Thursday, April 28, 2011

cerita BAS TRANSNASIONAL vers 27 april 2011

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

alhamdulillah selamat sampai di kolej Akasia, tempat belajarku syurgaku. yosh! inshaAllah

post kali ni aNA nak kongsikan pengalaman aNA lalui sepanjang perjalanan aNA balik dari batu pahat ke shah alam hari ini...

watak dalam cerita ini

aNA
pakcik bas trans aNA
pakcik bas trans rosak
pakcik bas trans lain
anak muda
pak cik kedai cendol
pak cik kedai kuih


dari batu pahat aNA di dalam bas, bersama penumpang-penumpang lain dan seorang sahabat....

dalam perjalanan, tetiba pak cik bas hon kat pak cik kedai jual cendol kot. pak cik kedai tu senyum samapai telinga ~first impression to pak cik bas: wah mesra alam.. agaknya dia pernah jadi pelanggan kat kedai pakcik jual cendol...


jalan-jalan, (aNA tak jalan- tp velocity aNA sama dengan bas.. hohohoho) tetiba bas diberhentikan.. eh tengok-tengok berhenti kat kedai kuih.. nampak muka pak cik jual kuih sangat mesra dengan pak cik bas... aNA perhatikan pak cik bas beli kuih(macam stalker jer kau ni aNA ~.~) dalam hati... banyaknya pak cik ni beli.. adalah dalam 6,7, atau mungkin 8 biji kuih....lapar agaknya... bekalan sepanjang perjalanan mungkin.....(tulah manusia suka buat assumption)


jalan-jalan lagi memasuki lebuh raya... pelik tiba-tiba bas dipandu semakin perlahan... bila tengok sari tingkap... ada bas transnasional juga di hadapan... berhenti... penutup enjin terbuka... bas dikelilingi kon di bahagian belakang.. common sense bas tadi tu rosak agaknya... lalu bas diberhentikan dihadapan bas (yang di assume-again assumption) rosak...

aNA terfikir agaknya nak bawa penumpang dalam bas tu sekali mungkin... tapi bila ana tengok semasa bas yang aNA naik memotong bas yang rosak itu, tiada penumpang melainkan seorang yang berbaju biru...

berbalik kepada ketika bas diberhentikan.. pak cik bas keluar.. dan kelihatan seorang pak cik bas yang rosak tadi menghampiri pintu bas yang aNA naik... mashaAllah.. jangkaan aNA(bebrapa assumption di atas) meleset sama sekali....

rupa-rupanya.. kuih yang dibeli tadi diberikan kepada pak cik bas yang rosak.... wah.... ~tulah banyak sangat assumption; dahtu takkan nak g tanya plak... busy body!) huhuhu... aNA hanya mampu tersenyum... sweet betul pak cik bas yang aNA naik... betapa caring nya beliau pada sahabat pemandu yang lain... dan sekali lagi assumption dibuat.. baju biru tadu tu mungkin technician....(betul tak eja ni).. walaupun mungkin(another assumption aNA) pak cik bas yang rosak tu minta tolong pak cik bas aNA(ya memang kau punya bas) belikan makanan or else, aNA tetap merasakan pak cik bas ni sangat bertimbang rasa.... indahnya berukhwah~ngeeee ^_^V



ni pun cerita pak cik bas trans.. tp bas trans lain... masa berhenti di perhentian pedas-linggi tak silap(tempat bas selalu berhenti kalau dari batu pahat ke shah alam)..time tu dah asar... mcm aNA cakap kat atas tadi, mungkin 4-5 jam baru aNA akan sampai.. since aNA gerak dalam pukul 2.30 tadi makanya dijangka sampai dalam 6.30-7.30.. kan2?? barangkali untuk terlepas asar adalah agak tinggi memandangkan sekarang ni waktu maghrib masuk awal..(alhamdulillah aNA dah jama' tadi kat bas stand batu pahat) tetiba nampak pak cik bas trans lain yang sama-sama brhenti ni, berwudu'.. maka bersolatlah pak cik ini(walaupun sebenarnya di perhentian ini tiada surau disediakan).... mungkin tak sepatutnya aNA merasa kagum, sebab sepatutnya, keadaan ini menjadi satu kelaziman,,, tapi wallahua'lam... barangkali yang lain2 dah ikut jama' macam aNA.. husnuzzon... sebabnya... bas hanya akan berhenti sekali untuk berehat sepanjang perjalanan.... kesimpulannaya, aNA kagum jugak dengan pak cik bas ini... dari belakang (semasa pakcik bas trans lain ni tengah berdiri rakaat ketiga, seorang anak muda datang menepuk bahunya... maka berjemaahlah mereka bersolat... 27,27.. huhuhuuh....waaaaaaaaa

