Monday, April 11, 2011

2 hari ini

bismillahirrahmanirrah

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu

alhamdulillah... cuti hujung minggu sabtu ahad bermula 9 pagi hingga 4.30 petang aNA menyertai kelas tambahan yang dianjurkan oleh penaja Kementerian Pelajaran Malaysia. banyak membantu untuk ulangkaji... alhamdulillah... bersyukur juga sebab dua hari ini lah aNA spend time dengan sahabat-sahabat sepenaja(memanglah sekelas tapi masa yang solid bersama tu baru terasa dua hari ini) termasuk dengan pegawai KPM yang menjaga kami En Asfia Adenan ^_^...

lama aNA rasa tak menulis.. nak susun ayat pun macam pelik sangat rasanya....

baiklah,

lets start with things that i learned yesterday

bukan semalam sahaja belajar sesuatu dalam kehidupan... hari-hari sebenarnya... setiap hari inshaAllah ada sahaja benda yang Allah nak sampaikan, Allah nak kita belajar.. cuma kita sahaja... take it for granted or most probably we don't even know....

terus terang aNA memang seronok dapat menjadi seorang pendengar.. alhamdulillah, itu kelebihan aNA yang Allah anugerahkan... aNA seronok dapat meringankan beban seseorang dengan mendengar juga.. namun begitu, maaf bagi yang pernah meluahkan namun tidak mendapat feedback yang baik...terus terang juga, aNA belum lagi menjadi seorang penyelesai masalah yang baik.... hehhehehe... selagi aNA mampu dan punya ilmu dalam hal-hal terbabit aNA akan cuba tolong semapunya.. if not inshaAllah aNA akan cuba untuk mencadangkan orang-orang yang lebih layak untuk minta pertolongan, pendapat dsb.... i'm very glad and its always my pleasure to hear you.. inshaAllah

semalam juga, aNA sangat kagum dengan seorang sahabat yang pemikirannya begitu kritikal.. mashaAllah... dia seorang penulis... inshaAllah... aNA serba sedikit menceritakan aNa juga berminat untuk menulis. namun aNA selalu ketandusan idea.. antara perkara yang dikongsikan oleh sahabat aNA ni, dia kata tulislah setiap hari. itu cara kita berlatih.. bila kita dah set yang kita akan menulis inshaAllah dapat juga membantu kita dalam generating idea dan memperbaiki kematangan penulisan terutamanya dari segi bahasa...walaupun sedikit... kan "baligha 'anni walau ayah" ^_^.. kemudian, katanya lagi.. untuk mematangkan penulisan, belajarlah tulis dengan bahasa yang betul.. maksudnya bukan bahasa singkatan mahupun bahasa SMS.. ni yang tengah praktikkan ni.. hehheheheh.. nilai tambah seorang penulis adalah dengan banyak membaca.. macam mana NADZIRAH??? bila lagi??


tadi keluar dengan sahbat2 KPM buat passport.. alhamdulillah 3 daripada yang pergi dah berjaya siapkan... passport dah.. sekarang persedian-persediaan terakhir untuk A-LEVEL ... inshaAllah.. teruskan usaha


seterusnya aNA nak berterima kasih dengan sahabat aNA yang bertanya kepada aNA berkenaan dengan kasut tinggi. beliau bertanya apakah hukum pakai kasut tinggi... aNA beri serba sikit penjelasan setakat yang aNA tahu.. terlebih dahulu aNA ingin memohon maaf kepada sahabat aNA ni andai apa yang aNA sampaikan kepadanya ada yang tersilap..... mula-mula dia bertanya pada aNA, kemudian beliau timbulkan lagi semasa sesi pelarasan smart groudp dengan ustaz... aNA bersyukur sangat... dapat memperbetulkan dan meningkatkan lagi pemahaman aNA.. lebih-lebih lagi aNA sebagai seorang perempuan.

aNA terangkan serba sikit menurut penerangan ustaz tadi

hukum pakai HIGH HEELss
hukum asal harus... tapi boleh jatuh haram..... logically, bila pakai kasut bertumit tinggi, dia akan berbunyi... berbunyi tu menarik perhatian.... kalau macam suasana di Malaysia orang dah biasa dengan bunyi kasut(even kasut tumit rendah pun bunyi)... so.. ok.. tetapi jadi masalah bila pakai kasut tinggi satu set dengan wangi-wangian,maskara sekilo, pipi kalah anak patung... baju peewiit, kalah pengantin.... itu yang menjadi isu.... kata ustaz, nak pakai, pakai. tampal getah pada tapak kasut termasuk tumitnya sekali..biar tak berbunyi...apa kaitan bunyi dengan haram pakai kasut tumit tinggi.. sebabnya bunyi itu menarik perhatian..... itulah semuanya berbalik kepada niat.... innamal a'malu binniat....

seterusnya daripada aNA, untuk diri aNA juga sebagai golongan hawa sejauh mana keperluan bertumit tinggi? kehendak atau keperluan, keperluan atau kehendak??? pendapat aNA keperluan tak mendesak, selagi boleh pakai tidak bertumit... tak perlulah pakai.. pelbagai rakaan dan corak dan pelbagai jenis kasut tanpa tumit banyak di pasaran... kan? ^_^ (jangan menyeksa kaki hehehheheheh)

wallahua'lam... byk lagi aNA nak cerita.. tapi tak tahu nak olah... salah silap mohon maaf.. wassalam



2 comments:

223 said...

khuruj minal khilaf mustahab (keluar dr khilaf itu sunat) aku sgt suke solution, "knp perlu pakai kasut tumit tinggi bila ade kasut xtumit tinggi?"

thx ya nad!

yahya zakaria said...

baguih tulis tu kalo leh kaitkan dengan kebesaran Allah setiap perkara insyaallah jadi amalan sekali ( walo ana sendiri tak wat pon munkin peringatan kat ana gak)