... ameen...

Thursday, June 2, 2011

UNDERSTANDING HIJAB FOR DUMMIES

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

santai-santai.. tapi inshaAllah sama-sama ambil pengajaran

wallahua'lam

p/s: credit tu afiq fadhil, jiwa kembara dan fullwhitemoon.deviantart

Wednesday, June 1, 2011

duhai pemimpin

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

peringatan untuk diri aNA sendiri, juga buat para sahabat

Surah al-Baqarah ayat 165-169

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.

Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).

Surah al-Ahzab ayat 66-68

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"


seseorang itu bergelar pemimpin tidak hanya tertumpu kepada kepimpinan sesebuah negara.. jangan dilupakan sekecil-kecil organisasi di atas muka bumi adalah sebuah keluarga.... apatah pula yang memimpin negara ataupun dunia

beratnya amanah itu


"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."~33:72

wallahua'lam

mulut berbicara paling dekat jaraknya adalah telinga pemilik mulut itu