apa yang aNA nak katakan di sini, bukanlah untuk membangga-banggakan pak cik bas lain dan anak muda tadi... cuma nya nak aNA dan sahabat-sahabat pembaca sama-sama ambil iktibar... sebenarnya, solat boleh sahaja ditunaikan di mana-mana.. tinggal nak taknak kita sahaja... tak perlu sejadah, kain pelekat mahupun telekung.... kan2? yakin bersih pakaian dan tempat solat.. (juga menutup aurat) yakin arah kiblat.... boleh wudu' atau tayammum(kalau tiada air for sure)..... solatlah...

kepatuhan kepada Allah tidak mengira masa mahupun tempat.... bersama-sama, ambillah iktibar.... yang baik jadikan contoh dan tauladan dalam hidup.. inshaAllah



masyaAllah...benar aNA kagum... satu perkara tentang ISLAM.. benarlah Islam itu menyatupadukan.. termasuklah ketika solat.... kenapa... fikir-fikir balik.... anak muda tadi, dah lah tak kenal pak cik bas trans lain tu.... tiba-tiba boleh yakin untuk berimamkan pakcik bas trans lain... kan2?? bila solat bersama-sama tu, inshaAllah kita sesama jemaah tu akan rasa satu ikatan... walaupun sekadar dispersion force(maaf ini term kimia for those yang tidak belajar.. asif2).. tak berapa nak kuat.. tapi ikatan tu ada.....ALLAHUAKBAR! terjalinlah sebuah ikatan silaturrahim yang baru... subhanallah.....

sekadar itu sahaja cerita-cerita pak cik bas trans.... asif andai pengolahan aNA terumbang ambing bagai perahu ditengah lautan ketika ribut melanda.. huhuu~tu dia.... - (gaya orang kedah).... inshaAllah aNA akan berusaha lagi memperbaiki elaboration and explanation dalam penulisan aNA.. inshaAllah...


wallahua'lam

p/s: masa dalam bas, seorang sahabat mesej aNA tanya aNA dah sampai kolej atau belum... aNA jawablah belum... dan sempat menyakatnya.. aNA kata

"biasalah, naik bas. naik kereta 2-3 jam dah sampai. naik bas habis baik 4-5 jam... lainlah kalau naik flight. 45 minit inshaAllah sampai walaupun meyeberangi lautan"

beliau mungkin(assumption, again?!) terasa.. sebab beliau kata macam tu... beliau ni memang orang seberang lautan... tambahan sahabat2 sebilik dengan beliau telah pun pulang......

apa yang aNA nak sampaikan..andai beliau baca pos ni... "sorry deh, aNA bergurau" huhuhuh

untuk sahabat-sahabt lain, antum semua inshaAllah amat mengenali aNA.. mesti antum tahu aNA gemar bergurau... mohon maaf zahir batin andai gurauan aNA kadang-kadang ter 'hiperbola'... kalau-kalau ada tersinggung... ngeeee~ moga lebih memahami...

gurauan tu macam belancan kat dalam sambal... tanpa belacan kuranglah feel sambal~ maybe ada orang tak letak belacan dalam sambal,,,, satu lagi info pasal aNA, aNA penggemar belacan....

apakah?! ignore benda pelik di atas.... kembali kepada topik...kita kan sahabat ^_^V kalau tersinggung baritahu tau..

~kek gula hangus~

1 comment:

Anonymous said...

nad stalker!!
tapi,pakcik tu sweet la..
mmg sgt hebat ukhwah ni kan..
:)